Isnin, 8 Ogos 2016

PARTI KECEWA CIPTAAN MAHATHIR


Tiada siapa sangka bila Mahathir dengan umurnya yang sudah menjangkau 92 tahun, umur begitu bagi atuk atau nenek kita sudah tidak berdaya untuk ke sana ke sini.

Untuk memikirkan hal dunia juga agak sukar untuk kita faham kalau dikalangan ahli keluarga kita berumur begitu mungkin agak mustahil, mungkin orang akan kata dah buang tebiat.

Tetapi tidak bagi Mahathir dan sekutunya, kerana kecewa dengan apa yang dirancang tidak kesampaian, apa yang dikehendaki tidak dicapai, terpaksa melakukan kerosakan terhadap partinya yang dahulunya dia juangkan, parti untuk kelangsungan orang Melayu dan Islam, UMNO.

Tetapi itu dahulu, ketika kroninya tidak diganggu, bila sudah ke semua lubuk duit disekat oleh Perdana Menteri Najib Razak, ini kerana kroni-kroninya punca segala ketidakadilan ekonomi terhadap rakyat Malaysia, ianya berlaku berpuluh tahun sejak Mahathir memerintah.

Relevankan jenis manusia pembengis, gila kuasa dan perosak bangsa dan agamanya dijadikan harapan untuk menyelamatkan Malaysia?

Anda pilih jalan yang mana?

Jangan terjerat dan dinodai oleh golongan kecewa dan memberontak.

11 ulasan:

  1. Ikhlas cakap...rakyat tak nak legasi 22tahun terus berulang.
    Klu gila sgt...beli sebuah pulau dan tabalkan diri sebagai maharaja pulau tersebut tetapi bukan malaysia.
    Cukup2lah memewahkan waris dan kroni legasi 22 tahun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kejora 4:23 ptg

      Kamu menuduh Tun M sebagai gila sgt...beli sebuah pulau dan tabalkan diri sebagai maharaja pulau tersebut tetapi bukan malaysia. Cukup2lah memewahkan waris dan kroni legasi 22 tahun.

      Cakap jgn hentam rambang saja. Kami minat ingin tahu maklumat lengkap. Pulau itu apa nama, di mana, saiz keluasan berapa, bila dibeli & berapa harga...???

      Padam
  2. 4:23 ptg

    Cakap jgn hentam rambang saja. Kami minat ingin tahu maklumat lengkap. Pulau itu apa nama, di mana, saiz keluasan berapa, bila dibeli...???

    BalasPadam
  3. Tun Mahathir berjiwa besar tidak pernah tunduk ikut telunjuk pemimpin barat. Presiden Bill Clinton tidak diendahkan ketika beliau merayu Tun Mahathir untuk tidak memulaukan persidangan APEC anjuran Amerika. Malah Presiden George Bush dikecam & diusulkan oleh Tun Mahathir (dgn keberaniannya) di PBB New York agar Bush dihadapkan ke mahkamah tribunal antarabangsa atas jenayah perang Iraq. PM Britain Margaret Thatcher dipermalukan oleh Tun Mahathir dgn pemboikotan negara terhadap kempen 'Buy British Last'. Selain itu, Tun dgn cekap & beraninya membuat kejutan & sejarah yg menggemparkan dunia ketika ‘dawn raid’ on the London Stock Exchange on 7/9/81....the premiere British rubber and oil palm conglomerate in Malaysia, the Guthrie Corporation Limited, was taken into local control in less than 4 hours.

    Sebaliknya, Najib amat mengampu & membodek Presiden Obama hingga gamak mempersetujui perjanjian syaitan TPPA anjuran Amerika. Beliau sering berkunjung ke Amerika untuk menjalin kemesraan dgn Presiden Obama. Najib malah gamak bermain golf dgn Obama di Hawaii ketika negara dilanda musibah banjir sementara pada masa yg sama Rosmah bershopping-sakan keliling eropah menggunakan jet mewah milik kerajaan. Selain itu, Obama serta rombongan disambut besar-besaran ketika kunjungan ke Malaysia dgn hamparan permadani merah yg tak pernah dibuat oleh Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir & Tun Abdullah Badawi. Kesudahan, Najib di boomerang oleh Amerika bagai susu diberi, racun tuba pula dibalasnya. Padan muka Najib kena main dgn Amerika & pihak Zionis....!!

    Saya serahkan kepada pembaca blog untuk menilai siapa pemimpin tulen yg bijaksana, berjiwa besar, berintigriti, tidak tunduk kepada kuasa besar dan punya harga diri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pemimpin tulen hampeh!!!!
      Gila kuasa dan gila nak kayakan waris dan kroni jer....
      Buat perjanjian bodoh dan bangang hingga rakyat yg mennggung akibat.Waris dan kroni kenyang bergelimpangan.
      Cuba periksa perjanjian tol dan IPP era mahdey....HAMPEH!!!!
      Belum lagi wang rakyat berbillion2 ringgit utk bailout syarikat2 anak dan kroni yg bangkrap.Beli bon hingga jadi skandal merugikan....
      Sekali lagi HAMPEH!!!

      Padam
    2. ADA SESIAPA ANAK MELAYU YG MAHU KOMEN? OTHMAN AHMAD .... AMACAM? KOMEN, LAH.

      Padam
    3. Najib beri lesen dan benarkan Banker Zionis Goldman Sachs beroperasi di Malaysia. Inilah kes khianat besar terhadap Islam, Melayu & Malaysia.

      Bukan sikit bank Yahudi tu dapat bayaran - US500 juta x 4 = RM2 bilion, Beb.

      Itulah sebabnya saya bekerat rotan berpatah arang dgn Najibul Bullshit. Dia lupa ibupejabat UMNO di PWTC & kediaman rasminya di Putrajaya itu siapa yg bina? Waktu itu kita tak guna khidmat Yahudi APCO & Goldman Sachs pun dgn kadar perkhidmatan yg tak masuk akal. Najib seolah-olah tak berkemampuan berdikari, tak percaya kemampuan bangsa sendiri tapi malah bersandar bahu kpd pihak Zionis & Amerika.

      Najib dah longgokkan hutang RM52 bilyon tanpa nampak satu pun legasi atau jasa bermakna kpd negara dan rakyat. Sebaliknya, Tun Mahathir telah menyediakan untuk kita & generasi akan datang legasi bertaraf World Class:-

      1. Bandar Cyber Jaya
      2. Pelabuhan utama negara seperti Pelabuhan Klang atau Tg Pelepas
      3. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
      4. Jambatan Pulau Pinang
      5. Stesen LRT Sentral & Kereta Api LRT
      6. Lebuhraya Utara Selatan
      8. Kuala Lumpur Convention Center
      9. Litar Perlumbaan Antarabangsa Sepang
      10.Petronas Twin Tower
      11.Perusahaan Automobil Nasional (Proton)
      12 Tempat-tempat lain yang akan disebut sepanjang zaman.

      Padam
  4. Banyak benar isu, konflik, permusuhan, pengkhianatan dalam politik di Malaysia - semuanya melibatkan orang Melayu. Tengok Singapura - semuanya aman damai, tiada kutukan, tiada perpecahan, tiada tikan dari belakang! Contohilah Singapura wahai tok, nek, pok, mok, datuk, datin sekelian .....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tikam dari belakang ... maaf, silap ejaan!

      Padam
    2. ADA SESIAPA ANAK MELAYU YG MAHU KOMEN? OTHMAN AHMAD .... AMACAM? KOMEN, LAH.

      Padam
    3. Dunia melihat bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia merangkap mantan Pengerusi NAM dan OIC, makin lantang mengutarakan pandangan dan pendirian menentang dasar berat sebelah Barat, terutama AS, UK dan sekutu-sekutu kuat mereka dalam banyak isu melibatkan diplomasi antarabangsa, isu Palestin dan konflik Asia Barat, isu Afghanistan, isu perdagangan, isu keganasan berstruktur mengunakan bala tentera dan sebagainya. Semasa beliau dalam jawatan, pemimpin kuasa besar dunia seperti Presiden Perancis Jacques Chirac dan terakhir sekali, Presiden Russia Vladimir Putin sanggup menurunkan sokongan mereka kepada isu-isu yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir. Penentang imperialisme Barat AS paling utama, iaitu Presiden Fidel Castro juga amat mengagumi mantan Perdana Menteri Malaysia ini kerana ketegasan dan sikap terbuka, kepada isim dan roh sebenar ‘demokrasi’, iaitu hak suara ramai didengar (bukan tafsiran demokrasi ala AS, yang memberi tafsiran berat sebelah yang hanya mementingkan mereka sahaja!)

      Tun Dr Mahathir juga menerima banyak perhatian negatif dan kecaman media Barat apabila dalam tahun 90-an, beliau dengan lantang mendedahkan bahawa kaum Yahudi ‘mengawal’ dunia secara proksi.

      Hari ini, sebagai rakyat Malaysia dan warga dunia, beliau masih lagi begitu lantang mempersoalkan dengan penuh keyakinan bahawa kuasa Barat seperti AS, UK dan sekutu mereka seperti Australia mengunakan kudrat mereka untuk menzalimi dunia, terutama sebahagian orang-orang Islam di Asia Barat. Kini beliau memulakan usaha antarabangsa dalam menggelar pemimpin AS, UK dan Australia iaitu George W Bush, Tony Blair dan John Howard sebagai “Pembunuh kanak-kanak, pembohong dan penganas”!

      Suara lantang Tun Dr Mahahir ini datang dari seorang pemimpin yang akan mencecah 82 tahun, Julai ini. Adat alam, jika kita semua, warga dunia bergantung kepada insan mulia ini meneruskan Perjuangan ini, mungkin tidak lama. Persoalan sekarang, siapa lagi yang tinggal dalam dunia ini yang mampu meneruskan obor Perjuangan menentang kezaliman dan ketidakadilan Barat, selepas Tun Dr Mahathir?

      Apakah ada pemimpin-pemimpin dunia Islam hari ini, yang cukup “merdeka” dan “bebas” dari ‘belenggu’ Barat, untuk benar-benar memperjuangkan hak dan kesengsaraan saudara-saudara seIslam mereka? Pemimpin mana yang mampu mengatakan yang benar dan hak, tanpa sebarang sekatan dan tekanan, sama ada langsung atau tidak? Pemimpin mana yang sanggup dan ada waja diri untuk bangkit dan didengari, bagi pihak mereka yang tidak berdaya “berbunyi”?

      Lupakah kita terhadap jasa orang tua itu datang sendiri menyelamat & membawa pulang ratusan kanak Islam di tengah kancah peperangan perang Bosnia satu keiika dulu? Najib ada berani ke bersuara lantang membidas barat & pergi ke medan perang?

      Padam