Lim Kit Siang,

POLITIKUS KARUT YANG SENTIASA TIDAK PUAS!!

Kadang-kadang melihat situasi yang Mahathir lakukan sekarang menunjukkan betapa terdesaknya insan yang bernama negarawan ini.

Dikalangan ahli umno yang menyokong Tun Mahathir sudah terpalit hiba didalam hatinya kerana beginikah seorang negarawan ulung yang sudah tahap kurang waras sehingga kemaruk sangat supaya Najib perlu meletak jawatan.

Adakah kerana segala peluru hitam yang sudah dibedil sebelum ini iaitu bermulanya gerakan #UndurNajib tahun lepas makin layu ditelan kebenaran.

Malah serangan tanpa bukti serta berulang-ulang membuatkan penyokong Mahathir sudah berpatah arang.

Ini kerana tindakan bersekongkol dengan pembangkang adalah titik kegagalan serta menghina dirinya sebagai insan yang perlu dihormati.

Adakah Mahathir lupa pembangkang yang dahulunya menjaja diseluruh pelusuk Malaysia sebagai mahafiruan, Diktator, menghukum musuh politik tanpa ada prasangka. Atau pembangkang sendiri sudah dihanyutkan kebodohan kerana deklarasi selamatkan Malaysia dengan menjadikan Najib Razak sebagai mangsa.

Sudah tidak ada kesabaran menunggu PRU14? Adakah sang kepala tua yang berniat hendak selamatlan kroninya yang hampir pupus? Pembangkang sedar perihal ini atau memang ada janji bulan dan bintang kepada pemimpin pembangkang yang menyokong deklarasi ini? Mungkin jawatan menteri atau GLC? Siapa tahu. Itu pun sekiranya Najib dapat ditumbangkan secara rakus.

Harus diingat, cara kotor keterlaluan menjerumus kepada gagal yang hina.

Mereka ingat strategi mereka terlampau "intelligent"? Kita hanya lihat apakah bakal terjadi. Berjaya atau sebaliknya.

Mereka ada sekelompok manusia rakus. Tetapi Najib Razak ada Allah. Allah jugalah menentukannya.

#RespectMyPM

16 ulasan:

Tun Mahathir

MELAYU SUDAH DIJUAL MARUAHNYA OLEH MAHATHIR - RAFI AWANG KECHIK

KENYATAAN MEDIA

Assalamualaikum wbt.

1. Kita masih menyanjungi sumbangan yang pernah Tun M lakukan untuk pembangunan negara dengan membina banyak mercu tanda Malaysia sewaktu pemerintahan beliau. Ianya tidak pernah untuk nafikan.

2. Melayu dahulu Malaysia kemudian yang pernah menjadi pegangan Tun M suatu ketika dahulu, kita menyambut baik kerana ianya sangat bertepatan dengan Malaysia adalah tanah yang dipelopori oleh bangsa Melayu.

3. Saat Tun M mula menyerang DSNR menggunakan pentas sendiri, kita tidak pernah untuk membantah mungkin pada kita sebagai rakyat melihat ianya adalah satu langkah untuk menjadi check and ballance kepada pentadbiran kerajaan hari ini.

4. Tetapi serangan berterusan terhadap PM Malaysia oleh Tun M tanpa asas yang benar benar kukuh mula meragukan pemikiran kita tentang matlamat sebenar Tun M dalam siri serangan ini.

5. Awalnya, kita juga tidak bersetuju dengan tindakan DSNR dengan langkah menggugurkan TSMY dan MM daripada jawatan TPM dan MB kerana ianya tidak selari dengan kehendak akar umbi. Tapi gerakan mereka yang secara konsisten menyerang PM menjadikan kita sebagai rakyat biasa rasa tidak selesa kerana memikirkan seolah ada rancangan tersusun untuk kepentingan peribadi.

6. Rasa hormat saya pada Tun M, rasa kesian saya pada TSMY dan MM sekaligus hilang pada tanggal 4/3/16 apabila mereka boleh berada dalam satu kem sama, yang suatu ketika dikatakan pengkhianat agama dan bangsa iaitu DAP oleh mulut mereka sendiri dalam siri kempen PRU dan PRK lepas untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang sah.

7. Tindakan Tun M dan anaknya serta TSMY seolah-olah cuba menafikan sistem demokrasi berparlimen raja perlembagaan yang telah mereka pertahankan selama ini sewaktu memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan. Apakah sistem itu hanya laku tatkala mereka ada kuasa dan dengan mudah dilacurkan apabila tiada kuasa?

8. Terima kasih buat Tun M kerana mengajar kepada anak anak kami bahawa Malaysia ini Tun M yang punya kerana sesuka hati Tun Mahu PM Malaysia adalah individu yang memihak kepada beliau. Semoga usaha sama Tun M dan gerombolan DAP serta AMANAH akan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang disanjungi dunia.
Wasalam.

Rafi Awg Kechik
PresidenPertubuhan Nadi Rakyat Malaysia.

16 ulasan:

Tun Mahathir

PM NAJIB BAKAL DISERANG BERTALU-TALU OLEH SERIGALA DAN DUBUK YANG SANGAT LAPAR!!

Realiti sekarang, Najib Razak telah diserang oleh segerombolan manusia gila yang mereka sudah terlalu yakin untuk menjatuhkannya.

Mahathir + TS Muhyiddin + Pan + Dap + Pkr

Vs

Perdana Menteri Islam kita semua.

Jadi kalian nak yang mana? Kalau ikutkan ini sudah fasa lain untuk mengajak pemusuhan.

Dalam Islam adakalanya sabar ada had juga. Jadi laskar tempur media kerajaan. Ayuh bersatu mempertahankan kerajaan Islam.

Jadi ku seru kepada laskar-laskar media yang sebelum ini mengantung senjata keyboardnya. Bersatulah kita.

Pemimpin kita hendak dijatuhkan oleh sang Nafsu buas.

Ayuh..

#KekalNajib
#RespectMyPM

14 ulasan:

Muhyiddin Yassin

MUHYIDDIN KEKAL DALAM UMNO, CITA-CITA MENJADI PERDANA MENTERI HARUS DICAPAI WALAU APA JADI SEKALIPUN!!

Dalam sidang media khas, TS Muhyiddin tidak mengikuti mentor hidup matinya Tun Mahathir untuk keluar Umno.

Malah beliau mengatakan masih setia dengan Umno, beliau mengaku sebagai totok Umno.

Tetapi beliau tetap dengan pendiriannya Najib Razak tidak layak menjadi PM, malah beliau mengambil berita dari portal Malaysian Insider sebagai rujukan untuk mengatakan Najib Razak tetap bersalah berkenaan derma 2.6 billion.

Malah ayat biasa tuduhan tanpa fakta beliau taji kepada Najib berkenaan skandal 1MDB, derma, hilang sokongan rakyat. Bla bla..

Tetapi menjadi pertanyaan adakah TS Muhyiddin telah kantoikan Pakatan Harapan terutama Dap, Pan dan Pkr yang Tun Mahathir bakal bekersama dengan mereka adalah untuk menyelamatkan Umno?

Sudah pasti sidang media ini kantoikan planing sebenar Mahathir, mungkin ya mungkin tidak.

Jadi kita tinggu sahajalah apa drama dari golongan anti Najib Razak ini.

Kadang-kadang ramai tidak faham politik seninya cukup kejam.

Adakah planing politik ini memang disengajakan?

Penulisan diatas hanyalah imiginasi penulis berkenaan sidang media TS Muhyiddin pagi tadi.

Lagi berita

http://app.tv14.my/#article/56d7b5b4bac4ffa4b91b1ca3

15 ulasan:

Najib Razak

BILA PM MENGERJAKAN UMRAH, RAMAI SYAITAN MENGGELUPOR KEPANASAN!!

Politik kebencian yang keterlaluan selalunya didorongi emosi, jiwa kacau, amarah, dengki, khianat, dendam serta tidak senang dengan kebaikan.

Malah cara politik kebencian yang tidak matang ini melambangkan sikap mental overdos yang selalu dialami pembenci PM Najib Razak.

Zaman sekarang zaman fitnah macam air, golongan pemakan fitnah serta kebencian memainkan peranan untuk menakluki kuasa di Malaysia ini dengan impak negatif, kebencian meluap-luap.

Mungkin segerombolan puak penghirup kebencian ini memainkan peranan dalam era dark side kuasa yang bakal dipimpin oleh ketua-ketua negatif yang diangkat mereka dengan ilmu negatif.

Tetapi tidak mengapa, disebalik kebobrokan kejahatan, pasti akan ada jangkitan positif. Allah sentiasa bersama dengan orang baik-baik, yang sabar, golongan amarah kebencian ini pasti tidak senang duduk bila "wave" positif bakal merosakkan mereka.

Usah takut dengan kejahatan, pasti akan ada kekuatan kebaikan mengawal mereka.

Ayuh laskar-laskar kebaikan, kita jangan gentar melawan kejahatan, pasti akan ada jawapan. InshaAllah..

#KekalNajib
#DH

30 ulasan:

Rafizi Ramli

RAFIZI DISOTONG TEPUNGKAN OLEH PENGUNDI KAWASAN SENDIRI?

Inilah akibatnya selalu sangat menjaja modal persepsi jahat, Rafizi sudah terperangkap dengan mainan populisnya sendiri.

Pakar strategis pkr ini makin hari tidak selesa apabila nitizen sendiri memanggilnya dengan panggilan sotong, penipu, pembohong malah lebih teruk lagi YB kaki fitnah.

Betullah kata pujangga, mainan jahat untuk populis dalam politik sampai satu masa akan menjerat diri, sampai satu masa nitizen yang berfikiran waras akan tersedar dalam lamunan penipuan Rafizi.

Ingat lagi kata Rafizi bila ideanya berkenaan minyak petrol sekiranya minyak turun harga barang juga akan turun, itu kata dialah.

Sekarang minyak dah pun turun, malah paling rendah didunia ditempat ke-6 dalam senarai harga minyak terendah.

Apa Rafizi jawab? Dia kata itu bukan masalah dia bila ideanya dulu ditanya kembali.

Ingat Rafizi ingat pembohong.

#DH

1 ulasan:

Tun Mahathir

TUN M AKAN LUNYAIKAN NAJIB DAN UMNO SECARA TOTAL KATA PAKATAN HARAPAN

Selepas Tun M mengambil keputusan keluar dari Umno, segerombolan kaki mengidam Putrajaya sudah pun berjumpa dan berbincang dengan Tun Mahathir.

Nampaknya strategi Tun M sudah ke fasa hati gelap, pedulikan Umno hancur, asalkan Najib dapat dijatuhkan.

Kalau tidak faham apa niat Tun M, tidak mengapa, cuma satu, bersama dengan musuh untuk menjatuhkan seseorang dan organisasi orang Melayu Islam ibarat pengkhianat teratas yang matlamat menghalalkan cara. Biarlah kafir nailk, asalkam dendamku terhadap Najib terlaksana.

Cara dark side Tun M sememangnya berpaksikan nafsu serakah yang ada dalam dirinya. Dia kena ingat, sampai satu masa, Allah jua penentu perjalanan dia dan rancangan jahatnya.

Setelah segala peluru sudah dihalakan kepada Najib, tetapi niat jahatnya tidak dapat dilaksanakan kerana terlampau radikal dan fitnah serangannya kepada Najib.

Kali ini mungkin ramai pejuang maya terpaksa angkat senjata medianya untuk mempertahankan parti keramat ini. Umno hancur habislah kita orang melayu, nak harapkan Tun M? Dia ketawa berdekah-dekah sebab Dap yang menjadi dominan nanti. Dalam hatinya pasti puas, malah mungkin kalau dia diizinkan panjang umur sehingga dia melihat sendiri kehancuran teruk dialami orang melayu itu sendiri.

Jadi kepada ahli Umno, fikir bukan emosi.

Tun Mahathir Jumpa Kit Siang Untuk Jatuhkan Najib

Posted on March 1, 2016
by Editorial

mahathir kit siang

Kuala Lumpur – Tun Mahathir Mohamad mengadakan rundingan dengan Lim Kit Siang yang dilihat sebagai cubaan mantan perdana menteri itu untuk mencari kesepakatan dengan DAP untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lim mengesahkan pertemuan itu yang dipercayai berlangsung semalam sebelum Mahathir mengumumkan beliau keluar untuk kali kedua daripada Umno.

Dalam perkembangan berkaitan hari ini, Mahathir sekali lagi menegaskan beliau tidak berhasrat menyertai mana-mana parti pembangkang atau menubuhkan parti baru.

Bagaimanapun, Lim menyifatkan pertemuannya dengan Mahathir sebagai “positif’ dalam merungkai kemelut politik negara namun enggan menghurai lanjut hasil perjumpaan itu.

“Saya sudah berjumpa dan berbincang dengan Mahathir mengenai keadaan negara,” kata Lim.

Lim sekali lagi menegaskan usaha DAP adalah tertumpu kepada gerakan Selamatkan Malaysia dan bukan setakat menjatuhkan Najib.

Pendirian itu dilihat bertentangan dengan agenda Mahathir iaitu hanya menggulingkan Najib.

Semalam, Mahathir berkata beliau dan isteri keluar daripada Umno kerana tidak sehaluan dengan Najib. Beliau juga mahu gerakan merentasi politik kepartian dilancar untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Bagaimanapun tindakan Mahathir itu di lihat sebagai satu lagi cubaan untuk memecah-belahkan Umno namun tidak akan berjaya.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa keputusan Mahathir itu hanya langkah strategik untuk menjatuhkan Najib namun yakin Umno tetap utuh menyokong Perdana Menteri.

Kesediaan Mahathir untuk bekerjasama dengan DAP, khususnya Lim agak mengejutkan apabila mengambil kira Lim adalah pengkritik utama Mahathir semasa beliau menerajui Umno dan negara selama 22 tahun.

Sebelum ini, Lim kerap merujuk Mahathir sebagai dikator yang menyalah guna kuasa manakala Mahathir melihat DAP pari chauvinis dan Lim sebagai pemimpin yang tamak kuasa.

Portal

25 ulasan:

Rafizi Ramli

MINYAK PETROL TURUN SERENDAH RM1.60 UNTUK RON95, TETAPI BARANG TAK TURUN-TURUN, KENAPA YA?

Kalau tak mampu mengucapkan Alhamdulillah, ucaplah syukurlah minyak akhirnya turun sangat rendah.

Kalau dulu para pentaksub serta pembenci Perdana Menteri akan menghalakan muncung tohmahan bertalu-talu. Tidak kurang juga yang memaki hamun sehingga kejung mulutnya kerana minyak naik walaupun 20 sen.

Sejak penurunan harga minyak mentah dunia, negara kebanggaan pencacai seperti Veneuzela yang harga petrolnya serendah 60 sen seliter duit Malaysia. Terpaksa menaikkan harga petrol yang tertinggi. Naik sehingga RM3.20++ sen seliter. Terkedu macai-macai jibrauk yang dahulunya memuji kerajaan Venuezela.

Sekarang di Malaysia bermula 1 Mac 2016, harga minyak petrol turun sehingga RM1.60 seliter bagi Ron95, Ron97 RM1.95 seliter.

Yang menjadi masalah sekarang adalah harga barang, kalau diikutkan harga barang akan meningkat sekiranya harga minyak naik, itu teori Rafizi si sotong lembut menjaja cerita pada pru13 yang lepas.

Adakah peniaga memang sengaja menaikkan harga barang walaupun tahu keadaan bahan mentah, minyak serta ringgit dah pun stabil? Ini menunjukkan ada ketidak adilan dalam aliran bahan mentah ke orang tengah dan seterusnya ke peniaga.

Pasar malam disekitar Selangor contohnya, katanya lesen tapak sudah tidak perlu dibayar.

Tetapi harga makanan terutamanya naik mendadak, sebungkus nasi ayam dahulunya RM4.00 sahaja, sekarang dah RM5.00. Nampak kenaikannya, hampair 40% barang makanan dijual naik mendadak.

Barang mentah, seperti telur, tepung maintain harganya, malah harga telur gred B pun baru RM8.50 sepapan. Ada yang tidak kena perihal ini. GST bukan alasan, banyak harga makanan dinaikkan kerana ramai peniaga nak keuntungan maksimum bukan?

KPDNKK perlulah turun dan pantau. Kadang-kadang harga barang yang naik mendadak mampu memberi imej tidak bagus kepada kerajaan pusat walaupun harga minyak turun sangat rendah.

#KekalNajib
#DH

6 ulasan:

Tun Mahathir

TUN MAHATHIR AKHIRNYA KELUAR UMNO DAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA JUGA BAKAL KELUAR SERENTAK!!

Akhirnya pilihan terakhir untuk bekas mantan setelah pelbagai cara mencantas jawatan Perdana Menteri DS Najib tidak berjaya.

Tun Mahathir keluar Umno. Mungkin  selepas ini Umno sudah berjaya merananapkan puak-puak pemberontak yang sejak tahun lepas gerakan #UndurNajib. Misi hitam itu tidak berjaya sama sekali.

Malah perperangan dalaman ini melibatkan isu kroni kekayaan milik Mahathir yang sudah dicantas habis. Malah impian Kroni-kroni Mahathir untuk kembali mengaut duit percuma dari rakyat sudah berkubur.

Serangan peribadi terhadap DS Najib juga tidak mampu menjatuhkan secara radikal. Cara peribadi nampaknya strategi paling gagal sama sekali.

Pengikutnya yang agak gerila memainkan peranan penting diatas kegagalan misi #UndurNajib.

Sebabnya mudah, cara carutan, hamun, maki, caci serta senjata fitnah tidak mampu menggugat kebaikan serta laskar positif milik DS Najib. Laskar sukarela sayangkan parti telah berjaya menidakkan impian sang pemberontak merosakkan parti keramat orang melayu ini.

Mungkin ramai tidak faham, senjata fitnah keterlaluan yang dilemparkan kepada DS Najib selalunya memakan diri kepada musuh, ini kerana senjata itu sudah digunakan oleh Anwar Ibrahim ketika aura putrajaya pakatan rakyat pada pru13 yang lepas.

KEPADA SEMUA, AYUH BERSATU!!

Kita bersatu kuatkan Parti Umno. Kita nyahkan pertualang serta musuh sebenar kita.

#KekalNajib
#DH

12 ulasan:

Rafizi Ramli

RAFIZI KATA TABUNG HAJI MENIPU PENDEPOSIT!

Berkali-kali beritahu yang Rafizi adalah seorang politikus yang hanya mengejar populis, hanya pandai menjentik isu, kuat buat persepsi jahat, kuat menipu, kaki block sesiapa yang kritik dirinya di  Facebook dan Twitter.

Bagaimana orang muda boleh mempercayai insan pembohong paling berkaliber zaman ini.

Ingat Rafizi ingat penipu.

SIARAN AKHBAR

TH BUAT LAPORAN POLIS DAN MINTA BUKTI PINJAMAN BANK

KUALA LUMPUR, 28 Februari 2016 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini sekali lagi menafikan tuduhan TH memberi jaminan korporat (corporate guarantee) kepada syarikat bersekutunya, TH Heavy Engineering Berhad (THHE).

TH meminta Ahli Parlimen Pandan untuk menamakan bank yang memberikan pinjaman kepada THHE dengan surat jaminan korporat TH seperti yang didakwa.

TH amat kesal dengan penyebaran dokumen-dokumen melalui laman sosial secara rambang dan tuduhan tidak berasas serta berunsur fitnah. Dakwaan tersebut memberi impak negatif kepada TH dan akan menjejaskan kepentingan para pendepositnya.

Oleh yang demikian, TH telah membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pandan berkaitan dakwaan-dakwaan dan dokumen-dokumen yang telah disebarkan oleh beliau.

Langkah ini diambil oleh TH bagi menjaga kepentingan para pendeposit dan reputasi TH sebagai sebuah Institusi Islam di Malaysia. TH akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan secepat mungkin.

Bahagian Hal Ehwal Awam Dan Komunikasi Korporat
LEMBAGA TABUNG HAJI 

-Tamat-

3 ulasan: