Selasa, 2 Ogos 2016

MUHYIDDIN ANGGAP PKR SEBAGAI WADAH PERJUANGAN IKHLAS


"Saya ahli Umno totok, semuanya (mesyuarat Majlis Tertinggi Umno) berjalan dengan lancar," kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Itu kata-katanya sebelum di pecat, malah kata-kata hebat terkeluar dari mulutnya ibarat menjaja satu cerita seorang panglima yang sudah lupa hala tujunya menjaga Agamanya, bangsanya serta maruahnya juga.

Kerana matlamat terpendam tidak kesampaian, matlamat awal semasa Gerakan Anti Najib (GAN) dimulakan pada tahun lepas, fikirannya melayang-layang sudah mampu tersenyum kerana perancangan awal supaya Najib berundur pada Mei 2015 tahun lepas.

Tetapi Allah lebih mengatahuinya, setiap perancangan yang berniat tidak baik, menikam belakang dengan cara cukup licik akhirnya terbongkar dan dia sendiri sudah hanyut dibuai angan-angan.
Sekarang sudah terpaksa menghirup sisa-sisa peninggalan parti Anwar Ibrahim untuk memenuhi kehendak memburukkan parti lamanya, UMNO.

Totoknya sudah hilang dihanyut air laut, malah dahulunya mengatakan darahnya ada darah UMNO juga sudah dianggap sebagai cakap penyedap rasa sahaja.

Tahap hipokrit yang cukup menjengkelkan, malah boleh sahaja kita beranggapan yang pemimpin sepertinya sudah tidak relevan membela rakyat, hanya membela perutnya dan kroni-kroninya.

Tan Sri Muhyiddin dan parti pembangkang tersebut akan bersama-sama memulakan siri jelajah seluruh Malaysia bagi menerangkan skandal syarikat pelaburan negara itu kepada rakyat. – Malaysiakini.

Melihat perilaku bekas Timbalan Perdana Menteri ini, terpaksa bekerjasama dengan PKR untuk menerangkan kepada rakyat berkenaan 1MDB yang merompak duit rakyat katanya.

Anwar Ibrahim juga mungkin ketawa sinis didalam penjara, sebabnya dahulu Muhyiddin hebat mengkritik dirinya dalam UMNO, kerana nak melawan Najib dan UMNO, terpaksa tebalkan muka bersama-sama dengan PKR menjaja cerita temberang.

Kasihan pemimpin hanyut begini. Terpulang kepada anda menilaikannya.

LIKE & SHARE ARTIKEL
https://www.facebook.com/814111782053300/photos/a.814156635382148.1073741828.814111782053300/830110270453451/?type=3&theater

Tiada ulasan:

Catat Ulasan