Selasa, 18 Oktober 2016

AKHIRNYA MAHATHIR TERPAKSA GUNA TAKTIK PENIPUAN UNTUK SURVIVAL PARTI BUNGA

KERAJAAN Kelantan hanya akan menikmati royalti minyak selepas Pembangkang mampu menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional (BN)?
Suatu kenyataan 'jijik' daripada Tun Dr Mahathir Mohamed yang secara tiba-tiba menyentuh soal isu yang telah bermain sejak sekian lama itu.
Terbukti Dr Mahathir selaku Pengerusi PPBM telah mula terdesak untuk mengaut sokongan daripada masyarakat majoriti Melayu di negeri 'Che Siti Wan Kembang'.
Sedarkah Dr Mahathir bahawa di dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 dengan jelas menyebut :
"Istilah yang diguna pakai bagi maksud pembayaran tersebut adalah "bayaran tunai" sebanyak 5% dan perkataan "royalti" tidak digunakan dalam mana-mana istilah Akta berkenaan.
Apakah kelayakan kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapatkan bayaran tunai 5% seperti yang disebut dalam perjanjian antara Petronas dan kerajaan Negeri tahun 1975/1976?
Telaga minyak atau gas mesti berada dalam sempadan negeri iaitu bumi negeri berkenaan serta perairan wilayah negeri iaitu sejauh 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut (ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.7 Tahun 1969)."
Dr Mahathir sebenarnya telah lama akui bahawa negeri Kelantan tidak layak terima royalti minyak berikutan kesemua pelantar minyak dan gas berkenaan berada di luar persisir pantai negeri iaitu pada 5.56 kilometer (3 batu nautika).
Malah, Dr Mahathir sendiri tidak menyokong usaha berkenaan semasa dia bersama UMNO suatu ketika dahulu kerana dia sedar hal sebenar.
Dia sendiri juga turut didakwa terlibat dalam pengstrukturan royalti dan pendaratan minyak semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, sebaliknya beliau hanya buat-buat lupa kerana menyangka orang lain sudah nyanyok dan mudah alpa.
Juga Dr Mahathir cerdik bermain emosi rakyat negeri berkenaan. Dia tahu, dengan memainkan persepsi royalti ini, ia mampu dengan mudah untuk mengemis simpati rakyat negeri Kelantan.
Adakah rakyat Kelantan sudah lupa atau saja buat-buat lupa pekara yang pernah dibawa oleh Anwar Ibrahim ke Parlimen tetapi tidak sempat dibincangkan berikutan kesuntukan masa?
Anwar Ibrahim pernah membawa usul bagi meminda Akta Kemajuan Petroleum 1974 di Dewan Rakyat dengan tujuan agar royalti diberi kepada negeri Kelantan.
Ini bermakna pembangkang sendiri tahu jika Akta Kemajuan Petroleum 1974 tidak dipinda, sampai bila-bila negeri Kelantan tidak berhak mendapat royalti tersebut.
Pekara utama perlu diketahui oleh rakyat Kelantan adalah, jika layak menerima royalti, Dr Mahathir tidak akan menanam harapan royalti akan diperolehi setelah pembangkang menguasi persekutuan, dia pastinya akan berucap dengan nada lain.
Tujuan usul itu ke Dewan Rakyat adalah semata-mata mahukan Akta Petronas 1974 dipinda supaya membolehkan royalti dibayar bagi mana-mana penggalian minyak atau gas dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).
Siapa yang meminda dan bertanggungjawab mengubal dan meminda Akta Kemajuan Petroleum 1974 hingga menyebabkan negeri Kelantan tidak layak menerima royalti minyak? Siapa lagi jika tidak lain tidak bukan Perdana Menteri yang memegang kuasa selama 22 tahun.
Dalam isu ini juga rakyat harus baca kembali kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang yang menjelaskan bahawa sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.
Takkan sudah lupa, suatu ketika dahulu Tengku Razaleigh Hamzah pernah menjelaskan bahawa kerajaan PAS Terengganu tidak boleh mempertikaikan kedududkan Wang Ehsan kerana wang berkenaan disalurkan selama ini walaupun atas nama royaliti minyak, bukanlah hak negeri.
Beliau juga menyatakan semasa Petronas ditubuhkan telah dinyatakan bahawa tiada sebuah negeri pun di Semenanjung berhak ke atas hasil minyak yang dijumpai di kawasan yang berada di luar "wilayah" mereka (rujuk Bernama - 1November, 2000).
Walaupun rentak dan senario para ahli politik yang memperjuangkan atau terlibat dalam isu royalti minyak ini telah berubah, tetapi kedudukan undang-undang masih tidak berubah. Rakyat dan negara wajib menghormati undang-undang negara.
Hakikatnya, Dr Mahathir cuba menggaburi mata rakyat negeri Kelantan dengan isu royalti minyak ini kerana dia amat trauma dan takut untuk berbicara soal hukum Hudud di hadapan rakyat negeri berkenaan.
Walhal, isu yang lebih aula bagi Kelantan sekarang adalah Hudud dan pemerkasaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 yang kini dalam proses pindaan.
Tulisan:
Beruang Biru


6 ulasan:

  1. Salam. Kedudukan tanah bumi beranjak setiap detik. Tak mustahil telaga minyak yang didakwa milik Kelantan pasti berubah kedudukan dan jika diukur semula nescaya telaga itu menepati kreteria dlm perjanjian. Perjanjian boleh diubah kalau benar benar mahu membantu.

