Najib Razak

DS NAJIB DIHINA DICACI TANPA SEBAB KERANA KEBODOHAN BANGSA MELAYU YANG SUKA TELAN BERITA FITNAH!!

Sememangnya bukan mudah menjadi DS Najib, beliau ibarat kain buruk yang mudah dipijak, dibaling dan dibuang begitu sahaja.

Betapa hinanya beliau yang tanpa sebab dihina sebegitu rupa, bukan semua mampu menjadi DS Najib, bayangkan gambarnya diletak najis, dibakar, diludah, dicerca kerana manusia bodoh bernama melayu mangkuk ayun yang nilai dirinya hanya menelan perkara negatif.

Enjoy sana sini, sudahnya duit semakin kurang DS Najib juga dicercanya sebab menyusahkan dirinya, banyak tuduhan keterlaluan dilepaskan dalam Facebook, whatsap, twitter demi kepuasan tanpa sebab, makanan kejahatan sudah nyata mengalir dalam diri mereka, yang sedih orang kita, Melayu yang begitu angkuh menghina orang lain.

Dunia media sosial semakin tidak waras.

BACA DAN NILAILAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO, izinkan saya buat kali pertama menulis kepada rakyat Malaysia. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan. olah-olah Mohd Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita.

2. Hampir menitis air mata saya apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib.

3. Memang dalam masa lapan bulan ini Mohd Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Najib dalam usaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.

4. Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar.  SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan  atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.

5. Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Mohd Najib. Soal salah atau tidak biarkan Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran Mohd Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah?

6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.

7. Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Mohd Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian.

8. Mohd Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM 4 per USD 1. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar.

9. Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa negara yang komoditi utama jatuh.
10. Bencinya mereka kepada Mohd Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998.

11. Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Mohd Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi.

12. Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini?

13. Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan mencerca Mohd Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Mohd Najib menyediakan begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam.

14. Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Mohd Najib beri bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Mohd Najib mengumumkan bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Mohd Najib.

15. Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji sedikit dalam kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin Islam. Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan kecewa dengan kehidupan kita sendiri?

16. Perdana Menteri yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur,  sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana.

17. Mohd Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun  bangsa Moro dengan kerajaan Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesaikan konflik umat Islam Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun.

18. Malangnya ada antara kita bukan sekadar mahu menjatuhkan beliau, malah sanggup memfitnah, memaki hamun dan tidak mahu menerima sebarang penjelasan langsung kerana kepentingan politik. Tidak cukup itu, isteri Perdana Menteri juga dicerca, dihina dan dituduh bermacam-macam, seolah-olah kita semua hidup berjiran dengannya dan tahu segala perilaku beliau.

19. Mohd Najib sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan. Namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau ini tak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi? Atau kita sudah menjadi bangsa yang tidak mengenang budi?

20. Hari ini Allah uji kita sedikit, kita sudah berpecah belah, lupa kepada jasa dan usaha pemimpin hari ini dan menafikan nikmat hidup di negara ini yang jauh lebih baik dari sebahagian negara.

21. Sedar atau tidak mereka yang memperlekehkan kerajaan hari ini melalui gosip, taksub dan taklid buta kepada usaha menjatuhkan Mohd Najib telah mewujudkan krisis keyakinan kepada negara ini di kalangan pelabur asing.  Jadi siapa yang sedang memusnahkan negara ini, Najib atau kita sendiri?

Akhirul kalam, jangan kita kufur (nafikan) nikmat Allah kerana saya khuatir suatu hari nanti Allah tarik nikmat ini.

Wassalam

36 ulasan:

UMNO PAS

APAKAH KEPUTUSAN KERJASAMA ANTARA PAS DAN UMNO BAKAL GAGAL? GEMBIRALAH MUSUH ISLAM

Diharap walau apa sahaja keputusan dari Hadi Awang, memungkinkan suatu yang postif, atau berbalik kepada keadaan normal, Pas tetap seteru dengan Umno cuma kali ini tidak semacam bersama pakatan rakyat dahulu, melawan Umno dengan amarah, dendam, iri hati, membuta tuli hamun, maki dan caci.

Kita perlu ingat, musuh Islam sedang bergembira dengan keadaan pecah belah antara orang melayu sekarang, tu pasal Dap cerdik bermain strategi, mereka melahirkan Pan, adakah kerjasama Pas dan Umno bakal terjadi?

Adakah keputusan itu akan merosakkan sama sekali usaha kafir untuk menakluk negara bertuah ini dari tangan orang Islam?

Ramai kata mustahil, tetapi kena ingat tidak ada yang mustahil bila kafir melakukan dark side strategi, yang rugi kita, yang melopong bukan Umno sahaja, malah Pas juga. Orang Islam hanya ada pada nama, Singapura contohnya.. apa jadi?

KERJASAMA PAS-UMNO: HARON DIN MINTA TUNGGU PEMGUMUMAN PENTING HAJI HADI AWANG

SEGALANYA jelas terserlah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin spritual PAS Datuk Seri Dr Haron Din yang juga Mursyidul Am PAS adalah dua tokoh PAS yang cenderung kepada 'perpaduan ummah' iaitu kerjasama PAS-UMNO. Dengan barisan kepimpinan diperingkat pusat yang menyokong secara total kepimpinan keduanya selepas 'gunting dalam lipatan' telah keluar beramai-ramai menubuhkan parti baru selepas tewas dalam pemilihan PAS Jun tahun lalu. Pemerhati politik menunggu penuh minat pengumuman yang dijangka dibuat oleh Haji Hadi mengenai apakah parti tersebut bersetuju menerima pelawaan UMNO untuk mengadakan kerjasama politik. "Pinangan' dari UMNO dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO awal Disember lalu di PWTC. Difahamkan PAS bakal mengumumkan keputusan rasmi mengenai kerjasama politik diantara parti Islam itu dengan parti pemerintah, UMNO dalam masa terdekat ini. Mursyidul Am PAS Dr Haron Din dipetik berkata keputusan itu akan diumumkan dalam sehari dua ini oleh pimpinan tertinggi parti. "Mungkin perlu tunggu sehari dua lagi, akan ada pengumuman rasmi.sama ada jadi tak jadi dalam sehari dua ini", katanya. Haji Hadi dijadual memberi taklimat khas mengenai perkara tersebut kepada seluruh pimpinan PAS negeri, Ahli Parlimen PAS, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan pimpinan akar umbi yang bakal berlangsung di Kota Baru Sabtu ini. Sebelum ini perkongsian pentas antara Haji Hadi dan Najib dalam program Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 yang diadakan pada bulan lalu menimbulkan pelbagai persepsi dan perdebatan, sama ada di media arus perdana mahupun di media sosial. Selain itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang melahirkan keyakinan bahawa sudah wujud keserasian dalam pemimpin UMNO dan PAS untuk menyatakan kerjasama kedua-dua parti itu secara formal. Menurutnya usahasama dan perpaduan kedua-dua parti itu sejak kebelakangan ini adalah sesuatu yang menggalakkan dan ikatan tahaluf siyasi boleh terjalin andainya ada persefahaman yang termeterai. PAS sebelum ini mengekalkan keputusan parti itu untuk tidak menyertai Pakatan Harapan yang disertai PKR, DAP dan parti serpihannya (PAN) yang mempunyai objektif yang sama untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional daripada menguasai Putrajaya. Malah, Haji Hadi berkata, perjuangan PAS kini berpaksi kepada mengubah dasar pemerintahan kerajaan, bukan semata-mata ingin merebut jawatan dan mahu memerintah negara. "PAS sedia menjadi penasihat dan pembantu sekiranya UMNO ubah dasar pemerintahan. Kita bukan gilakan kuasa atau mahu kuasai Putrajaya. Sekiranya mereka enggan terima nasihat atau pandangan, barulah kita ambil pendekatan lain iaitu ambil alih pemerintahan. "Kita sekarang mahu perbetulkan kerajaan, bukan mahu ikat kerajaan atau berebut jawatan. Kita sekarang bukan mahu jatuhkan perdana menteri tetapi mahu perbetulkan dasar yang dibawa," kata Haji Hadi.

http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/9781-kerjasama-pas-umno-haron-din-minta-tunggu-pengumuman-penting-haji-hadi.html

6 ulasan:

Arab Springs

KERANA MEDIA SOSIAL DAN SEBARAN FITNAH TANPA KAWALAN, MENJADI DALANG KEROSAKAN TERUK AKIBAT "ARAB SPRINGS"

Semua sudah tahu, apa yang berlaku di tanah Arab adalah kerana kebodohan rakyat mereka sendiri yang termakan emosi fitnah, di jaja dengan propaganda pemimpin mereka rasuah keterlaluan, kuku besi yang sangat kejam, zalim, aniaya orang awam.

Setelah berlakunya "Arab Springs" sudah pasti keadaannya bukan bertambah baik, malah keadaan rakyatnya juga semakin teruk, malah itulah hadiah paling bermakna kerana termakan hasutan konon perubahan akan lebih baik.

Malah dikatakan keadaan perang saudara yang tidak tahu bila akan berakhir. Maka sudah pasti kanak-kanak, wanita dan orang tua menjadi mangsa.

Ada satu artikel dimana penyebaran video mengatakan seorang gadis dirogol beramai-ramai oleh manusia yang mengambil kesempatan dengan keadaan yang tidak ada undang-undang.

Di malaysia juga puak pemberontak iaitu pihak yang gilakan Putrajaya making ghairah menjaja fitnah kononnya keadaan Malaysia sangat teruk, buruk, hina, zalim dan rakyat teraniaya. Malah propaganda media gerila fitnah yang bermaharajalela membuatkan puak-puak gila kuasa gembira tak terkata, sehingga rakyat biasa seawal kanak-kanak diajar membenci pemimpin Islam.

ARAB SPRINGS SATU KESILAPAN

Kematian seorang peniaga jalanan di Tunisia, Moha­med Bouazizi yang membakar di­rinya lima tahun lalu di sebuah ba­ngunan kerajaan di negara itu kerana tidak berpuas hati dengan amalan rasuah di negara itu mencetuskan satu gelombang yang tidak pernah dijangka dalam peradaban manusia pada abad ke-21.

Gelombang yang dikenali de­ngan ‘kebangkitan rakyat’ atau Arab Springs pada Januari 2011 itu, telah membuka mata banyak pihak terutamanya rakyat di negara-negara yang kerajaannya mengamalkan pemerintahan kuku besi, rasuah atau kerajaan autokrat yang memerintah selama berdekad-dekad, selain pengaruh media sosial.

Kerajaan Tunisia, Mesir, Libya dan Yemen tumbang di tangan rakyatnya sendiri, ekoran demonstrasi meluas yang diadakan rakyat bagi membantah pemerintahan autokrat, kuku besi dan amalan rasuah yang mereka dakwa menyebabkan pentadbiran negara menjadi tidak telus dan rakyat hidup menderita.

Presiden Tunisia, Zine al-Abidine Ben Ali dijatuhkan oleh rakyatnya pada Januari 2011 diikuti Pre­siden Mesir, Hosni Mubarak yang digulingkan pada Februari 2011, manakala Presiden Libya, Muammar Gaddafi mati dibunuh di ta­ngan rakyatnya pada Ogos 2011.

Namun, beberapa negara Arab lain ‘terselamat’ daripada digulingkan rakyatnya sendiri selepas kerajaan yang ada, bersedia dibubarkan atau bersedia membuat perubahan termasuk Bahrain, Jordan, Oman, Kuwait dan Lebanon.

Bagaimanapun, tidak semua kebangkitan rakyat itu berakhir dengan ‘mimpi indah’ seperti yang berlaku di Syria ketika ini selepas negara berkenaan dibelenggu de­ngan perang saudara yang belum menampakkan tanda bila akan berakhir.

Usaha penduduk Syria untuk menggulingkan Presiden Bashar al-Assad yang berkuasa sejak tahun 2000 bukan sahaja tidak berjaya malah menyebabkan rakyat berdepan ‘mimpi ngeri’ apabila kebangkitan rakyat sejak Januari 2011 mengakibatkan rakyat berdepan krisis kemanusiaan paling buruk.

Perang saudara di Syria yang memasuki tahun kelima menyaksikan lebih 200,000 rakyat terkorban, manakala lebih empat juta lagi terpaksa menjadi pelarian de­ngan keadaan diburukkan ekoran campur tangan tentera asing yang mengebom negara itu saban hari.

Lebih memburukkan keadaan, kumpulan militan Negara Islam (IS) dilihat mengambil kesempatan daripada ‘kelemahan’ kerajaan Damsyik yang terpaksa berperang dengan rakyatnya sendiri apabila mengumumkan penubuhan kerajaan Kha­lifah di Syria dan Iraq pada Jun 2014.

Kehadiran kumpulan militan IS yang mewujudkan pusat pemerintahan di Raqqa, Syria menimbulkan fenomena yang sama sekali sukar digambarkan apabila kumpulan militan itu melakukan kekejaman bukan sahaja ke atas penduduk bukan Islam, malah kepada penduduk Islam, membunuh warga asing yang dijadikan tebusan, membunuh kanak-kanak dan menjadikan wanita sebagai hamba seks.

Menurut kumpulan pemantau hak asasi Syria, sejak menubuhkan kerajaan Khalifah, kumpulan militan IS telah membunuh sebanyak 2,001 orang awam termasuk 420 anggota mereka sendiri di Syria.

Kumpulan itu turut menarik kaum lelaki dari negara Asia Barat dan Eropah menyertai kumpulan berkenaan dengan Tunisia dilapor mempunyai kira-kira 2,400 rak­yatnya terlibat dengan militan IS di Syria sejak 2011.

Selain menimbulkan krisis kemanusiaan, sistem politik pasca Arab Springs dilihat menjadi agak bercelaru dan tidak menarik.

Di Libya misalnya, meskipun parti Kongres Agung Kebangsaan (GNC) dan Dewan Perwakilan Libya bersetuju membentuk sebuah kerajaan perpaduan di negara itu pada bulan lalu, namun mereka gagal mencapai kata sepakat bagaimana untuk membentuk kerajaan perikatan tersebut.

Pengarah Institut Sadeq, Anas El Gomati yang merupakan pakar pemikir Libya berkata, bukan mudah untuk mencapai kata sepakat dalam perjanjian itu kerana ia memakan masa yang sangat lama.

Mesir pula selepas Presiden Muhamad Morsi digulingkan oleh tentera dan mengharamkan pergerakan Ikhwanul Muslimin pada 2013, pilihan raya negara itu yang diadakan sebanyak dua pusingan pada 18 dan 19 Oktober serta 22 dan 23 November lalu dilihat hambar, berbeza sama sekali dengan keadaan pada pilihan raya 2011-2012.

Ini kerana, golongan muda yang mewakili majoriti penduduk Mesir menjauhi pilihan raya berkenaan dengan ramai yang menganggap­nya sebagai penipuan kerajaan dan menurut suruhanjaya pilihan raya Mesir, hanya 28 peratus atau 15 juta pengundi berdaftar yang melaksa­nakan kewajipan mereka.

Berdasarkan satu laporan oleh Bank HSBC pada 2013, mereka meng­anggarkan kerugian akibat gelombang Arab Springs di tujuh negara paling terjejas iaitu Mesir, Tunisia, Libya, Syria, Jordan, Lebanon dan Bahrain mencecah sehingga AS$800 bilion (RM3.4 tri­lion) pada 2014.

Malah menurut HSBC, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di negara-negara tersebut menjadi 35 peratus lebih rendah pada akhir 2014 berbanding sebelum gelombang Arab Springs.

Financial Times pula melaporkan, kerosakan akibat Arab Springs bukan sahaja ke atas KDNK tetapi juga kadar pengangguran pasca peristiwa berkenaan melambung dan tadbir urus serta kedaulatan undang-undang menurun sejak 2010.

Malah pengangguran di rantau Asia Barat kini merupakan antara yang tertinggi di dunia.

See more at: http://m.utusan.com.my/berita/luar-negara/arab-springs-satu-kesilapan-1.176002#sthash.jcb4H5Nd.dpuf

2 ulasan:

1MDB

1MDB BERJAYA MEMBERI PUKULAN KO KEPADA MUSUH-MUSUHNYA

Dulu tuduhan daripada musuh 1mdb, pelbagai versi serangan keterlaluan dilakukan oleh Rafizi, Tony Pua, Tun
Mahathir dan pengikut media taksubnya. Antara serangan berangkai dilakukan.

- Besi buruk siapa nak beli?

- Hutang 1mdb akan merosakkan ekonomi negara.

- Mana pergi 42 billion?

- Najib hilang serta curi Wang 42 Bilion.

- Duit 1mdb Najib ambil untuk Rosmah

Banyak lagi tuduhan hilang akal dilakukan demi merencanakan impian "Undur Najib". War command dan strategi darkside pihak berkaitan untuk merosakkan bisnes 1mdb ternyata gagal. Gagal yang sangat memalukan.

