Rabu, 28 September 2016

PAS BANYAK KALI KHIANAT PKR KATA SAIFUDDIN NASUTION


PKR secara terbuka mengakui pernah dikhianati PAS dalam isu pembahagian kerusi, namun parti itu tetap akan mengadakan rundingan bagi menjamin pertandingan satu lawan satu pada Pilihan raya Umum akan datang.
Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution berkata, rundingan tetap akan dijalankan, namun mengakui parti itu 'bersedia' dengan kemungkinan untuk dikhianati oleh PAS sekali lagi.
"Kalau nak capai satu lawan satu PH kena duduk bincang dengan Bersatu (PPBM) dengan PAS. Bukan soal percaya atau tidak (tapi) engangement atau perbincangan mesti kita mulakan.
"Kalau nak fikir pasal pengkhianatan, saya yang paling pedih. Saya wakili PKR mengenai rundingan kerusi pada 1999, 2004, 2008, (dan) 2013 adalah cerita pengkhianatan. Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Putera, Kota Damansara, Sungai Acheh, yang telah dipersetujui hitam putih di atas kertas bukan tepi jalan, tapi dikhianati," katanya sewaktu menjadi panel sembang santai sempena Sambutan Amanah Setahun di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan hadirin bersabit formula satu lawan satu antara Pakatan pembangkang bagi menghadapi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Rata-rata hadirin yang berpeluang mengajukan soalan membangkitkan isu berkenaan bagi mendapatkan kepastian, kerana berpendapat jalan permuafakatan di antara semua parti pembangkang dalam menentang parti pemerintah itu pada PRU14, masih kabur.
Program sembang santai malam tadi, yang turut membariskan bekas Naib Presiden PAS, Husam Musa; Presiden PAN, Mat Sabu, Setiuasaha Organisasi DAPigs dan pemimpin BERSIH2.0 Thomas Fann, menjadi medan untuk menghentam PAS yang didakwa sebagai punca kepada idea satu lawan satu sukar direalisasikan.
Sementara itu, Mat Sabu pula berkata PAN sanggup berdepan dengan saingan lebih daripada dua penjuru pada PRU14 kelak, berbanding 'bekerjasama' dengan parti yang 'menyokong' amalan rasuah.
Ujarnya, prinsip satu lawan satu sememangnya menjadi harapan parti apatah lagi selepas mengikat kerjasama bersama PKR dan DAP menerusi payung Pakatan Harapan, namun ujarnya Amanah tidak akan sesekali menggadaikan prinsip perjuangan demi mencapai matlamat tersebut.

1 ulasan:

  1. PAS yg berteraskan agama Islam tidak sepatutnya berkerja sama dengan parti kominis, LGBT dan pluralisma kerana ini amat bertentengan. Kalau bersama juga atas alasan politik, bermakna PAS juga adalah sama seperti mereka. Pakatan kelihatannya tidak membela rakyat sebaliknya menunjukkan ketamakan kuasa dan kemarukkan duit rakyat untuk memenuhi kepentingan peribadi dan kroni sahaja.

    BalasPadam