Khamis, 15 September 2016

PARTI BUNGA PASTI MENANG LEBIH 90 KERUSI PADA PRU NANTI!!

Kerusi Parlimen di Malaysia ada 222 sahaja sejak 2004, sementara kerusi DUN pulak 505 - tak termasuk di Sarawak dan pertambahan 13 kerusi lagi yang bakal berlaku di Sabah.
Maksud dah 3 penggal macam itu tak berubah. Setiap parti politik 'senior' di negara ini dah terbiasa dengannya. Sebut saja kawasan mana dah tahu siapa tanding, kok ada berubah pun sana sikit, sini sikit, majoritinya masih sama.
Tapi masuk pulak parti Pribumi ini, nampak macam bodoh sikit. Senang-senang dia kata nak bertanding di kerusi tradisi yang PKR dan PAS dah berkurun bertanding. Mudah sungguh dia buat kenyataan semacam itu, tanpa kehadiran pihak yang dia nak ambil alih kerusinya ni - PAS dan PKR.
Apa yang istimewa sangat dengan parti ni sampai begitu yakin PKR dan PAS akan bertolak ansur dengan dia dalam soal pembahagian kerusi? Anwar pun tak boleh buat berbelas tahun dah, Mahathir pulak lagi.
Mahathir memang diketahui memasang impian nak wujudkan pertandingan satu lawan satu antaranya parti-parti pembangkang (termasuk parti Pribuminya) dengan BN.
Contoh dalam PRU13, ada 1 kerusi parlimen dan 6 kerusi DUN dimana PAS dan PKR bertanding sesama sendiri. Dalam PRN Sarawak pun begitu, PKR lawan DAP, PAS lawan DAP, PAS lawan PKR dan sebagainya.
Yang takde PAN lawan DAP sebab semua orang tahu itu parti balaci.
Justeru penulis anggap in kenyataan orang mabuk dan tidak hidup atas realiti. Dia sebenarnya kecil, tapi nak tunjuk macam besar sangat. Takut ada yang mati celik saja nanti sebab hajat tak sampai.


30 ulasan:

  1. Dgn kuasa tuhan bn boleh tumbang..jgn takbur..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dgn kuasa tuhan...parti bala balaci mahdey (pbbm) boleh lenyap...jgn takbur

      Padam
    2. Tuhan tidak ada kuasa. Tiada tuhan kecuali Allah. Insya Allah, semua parti2 pembangkang beserta majoriti rakyat akan menggembeling tenaga di bawah satu ukhuwah "Pakatan Bersatu" mengambil alih pentadbiran Barang Naik (BN) yg dikepalai oleh Untuk Macai Najib Only (UMNO), Make Chinese Angry (MCA) dan Make Indian Crazy (MIC).

      Padam
    3. Tuhan tidak ada kuasa. Tiada tuhan kecuali Allah. Insya Allah, semua parti2 pembangkang beserta majoriti rakyat akan menggembeling tenaga di bawah satu ukhuwah "Pakatan Bersatu" mengambil alih pentadbiran Barang Naik (BN) yg dikepalai oleh Untuk Macai Najib Only (UMNO), Make Chinese Angry (MCA) dan Make Indian Crazy (MIC).

      Padam
    4. Tggu mahdey memohon maaf secara terbuka ke atas anwar dulu...
      Dan tunggu anwar bersumpah laknat tidak pernah mendubur dan memuki..
      Mgkin itu baru fuckatan boleh menang...klu izin Allah swt..
      Bukan mghina...cuma klu dh 2 manusia yg hebat mengutuk antara satu dgn yg lain bersekutu...hujung cerita akan berseteru balik...
      Kenapa???Masing2 ada agenda peribadi dan rakyat muak dgn manusia yg ada agenda peribadi...
      Lagipun kekuatan puak lgbt selama ini adalah pas...yg pemimpinnya dihina habis2an oleh dapigs serta puak lgbt pgayR....

      Padam
    5. Kejora,

      Lidah kamu jelas bercabang macam biawak, jenis Muslim apakah kamu nie yg percaya pada tuhan, tuhan ada kuasa? Sendiri kena ingat Allah SWT maha pengampun selagi kita bertaubat, tidak menyekutukanNya, tidak percaya pada tuhan selain Allah. Dari segi aqidah pun kamu dah kantoi.

      Padam
    6. Memang Allah swt maha pengampun.Nak tanya sikit, man...ko menggelarkan najib sebagai Najibul Bullshit tu baik sgt ker aqidahnya???Mgkin ko beranggapan Allah swt maha pengampun sukati jer ko kutuk org.Tapi kena ingat...ko msh menanggung dosa selagi tidak memohon maaf.Dah ko minta maaf baru Allah swt mengampunkan ko..man!!!
      So...jangan semberono jer nak berhujah klu aqidah sendiri pon blm mencapai standard.

      Padam
  2. Boleh menang 90 kerusi.. bukan takbur ke tu??? Dgn kuasa tuhan konon... kalau kalah terima lah jgn meroyan pulak..

    BalasPadam
  3. dengan kuasa tuhan kalu kena kat dia... abis selama ni kuasa sape le pulak perkara yg berlaku tu... bn merintah selama ni pun atas kehendak sape ye... kalu nak ambil iktibar teliti perangai mahathir tu... dulu masa bekuasa habis semua dicontrol.. org lain semua salah... la ni ape yg dulu dia kata jangan buat.. dia yg dok buat semua... kalu dulu dap tu najis macam babi pada dia, sekarang bepeluk sakan... tu semua kuasa sape le pulak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahdey dh lupa...

      Padam
    2. TDM masih waras & bernas walau usia dah cecah 91 tahun, malah mampu berdiri & berjelajah seantero dunia tanpa tongkat atau dipimpin. TDM sentiasa di bairisan hadapan memimpin bukan seperti Najib dipimpin oleh bini, Amerika, Apco, Goldman Sachs & Spore. Gejala & musibah yg menimpa bertalu-talu di darat, udara, laut & gunung adalah petunjuk nyata kemungkaran Najib.

      Padam
    3. TDM masih waras & bernas walau usia dah cecah 91 tahun, malah mampu berdiri & berjelajah seantero dunia tanpa tongkat atau dipimpin. TDM sentiasa di bairisan hadapan memimpin bukan seperti Najib dipimpin oleh bini, Amerika, Apco, Goldman Sachs & Spore. Gejala & musibah yg menimpa bertalu-talu di darat, udara, laut & gunung adalah petunjuk nyata kemungkaran Najib.

      Padam
    4. Ttg wang 'hilang' dlm isu 1mdb pun mahdey sentiasa berubah2.Ttg bukti yg didakwa pun...sebijik tak ada dlm tangan mrk spt kata2 mahdey sendiri.
      Klu dia waras...wang rakyat berjumlah lebih rm100b bersamaan nilai skrg rm300billion tak akan hilang percuma.Ko pegi tanya mahdey bgmana dia sesuka hati mggunakan wang rakyat utk bailout syarikat2 waris dan kroninya.Pelaburan berbillion2 rm hangus percuma.Skandal rasuah pkfz dan banyak lagi.Klu manusia waras...dia akan berusaha utk tidak mggunakan wang rakyat sesuka hati.
      Buruk2 1mdb...sesen wang rakyat tidak digunakan.Dan paling nyata..."wang haram" 1mdb telah menaja lbh 1000 jemaah haji tanpa peduli fahaman politik mrk.Paling buruk pun...ada rmh org miskin dibina di kpg jiran aku dgn "wang haram" 1mdb.
      Era mahdey ada??!!!!
      Yang ada..8 buah rmh mahdey serata dunia dan paling murah rm8juta dan paling mahal rm22juta.Ko ado!!???

