Sabtu, 11 Jun 2016

MAHATHIR AJAK PENGUNDI SG BESAR AJAR NAJIB DAN HADI

Bergembira sampai ke telinga orang Pan bila sembahan puak pro Tun atau dewatarayanya Mahathir yang dah memilih untuk membantu kempen parti Pan.

Dap sudah mampu ketawa besar kerana Mahathir juga berbelah bagi untuk bersama perjuangan Pan dan Dap untuk menawan Sg Besar.

Apa lagi perlu dibicarakan kepada anda semua? Suka atau tidak itu pilihan seorang negarawan yang ingin bersekongkol dengan parti pembangkang. Ibarat memberi talian hayat kepada pembangkang yang lesu serta layu sekarang ini.

#scs93 #prksgbesar#PrkSgBesar#KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB

Mahathir tempelak Najib dan Hadi, anggap Pan parti telus

Pengkhianat bangsa dan agama... apa lagi kalimat sesuai untuk Tun Mahathir Mohamad yang naik ke pentas pembangkang dan menyerang parti yang memberikan kedudukan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun sehingga anak beranak dan keluarganya kaya raya.

Mahathir tahu apa nak jual dalam ceramah pertamanya di sebuah restoran cina di Sekinchan Sungai Besar pagi Sabtu.

Depan 300 hadirin yang rata-ratanya pemimpin DAP dan PAN yang melihat Mahathir sebagai 'viagra' mereka, bekas Perdana Menteri itu menyerang Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekaligus.

Rata-rata hadirin berbangsa Tionghua dan merupakan pengundi tegar DAP.

Ceramah tersebut dibuat dalam DUN Sekinchan yang merupakan kubu DAP zaman berzaman.

Penasihat DAP Lim Kit Siang terus berkepit seperti kembar Mahathir dari beliau sampi hingga balik.

Mahathir sedar suasana canggung tersebut, "Nampak agak ganjil sikit kerana saya berada bersama musuh kuat saya, Lim Kit Siang.

Baca seterusnya

http://www.agendadaily.com/hadapan/22348-mahathir-berkempen-serang-najib-hadi-depan-pengundi-cina.html

1 ulasan:

  1. Tak paham betul aku dgn cara tun gunakan otaknya. Kalaupun nak bantu tumbangkan bn agar najib terkesan kenapa sokong pan. Bukankah pan adalah parti dokongan dap, maknanya tun secara terbuka sokong dap. Kenapa tak sokong pas? Sebab parti berlandaskan agama Islam tak masuk dalam kamus diri tun, macam tu ke? Serius tak paham. Atau sebenarnya tun dah keliru, maklumlah dah berumur lebih 91 tahun. Anaknya masih ahli dan adun umno tapi nak umno kalah... lawak komedia apa tun sedang buat ni?

    BalasPadam