Selasa, 20 September 2016

BEBAS ANWAR ATAU NAK SELAMATKAN IMPIAN YANG DAH KANTOI SEBELUM INI?

isu pembebasan Anwar ini akan menjadi satu beban baru, menambahkan lagi beban yang sedia ada pada pihak pembangkang yang akan menjadikan mereka terus tidak sepakat dan berbalah sesama sendiri.
Kehadiran Tun Mahathir dalam keluarga pembangkang nampaknya tidak begitu digemari oleh sebahagian kepimpinan PKR dan PAN. Malah ada pemimpin pembangkang yang sudah mula mendesak agar Tun Mahathir meminta maaf di atas perbuatannya memecat dan menyebabkan beliau di penjara.
Bukan itu sahaja, dikalangan pemimpin pembangkang yang dahulunya lantang mengkritik Mahathir sebagai firaun sudah hulur kepala kepada Mahathir, ini juga akan menimbulkan konflik kepercayaan kepada reformis-reformis awal yang dahulu dibarisan hadapan untuk Anwar Ibrahim.
Kesimpulannya, drama mereka ini sudah nampak kantoinya, malah keluarga Anwar Ibrahim juga tidak merestui sampai bila-bila.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan