Rabu, 5 Oktober 2016

MUHYIDDIN YAKIN DAPAT GABUNGKAN PARTI BUNGA DAN PAS KERANA AURANYA

Keyakinan Muhyiddin ibarat seorang pakar yang mampu menggabungkan musuh lama dan kerana dirinya musuh-musuh itu terpaksa bersetuju, kerana aura kepimpinannya yang hebat.
Baru-baru ini, Muhyiddin dengan gah mampu memberi ceramah di hadapan 3,000 orang yang majoritinya adalah penyokong PAS.
PAS memberi peluang kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Muhyiddin Yassin berucap di atas pentas mereka pada satu ceramah di Kemaman.
Muhyiddin Yassin sendiri yang menawarkan diri untuk menjadi ‘orang tengah’ berunding dengan PAS bagi merealisasikan formula satu lawan satu antara pembangkang dengan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).
Bunga memang tengah berunding untuk mendapatkan kerusi-kerusi dari PAS, PKR dan DAP. Katanya mereka memang yakin sangat tinggi kerana parti bunga kena menang lebih 80 kerusi parlimen di pru14 nanti.
Bila sudah menang, kita akan bincangkan siapa yang boleh jadi Perdana Menteri, siapa yang akan dapat habuan, jadi menteri, takkan semua tak mengidam kerusi empuk di Putrajaya.
Kalau kita melihat situasi ini, adakah PAS dengan rela hati akan memberi kerusi percuma kepada parti bunga?
Adakah PKR terlalu yakin bunga dapat membantu perancangan mereka?
Adakah PAN nak berdiam diri sedangkan mereka juga mampu buat kejutan?
DAP sudah rasakan yang mereka juga mampu mengawal kesemua parti-parti pembangkang di bawah tapak kaki mereka sekali lagi.
Tahniah melayu pembangkang.


3 ulasan:

  1. Jeles hahahah

    BalasPadam
  2. Mak aiii...
    Pasti ker pengutuk setia pas aka pengerusi parti para balaci mxxxx diterima ahli pas???

    BalasPadam
  3. Cukup2lah...org tua tu dah puas mengutuk..mghina dan memfitnah demi kelangsungan politiknya.
    Skrg dia nak menagih sokongan demi mengukuhkan kembali kuasa dan harta para waris..proksi dan kroninya.Nak sokong lagi ker????

    BalasPadam