Khamis, 18 Februari 2016

MAT SABU KATA MELAYU MEMANG BODOH DAN BEBAL KERANA TIDAK SOKONG DAP!!


Mat Sabu telah melepaskan kegeraman teramat sangat kerana kebodohan orang melayu yang tidak langsung berubah, ubah sokonglah Dap supaya orang melayu boleh menjadi lebih baik katanya, makin gila babi Mat Sabu bila video ceramah baling mic tersebar kononnya dia lepaskan amarah kerana rakyat Malaysia selesa tak mahu berubah.

Mat Sabu tolong simpan kebodohan sikit ye, al maklumlah, katanya saman RM200,000 dah dekat, tidak ada sesiapa nak peduli, mungkin ceramah dia kali ini nak jek Lim Guan Eng kot, hehe..

MAT SABU KATA MELAYU BODOH TAK NAK SOKONG DAP

Dalam keadaan terpekik-pekik, Presiden PAN, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkali-kali menyifatkan orang Melayu sebagai bodoh, ba­ngang dan bahalol dalam ceramah di Majlis Rumah Terbuka Pakatan Pembangkang Sempena Tahun Baharu Cina, di sini malam tadi.

Semuanya gara-gara orang Melayu terutamanya yang berada di kelas pertengahan didakwa menjadi penyebab kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

“Yang paling saya kecewa ialah kelas pertengahan Melayu.
Mereka inilah yang susah berubah. Makan gaji sikit, jadi pegawai kerajaan sikit, pertahan pemerintah rasuah. Ini yang saya marah, saya baling mikrofon malam itu. “Tahun 2013, undi Melayu turun sedikit. Meningkatnya soko­ngan kepada kita sebanyak 52 pe­ratus kerana undi orang Tionghua dan orang India.

Tahniah kepada kaum Tionghua atas kesedaran politik. “Orang Melayu kenapa tak mahu berubah? Takutkah kalau UMNO jatuh, Cina perintah Malaysia? Kenapa bodoh, bodoh, bodoh?” kata­nya sambil disambut sorakan dan tepukan daripada kira-kira 250 hadirin yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Cina. Hadir sama, Ke­tua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta barisan kepemimpinan pakatan pembangkang di negeri ini dan Pulau Pinang.

Tuduhan kerasnya itu kemudian diteruskan lagi terhadap pegawai kerajaan. “Apabila orang Cina hendak ambil alih Malaysia melalui pilihan raya boleh atau tidak? Tetapi berapa ramai pegawai kerajaan boleh percaya? Bangang bin bodoh bin bahalol.

“Tak boleh! Orang Cina hanya boleh memerintah sama ada bersama BN atau pakatan pembangkang. Tak boleh mereka memerintah sendirian,” katanya.

Beliau turut menuduh, semua itu adalah ‘racun’ yang dima­sukkan biro tatanegara dan polis Cawangan Khas (SB). “SB kerjanya itulah, bawa bekas ahli DAP, Razali (Mohamed Razali Abdul Rahman) diiringi oleh polis pergi berbohong pegawai kerajaan,” ujarnya.

Seterusnya beliau membuat perbandingan mengenai sikap rakyat negara ini yang menolak demonstrasi sebagai cara menjatuhkan pemimpin di sesebuah negara.

“Di Filipina rakyat berdemonstrasi hingga Marcos jatuh. Di Indonesia, para pelajar berdemonstrasi sehingga mati enam orang tetapi akhirnya menjatuhkan Suharto dan memulakan era demokrasi. “Di Thailand rakyat berdemonstrasi menjatuhkan Yingluck Shinawatra sementara di Burma mereka tumbangkan rejim tentera. Rakyat Malaysia bila?

Demonstrasi pun tak mahu, pilihan raya pangkah lagi BN. Bodoh, bangang, ba­halol,” katanya.
Sumber

Rabu, 17 Februari 2016

BELASAH NEPAL YANG RABA BINI DIA, SUDAHNYA #NajibRazak JUGA DIPERSALAHKAN??

Kadang untuk menilai perihal perangai manusia yang diambang kecewa, negatif, sentiasa salahkan orang, impaknya mudah nak faham, apa saja berlaku, kita patut salahkan pemimpin. Jadilah sang pemikir yang kotor.

Kalaulah ruangan kita mencari rezeki, sudahnya ujian Allah hadir kepada kita, adakah kita dengan rela hati berkata aku redha ujianmu ini Ya Allah.

Tetapi, perangai dan mentaliti pemuzik jalanan ini dapat kita hadamkan, jiwanya kelam, hatinya hitam. Maaf terpaksa penulis berkata begitu, sebabnya mudah, jenayah berlaku, malah dia dapat pula balun penjenayah tersebut yang warganya Nepal. 

Selepas itu nak beri impak virality ini menarik kerana nak kaitkan isu kemasukan Bangladesh yang dah dispin pembangkang, genji busker hastagkan nama NajibRazak.

Kononnya apa berlaku kerana Najib Razak, mungkin pembenci Najib akan kata padan muka kau Najib. Tapi apakah rasionalnya berlaku perkara itu nak dipersalahlan Perdana Menteri?
Mungkin ini cara nak popular cara mudah di alam maya. Cukup jelek.. 

#KekalNajib
#Semut
#DH
 

Isnin, 15 Februari 2016

BENARKAH EDARAN AKHBAR PERCUMA SELANGORKINI UNTUK MENUTUP PEMBAZIRAN KERAJAAN SELANGOR?

Akhbar percuma kepunyaan kerajaan Selangor iaitu Malaysiakini memang banyak terdapat di Masjid dan surau di sekitar daerah Selangor, pengedarannya mudah, diletakkan di laluan utama kawasan Masjid ketika umat Islam berkumpul untuk menunaikan solat jumaat.

Propaganda akhbar tersebut seperti biasa ayat-ayat cinta kononnya pentadbiran MB Azmin telus dan berkhidmat kononnya.

Kadang-kadang dilihat akhbar SelangorKini membazir begitu saja, malah ada yg selepas baca buang begitu saja, buat lapik duduk dan kualiti akhbar tersebut memang agak kualiti tinggi.

Siapa pencetak akhbar percuma ini? Kalau buat kira-kira, juta nilainya.

Pentadbiran Azmin licik dalam mengalih isu besar yang berlaku di Selangor, isu DEIG, pintu gerbang, kubah masjid serta nilai 7 billion duit perjanjian Air yang tidak dijawab secara menyeluruh, dengan cara alih isu, Masjid, Surau, Pasaraya kecil mudah untuk disebarkan akhbar ini. Yang tidak tahu isu anggap hal di Selangor ini hal yang kecil.

Adakah cara pengedaran akhbar SelangorKini melanggar titah Sultan Selangor?

#SalamTingkat9