Ahad, 5 Jun 2016

REALITI PRK SUNGAI BESAR, PAN DAN PAS INGIN MENUNJUKKAN SIAPA YANG PALING KUAT!!

Dari segi konteks perperangan politik, Umno dan Pas sejak dahulu lagi agak sukar berbaik walaupun sekadar kesaksamaan ukhwah.

Realitinya masing-masing mengikut prinsip perjuangan parti masing-masing.

Dahulunya tuduhan terhadap Umno ini hanya melayu, melayu, tidak Islamik sudah tidak relevan lagi untuk modal Pas. Ingat lagi kata-kata Ustaz Mcd, Azhar Idruz, Umno hanya perjuangkan agama Melayu, tidak Islam, perli-perli yang pedih hanya ditujukan kepada Umno. Ibarat Umno parti tidak mendapat rahmat.

Ketika Pas berpecah dan wujudnya Pan (Amanah). Pan pula menyerang Pas dengan nada keterlaluan, ibarat musuh yang tidak mampu dekat. Pan menaji sehingga menganggap Pas sebagai balaci Umno, perosak Pakatan, tidak menghormati Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang.

Alangkah malangnya parti Pan yang dianggap baru menjadi balaci sepenuh masa kepada Dap. Malah presidennya Mat Sabu sudah dianggap khadam suci untuk Dap.

Pertembungan 3 penjuru antara BN vs Pas vs Pan sudah dianggap impian Dap melaksanakan perpecahan maksimum kepada orang Melayu terutamannya.

Pan sudah terlalu yakin untuk menjadi parti baru pertama menang parlimen di Sg Besar.

Pas pula menganggap mampu menjinakkan BN dengan keyakinan merampas kerusi milik BN itu.

Tetapi harus diingat, aura YB Budiman bukannya dilabel biasa-biasa, tetapi aura YB Budiman sudah terpatri disanubari orang Sg Besar.

Kita tunggu dan lihat, diharap kemenangan untuk BN, kerana BN sahaja yang relevan.

#scs93 #prksgbesar#PrkSgBesar#KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan