Isnin, 15 Ogos 2016

MALAYSIA KINI 'SPIN' PULA UCAPAN KETUA BAHAGIAN UMNO SHAH ALAM!!


Hari ini Malaysiakini buktikan yang kerja mereka mmg hanya memutarbelitkan kenyataan.
Berikut adalah ulasan saya tentang Video Ucapan Datuk Azhari Shaari Ketua Umno Bahgian Shah Alam yg semakin viral di media sosial.
"Malaysiakini seperti biasa buat kerja haramnya dan "spin" ucapan Datuk Azhari Shaari Ketua Umno Bahagian Shah Alam pada ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Shah Alam.
Datuk Azhari Shaari telah menyatakan bahawa serangan bertubi-tubi seperti bom atom daripada mantan pemimpin tertinggi Umno telah membuatkan ahli menjadi keliru.
Penulisan Malaysiakini berniat jahat memutarbelit kenyataan Datuk Azhari Shaari dengan menulis "Isu 1MDB menimpa parti seperti bom atom"
Maksud sebenar Datuk Azhari Shaari adalah walaupon isu 1MDB telah dijelaskan sebaik mungkin tetapi rakyat seolah tidak dapat menerima penjelasan tersebut dan lebih buruk mantan pemimpin tinggi turut menghentam Umno bertubi2 dan membuatkan segilintir ahli Umno mempercayai persepsi buruk tersebut dan diburukkan lagi isu tersebut juga dimain dengan tersusun dan terancang oleh pembangkang"
-Fariz Hadi-
Mohon SHARE!

Kita sudah biasa dengan cara 'spin' berita yang sengaja disensasikan oleh portal paling disayangi pembangkang, Malaysiakini, taraf Malaysiakini sudah setaraf lidah biawak WSJ (World Street Journal) dan SR (Sarawak Report).
Cara memberi persepsi buruk kepada pemimpin umno untuk melaga-lagakan memang sudah biasa Malaysiakini lakukan, bukan pemimpin Umno sahaja, tetapi pemimpin Pas juga sudah biasa dengan tempias 'spin' berita asal dari Malaysiaki ini.
Malah dikatakan puak PRIBUMI bukan main seronok membahan berkenaan tajuk dari Malaysiakini ini untuk membahan DS Najib.

1 ulasan:

  1. Belit mesti belit. Puak Najib pun buat gitu jugak. Soal nya siapa yang boleh dapat lebih audience.

    Aku sedia tulis komen di blog ini jika di masa akan datang ada banyak pos berkenaan Protun-Projib, Selamatkan Malaysia dsb nya.

    BalasPadam