Selasa, 30 Ogos 2016

AZMIN PUN TIADA KUASA MUTLAK, NAK HARAP SIAPA LAGI?

Tahukah anda, PKR perjuangannya katanya untuk rakyat.

Mereka mungkin lupa, yang memberi undi kepada mereka adalah orang Melayu, mereka anggap pengundi Melayu yang menyokong mereka hanyalah balaci untuk mereka terus berkuasa di Selangor.

Walaupun tampuk kuasa kononnya ditunjangi oleh seorang Melayu, tetapi hakikatnya mereka dikeldaikan oleh kiasu DAP.

Sama sahaja dengan PAS, bercakap dia yang lebat, berbangga diri kononnya mereka juga lebih hebat dari UMNO.

Dah dapat kuasa, sampai berpecah dua PAS dan wujudnya PAN. Masih lagi angkuh dan sombong katanya mereka juga mampu membuat perubahan.

Jadi bila keputusan kerajaan negeri memansuhkan diskaun 10% Bumiputra terhadap pangsapuri perkhidmatan, rumah pejabat dan pejabat maya di rumah, tiada langsung suara-suara yang nak nak halang atau membantah.

Nampak bukan siapa berkuasa besar di Selangor?
Nak harap pemimpin Melayu Pakatan Harapan dan Pas menjaga Melayu Islam? Sila penampar muka anda dengan kuat.

3 ulasan:

  1. Aslmkm saya perihatin akan masaalah perumahn raayat terutama dklang ayahnda saya Raja Mahadi (pewaris Sultan Selangor sebenar) adalah pemilik grant asal 1927 (keluarkan isyarat 3ekar) registered 1911grant draja ..kekal..putra TM Johor tuanku muhameddiah Dan cucunda Sultan AbuBakar .johor riaulingga Pahang .olih itu saya perlukan loyar yg
    berpotansi cekap halhewal tanah agar memkmurkan besama raayat .. Dan perlukan permodalan Dari syarikat yang jauh bekerjasama perhasilan 70-30

    BalasPadam
  2. Exco Selangor - Apabila menteri BN hanya berminat bermain politik sahaja dalam isu polisi perumahan negeri

    POLISI BARU KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENAWARKAN HARTANAH DENGAN HARGA LEBIH RENDAH DARI DI NEGERI-NEGERI BN.

    Saya menasihatkan seorang Ahli Parlimen BN yang lantang mengecam polisi baru kerajaan negeri yang melibatkan pangsapuri perkhidmatan (service apartments), SOHO (small office home office) dan SOVO (small office versatile office) agar mendapat semua maklumat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.

    Jika tidak beliau akan dilihat sebagai hanya berminat bermain politik dan bukan bersungguh-sungguh untuk membela nasib kaum Bumiputera.

    Polisi yang baru diumumkan kerajaan negeri Selangor melibatkan hartanah yang dibina di atas tanah berstatus perniagaan.

    Sebelum ini harga jualan hartanah tersebut seperti SOHO dan SOVO melebihi RM450,000.

    Tetapi menurut polisi baru, pemaju-pemaju diwajibkan membina unit-unit mampu milik di antara RM230,000 hingga RM270,000.

    Oleh yang demikian, polisi yang baru ini telah mewujudkan unit-unit yg jauh lebih murah yang mampu dibeli oleh rakyat berpendapatan rendah tanpa mengira kaum.

    Sebab kenapa diskaun tambahan untuk Bumiputera tidak diberikan adalah kerana perbezaan yang besar di antara harga unit mampu milik dan bukan mampu milik.

    Tambahan pula harga asal unit-unit mampu milik yang dipersetujui ketika rundingan dengan para pemaju adalah lebih tinggi. Tetapi kerajaan negeri menetap harga yang lebih rendah agar semua pembeli mendapat diskaun.

    Saya tidak faham mengapa polisi ini menindas kaum Bumiputera seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen tersebut. Polisi yang baru ini menawarkan mereka unit-unit yang lebih murah dari unit-unit biasa. Perbezaan sehingga RM270,000.

    Selangor adalah negeri yang pertama mewujudkan polisi sedemikian. Tidak ada negeri BN yang telah meluluskan polisi sedemikian. Kaum Bumiputera masih perlu membeli unit-unit biasa kerana tidak ada unit-unit mampu milik seperti di Selangor. Oleh itu kaum Bumiputera di negeri-negeri BN yang tertindas. Kerajaan negeri-negeri BN yang patut beliau kecam bukan kerajaan negeri Selangor.

    Ingin ditegaskan di sini polisi ini adalah berbeza dari polisi Rumah Selangorku yang dibina di atas tanah berstatus kediaman.

    Harganya masih di antara RM42,000 hingga RM250,000 walaupun kerajaan Persekutuan membenarkan rumah mampu milik sehingga RM300,000.

    Sasaran hartanah di bawah polisi baru ini adalah berbeza dari sasaran bagi Rumah Selangorku maka sebab itu harganya lebih tinggi dari Rumah Selangorku.

    APA GUNA ADANYA DISKAUN BUMIPUTERA JIKA HARGA SATU UNIT HARTANAH ADALAH RM500,000 DAN TIDAK MAMPU DIBELI OLEH KAUM BUMIPUTERA WALAUPUN SETELAH DIBERI 10 PERATUS DISKAUN?

    LEBIH BAIK TIDAK ADA DISKAUN TETAPI HARGANYA DI ANTARA RM230,000 HINGGA RM270,000 YANG MAMPU DIMILIK OLEH KAUM BUMIPUTERA?

    KUOTA BUMIPUTERA BAGI SETIAP PROJEK MASIH DIKEKALKAN UNTUK MEMASTIKAN PERATUSAN PEMILIKAN BUMIPUTERA TIDAK TERHAKIS.

    Saya harap Ahli Parlimen tersebut dapat belajar semula apa itu pangsapuri perkhidmatan, SOHO, SOVO, polisi Rumah Selangorku dan Kanun Tanah Negara sebelum membuka mulut atau kejahilan beliau akan terserlah.

    YB Dato' Iskandar A. Samad
    Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
    Negeri Selangor
    31 Ogos 2016


    BalasPadam
  3. Wahai YB Dato,
    Isu sini ialah isu 10%. Bukan isu harga rumah. Yang kerajaan selangor nak jual berapa pun itu hak kamu.... tapi hak 10% bumi apahal nak kacau... lain lain cerita.
    Tolonglah. Dato dah biasa kerja ngan cina ke... lebih tepat lagi cina kilang kilang kecik yang bersepah kat selangor ni. Diaorang ni kalau bagi muka ambik hak melayu ngan islam ibarat bagi betis nak peha lah.... saya dah rasa semua. Jadi sekarang nak bagi 10% pulak.

    BalasPadam