Selasa, 21 Jun 2016

PAKATAN HARAPAN DISANTAU MABUK TODI UNTUK MENAWAN PUTRAJAYA


KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan yang diketuai parti DAP dan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) ibarat sebuah gabungan parti pembangkang yang sedang `mabuk’ untuk mendapatkan kuasa memerintah negara.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, mereka mabuk kuasa kerana terpesona dengan cita-cita mahu menjadi Kerajaan Persekutuan hingga sanggup menyebarkan dakyah bahawa PAS kini menjadi tunggangan UMNO.

“Ketika PAS berpecah dengan DAP, PAS dituduh DAP sebagai tunggangan UMNO. Tuduhan itu mudah dihilangkan kerana PAS tidak pun mengikat sebarang perjanjian dengan UMNO sebagaimana ikatannya dengan DAP semasa dalam Pakatan Rakyat dahulu.

“PAS tunggangan UMNO hanyalah persepsi murahan golongan lemah yang terpelanting akibat disantau mabuk ‘Road To Putrajaya”,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau dipercayai berkata demikian bagi menyindir DAP yang sering memperlekehkan PAS sejak disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang pada tahun lalu.

Segelintir pihak pula berpandangan kenyataan Ketua Pemuda PAS itu ditujukan ke atas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana meminta penjawat memberi sokongan kepada Pakatan Harapan untuk menawan Putrajaya jika mahu mendapat bonus yang banyak setiap tahun.

Mohamed Azmin semalam mengumumkan bonus hari raya sebanyak 1.5 bulan gaji, kenaikan gaji dan penambahan elaun perumahan kepada kira-kira 17,000 kakitangan awam di Selangor ekoran kekalahan teruk Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini.

Pengumuman itu dilihat sebagai satu langkah terdesak Mohamed Azmin untuk menyelamatkan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor selain bertujuan memesongkan perhatian orang ramai daripada kekalahan mengaibkan wakil Pakatan Harapan dalam kedua-dua PRK terbabit.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas berjaya mengulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui misi `Langkah Kajang’

Nik Mohamad Abduh dalam pada itu berkata, adalah haram untuk PAS bersama pihak pembangkang yang menentang kerajaan sehingga lebur segala prinsip perjuangan Islam demi menjatuhkan kerajaan.

Kedahnews.com

7 ulasan:

  1. KEBERSIHAN ITU, SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.

    PETALING JAYA: Ahli akademik kelahiran Kelantan meluahkan rasa tidak puas hati dengan tahap kebersihan negeri itu yang menurutnya kotor dan memalukan.
    Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff berkata, isu kebersihan negeri yang diberi jolokan serambi Mekah itu bukan sesuatu yang baru, malah ia berlaku sejak sekian lama.
    Katanya, kerajaan PAS Kelantan juga tidak sepatutnya menjadikan alasan tiada dana kewangan yang cukup untuk menyelesaikan masalah tersebut, kerana mereka boleh meminta bantuan daripada pusat.
    “Pesan saya kepada kerajaan negeri, janganlah selalu memberi alasan tiada duit kerana diskriminasi kerajaan pusat apabila gagal menyediakan keperluan asas rakyat.
    “Malulah kita negeri yang ‘Membangun Bersama Islam’ jika mengambil mudah kepada hal menjaga kebersihan dan keperluan rakyat.
    “Jika sungguh tidak ada duit, mintalah bantuan kerajaan pusat. Dengan hubungan politik yang baik di bawah payung ‘politik matang dan sejahtera’ sekarang, bantuan itu diberikan,” tulis Agus dalam Facebooknya.

    Beliau turut menasihati kerajaan Kelantan menjadikan Melaka dan Negeri Sembilan sebagai contoh dalam hal kebersihan.
    “Bukan sahaja bandarnya bersih, kampung-kampungnya juga dijaga bersih. Mengapa kita tidak boleh lakukan hal yang sama di negeri kita?” katanya.
    ‘Kelantan semakin bersih’
    Diminta mengulas dakwaan itu, Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood ketika dihubungi FMT berkata, pihaknya mengakui perkara tersebut, namun berkata tahap kebersihan di negeri itu meningkat setiap tahun.
    Katanya, rata-rata rakyat yang kembali ke Kelantan memuji perubahan tahap kebersihan yang berlaku di negeri itu setiap tahun.
    “Ramai orang yang puji dari sudut peningkatan kebersihan setiap tahun kerana banyak masalah sudah selesai,” kata Abdul Fattah, dan menambah kerajaan negeri melakukan kini agresif memberi kesedaran kepada umum mengenai kebersihan, termasuk dengan membuka talian khusus aduan kebersihan.
    Abdul Fattah mengakui kerajaan negeri bertanggungjawab menyelesaikan masalah tersebut dan mengalu-alukan aduan, teguran serta cadangan.
    Katanya, sasaran kerajaan negeri mencapai negeri bersih tahun ini terhalang selepas banjir besar akhir tahun 2014, dan berharap matlamat itu dicapai pada tahun depan.



    BalasPadam
    Balasan
    1. Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111




      (((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







      Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111

      Padam
  2. Mabuk kena pijak maruah oleh Assmin nak campak kemana pulak.... assmin buat PAS dah tak ade maruah.. .?

    BalasPadam
  3. Agus selalu keliru antara nafsu dan daya... Dia tak suka Vaccum tapi complain banyak sampah dan habuk... Ini contoh nyata..bukan Prof kangkong..Tapi Prof kabur.. confuse semace..

    BalasPadam
  4. Tahniah kpd para pengundi Sg.Besar dan Kuala Kangsar... kini anda semakin sedar bahawa yg benar2 bekerja utk rakyat adalah BN... DAP PKR PAN hanya banyak buang masa membohong, menipu, memfitnah, cakap putar belit, menyeleweng wang rakyat...

    BalasPadam
  5. Assalam Bro,tahniah juga kepada pengundi di Sg.Besar dan di KK kerana menyokong Perdana Menteri yang banyak buat onar terhadap negara.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat onar....ada bukti ke...tak de.. Kan..elok kamu diam.....kalau ada bukti report polis report sprm...bukan...mengadu domba kat blog..ok...dah kalah tu...terima jerlah...kau ingat orang kat Selangor ni buta...pekak...Sebenarnya yang berkuasa kt Selangor ni Dap sebb tu rumah urut..rumah judi tumbuh mcm cendawan...PBT... Semua exco muka diorang...termasuk nenek lampir...ok...tunggu jerlah..nenek lampir...kena...

      Padam