      Padam
    5. Kejora oh Kejora......

      Usah meracau-merepek tak tentu hala kalau tidak ada bukti. Kalau benar bagai dikata, pergi buat laporan polis dan saman Tun Mahathir, jgn nak lagak macam anjing kurap menyalak bujit. 8 buah rumah Tun serata dunia tu di mana...cuba huraikan dan petikan dari sumber mana? Selama ini pernahkah Tun didakwa oleh mana2 mahkamah atau pihak berkuasa sama ada di dalam maupun di luar negara seperti kes penyelewengan 1mdb & MO1 di 7 buah negara.

      Apa nak jadi dgn negara ini? Bayangkan.....Tun Mahathir, Khairudin & Anina dah pun buat laporan polis dan hantar saman tapi tak diambil endah oleh pihak yg berkuasa. Malah laporan SPRM dan AG terdahulu dibakul sampahkan oleh AG baru Pak Pandir. Yg aneh, Khairuddin & peguamnya pulak ditangkap. Semua saluran undang2 dah ditutup & dibentengi oleh 2 ekor balaci (AG & KP) atas kehendak Najib. Bukti penjelewengan cukup jelas dgn transaksi_bank ke akaun syarikat kepunyaan Jho Low, Najib, Rosmah, Reza serta pembelian hartatanah di eropah & amerika. Hanya Undang2 Malaysia di bawah kuasa Najib saja yg dapati Najib tak bersalah. Tapi di 7 buah negara lain, harta & akaun 1mdb dah disita & dibekukan atas kesalahan jenyah money laundering duit hak milik negara Malaysia. Malah di Spura, Pengurus 1mdb dah dihumbankan dalam penjara. Tapi pegawai2 1mdb diMalaysia masih bebas kerana dilindungi oleh Najib. Ada dua ekor Lembaga Pengarah SRC lari menyembunyikan diri di Indonesia, kenapa sampai laa ni tak ditangkap? Jawab ye......!!!

      Padam
    6. Semua org boleh buat saman.Klu ada bukti dan dakwaan...berjalanlah kes tersebut.Cuma mahdey dan kuncu2nya mmg tak ada kes dakwaan.Itu jer...
      Cuma nak gunakan sebagai memburukkan peribadi dan mengelirukan rakyat.
      Siapa pengurus yg dh dihumban dlm penjara singapore.Sila bagi nama dan detail terperinci.Ingin juga nak tahu.Yang lari ke indonesia...tak ada ker laporan polis dan interpol????Macam kartun jer cerita ko nie..man!!!
      DOJ pernah kata...mrk akan siasat jika dakwaan itu benar.Sesiapa sahaja boleh buat dakwaan di luar negara.Najib pun dh kata...siasat jer dan dakwa serta tangkap jika benar dakwaan tersebut.Malangnya dakwaan tersebut tidak benar dan dgr cerita dpd DOJ bhw laporan dakwaan dilakukan oleh puak pakaTun.Isunya sekali lagi utk mengelirukan rakyat.Ko pun boleh pegi mana2 negara dan buat sebarang dakwaan dgn bukti2 yg ko ambik dpd sr atau wsj.Mrk akan siasat danbtak sewenang2nya nak tangkap klu tak ada bukti.Buat malu mrk jer.
      Ttg rmh mahdey tu ko tanyalah sendiri dgn mahdey.Aset kereta salah sorang anak dia jer rm34juta.Ko ado???!!!

      Padam
  4. sendiri post, sendiri komen nampak? Sian..tq

    BalasPadam
  5. Nak tanya Headbomb apakah motif sebenar pembunuhan Altatunya yg dibomb hancur berkeai. Takkan 2 ekor polis itu saja2 melakukan tanpa arahan pihak atasan..anda kan pakar bomb...?? Jawab ye, terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko pulak man, dpd asyik tanya org pasal altantuya kena bom, baik ko sendiri huraikan fakta lengkap. Tidaklah 2 org polis tu jd mangsa spt yg ko nukilkan. Aku percaya fakta ko lebih lengkap, cermat dan memenuhi piawai untuk dibawa ke mahkamah. Apa lagi, huraikanlah...

      Padam
    2. Belum pernah terjadi di mana2 pun mahkamah dunia pembunuh dijatuhkan hukuman mati tanpa para hakim & juri2 mengenal pasti motif/tujuan pembunuhan tersebut. Ini hanya terjadi di Malaysia di era pemerintahan Najibul Bullshit. Maka itu saya dan ramai orang masih terpinga-pinga & tertanya-tanya apakah motif pembunuhan itu. Faham.....!!!!!

      Padam
    3. Najib tu hakim ker?
      Pendakwaraya??
      Peguambela??
      Motif???Firaun ketuk kepala bapak ko dan dia tuduh emak ko yg buat...
      Mgkin kan?????Untuk jatuhkan seseorg....

      Padam
    4. Kejora....

      Thanks a lot for exposing your true self. Judging by yourrude & lewd manners, it's without the least doubt reflect your way of upbringing & education level.

      Padam
    5. Man...tak yah guna bhs omputeh pulak...ko kutuk dgn mggelar org dgn gelaran buruk..Bagus ker???Manner konon....
      Aku dulu pon hampir dikencing puak pakaTun jugak.Tapi kena lihat banyak sudut sblm buat kesimpulan.Najib pun tak lah perfect sgt tapi msh relevan setakat ini.Biasalah...klu nak jatuhkan seseorg..plbagai strategi perlu digunakan spt kata sotong lgbt....mghasut itu halal dgn menabur fitnah.Semoga dia sempat bertobat dan tidak mati dlm keadaan menabur fitnah.Rugi jer mengejar kuasa dunia dlm keadaan mcm tu...

      Padam
    6. Akhirnya perlahan-lahan balasan mula menimpa:


      NEW YORK merupakan DESTINASI kegemaran Najib Razak dan Rosmah Mansor. Biasanyalah, asalkan ada peluang, sampailah Najib dan Rosmah ke Amerika Syarikat. Tapi...Rosmah & Jibby mana mungkin tunjuk diri setelah mereka dibogelkan dan diketahui seluruh pelusuk dunia. Nama Rosmah Mansor telah dikeluarkan daripada senarai penerima anugerah kerana pihak penganjur menyedari program Permata dicuri dari duit 1mdb. Mana nak letak muka.
      Selama ini kita diberitahu pembiayaan Permata datangnya daripada wang kerajaan, malah Najib sendiri mengumumkan peruntukan itu dalam beberapa ucapan belanjawan yang dibentangkannya, bagaimana Unesco boleh turut meraguinya dan kemudian membatalkan anugerah yang sepatutnya diterima Rosmah? Adakah penarikan balik anugerah Rosmah juga ada kaitan dengan saman Jabatan Kehakiman AS atau berhubung-kait dengan sebarang penemuan penyiasat antarabangsa berkaitan wang 1MDB yang telah dilencongkan? Tebalnya muka kedua laki bini nie, mana nak letak muka? Semakin hari semakin stresslah mereka berdua, menyebabkan kena stroke nanti. Boleh mereka berdua bertahan hidup sampai usia 91 tahun seperti Tun Mahathir & isteri....????
      Itu tanda-tanda awal menunjukkan ketidak ada keberkatan kerja buat yang menyeleweng dari yang dituntut oleh agama islam iaitu jujur ikhlas dan amanah - langsung tidak menunjukkan tauladan pada rakyat.

      Semakin hari semakin banyak kebongkaran ulah kedua laki bini ini.

