Rabu, 20 Julai 2016

KEPALA BANA WSJ NI

LAPORAN TIDAK BERETIKA TERBARU WSJ, MEDIA BARAT DALAM ISU 1MDB

1. WSJ dan rakan sekutunya sekali lagi telah membuat laporan secara tidak beretika untuk menyerang dan memperburuk-burukkan Kerajaan Malaysia.

2. Teknik yang sama dengan teknik pelaporan sebelum ini digunakan, iaitu dengan satu pihak memetik satu sumber yang tidak jelas sebagai sumber berita. Seterusnya, berita ini dipetik oleh rakan sekutunya yang akan mengolah laporan tersebut seolah-olah menerima maklumat dari sumber yang sahih.

3. Tidak pelik apabila WSJ melaporkan berita dengan menggunakan perkataan, "menurut pasukan penyiasat" atau menurut "sumber yang boleh dipercayai" atau menurut "maklumat dalaman" sebagai sumber, kemudian mensensasikannya dengan tajuk-tajuk yang menggemparkan, tetapi kemudiannya menulis bahawa mereka masih belum dapat menghubungi pihak yang terbabit untuk mengesahkan tuduhan yang dibuat.

4. Malangnya berita yang dilaporkan oleh WSJ ini, kemudiannya dipetik oleh agensi-agensi berita lain dengan menggunakan tajuk yang sensasi juga, tetapi tanpa menyebut dalam laporan mereka bahawa WSJ masih belum dapat mengesahkan laporan tersebut.

5. Dalam laporan terbaru, WSJ memetik laporan menggunakan perkataan yang kabur seperti "pihak berkuasa dijangka akan" dan "menurut sumber yang hampir dengan perkara ini". Siapa sahaja boleh menulis fiksyen seperti ini dan menjadikan kerahsiaan pemberi maklumat sebagai alasan untuk mengelak dari tindakan undang-undang.

6. Menggunakan teknik "memetik sumber yang boleh dipercayai" ini, WSJ bukan sahaja boleh mengada-adakan cerita seperti kononnya "pihak berkuasa akan menangkap dan mendakwa Perdana Menteri Malaysia" dan menuduh kononnya wang RM2.6 dikatakan oleh "pasukan penyiasat" datang dari 1MDB, malah boleh meloloskan diri dari tindakan undang-undang dengan mengatakan bahawa bukan mereka yang menuduh dan mendakwa, sebaliknya hanya memetik sumber yang memberi maklumat kepada mereka.

8 ulasan:

  1. Siapa yg kepala bana sebenarnya?
    Dah masuk news all around da world..

    BalasPadam
  2. Baik ko tukar jer nama blog ko jadi headbana.blogspot.com..

    BalasPadam
  3. ko tunggu hari selasa WSJ!

    BalasPadam
  4. standard blogger Jibbo..mat kepala bana..ha..ha...

    BalasPadam
  5. awat bangang sangat.. kalu dah tak betol saman jer la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko tu yg BANGANG...ko ingat senang nak saman...US ada law yg melindungi rakyatnya dari disaman org luar...Tun mahthir Kutty dulu pun tak saman.sebab dia tahu Law tu...buang masa jer kalau nak saman..tak saman bukan bererti memang betul dakwaan itu...

      Padam
    2. yela tu..

      Padam
  6. apa lagi? saman jela..

    BalasPadam