Jadi apa agaknya serangan yang bakal dilakukan ketika mana wave 1, 2, 3, 4, 5, bla bla ternyata GAGAL, GAGAL.. GAGAL.

INGAT KATA-KATA INI, PERANG KOTOR SELALUNYA SUKAR UNTUK MENANG DENGAN MUDAH.

MASALAHNYA KATA RAFIZI RAMLI SI PAKAR STRATEGI "LANGKAH KAJANG" ORANG PERCAYA BULAT-BULAT!! JADI APA NIKMATNYA PERCAYA CAKAP SEORANG PENIPU SEPERTI RAFIZI?

APA HASIL RASIONALISASI 1MDB?

1MDB adalah sebuah syarikat kerajaan yang menyasarkan perolehan berganda daripada aset yang tidak nampak boleh dikomersialkan oleh pihak swasta.

Seperti lima janakuasa IPP yg dibeli oleh 1MDB adalah legasi Tun Mahathir yang hampir tamat tempoh lesen operasinya. Namun kerajaan melalui 1MDB telah membelinya agar dapat mengurangkan tarif letrik bagi semenanjung serta menstabilkan GRID KEBANGSAAN.

Oleh kerana 1MDB adalah milik penuh kerajaan melalui Kementerian Kewangan Diperbadankan, maka jika tempoh lesen operasi TAMAT sekalipun, ia akan diperbaharui.

Ia tidak sama dgn 2 janakuasa YTL yg tidak disambungkan lesen operasinya. Itu hak kerajaan utk sambung atau tidak, kerana ia adalah milik swasta. Tambahan pula YTL adalah kroni Tun Mahatihir yang selalu mempertikaikan pentadbiran kerajaan DS Najib.

Maka lima buah janakuasa di bawah 1MDB yang dikenali sebagai EDRA itu mempunyai nilai yang tinggi, walaupun Tun Mahathir pernah melabelkan sebagai “membeli besi buruk”.

Saya diberitahu bahawa pembelian IPP tesebut melibatkan wang sejumlah RM12 billion.

Dari manakah 1MDB boleh memperolehi wang yang sebanyak itu utk membeli IPP sedangkan ia adalah sebuah syarikat bermodalkan RM1 juta serta jaminan kerajaan sejumlah RM970 juta.

Maka 1MDB terpaksa meminjam wang dari dalam dan luar negara bagi membeli aset IPP. Manakala pihak kerajaan menjadi “penjamin” terhadap pinjaman itu.

Sebab itulah 1MDB lebih mudah memperolehi pinjaman sama ada secara bersidiket atau kepada satu-satu institusi kewangan antarabangsa.

Inilah permulaan HUTANG yang dipegang oleh 1MDB. Ia adalah suatu urusan perniagaan, tidak ada kaitan langsung dengan WANG RAKYAT atau WANG NEGARA.

Ia adalah sama kaedahnya dengan mana-mana syarikat yang membuat pinjaman dari institusi kewangan dalam dan  luar negara.

Yang berbeza ialah 1MDB adalah milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.

Maka setiap pinjaman harus dibayar hutangnya.

Inilah yang dilakukan oleh 1MDB dengan membayar balik HUTANGnya, ia tidak melibatkan wang kerajaan.

Apakah pemilikan lima IPP dalam negara serta beberapa IPP di luar negara seperti Mesir, Bangladesh dan Pakistan yg dikenali sebagai EDRA ini mendatangkan keuntungan kepada 1MDB ?

Cuba lihat perbandingan ini :

Jualan Edra kepada syarikat Cina berjumlah RM9.83 bilion

Jumlah liability yang diambil oleh syarikat Cina ialah RM8 bilion

Dalam tempoh pemilikan 1MDB, ia memperolehi RM2 bilion dari segi dividen (rujuk temubual Arul Kanda)

Maka dalam tempoh pemilikan 1MDB terhadap EDRA, ia memperolehi (RM9.83 + RM8 + RM2) billion = RM19.83 bilion.

Setelah ditolak kos belian sejumlah RM12 billion, (RM19.83 – RM12) billion = RM7.83 bilion

Ini bermakna dalam tempoh yg singkat, 1MDB telah memperolehi KEUNTUNGAN RM7.83 bilion

Wang sebanyak RM7.83 bilion ini digunakan pula untuk mengurangkan HUTANG yang lain pula.

Setelah proses rasionalisasi 1MDB yg terbahagi kpd 3 bahagian :

Bahagian Pertama : Penjualan Edra sebannyak RM9.83 bilion dalam bentuk tunai dan saham serta RM8 bilion dalam bentuk liability

Bahagian kedua : Pertukaran aset dengan IPIC dan 1MDB dapat mengurangkan hutang sebanyak 16 biliion

Bahagian ketiga : Penjualan 60% kepentingan dalam Bandar Malaysia kepada Konsortium Inskandar Water Front dgn Syarikat Cina.

Kesemua rasionalisasi ini melibatkan pemansuhan HUTANG sebangayk RM40 bilion.

Kini 1MDB hanya menanggung RM2 bilion HUTANG

Apa yang tinggal pada 1MDB ?

Ia masih memiliki 40% kepentingkan dalam Bandar Malaysia

Memiliki aset di Tun Razak Excahange (TRX)

Masih memiliki aset tanah di Pualau Pinang dan di Pulau Indah

Sudah sah sekarang, ASET 1MDB adalah lebih besar daripada hutang RM2 bilion

Maka selepas ini, sudah tentu 1MDB akan membangunkan lagi tanah-tanah di TRX dan Bandar Malaysia serta menjana lebih banyak keuntungan.

DI manakah RUGInya 1MDB ?

Sumber whatsap group

36 ulasan:

1MDB

BILA DAP BUAT BOLEH, BILA 1MDB, RAPIJI KATA JUAL NEGARA

Dulu rapiji natea bewok kata, 1mdb takkan mampu menanggung hutangnya yang berbillion, maka rakyat Malaysia akn menanggung hutang 1mdb itu.

Tengok ayat puaka tu. Ada saja tuduhan puaka untuk menjatuhkan krealibiliti 1mdb.

Setelah 1mdb mampu selesaikan hutangnya sedikit-demi sedikit, malah akan mrmbuat untung yang paling maksimum, tuduhan yang mengatakan 1mdb jual maruah negara kepada negara asing.

Oohhh tang 1mdb salah, dosa, tak boleh, haram, bla bla, basah spender rapiji bila menuduh 1mdb jual negara katanya. Tapi Dap jual kati terang-terang, malah murah pula tu kepada negara asing, tak dosa, boleh, kepala bana kau piji sotong.

SIAPA YANG SEBENARNYA JUAL NEGARA

Rafizi dari PKR, Tony Pua dan Liew Chin Tong dari DAP telah menyelar 1MDB kerana menjual 24% daripada projek Bandar Malaysia kepada syarikat China yang mana 76% masih dimiliki Malaysia di mana 57% daripadanya masih dimiliki Kerajaan Persekutuan dan Negeri Johor.

Tetapi, ketiga-tiga mereka hanya mendiamkan diri mengenai dua perjanjian yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng beberapa bulan yang lalu.

Pada Mei 2015, Pulau Pinang menjual 100% iaitu 20 ekar tanah negeri yang bernilai RM30 juta kepada Jabil Circuit Singapore Pte Ltd - sebuah syarikat yang dimiliki oleh Amerika Syarikat.

Dan pada Julai 2015, Pulau Pinang memberi pemilikan 49% daripada 6.8 ekar projek tanah negeri Pulau Pinang yang bernilai RM11.3 bilion kepada Temasek Holding dan EDIS yang dimiliki 100% kerajaan Singapura.

Kedua-dua projek yang mana 100% dan 49% itu kini dimiliki oleh syarikat Singapura, tidak dipanggil "jual negara" tetapi dianggap pelaburan asing?

Dan entah bagaimana, 24% daripada Bandar Malaysia yang dijual kepada syarikat China dianggap sebagai "jual negara" dan bukannya pelaburan asing?

Saya tak paham. Penang kecil tapi mereka jual banyak. Nanti bila dapat kerajaan pusat, lagi banyak yang bakal terjual.

Lagipun, penjualan Bandar Malaysia telah dimeterai melalui tender terbuka antarabangsa yang diuruskan oleh pihak ketiga.

Adakah, penjualan kedua-dua tanah di Pulau Pinang juga melalui tender terbuka? Nampaknya tidak kelihatan seperti itu.

Lim Sian See

0 ulasan: