Khamis, 14 Julai 2016

Selagi Ada Dap, Selagi Itu Wujud Sentimen Perkauman – Huan


KUALA LUMPUR, 14 Julai – Sesiapa saja pasti akan melakukan bantahan dan meluahkan ketidakpuasan hati mereka sekiranya agama, bangsa atau hak mereka dihina dan dicabuli oleh pihak-pihak yang berniat tidak baik, kata Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan.

Katanya, bukan sekali bahkan sudah berulang kali umat Islam di sini berhadapan dengan provokasi melampau dan biadap dari kepimpinan DAP. “Kali ini perayaan Aidilfitri pula menjadi sasaran pemimpin rasis Nga Kor Ming,” katanya.

 Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan berhubung anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang didakwa memuat naik status dalam akaun Facebook miliknya dengan menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri.

 “Pemimpin Dap ini dilihat sentiasa melakukan provokasi di dalam akaun Facebook miliknya yang kini telah ‘lenyap’ secara tiba-tiba. “Kenapa Dap perlu mewujudkan suasana tegang antara kaum terutama Cina dan Melayu sedangkan kita boleh hidup dalam suasana aman serta saling hormat menghormati antara satu sama lain?”

 Tegas beliau, tentunya tidak adil sekiranya banyak pihak melabelkan orang Melayu dan ahli UMNO yang menentang Nga di hadapan Ibu Pejabat Dap tempoh hari sebagai samseng ekoran tindak balas dari apa yang telah diterbitkan dalam Facebooknya. “Apa pula label yang sesuai untuk kita berikan kepada pemimpin Dap sekiranya mereka berada di dalam situasi yang sama seperti umat Islam cuba menyerahkan memorandum permohonan maaf?

 “Selagi fanatik Kristian seperti Nga Kor Ming terus menghina Islam, selagi itu pastinya orang Melayu dan Islam akan bangkit menentang secara lebih agresif disebabkan corak politik Dap yang jelas ke arah perkauman dan mereka sendiri tidak mampu mengawal tingkah laku luar batasan ahli-ahli serta pemimpin mereka.”

 Bidasnya lagi, mana-mana agama sekalipun jika mereka diancam dan dihina pasti tahap kesabaran ada batasnya. “Jika orang Buddha dan Hindu dihina sedemikian rupa berulang kali secara biadap, penganutnya akan bangun menentang.”

Sehubungan itu, demi kebaikan dan keamanan negara, beliau meminta agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diwujudkan semula bagi membantu meningkatkan penguatkuasaan pihak berkuasa dalam menjaga keselamatan awam terutama terhadap mereka yang sengaja mencetuskan suasana tegang antara kaum.

 “Akta Hasutan yang sedia ada hari ini dilihat mempunyai kelemahannya tersendiri. Banyak kes yang disabit di bawah akta ini tidak dapat diteruskan dan akhirnya ditangguhkan begitu saja. “Kami mohon agar Jabatan Peguam Negara mengkaji semula dan menambahbaik keperluan yang ada untuk Akta Hasutan ini agar ianya dapat mencegah pemimpin rasis DAP daripada bertindak sesuka hati tanpa batasan.” Tambahnya, rakyat boleh hidup dengan aman dan tanpa ada prejudis antara kaum sekiranya DAP tidak lagi wujud di muka bumi ini.

 Pada 6 Julai lalu, akaun Facebook yang bernama Nga Kor Ming telah memuat naik satu status yang bertajuk “Hanya di Malaysia di bawah UMNO, Selamat Hari Raya”, satu karikatur menunjukkan dua budak sedang meminta derma daripada seorang individu. Dalam perbualan dialog yang ditulis dalam karikatur itu, seorang budak telah bercakap “Tahun ni kami tak mintak duit raya.. kami mintak derma..” manakala seorang lagi menjawab “Tak dapat derma, dedak pun ok…” dan karikatur itu diakhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin”.

http://www.umno-online.my/2016/07/14/selagi-ada-dap-selagi-itu-wujud-sentimen-perkauman-huan/

1 ulasan:

  1. DAP perlu di haramkan...sama mcm PKM zaman Tunku dulu...keujudan nya lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan dlm Negara multi ethnic mcm Malaysia ni....sama macam PKM dulu, yg banyak menggunakan senjata api...tapi sekarang DAP pulak banyak guna lidah....agenda nya tetap sama...memecah kan perpaduan...
    sekolah vernakular perlu di hapuskan segera...cukup satu aliran sahaja.....janji MCA dan MIC minta tempoh tangguh cuma 6 bulan lepas merdeka sahaja...lepas tu kena hapuskan....tapi sekarang dah hampir 60 tahun merdeka....apa cerita...???

    BalasPadam