Ahad, 12 Jun 2016

NURUL IZZAH ANGGAP PAN PUNYAI HARAPAN TIPIS DI SUNGAI BESAR


Memang sudah dijangkakan, Pan pasti mempunyai masalah untuk mendekati penduduk di Sg Besar kerana label mereka sebagai khadam Dap, mereka hanyalah mengharapkan Dap, hanya Dap mampu memberikan satu paradigma kehebatan kepada mereka.

Jadi anda anggap Pan ini mampu melakukan perubahan? Parti bercita-cita besar tetapi akalnya sanggup diperkudakan oleh Dap.

#scs93 #prksgbesar#PrkSgBesar#KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB

Nurul Izzah akui AMANAH sukar dekati pengundi Sungai Besar

SUNGAI BESAR: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengakui Pakatan Harapan yang diwakili AMANAH menghadapi laluan sukar mendekati pengundi bagi PRK Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini.

Beliau yang ditemui ketika berkempen bagi calon AMANAH di Pasar Awam Sungai Besar di sini hari ini berkata sukar bagi parti baharu seperti AMANAH untuk menembusi pasaran dan jentera Pakatan Harapan perlu bekerja keras untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

“Jadi pada saya, kerana itulah kita kena bertungkus-lumus dan petugas kami pun memakai baju AMANAH untuk memperkenalkan logo calon dan juga kita (Pakatan Harapan) pilih calon tempatan,” katanya.

Nurul Izzah berkata Pakatan Harapan akan lebih sensitif dalam berkempen ketika bulan puasa ini terutama selepas insiden papan iklan bersifat provokatif yang didirikan sekutunya DAP di sekitar pekan Sekinchan.

Pada PRK itu, calon AMANAH Azhar Abdul Shukur selaku pengerusi AMANAH Sungai Besar ditentang calon BN Budiman Mohd Zohdi manakala PAS mempertaruhkan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman.

Kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar dengan 67.16% pengundi Melayu, 30.70% pengundi Cina, 1.92% pengundi India dan 0.22% pengundi kaum lain.
BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan