Sabtu, 10 Disember 2016

ALLAH TIDAK MENGKEHENDAKI SEMUA UMAT MANUSIA MEMELUK ISLAM - MAHATHIR

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Allah tidak mengekehendaki semua umat manusia memeluk Islam dan agama itu mengajar sifat kesederhanaan dan menolak ekstremisme agama.

Dr Mahathir turut memuji Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu yang berani mengatakan pendirian tegas mengenai ajaran Islam terutamanya dalam konteks di Malaysia dan dunia Islam.

“Dalam ucapan Presiden (Amanah) tadi amat jelas bahawa hakikat dalam dunia ini terdapat bukan sahaja orang Islam tetapi juga ada orang bukan Islam.

“Kalau kehendak Allah seperti itu, semua jadi Islam. Tetapi dia tidak menyuruh semua orang menjadi Islam.
“Sebaliknya mereka ada berbangsa-bangsa sulaya mereka akan dapat hidup dalam keamanan dan bersikap persahabatan dengan semua kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Konvensyen Amanah di SACC, Shah Alam hari ini.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang turut hadir dalam majlis itu turut bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir
“Saya setuju apa yang Tun katakan,” ujarnya.

Mohamad Sabu dalam ucapan dasarnya menegaskan tujuan politik Amanah adalah meraikan kebersamaan tetapi dalam masa yang sama menghormati perbezaan dan kepelbagaian.

“Perjuangan politik adalah urusan muamalat sesama manusia. Bersama dalam perkara muamalat bukan bermakna mesti bersama di dalam perkara aqidah.

“Berbeza dalam perkara muamalat, bukan juga bermakna berbeza dalam perkara aqidah,” katanya. – SuaraTV

5 ulasan:

  1. Kes tak klear lg bab qada' dan qadr.
    Logik mahathir.
    Hancus, merosak akidah.

    BalasPadam
  2. Lepas ni boleh la join Mat Sabu dan Kit Sial hirup sup tulang babi. Logiknya Allah tak mencipta babi kalau hanya utk mengharamkannya.

    Patut la anak betina keluar masuk gereja dan pusat2 LGBT...rupa2nya bapak ular awal2 dah mengajar jadi sial.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu .. bapak bagi duit berjutaaa pergi buat filem lucah ... hancurr.

      Padam
  3. Allah dah beri amaran...mereka yg kafir akan masuk neraka...terpulang pada otak masing2..zakir naik cakap kalau allah nak manusia semua masuk syurga dah tentu boleh ..kun fayakun...tapi tak adillah sbb yg sembah batu,zina ,bunuh org pun masuk sorga.Apa nak jadi dgn mereka yg bertakwa sepanjang hidup..

    BalasPadam
  4. Simamak tu klu terpaksa jilat najis..dia sanggup lakukan demi kuasa dunia dan harta.
    Klu bukan krn nak selamatkan periuk nasi anak..waris..proksi dan kroni....dia tak gila nak jd munafik.
    Ntahlah...mgkin dia dah bodoh sgt krn menurut nafsu jika berdasarkan umurnya skrg.Mgkin kekayaan yg ada tak cukup dan perlu meletakkan boboi utk meneruskan legasi mrk...terus kaya dan dikayakan.

    BalasPadam