      Padam
    7. Teringat kata2 seorg ulama yg pernah dikutuk dan dihina oleh pm paling lama."Semoga dia dipanjangkan umur utk melihat pghinaan ke atas dirinya".Mgkin benar atau kebetulan.
      Man...cerita rosmah tu betul ker???
      Klu dh mencuri...tentu kena tangkap.Kenapa tak ada sekor pon puak pakaTun buat laporan?Lawaklah propaganda puak pakaTun tu..man.
      Propa....hehehe

      Padam
    8. Lawak...seorg prof boleh kena kencing oleh wsj n times tanpa merujuk kpd kerajaan.
      Patut pon org tua tu separuh gila memfitnah...kena kencing wsj n sr.

      Padam
    9. Tun Mahathir, Khairudin & Anina dah pun buat laporan polis dan hantar saman tapi tak diambil endah oleh pihak yg berkuasa. Malah laporan SPRM dan AG terdahulu dibakul sampahkan oleh AG baru Pak Pandir. Yg aneh, Khairuddin & peguamnya pulak ditangkap. Semua saluran undang2 dah ditutup & dibentengi oleh 2 ekor balaci (AG & KP) atas kehendak Najib. Bukti penjelewengan cukup jelas dgn transaksi_bank ke akaun syarikat kepunyaan Jho Low, Najib, Rosmah, Reza serta pembelian hartatanah di eropah & amerika. Hanya Undang2 Malaysia di bawah kuasa Najib saja yg dapati Najib tak bersalah. Tapi di 7 buah negara lain, harta & akaun 1mdb dah disita & dibekukan atas kesalahan jenyah money laundering duit hak milik negara Malaysia. Malah di Spura, Pengurus Bank BSI yg ada kaitan dgn pengaliran duit 1mdb dah dihumbankan dalam penjara. Tapi pegawai2 1mdb di Malaysia masih bebas kerana dilindungi oleh Najib. Pengasas AM Bank yg buat laporan polis terhadap US$700 masuk akaun Najib ditembak mati pd 28/713 bagi menutup mulutnya. Ada dua ekor Lembaga Pengarah SRC lari menyembunyikan diri di Indonesia, kenapa sampai laa ni tak ditangkap? Dalam kes SRC International, selain Najib tidak dikenakan apa-apa pertuduhan walaupun mengakui menerima wang tersebut, dua pengarahnya iaitu Nik Faisal Arif Kamil dan Suboh Md Yassin, turut juga terlepas begitu saja. Kedua-duanya bukan saja hilang melarikan diri atau dihilangkan ke luar negara, bahkan masih dikekalkan sebagai pengarah SRC International sehingga kini. Jawab le......!!!

      Padam
  6. Nak tanya Headbomb apakah motif sebenar pembunuhan Altatunya yg dibomb hancur berkeai. Takkan 2 ekor polis itu saja2 melakukan tanpa arahan pihak atasan..anda kan pakar bomb...?? Jawab ye, terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maksud dpd tulisan ko tu membawa makna yg ko tak tahu dan masih terpinga pinga macam rusa masuk kampung. Satu bijik butir berkaitan kespun kau tak tahu. Jadi pada aku ko tak patutpun meletakkan sebarang keputusan dan berprasangka buruk kepada mana2 individu. Tak kiralah pihak pendakwa, pihak didakwa atau siapa sahaja. Fakta mahkamah boleh didapati dan dibaca. Mana2 keraguan tentunya boleh dipertikai oleh peguam juga pendakwa. Dalam perbicaraan, dimanakah keraguan itu disalurkan? Di dalam media atau di mahkamah? Menurut fahaman aku, penulisan ko membawa maksud ko meragui malah menolak semua kerja2 pendakwaraya, peguambela dan juga hakim yang terlibat dalam perbicaraan sebab mereka tidak menyoal, mencari siapa yang mengarah bunuh, malah ketika menjatuh hukuman juga tidak adil. So, jika semua tu ada pada ko, kenapa ko tidak membawanya ke pengadilan? Setakat nak jadi hero keyboard ajelah nampaknya.

      Padam
    2. Outsider please don't smoke cigar.

      Padam
    3. Khusus Untuk Beruk Tunggal Kejora,

      BILA PECAH TEMBELANG , TEMBERANG PUN TERBUKA-KANGKANG
      KENYATAAN PALSU NAJIB BAGAI SEJARAH PENIPUAN BERULANG:

      Sejak lewat petang semalam telah tersiar berita di media dan portal dalam talian mengenai kenyataan Najib Razak berhubung pertemuan Tun Mahathir Mohamad dengan Yang Dipertuan Agong berkaitan Deklarasi Rakyat. Dalam kenyataan media itu, Najib memberitahu bahawa Yang Dipertuan Agong hanya mengambil maklum perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir, tetapi tidak boleh mencampurinya. Ini kerana, menurut Najib, deklarasi yang diusahakan itu tidak mengikut Perlembagaan dan sebarang tindakan sepatutnya dilakukan menurut amalan lazim iaitu sama ada melalui Parlimen atau sistem pilihanraya yang melibatkan rakyat.

      Membaca berita yang tersiar itu, ramai yang tertanya-tanya, mengapa Najib sendiri yang mengeluarkan kenyataan yang berkaitan usaha untuk menyingkirkannya? Dahlah tu, tak ada tangan Najib pulak tu...!!

      Apakah perlu Kenyataan Najib memandang pertemuan 4 mata melibatkan Tun Mahathir dgn Baginda Yg Di pertuan Agong, kenapa Najib menyibuk? Najib seolah-olah takut dgn bayang2 yg saban hari menghantuinya hingga menggelupur macam cacing kepanasan? Najib jelas kelihatan terdesak dan amat terganggu dengan pertemuan Tun Mahathir dengan Yang Dipertuan Agong itu.

      Saya juga turut sangsi perihal fakta dalam kenyataan media itu, antaranya:-

      - Dalam perenggan pertama, PPBM disebut sebagai Parti Pribumi Perkasa Malaysia sedangkan namanya yang betul ialah Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Pribumi Perkasa adalah NGO milik Ibrahim Ali.

      - pertemuan Tun Mahathir dengan Yang Dipertuan Agong dikatakan berlangsung di Istana Bukit Malut, Langkawi walhal yang diberitakan sebelum ini ia berlaku di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

      - jawatan sebenar Tun Mahathir ialah Pengerusi dan bukan Penasihat PPBM.

      - dalam perenggan ketiga PPBM bertukar menjadi PBBM.

      Benarkah ia surat asli yang dikeluarkan oleh Najib?

      Jika ia benar, mengapa berlaku kesilapan-kesilapan fakta yang besar seperti itu?

      Bukankah ia sesuatu yang memalukan Najib dan Pejabat Perdana Menteri atau PMO? Agak mengejutkan juga, di laman facebook dan twitter milik Najib langsung tidak ditemui berita dan hebahan surat mengenai perkara itu. Mengikut kebiasaan dan amalam lazim, Najib sudah tentu suka memuatkan kenyataan media seperti itu kerana ia adalah kenyataannya sendiri, lebih-lebih lagi juga merupakan kesempatan untuk merendah-rendahkan perjuangan Tun Mahathir dan PPBM.

      Kiranya ia benar, amatlah malang kerana baru beberapa hari lalu Rosmah Mansor dimalukan dengan berita penarikan gelaran "Lead by Example" oleh Unesco, sekarang Najib pula diaibkan oleh kenyataan yang disediakan oleh PMO sendiri.

      Alamat Najib bakal menerima Malu lagi selepas Anugerah untuk Rosmah tak jadi. Apa nak jadi, orang kampung semua dah tahu. Cash is King bakal menerima padah kena bayar cash didunia lagi....!!!

      Padam