    BalasPadam
  2. Cara membantu boleh dalam bentuk macam2 bukan royalti sahaja. Perjanjian tak diubah pun, Kerajaan Persekutuan la ni membantu Kelantan dalam banyak perkara dan memberi wang ikhsan lagi banyak dari royalti. Isu royalti tu dah ketinggalan zaman. Melaksanakan sesuatu perkara itu biarlah mengikut kesesuaian masa, apabila dah berlalu maknanya dah basi dan ekspired. Begitu juga manusia, apabila dah pencen is considered ekspired.

    BalasPadam
  3. Ada asasnya pendapat Anom 127. Namun Madey ni janganlah putar belit kerana nak cari pengaruh. Kenapa hang selama 22 tahun perintah tidak ambil jalan yang lebih pratikal dan rasional dalam perkara agihan sumber asli ke seluruh negeri2 di Malaysia ini.

    Madey tahu sangat minyak adalah emas hitam dia amat arif tentang minyak. Minyak adalah PETRONAS dan PETRONAS adalah minyak. Kemana paip minyak disalurkan itu adalah satu persoalan orang disekiling PETRONAS boleh jawab.

    BalasPadam
  4. Dulu mamak nie pernah janji nak tolong kelantan perbaiki sistem air bersih.Bila pas menang..dia tarik balik sedangkan jwtn dia adalah perdana menteri malaysia bukannya pm kerala.Adakah kelantan bukan dlm malaysia?
    Sampai hati sehingga siap kutuk kalau nak minum teh tarik free...buka jer mana2 pili di kelantan.
    Era mahdey lah kita boleh menonton dia mgutuk..mghina dan memfitnah secara berleluasa dlm tv....ptuihhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama 1:58 & 8:06...

      Sekarang saya pulak nak bertanya. Antara PM2 kita yang menjawat Menteri Kewangan, siapakah antara mereka yg begitu gelojoh & paling lama menjawat jawatan Men Kewangan, seolah-olah hendak bolot untuk dia seorang saja...???

      Ini bukti betapa gelojohnya Najib nak control jawatan Menteri Kewangan seolah-olah tak mahu dilepaskan. Satu sikap tak pernah diamalkan mana2 pemimpin negara dalam dunia.

      SENARAI MENTERI KEWANGAN:

      Tun Hussein Onn 1974 ~ 1976
      Tengku Razaleigh 1976 ~ 1984
      Tun Daim Zainuddin 1984 ~ 1991
      DS Anwar Ibrahim 1991 ~ 1998
      Tun Mahathir 1998 ~ 1999
      Tun Daim Zainuddin 1999 ~ 2001
      Tun Mahathir 2001 ~ 2003
      Tun Dollah Badawi 2003 ~ 2008
      DS Najib Razak 2008 sampai kini

      Siapa lebih rakus...siapa pembolot sebenar...???

      Padam
  5. BIARLAH ANGKA STATISTIK MENJELASKAN KEBENARAN:

    Perhatikan rekod Hutang Negara mengikut tahun....

    1997 RM90 bilyon
    1998 RM103 bilyon
    1999 RM112 bilyon
    2000 RM125 bilyon
    2001 RM145 bilyon
    2002 RM164 bilyon
    2003 RM188 bilyon
    2004 RM216 bilyon
    2005 RM232 bilyon
    2006 RM247 bilyon
    2007 RM274 bilion
    2008 RM317 bilyon
    2009 RM376 bilyon
    2010 RM405 bilyon
    2011 RM465 bilyon
    2012 RM501 bilyon
    2013 RM546 bilyon
    (Sumber International Monetary Fund)
    2014 RM677 bilyon
    2015 RM847 bilyon
    2016 RM847.9 bilyon.
    (Sumber The Economist)

    Bayangkan, hutang kerajaan pada 1997 hanyalah RM90 bilyon tetapi selepas 17 tahun pada tahun 2014 telah menjadi RM677 bilyon.

    Pada 2003 ketika Tun Mahathir letak jawatan sebagai PM, hutang negara hanyalah RM188 bilyon.

    Selepas 6 tahun pada 2009 ketika Tun Abdullah Badawi melepaskan jawatan kepada Najib ia meningkat berganda dari RM188 bilion kepada RM376 bilion.

    Selepas 5 tahun Najib mengambil alih negara, hutang pada 2014 melonjak mendadak sebanyak 301 bilion kepada RM677 bilion. Malangnya bagi rakyat Malaysia disebabkan Najib boros berbelanja maka hutang meningkat menjadi RM847 Bilyon.

    Sekarang kita buka mata apa yg Tun Mahathir dah bina..dan apa yang Tun Abdullah Badawi & Najib sumbangkan kpd negara & rakyat.

    Itulah padahnya bila Najib biarkan bininya Rosmah menyibuk masuk campur tangan dalam pentadbiran negara.

    BalasPadam