Ahad, 25 September 2016

NAJIB BAGI DEDAK RASANYA KATA PENCACAI BUNGA

WASHINGTON DC – Lucu dan karut… Ia bukan sahaja kelakar malah tidak masuk akal apabila ada individu tertentu boleh memfailkan tuntutan saman konon mewakili rakyat sesebuah negara.

Perkara itu diputuskan sebuah mahkamah Amerika Syarikat (AS) yang menjelaskan belum pernah berlaku dalam sejarah perundangan moden lebih seabad seseorang boleh menyaman bagi pihak seluruh rakyat negaranya sendiri.

Justeru tindakan tuntutan perundangan aneh tersebut yang dilakukan di AS oleh bekas setiausaha politik Tun Dr. Mahathir Mohamad, iaitu Matthias Chang dan mantan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa akhirnya digugur.

Saman tersebut difailkan ke atas sayap pelaburan strategik kerajaan Malaysia, 1MDB selain firma AS iaitu Goldman Sachs serta beberapa individu atau syarikat tertentu antaranya Riza Aziz dan Red Granite pada 11 Ogos lalu.

Isu tuntutan berkenaan kemudian disensasikan pula oleh Peguam Negara dan pihak Jabatan Keadilan AS atau DoJ sebelum dakwaan tidak berasas itu disiarkan secara besar-besaran oleh akhbar berpengaruh, Wall Street Journal.

Malangnya tiada apa-apa yang baharu pun dalam tuntutan itu. Chang dan Husam malah mendakwa mereka boleh menyaman 1MDB dan beberapa suspek konon sebagai hak mereka untuk mewakili keseluruhan rakyat Malaysia.

Walhal sepanjang lebih 100 tahun sejarah kehakiman moden AS, Mahkamah Agung negara itu memutuskan bahawa individu tidak boleh menyaman bagi pihak semua warga AS apatah lagi yang mewakili rakyat sebuah negara luar.

Tindakan mereka berdua dianggap lebih kepada aksi publisiti murah. Ironi tuntutan itu meskipun disiarkan semua media Hollyood dan antarabangsa, plaintif tidak pernah pun memaklumkan defendan mengenai kes berkenaan.

Ini bermakna, secara formal, mereka gagal menyerahkan notis saman perundangan kepada tertuduh. Goldman Sachs dan Red Granite misalnya entiti perniagaan yang mudah ditemui di AS namun langsung tidak tahu apa-apa.

Secara fakta, plaintif tidak berusaha meneruskan tuntutan dan dari segi perundangan, ia dianggap remeh serta sekadar mencari publisiti selain mempengaruhi persepsi sehingga menyebabkan kerosakan reputasi defendan.

Akhirnya Matthias dan Husam ‘gugur’ tuntutan berkenaan lewat Jumaat (awal Sabtu waktu Malaysia) sekali gus semua kisah drama saman itu turut berkubur selain menyerlahkan selama ini ia cuma aksi perhubungan awam.

Red Granite menerusi satu kenyataan susulan penarikan tuntutan itu berkata, pengguguran saman adalah langkah terbaik kerana tidak pernah difailkan pada peringkat awal lagi secara proses yang sewajarnya. – Mynewshub.cc/HAA


1 ulasan:

  1. Puak bunga yg bodoh dan bangang...
    Hanya bersandarkan pada kencingan sr..wsj dan spekulasi mahdey semata2.Itulah bukti2 yg didakwa mrk mampu menarik perhatian DOJ amerika.Klu mrk berani...bawa pengarang2 sr n wsj sebagai saksi serta bukti2 spt didakwa.
    Betul2 buat malu puak pakaTun jer buat wayang yg tiada klimaks langsung.Begitu juga dgn husam tugu yg bukan main bergegar kata2nya nak menyaman.....hehehehe
    Utk makluman puak parti para balaci mahdey...DOJ tu bukannya bodoh dan bangang mcm korang.Klu dah tiada bukti buat apa mrk nak tangkap dan dakwa.Buat malu mrk jer melayan fitnah korang.Sah dikatakan tiada asas langsung...terima jer lah hakikat.Tak perlu spin sana sini lagi.Mahdey dh kata...skandal kewangan dia adalah kesilapan kerajaan buat bisnes.Bisnes yg mghilangkan wang rakyat sebanyak rm300billion nilai skrg.Kenapa bila 1mdb mengalami masalah...100% nak persalahkan najib.Kenapa bukan pihak2 yg diberi amanah mengurus 1mdb.Wlbgmanapun...disahkan 1mdb tidak mggunakan wang rakyat.Mahdey patut bersyukur tiada pihak yg mempertikai kekayaan tak munasabah waris dan anak2nya.Begitu juga salah seorg dpd anaknya boleh didakwa ke mahkamah.Klu anwar ibrahim dah lama terkubur puak parti para balaci mahdey dikerjakan.Bersyukurlah yg najib tidak sekejam mahdey....

    BalasPadam