Sabtu, 2 Julai 2016

DAP DIMULIAKAN OLEH PENTAKSUB MELAYU BEBAL

Dap, harbi atau zimmi? - ISMA

1. Ada orang sayang sangat dengan DAP dan sekutunya. Sentuh sikit pun tak boleh. Bila Mufti Pahang kata mereka ini harbi, kita boleh fahamlah kenapa ada orang Melayu marah … takut nanti masyarakat jadi ekstrem kata halal darah pula. Bila kita kata mereka ini bukan zimmi, pun tanpa disangka, ada juga orang Melayu yang marah. Ustaz pulak tu.

2. DAP ni ada wakil kat IFC. Mereka tuntut kebebasan untuk orang Islam murtad. Mereka tuntut jangan catat muslim kat MyKad supaya tiada lagi pengenalan diri berasaskan agama. Mereka tuntut orang bukan Islam boleh kahwin dengan orang Islam tanpa perlu masuk Islam. Hancur keluarga dan generasi umat Islam kalau jadi begitu. Mereka tuntut program dakwah agama lain kepada orang Islam dibenarkan, termasuklah anak-anak kecil. Dan macam-macam lagilah cerita tuntutan IFC ni.

3. DAP juga adalah tulang belakang kuat kumpulan COMANGO. Mereka tuntut dibenarkan seks songsang dan jangan dikategorikan sebagai jenayah. Saya pun tak tahu kenapa bersungguh sangat mereka pertahan seks songsang. Mereka minta hak istimewa orang Melayu dihapuskan. Mereka minta dihapuskan beberapa kesalahan jenayah syariah seperti khalwat dan seumpamanya. Tebal kertas tuntutan COMANGO dan ini cuma sebahagian kecil darinya. Mereka lobi negara luar untuk tekan Malaysia. Tikam belakang namanya.

4. Sebelum itu ada sembilan Menteri bukan Islam buat tuntutan juga. Yang ini sekutu DAP pula. Mereka tuntut semakan semula peruntukan perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang menghalang Mahkamah Sivil daripada mencampuri keputusan Mahkamah Syariah. Kedudukan Mahkamah Syariah pun nak campur tangan.

5. Ada juga tuntutan Dong Zong. Yang ni DAP juga. Mereka minta kerajaan iktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Pelajar Cina warganegara Malaysia boleh masuk universiti tempatan tanpa SPM. Dah jadi dua aliran pendidikan pulak. Bahasa Melayu dah jadi bukan syarat wajib masuk IPT. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan mereka nak campak begitu sahaja.

6. Jangan lupa juga 83 tuntutan Suqiu. DAP juga tu. Tuntut supaya barisan senator dipilih oleh rakyat menggantikan pemilihan majoriti senator oleh YDP Agong. Minta pilihan raya kerajaan tempatan oleh rakyat yang jelas bertentangan dengan Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan). Hak bumiputera, kuota kemasukan ke IPT semua dipertikai.

7. Jangan lupa juga DAP ni suka October Fest dan mempertahankannya dengan sungguh-sungguh. Pesta arak nak dijadikan sambutan tahunan macam Eropah. Jangan lupa juga yang DAP ni dah beberapa kali gertak-gertak Jabatan Agama, Jabatan Mufti dan pertikai kewujudan JAKIM. Jangan lupa juga isu pimpinan DAP dengan Sultan Perak dan Sultan Selangor.

8. Dengan apa yang DAP dah buat, masih ada juga orang Melayu yang masih memandang DAP sebagai suci. Kenapa masih kata bahawa tindakan DAP tidak bertentangan dengan Perlembagaan? Kenapa memutar belit dalil dan pandangan ulamak untuk membenarkan apa yang DAP buat?

9. Sokong LGBT, perendah institusi agama, permain titah Sultan, lobi negara luar tekan kerajaan Malaysia, lawan Perlembagaan ….. Ini zimmi???? ayooolahai

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Naib Presiden Isma

9 ulasan:

  1. Aku bukan pentaksub DAP taw,
    tapi aku pun mahu NAJIB DITANGKAP DAN DIBICARAKAN sebab rasuah dia lebih besar daripada 2 juta. Kalau dua juta kena, apasal 4.2 billion lepas............INI je soalan semua orang yang bukan pentaksub.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isnin ni kau pergi sprm Putrajaya dan bawak segala bukti yg kau ada. Pukul 10 pg aku tunggu bersekali dgn lawyer. Kita dakwa najib dan kau jd saksi utama.

      Padam
    2. Kenapa babi malu nak mengaku diri dia dan semua keturunan dia tu sebagai babi

      Padam
    3. Angka yg ko main pon sentiasa berubah2 minah oi....
      Nampak sgt puak ko tak mampu nak dakwa apa2...
      Hanya bergantung pd kencing mahdey yg bergantung pd kencing SR dan WSJ.....:)

      Padam
    4. Cik Minah ooii .... saya pun rasa malu baca komen-komen balas posting Cik Minah. Cik Minah tak rasa apa-apa ke? Tak rasa diri sendiri tu tolol ke siap dgn angka 4.2 billion.

      Padam
  2. saya amat bersetuju dengan jawapan admin.. syabas... ramai orang salah faham... DS najib tu pemerintah kita, haruslah dihormati... namun klu ade bukti salahlaku kita pun nak dia didakwa dan dihukum mengikut saluran yang betul... memfitnah mengkeji dan menghina hanya membanyak kan dosa kita... sya secara peribadi tidak mahu LGE di hukum klu dia tak bersalah... apatah lg DS najib yg belum lagi dikaitkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puak lain klu dituduh dan dibicara di mahkamah akan mengundur diri.
      Tetapi...dap adalah dinasti lim...dinasti lim adalah dap.
      Klu adun dap dituduh salah oleh dinasti lim wlpun belum dibicara di mahkamah atau mana2 lembaga disiplin sama ada digantung..dibuang keahlian mrk.
      Bahkan parti rakan sendiri klu mgkritik dinasti lim akan disingkir dpd kedudukan mrk.Itulah dap dgn DNA babi lim.......

      Padam
  3. Cik minah, kau tu dah tua, raya dah dekat, udah-udah lah tunjuk bodoh kat dlm media. Malulah sikit pd budak-budak hingusan mcm aku ni.

    Mana pulak dtgnya 4.2 billion tu? Payah betul berurusan dgn orang tua nyanyuk ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik minah ni bukan nyanyok tapi cuba berlagak pandai..baca dlm media tanpa fakta yg betul terus terjah..semua orang salah..dia aje yg betul..Bolih jadi cik minah satu spesis LGE kot..jenis mentangkedarah BABI..tapi berselindung dibalik nama CIK MINAH..Konpom jenis munafik penyokong kapir harbi

      Padam