Sabtu, 29 Oktober 2016

LIM GUAN ENG TIDAK HORMATI PERAYAAN DEEPAVALI KATA DATUK HUAN CHENG GUAN

TEKS UCAPAN LIM GUAN ENG TIDAK MENGHORMATI PERAYAAN DEEPAVALI*

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi telah melampaui batas di dalam ucapan Deepavali mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Peluang yang ada untuk mengucapkan kesejahteraan kaum India dalam menyambut perayaan cahaya telah dicemari dengan kata-kata fitnah dan dipenuhi dengan propaganda kebencian.

Ucapan Lim yang mengandungi sejumlah 929 patah perkataan hanya menyebut tentang perayaan Deepavali pada 10 perkataan pertama sahaja yang kemudiannya diikuti dengan 919 patah perkataan lain yang membawa maksud politik semata-mata.

Lim langsung tidak menghormati perayaan Deepavali yang berkisarkan tentang sambutan kedatangan permulaan yang baharu, kemenangan kebaikan mengatasi kejahatan dan cahaya mengatasi kegelapan.

Lim sebagai seorang Ketua Menteri perlu faham sentimen masyarakat India di negara kita yang mahu menyambut perayaan Deepavali dengan gembira, hati tenang dan ceria bersama keluarga dan sahabat.

Ucapan Lim membawa maksud ketakutan bermula dari perenggan pertama lagi apabila menyentuh tentang penghapusan subsidi minyak masakl yang kemudiannya dikaitkan dengan kenaikan kadar tol.

Ini langsung tidak mencerminkan usaha sebenar kerajaan persekutuan yang mahukan ketirisan subsidi minyak masak ini dikurangkan seterusnya dapat memberikan lebih perkhidmatan kepada rakyat.

Lim juga gagal menyebut harga minyak masak bagi paket 1 kg dikekalkan subsidinya sebagai langkah rasionalisasi subsidi bagi memastikan subsidi kerajaan akan terus dinikmati oleh golongan yang disasarkan.

Ucapan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Ketua Menterinya adalah satu penghinaan kepada perayaan Deepavali dan masyarakat India di Malaysia.

Ucapan Lim tidak lebih daripada satu ucapan politik tidak matang yang digunakan untuk menyampaikan fitnah jahat dan juga propaganda politik parti DAP.

Kerajaan Negeri dan Ketua Menterinya perlu belajar bagaimana untuk membezakan antara keperluan untuk berpolitik dan keperluan untuk benar-benar menyampaikan ucapan ikhlas kepada rakyatnya sendiri.

Teks ucapan Lim secara jelas langsung tidak ikhlas untuk mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada masyarakat India dan langsung tidak menghormati perayaan Deepavali.

Ini juga bukan kali pertama Lim menyampaikan ucapan sambutan yang berbaur politik.

Ucapan Krismas, ucapan hari Wesak, malahan ucapan sambutan hari kemerdekaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Ketua Menterinya juga mengandungi propaganda jahat bersifat politik semata-mata.

Lim barangkali terlupa bahawa dia sedang didakwa di didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Lim bukanlah seorang yang layak untuk menyebut tentang sambutan Deepavali yang membawa pengertian kemenangan kebaikan mengatasi kejahatan.

Ini kerana, Lim sendiri merupakan kejahatan yang perlu diatasi dengan segera oleh kebaikan.

Datuk Huan Cheng Guan
Naib President
Parti Cinta Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan