Azmin Ali,

YURAN TASKA DI SELANGOR NAIK, TIADA SIAPA PULA BISING SAMPAI KOMA ISU NI

12:23:00 PTG headbomb 1 Comments

Persatuan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Negeri Selangor (PTNS) bercadang menaikkan kadar yuran bulanan taska di seluruh negeri ini bermula Januari depan antara RM10 hingga RM50 dengan alasan kenaikan kos operasi yang semakin meningkat.

Pengerusinya, Mahanom Basri mendakwa kenaikan tersebut disebabkan berlaku peningkatan kos operasi termasukan kenaikan tahunan kadar sewa premis, peningkatan harga barangan selain perlu mematuhi peraturan daripada aspek kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan agensi kerajaan.

“Setiap pengusaha taska yang berdaftar di negeri ini berusaha mengikuti setiap syarat ditetapkan seperti menjalani kursus pensijilan, syarat ditetapkan bomba, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan pelbagai lain,” katanya pada sidang media bagi memberikan penjelasan berhubung kenaikan kadar yuran taska di Shah Alam semalam.

Menurutnya jika kadar yuran lama diteruskan, besar kemungkinan ramai pengusaha taska terpaksa gulung tikar dan sebilangan pusat asuhan pula sukar untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mereka akibat kekangan kewangan.

“Malah ada pengusaha taska terpaksa mengambil keputusan menutup taska akibat menanggung kerugian.” tambah Mahanom.

Kata Mahanom lagi, kenaikan yuran berkenaan diterima baik kalangan ibu bapa bagi memastikan taska-taska di negeri ini dapat beroperasi dengan lebih berkualiti sebagai sebuah institusi profesional.

Difahamkan pada masa ini, kadar taska dikenakan oleh ahli PTNS adalah sekitar RM150 hingga RM650 bagi seorang kanak-kanak, bergantung kepada lokasi dan usia kanak-kanak berkenaan.

Kali terakhir yuran taska di negeri ini dinaikkan adalah pada 2013 semasa kerajaan memperkenalkan kadar gaji minimum di negara ini.

http://www.selangorpress.net/selangor/2016/12/kadar-yuran-taska-seluruh-selangor-bakal-naik-januari-nanti/

1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam