Jumaat, 12 Februari 2016

UNIT-UNIT TENTERA MAYA KITA YANG KECUNDANG





Lagi dua tahun sebelum PRU14, apakah ada harapan untuk kita dalam merencanakan impian mengekalkan kuasa BN di PRU tersebut?

Sudah dilampirkan pertempuran sebenar adalah di alam maya, atau media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan pelbagai rupa bentuk media sosial yang ada di dunia ini.

Sudah diberitahu, pertempuran ini bakal menentukan siapakan bakal menjuarai perang PRU14 nanti, walaupun berkali-kali diberitahu, dikabarkan anak muda secara umumnya bukan tidak suka dengan UMNO/BN, tetapi jaringan keburukan yang maksimum dalam media sosial oleh tentera maya kepunyaan pembangkang serta puak pemberontak pro Tun yang banyak memberi impak negatif kepada UMNO/BN.

Sebelum PRU13, walaupun isu-isu besar dimainkan oleh pembangkang, namun gerakan tersusun ketika itu, nama blogger seperti PAPAGOMO, RBF, GAP, DET, APA, Dr Novandri, RAK dan ramai lagi elit-elit strike force blogger kepunyaan kerajaan serta Facebooker hebat yang siang malam bertempur dengan puak Anwarinas, Pas, Dap yang serangan mereka bertalu arus.

Pakatan Rakyat ketika itu nampak pening jega dalam arena pertempuran sehingga ada blogger dan facebooker yang kena ugut, macam-macam lagi serangan peribadi dialami oleh para pejuang maya kepunyaan kerajaan.

Tetapi sekarang, nampaknya keadaan kita dalam perperangan media alam maya pada PRU akan datang boleh dikatakan amat berbahaya, bayangkan senjata pembangkang menggunakan medium whatsap, group facebook, blog hantu, merebakkan tatacara perang kotor yang ramai dikalangan nitizen terpengaruh, malah tanpa usul periksa menjadi nilai kebencian kepada kerajaan, Perdana Menteri terutamanya.

Jadi, penulis percaya, dalam hati kalian wahai pejuang maya, dibayar atau tidak, terdetik satu perkataan, KITA DALAM BAHAYA!!

Penulis tidak mampu nak berbicara sebagai seorang elit, seorang yang ada nama, cuma penulis hanya meluahkan keadaan sebenar batallion kita yang pecah belah, walau kita tahu pakatan pembangkang juga berpecah sangat teruk.

Penulis juga dengan rakan-rakan lain sudah mewar-warkan keadaan media selangor yang tidur, yang khayal dalam syok sendiri, malah playsafe terlampau-lampau sehingga kita biarkan.

Jadi kesimpulannya, adakah benar kita inginkan Pakatan Pembangkang berkuasa menelan kita semua? TEPUK DADA TANYALAH DIRI.

#SalamTingkat9

BN MASIH RELEVAN DI SELANGOR KATA PENGERUSI UMNO SELANGOR

 
SHAH ALAM – Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan parti itu yang dikeluarkan Penolong Setiausaha Umno cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Jamalulail menyentuh kepimpinan negeri.

Menurutnya, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada Ketua Bahagian Pandan untuk menjelaskan dakwaan yang dikeluarkan oleh Rosli dalam sebuah portal, semalam.

“Itu masalah cawangan, jadi biarlah ketua bahagian yang memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu.

“Kalau setiausaha atau ketua bahagian yang membuat dakwaan tersebut barulah saya boleh berikan komen,” katanya.

Syed Rosli mendakwa Umno Selangor berisiko hilang sokongan jika semua pemimpin di peringkat cawangan sehingga pusat hanya memikirkan projek untuk kepentingan peribadi dan membelakangkan tanggungjawab hakiki memberi khidmat kepada rakyat.

Menurutnya dalam satu portal berita, sifat ego, pentingkan diri sendiri serta mempunyai masalah kepimpinan hanya menjadikan pengundi sesebuah negeri terutama yang dikuasai pembangkang akan terus melupakan parti serta BN.

Sementara itu, Adun Kuang, Datuk Abdul Shukor Idrus berkata, Umno Selangor masih lagi mendapat sokongan rakyat walaupun parti berkenaan tidak berjaya menubuhkan kerajaan di negeri ini selama dua penggal berturut-turut.

Beliau berkata, masih ada lagi wakil di dalam parti yang mendapat sokongan rakyat sehingga mereka dipilih menjadi pemimpin.

“Memang kita mengaku Umno kalah di Selangor tetapi bukan kalah semua kerana masih ada lagi wakil Umno yang memimpin di peringkat Dun dan Parlimen.

“Menang kalah adalah perkara biasa tetapi ia tak bererti kita kalah selama-lamanya dan lagipun negara kita masih dipimpin oleh Umno,” katanya.

Mengulas dakwaan yang mengatakan UMNO Selangor berisiko hilang sokongan jika semua pemimpin di peringkat cawangan sehingga pusat hanya memikirkan projek untuk kepentingan peribadi berbanding tanggungjawab kepada rakyat, Shukor berkata, dakwaan tersebut bersifat tuduhan rambang dan tidak mempunyai asas.

Katanya, Rosli sepatutnya tujukan dakwaan berkenaan kepada individu tertentu supaya apa yang dimaksudkan difahami oleh semua pihak.

“Kalau begini kenyataan yang dikeluarkannya kita pun tak faham apa yang cuba disampaikannya.

“Dia perlu sebut nama individu tertentu untuk menyokong dakwaannya itu kerana ia lebih baik daripada melakukan tuduhan secara rambang seperti ini,” katanya lagi

Beliau yang juga Adun Kuang berkata, Rosli boleh menyertai pembangkang jika dia terus mengkritik parti secara rambang seperti ini.

“Lebih baik dia jadi pembangkang kalau tak boleh nak berbaik dengan pimpinan dan ahli di dalam parti.

“Senang kita nak berdepan dengannya nanti,” katanya.
 
Ps: Realiti ke fantasi? nilaikan
 
#SalamTingkat9

Rabu, 10 Februari 2016

MENGAPA WUJUDNYA SOLIDARITI #SalamTingkat9?

Gerakan awal untuk pelangkung kepala media Selangor berkisar keangkuhan manusia yang pernah menjadi tulang belakang media Pas, malah kewujudan solidariti #SalamTingkat9 adalah kerana kerana ingin sampaikan kebenaran.

Apakah begini standard kepala perang media Umno Selangor?
Ayuh bersolidariti melanyak parasit tingkat 9. 

10 Kekecewaan Solidariti #SalamTingkat9 terhadap operasi media sosial Selangor Post:

1. Kecewa dengan prestasi portal Selangor Post yang hanya mendapat kurang dari 150 paparan setiap hari. Artikel yang dihasilkan kebanyakannya copy-paste daripada portal media perdana.

2. Kecewa dengan prestasi Page Facebook Selangor Post yang mendapat purata 12 Like, Share dan Comment untuk setiap posting.

3. Kecewa dengan twitter Selangor Post yang hanya mendapat sekadar 72 followers sahaja.

4. Kecewa dengan sikap ketua operasi Selangor Post yang tidak menghormati teguran yang dilakukan, malahan bertindak untuk menengking, mengherdik dan menyerang peribadi si penegur dengan menggunakan akaun palsu.

5. Kecewa apabila terdapat aktivis media sosial yang tiada kaitan dengan Selangor Post dimasukkan di dalam laporan sebagai kakitangan Selangor Post tanpa pengetahuan mereka.

6. Kecewa apabila hasil penulisan blog, Facebook, Twitter, grafik kreatif dan video oleh aktivis media sosial yang tiada kaitan dengan Selangor Post dimasukkan di dalam pelaporan mereka sebagai hasil yang mereka lakukan.

7. Kecewadengan tindakan mereka untuk memanipulasikan data dengan bots, scripting, auto-refresh dan pelbagai teknik dalaman untuk meningkatkan reach walaupun interaksi Like, Share dan Comment mereka rendah (12).

8. Kecewa apabila Ketua-ketua bahagian menjemput Selangor Post untuk melakukan liputan di kawasan tidak dilayan malah ditolak.

9. Kecewa apabila terlalu banyak isu-isu tempatan Kerajaan PKR Selangor yang tidak didedahkan oleh Selangor Post dan hanya didedahkan oleh aktivis media sosial bebas.

10. Kecewa dengan operasi media sosial UMNO Negeri Selangor sejak sebelum PRU-13 sehingga kini yang tiada perubahan malahan semakin lemau dan teruk.

Solidariti #SalamTingkat9 ingin menyatakan bahawa kami TIDAK BERMINAT untuk mengambil alih Selangor Post dengan tujuan kewangan!

Solidatiri #SalamTingkat9 ingin melihat perubahan ketara operasi media sosial UMNO Selangor demi untuk merampas kembali negeri yang kami cintai ini dari Kerajaan PKR.

Perubahan perlu dilakukan segera, harapan kami kepada Dato' Seri Noh Omar selaku panglima perang BN Negeri Selangor untuk melantik individu yang LAYAK dan BERJIWA BESAR sebagai ketua operasi media sosial BN Selangor.

Kami ingin menegaskan bahawa kami sama sekali TIDAK BERMINAT untuk mengambil alih Selangor Post kerana tidak mahu mencuci 'najis' (kesilapan) yang dilakukan sehingga kini.

#SalamTingkat9

Selasa, 9 Februari 2016

MEREKA TUDUH KITA INI PENGKHIANAT KERANA MENEGUR? JADI MEMANG BENARLAH TIDUR JALAN TERBAIK DI SELANGOR INI?


PERMASALAHAN ISU MELANDA PEMAIN MEDIA DI SELANGOR BERKENAAN TINGKAT 9 BUKANLAH PERIHAL BIASA, BERKAITAN SEMUA SEKALI, SEKIRANYA MASIH KHAYAL, ALANGKAH KELAKARNYA PERANAN SANG GENERAL MENGAMBIL MUDAH ISU MEDIA SOSIAL YANG MEREKA ANGGAP PERKARA REMEH.

BUKAN HANYA PERIHAL MEDIA SOSIAL, TETAPI PERIHAL KESEMUA UNIT YANG TERBABIT, ISU YANG BERKAITAN NEGERI SELANGOR DIANGGAP TIDAK PENTING, ALAHAI TAK MENGAPA, JANJI KITA NIATKAN SELANGOR INI KITA MENJADI PEMBANGKANG SELAMANYA. MASYUK PUN MASYUK, APAKAH ITU NIAT PEMIMPIN DI SELANGOR INI? PATUTLAH AZMIN MAKIN LIGAT MENCARI MESIN DUIT TANPA ADA TENTANGAN.

KALAULAH TEGURAN SANG IKAN BILIS INI DIANGGAP PENGKHIANAT, TANYALAH DIAKAR UMBI PERASAAN MEREKA SEKARANG, UNTUK PENGATAHUAN YANG MENUDUH PENULIS DAN RAKAN YANG LAIN IRI HATI DAN DENGKI DENGAN KEJAYAAN PORTAL SELANGOR POST, SANGAT KELAKAR SERAM KERANA UNTUK APA NAK DENGKI, SEBELUM INI PENULIS LENJAN PAKATAN PUN TIDAK MINTA SATU SEN PUN DARI PIHAK YANG BUAT TUDUHAN TU.

MASALAH SEBENAR ADALAH KERANA EGO, TIDAK BOLEH DITEGUR, TIDAK BOLEH MENERIMA KENYATAAN, PLAYSAFE, PERANG MEDIA DIAMBIL ENTENG, RAMAI DIKALANG PAKAR GERILA MEDIA UNTUK MENAJI AZMIN DAN SEKUTUNYA DIPINGGIRKAN SAMA SEKALI, TETAPI KERANA YAKIN ITU SEMUA PERIHAL KECIL, DIANGKAT PULA BEKAS ORANG PAS YANG PERNAH BERKHIDMAT UNTUK TV PAS MENJADI KETUA MEDIA SELANGOR DI TINGKAT 9 TU, HAH BAGUSLAH, ELOKLAH ANGKAT SANG SAMSENG DAN KAKI SYOK SENDIRI MENJADI PAKAR SEGALA PAKAR.

BILA ANGKAT SANG PARASIT, MAKA PARASIT MEMBIAK, BILA MEMBIAK DIA KOKAK, BILA DIA KOKAK BERJEMAAH MAKA TINGGAL TULANG JELAH NANTI, TAK PERCAYA LIHATLAH NANTI.


#SalamTingkat9

Isnin, 8 Februari 2016

BILA NAK SEDAR WAHAI PANGLIMA PERANG PEMBANGKANG SELANGOR?

Seni perperangan itu licik, tetapi perperangan bukan semata-mata mengangkat senjata, zaman era baru, zaman media sosial, perperangan penjurus kepada persepsi.

Mengapa pembangkang mampu mengegarkan taktik persepsi pasti menang dahulu, keputusannya biarkan sahaja.. mudah je, kaitkan dengan keadaan semasa, jentik, berikan impak emosi kepada mereka, pasti mengena.. tu pasal Rafizi hebat dalam perperangan ini, Anwar Ibrahim antara pencetus idea ini. dark side war.
Perihal Pembangkang di Selangor

Ok bercerita perihal si Azmin di Selangor, mengapa dia steady walau banyak isu berbangkit walaupun isu rasuah, masyarakat, denggi, sampah, projek hantu, rumah urut serta banyak lagi ditaji pelbagai rupa, dia masih steady.

Dia mengamalkan politik pegang kepala jaringannya, maksudnya, ada apa impak isu yang keluar, dia akan lakukan sesuatu perkara yang bila marhein baca, perghh, memang seorang MB menjaga rakyat kononnya.

Tetapi realiti dia adalah sang penyamun kekayaan yang hebat, kalau berlaku isu, jentik-jentik sayang sahaja. Mungkin dia hanya ketawa kerana ilmu politik sudah dikhatam dengan mahagurunya, Anwar Ibrahim serta Tun Mahathir.

Isunya sekarang mengapa Azmin mampu ketawa kerana tiada isu besar boleh menjentiknya? Mudah kerana pembangkang di Selangor tiada ikon seperti Chegu Bard yang kerap membongkarkan skandal Azmin, cuma Chegu Bard popularitinya tidak seberapa bagus, malah tidak memberi serangan yang boleh mengoyangkan Azmin.

Mengapa? Sebabnya pembangkang Selangor terlalu selesa, tidak ada kehebatan media massa dan sosial serta ngo yang mengoyangkan ibu pejabat SUK dengan isu-isu berat, isu DEIG dah tenggelam, isu pintu gerbang walau ada unsur rasuah pun tenggelam, terbaru isu kubah masjid yang dikatakan membazir juga tenggelam, sepatutnya pengerusi Umno Selangor ambil kesempatan untuk menaji Azmin, nak harap portal Selangor Post? Maaf cakap, Azmin mungkin garu kepala, menatang apa tu?

Permasalahan portal Selangor Post berkisar dengan ilmu syok sendiri yang merasuk majoriti kepimpinan Umno Selangor, apa nak jadi ni?

Kalau benar nak tawan Selangor, perang propaganda dah mula dan dah dilantik unit-unit serangan bertali arus, tetapi apa jadi? Lesu, lunyai, bobrok, hipokrit, malu, serius malu, apalah nak jadi.

PM Najib pernah usulkan kekecewaan itu pada konyensyen Umno Selangor pada november 2014 lalu, Sekarang 2016, lagi 2 tahun lebih nak pru, kemana pergi komandan yang pakar-pakar sebelum ini?

Apa nak jadi Umno Selangor? teguran ini untuk semua, bukan untuk kepentingan. Nak menang perang ke nak hulur kepala kepada musuh? Politik apa yang merasuk kalian semua?

Bersambung... 

Perihal ketua perang Media Selangor kepunyaan Umno diketuai oleh bekas orang Pas yang pernah bekerja dengan TV Pas, tunggu pendedahan yang lain. 

Jangan lupa hastag
#SalamTingkat9