kiasu

SENJATA RASIS YANG SENGAJA DIBUAT? FIKIRKAN

Inilah dia ajaran ultrakiasu chuavanis keterlaluan yang di ajar kepada bangsa cina setelah kuasa politik mereka sudah pegang.

Adakah kalian mampu berdiam diri ketika maruah seorang guru melayu diperlakukan sedemikian.

Kenapa page-page Facebook popular tidak memviralkan perihal ini?

Dulu ada kes di sekolah rendah pristana sungai buloh, Selangor, kononnya guru besar menyuruh pelajar bukan Islam makan ditandas, lihat bagaimana kemaruknya perilaku kiasu memainkan isu perkauman dan agama ketika itu.

Kadang-kadang perilaku kiasu ini kalau dilihat, bukan sebab tak sengaja, tetapi memang sengaja menyiram bibit perkauman.

Adakah ini sengaja dilakukan untuk menaikkan kemarahan orang melayu dan berlakulah keadaan yang sukar dijelaskan nanti.

Adakah ia berkisar dengan PRN Sarawak? Ini hanyalah imiginasi penulis kerana macam sudah dirancang, modal ampuh untuk merosakkan kepercayaan pengundi Sarawak adalah senjata "rasis".

Pihak berkaitan perlulah berwaspada, jarum tikam secara halus sudah pun bermula.

Diharap juga kementerian pelajaran dapat tangani keadaan ini dengan bijaksana.

#Rasis

http://www.pru14.tv/2016/01/14/guru-melayu-dakwa-diserang-dan-pernah-dihalau-dari-sebuah-sjkc-di-johor/

4 ulasan:

PKR

RAFIZI BAKAL MENJADI PENASIHAT EKONOMI ARAB SAUDI?

Berlegar-legar di whatsap, Facebook, Telegram yang khabarnya Arab Saudi berminat untuk melantik Rafizi Ramli sebagai penasihat ekonomi yang tugasnya memulihkan keadaan ekonomi genting di sana. Tidak pasti kebenarannya. Tiada siapa dapat mengesahkannya.

Sepatutnya Pakatan Harapan, Pkr terutamanya berbangga kalau pengiktirafan ini bakal menaikkan nama parti itu dipersada antarabangsa.

Bukan calang-calang orang seperti Rafizi mampu memulihkan ekonomi sesebuah negara.
Cara Rafizi menjelaskan isu 1MDB secara zuhud dan menilaikan strategik 1MDB ini boleh merosakkan ekonomi Malaysia menaikkan rating namanya di mata dunia.

Strategi politiknya, pada tahun 2014, idea langkah kajangnya cukup berkesan kepada Pakatan Rakyat yang sekarang sudah bertukar kepada Pakatan Harapan, wujudnya Parti Pan akibat strategi paling terhebat dari langkah Kajang, sebabnya pergolakan Pas dan Dap, Pkr dan wujudnya Pakatan Harapan mengantikan Pakatan Rakyat. Idea langkah Kajang kata Rafizi bakal menguatkan Pakatan untuk menawan Putrajaya.

Paling diingati, pakar ini mengatakan, untuk menstabilkan harga barang, minyak petrol perlu turun harga, sekarang harga petrol pun dah turun, jadi harga barang belum tentu.

Jadi memang berbaloilah kalau mana-mana negara yang ingin sangat melantik Rafizi Ramli sebagai penasihat ekonomi.

#JanganKecamDia

4 ulasan:

Amanah

RAFIZI TIDAK YAKIN DENGAN AMANAH?

Melihat keadaan pakatan baru yang sengaja diwujudkan dengan nama baru Pakatan Harapan. Nampak gayanya antara Dap, Pkr dan Amanah sudah terjerumus dengan taktik politik memakan diri.

Wujudnya Amanah adalah kerana inginkan Pas ditanam aurs politiknya.

Tetapi apa yang berlaku, serangan ke atas Hadi Awang untuk melumpuhkan imejnya dimata akar imbi Pas semakin hilang arah, malah sokongan simpati menjadikan makin ramai pula menjadi Ahli Pas bukannya Pan.

Itulah yang memeningkan kepala sang pencipta parti Amanah. Dap terutamanya yang dikatakan juga pemberi dana untuk parti serpihan Pas itu.

Apakah keadaan ini bakal merosakkan perancangan Dap, Pkr untuk menakluk Putrajaya?

Tanpa Pas sememangnya keadaan Pakatan Harapan cukup lesu. Lesunya ibarat jatuh tertiarap terkena pula taik kucing fresh dihidung pula tu.

Kesimpulannya, Pas bergerak seorangan pun tiada masalah, isu kerjasama dengan Umno pun hanya cerita-cerita donggeng sahaja.

Kita tunggu drama-drama mereka yang cukup pecah panggung nanti.

#MerekaBerpecah

4 ulasan: