Isnin, 31 Oktober 2016

PERMAINAN KHAIRUDDIN UNTUK JATUHKAN MUHYIDDIN?


Baru-baru ini parti bunga dikejutkan dengan pengumuman Khairuddin keluar parti bunga, ini agak memeranjatkan kerana Khairuddin dikenali sebagai seorang yang begitu taksub dengan Mahathir.
Bagaimana ingin membantu parti bunga yang mengidamkan lebih 80 kerusi parlimen pada pru nanti dibadai ombak perpecahan.

Namun dari ura-ura dalaman parti bunga, mengatakan perbalahan dalaman antara Khairuddin dan Muhyiddin tidak mampu disorok oleh laskar-laskar cyber bunga itu sendiri.

Adakah kerana kepercayaan Khairuddin yang Muhyiddin tiada krealibiliti menampakkan kebenarannya.
Mahathir mungkin agak pening dengan keadaan ini, perancangan awalnya adalah untuk menggunakan Muhyiddin dengan mengangkatkannya sebagai pilihan Perdana Menteri sekiranya pru nanti bunga yakin dan pasti memenangi lebih 80 kerusi Parlimen. Selepas dua tahun, perancangan seterusnya akan mengangkat Mukhriz sebagai Perdana Menteri yang baru mengantikan Muhyiddin yang hanya digunakan untuk menaikkan Mukhriz sahaja.

Perancangan ini walaupun nampak janggal, mampu dilakukan sekiranya impian keyakinan bunga untuk menang pru nanti.

Tetapi Khairuddin sudah menggagalkan perancangan Mahathir ini, ini agak mengecewakan serta memberi impak tidak baik kepada ahli-ahli bunga yang dikatakan sudah melebihi paras terlalu ramai sekarang ini, dikatakan jumlah ahli bunga sudah mencapai 4 juta walaupun parti baru sahaja ditubuhkan.

Kesimpulannya, adakah kerana Khairuddin tidak membaca serta tidak berpuashati perancangan Mahathir itu? Kita tunggu perjalanan drama ini. Siapa tahu akhir-akhir nanti jalan cerita dia berlainan pula.
Bunga untuk bunga

2 ulasan:

  1. Bunga taik hanjing!

    BalasPadam
  2. Minta dipujuk...
    Kemudian mengadu domba agar ikut telunjuk dia....
    Ikut cara bos tua....kluar parti dan minta dipujuk...
    Syarat dipujuk...ikut cara dia...
    Ptuuiihhhhh!!!!!

    BalasPadam