Khamis, 9 Jun 2016

MODAL LAMA BERKUMANDANG KEMBALI


Kadang-kadang pelik juga bila Pas meletakkan Dr Rani menjadi calon PRK Sg Besar, sebabnya sebelum Pas berpecah dua, Dr. Rani macam nampak arahnya ke golongan profesional, mungkin kerana tertubuhnya Pan tidak menguntungkan, Pas menjadi wadah perjuangan sehingga kini.

Nampak gayanya ada juga dikalangan segelintir ahli Pas yang agak gusar sekiranya Dr Rani tidak dapat memberi impak untuk kemenangan di Sg. Besar.

Kadang-kadang kita perlu melihat dari sudut perspektif seni politik, pendapat penulis adalah berkisar tentang musang berbulu ayam yang masih ada didalam Pas. Sebabnya diikutkan Dr Rani memang nampak kiblatnya bertepuk tampar dengan Dap, malah dikatakan tarikan undi cina juga adalah sebab utama Dr Rani menjadi calon.

Ada konterversi sedikit bila Dr. Rani mengatakan sekiranya undi Pas, terjamin pahala, tidak pasti juga kesahihan maklumat kata-kata tersebut di ceramah yang mana. Kalau benar ada Dr. Rani berkata begitu, nampaknya modal lama berkumandang kembali, modal yang sentiasa digunakan Pas pada PRU13 yang lepas.

Kata Dr Rani -
“Kita sebagai orang Islam, bila Tuan Guru Hadi Awang bentang, sekiranya kita mendapat kemenangan, semua kita akan dapat pahala.

Jadi kesimpulannya, Pas berperang dengan keadaan semasa di mana Pan sudah menjadi musuh paling utama, sebabnya cara Pan dalam menyerang Pas ibarat menyerang menggunakan meriam jarak dekat. Sudah tidak peduli kiri dan kanan asalkan matlamat Pan untuk menakluk Sg Besar terlaksana.

Jadi orang Sg. Besar jangan tersalah pilih pula.BN tetap terbaik

#scs93 #prksgbesar #PrkSgBesar #KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan