Khamis, 9 Jun 2016

SAYA AKAN TURUN DUA BULAN SEKALI SAHAJA KALAU MENANG NANTI KATA USTAZ AZHAR CALON PAN


Alangkah kelakar seram bila calon Pan terlepas cakap atau memang sengaja bercakap perkara luar kawalan sehingga ramai menggelengkan kepala, mana tidaknya calon Pan ini yakin dan pasti sekiranya diberi peluang menjadi wakil parlimen di Sg. Besar, dia mampu menjenguk kawasan hanya 2 kali sebulan?

Satu kenyataan berani nak mati kerana perilaku yang sangat lucu bagi calon yang mewakili parti khadam Dap ini. Mungkin makin berpinau mata dan tersedak susu majoriti pemimpin Pakatan Harapan kali ini.

Kata-kata Ustaz Azhar yang lucu begini -

“Saya berjanji dihadapan presiden saya (Mohamad Sabu), di depan YB Tony Pua, YB Nurul Izzah, ketiga-tiga parti ada.. paling kurang saya akan bersama tuan-tuan puan-puan, paling kurang dua bulan sekali.

Apa lagi nak diperkatakan? Beginikah pengundi Sg Besar banggakan? Bagaimana nak jaga kawasan kalau hanya 2 bulan sekali sahaja mampu menjenguk kawasan, ini bukan ciri-ciri wakil rakyat yang diimpikan orang Sg Besar.

Jadi apakah rasionalnya parti khadam Dap ini?

#scs93 #prksgbesar #PrkSgBesar #KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan