Jumaat, 16 Disember 2016

GUNAKAN STRATEGI BIJAK DALAM MENGHADAPI MUSUH - NAJIB RAZAK

Yang mana kenal rapat dengan YAB Perdana Menteri akan mengetahui bahawa beliau gemar membaca buku, terutamanya buku mengenai perperangan dan ketenteraan baik dari perspektif sejarah, kajian taktikal dan strategi mahupun falsafah.

Ini jelas dapat dilihat melalui cara beliau mengendalikan pentadbiran negara ataupun mengendalikan permainan politik.

Dua pakar strategis perperangan yang juga merupakan ketua kepada angkatan tenteran yang terhebat dalam sejarah tewas apabila membuat keputusan untuk berperang dengan dua barisan hadapan dalam satu kempen. (Having two fronts in one campaign)

Maksudnya, untuk berperang dengan dua musuh berbeza sekaligus.

Dua individu tersebut adalah Napoleon Bonaparte (1821) dan Adolf Hitler (1945) yang mana masing-masing sedang di dalam satu kempen perperangan yang besar, membuat keputusan untuk menyerang Russia.

Kesannya, kedua-dua empayar yang gagah ini dikalahkan dengan teruk.

Saya lihat YAB Perdana Menteri mengambil iktibar dan pengajaran daripada sejarah kedua-dua perperangan ini dari sudut pentadbiran mahupun politik.

Dalam pentadbiran, perperangan beliau untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan juga menaikkan pendapatan per kapita rakyat dimulakan dengan memberi fokus terhadap golongan B40 yang telah menghasilkan pelbagai produk yang menggunakan jenama 1 Malaysia. (BR1M, KR1M, dll)

Fokus beliau terhadap golongan B40 ini bermula sejak dari tahun 2009 apabila mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Badawi sehinggalah tahun 2016, kira- kira 7 tahun lamanya.

Bermula dengan pembentangan bajet tahun ini, saya lihat beliau sudah 'selesai' dengan B40 dan kini sedang mengorak langkah untuk menguruskan kumpulan M40 pula.

Kebanyakan program, projek, parsel dan pek untuk kumpulan B40 telah siap tersedia dan berjalan mengikut rutin yang mana agensi terlibat bukan lagi berada pada proses perancangan tetapi pada proses pelaksanaan.

Begitu juga dengan cara YAB Perdana Menteri mengendalikan politik.

Susunan beliau dalam mengendalikan musuh politik sebenarnya teratur dan tertib.

Beliau bermula berhadapan dengan musuh utama parti UMNO yang diwariskan oleh Tun Mahathir iaitu Anwar Ibrahim yang pada akhirnya tewas apabila dipenjarakan akibat salah laku seksualnya sendiri.

Setelah itu, barulah beliau berhadapan dengan musuh politik yang wujud dalam UMNO sendiri yang menjadi duri dalam daging.

Dalam kes ini, beliau tidak sekali harung mengendalikan Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato' Seri Mukhriz dan Dato' Seri Shafie Apdal sekaligus, tetapi diselesaikan satu persatu.

Perlu diingatkan, pada masa yang sama, beliau juga mempunyai tekanan dari musuh luaran, iaitu pembangkang yang terdiri daripada PKR dan DAP.

Ketika ini, beliau mempunyai prospek untuk berperang pada dua barisan hadapan dalam satu kempen, iaitu barisan untuk berperang dengan musuh luaran (pembangkang) dan barisan untuk berperang dengan musuh dalaman. (Kumpulan Tun Mahathir)

Sudah tentu beliau akan tewas dengan teruk apabila memilih untuk berperang dengan situasi sebegini.

Maka, pelbagai tindakan taktikal telah disusun dan dilaksanakan yang mana antaranya adalah untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Mukhriz untuk keluar dari parti, menggantung Dato' Seri Shafie Apdal sehinggalah pada akhirnya kesemua mereka ini duduk bersama-sama barisan pembangkang, dan lebih memudahkan lagi apabila mereka bersama DAP.

Maka, bermula dengan kemungkinan untuk berperang dengan musuh yang pelbagai, kini mereka kesemuanya duduk di bawah bumbung yang sama.

Sekaligus ini telah menjimatkan sumber, tenaga dan juga mobilisasi tentera.

Muncung meriam tidak perlu diubah kedudukannya kerana musuh sudah berada setempat.

Inilah antara apa yang saya dapat perhatikan tentang YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak tentang kebijaksaan beliau mengendalikan pentadbiran negara dan juga politik.

Saya yakin, sekiranya diberikan peluang oleh Allah SWT, kita sebagai rakyat Malaysia akan dapat merasakan hasil daripada perancangan beliau dalam masa terdekat.

Kalau bukan kita pun yang merasa, anak-cucu kita InsyaAllah pasti mendapat hasilnya.

P/S: MRT fasa pertama sudah beroperasi, jom sama-sama kita 'rasa' hasilnya!

@Raziz Rashid

#JomNaikMRT
#Strategi
#RespectMyPM
#KekalNajib

Tiada ulasan:

Catat Ulasan