Khamis, 28 Julai 2016

UMNO GUSAR DENGAN SAMAN SIVIL DOJ?


Tidak perlu faham dengan cara rakus untuk mengatahui perkara sebenar, usah digembar gemburkan perkara yang konon dicipta supaya menjadi panik.

Umno sudah lali dengan cara begitu, malah cara Anwar Ibrahim ketika PRU13 dulu juga boleh dikatakan paling radikal kepada BN dan UMNO sehingga undi popular diagungkan oleh puak pembangkang.

Namun apa yang telah dilakukan oleh puak pemberontak dan pembangkang yang berbangga dengan saman sivil oleh DOJ terhadap 1MDB.

Paling tragis adalah golongan yang hanya berkata, kita perlukan Amerika untuk mengajar Najib erti penyesalah.

Tetapi mereka lupa, keadaan berkenaan tidak akan berlaku kerana UMNO tahu akan `drama’ yang sedang berlaku di dalam dan luar negara.

“UMNO sama sekali tidak akan membiarkan konspirasi dalam dan luar negara menentukan masa depan rakyat walau seberapa ramai ‘Si Kitol’ yang membuka pintu belakang untuk musuh negara menguasai urusan dalam negara kita".

Empat pendirian UMNO berhubung isu DOJ itu:

1- BN/UMNO dan kerajaan memandang serius dakwaan DOJ ini dan sedang menelitinya secara terperinci. Dakwaan bahawa kita memandang remeh isu ini adalah tidak benar.

2- BN/UMNO dan kerajaan berpendirian untuk berkerjasama dengan semua pihak dan auttoriti yang sah agar penyiasatan dapat dijalankan segera dan proses mahkamah berjalan dengan adil dan menurut undang-undang. Proses ini memakan masa dan sebarang sikap prejudis atau spekulasi tidak diperlukan.

3- BN/UMNO dan kerajaan memahami isu ini perlu ditangani penuh berhati-hati menurut proses undang-undang walaupun ada pihak yang bersungguh mahu menjadikan isu ini berlaku mengikut ‘grand design’ mereka yang mempunyai tujuan merebut kuasa dan mencari keuntungan politik.
UMNO tidak akan membiarkan mereka dan sama sekali tidak akan menari mengikut rentak mereka.

4- BN/UMNO mengalu-alukan dan menyokong penuh penegasan kerajaan seperti yang dibuat oleh perdana menteri bahawa kerajaan sangat menjunjung ‘good governance’ dalam segala urusan kerajaan serta memberi jaminan semua yang cuba dituduh berpeluang membersihkan nama mereka menurut undang-undang dan memastikan tiada wang rakyat yang disalahgunakan.

DOJ Amerika Syarikat pada minggu lalu memaklumkan ia akan mengambil alih aset bernilai lebih RM4 bilion milik 1MDB ke­rana didakwa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

4 ulasan:

  1. kenapa tak ada pun ketua ketua cawangan/bahagian yang nyatakan sokongan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hang ketua cawangan mana?...

      Padam
    2. Tanpa nama 29 Julai 2016 9:26 PG

      Aku pun nak tanya kau juga.... kau ketua cawangan yg mana?

      Padam
  2. Ketua cabang pohon sekayu daunnya rimbun, lebat buahnya serta bunganya, walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanyaa....hahahahahaaha

    BalasPadam