Khamis, 6 Oktober 2016

DATUK HUAN CHENG GUAN BONGKARKAN ORANG KAYA MILIKI RUMAH ORANG MISKIN, SPRM KENA BERTINDAK

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Major (B) Huan Cheng Guan, hari ini mendedahkan segelintir 'orang kaya' tinggal dan melabur di atas unit rumah kediaman kos sederhana di Pulau Pinang yang dikhaskan kepada pembeli rumah pertama.

Hasil siasatan PCM ke atas Pangsapuri Kos Sederhana Murah yang berusia dua tahun mendapati beberapa kenderaan mewah seperti motorsikal BMW GS Superbike berharga RM114,900, motorsikal Triumph Street Triple Superbike berharga RM53,900, motorsikal KTM 1050 Adventure Superbike berharga RM68,888 dan keluaran terbaru pacuan 4 roda Toyota Hilux Double Cab 2.8 G berharga RM133,900. 

Menurut Datuk Huan, hampir kesemua kenderaan yang terdapat di parkir Pangsapuri berkenaan berharga sekurang-kurangnya RM80,000.

Harga kenderaan berkenaan berharga jauh lebih tinggi daripada harga Pangsapuri berkenaan iaitu RM72,500 (harga yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri ke atas pemaju bagi Pangsapuri Kos Sederhana).

PCM akan melaporkan penyelewengan berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Jabatan Perumahan Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh ADUN DAP Jagdeep Singh Deo.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan