Sabtu, 12 Mac 2016

JOM KITA DESAK PEMBANGKANG, DANA MEREKA DATANG DARI MANA!!

Ayuh sahabat sekalian, rakan-rakan laskar kerajaan yang cintakan keamanan serta kerajaan BN, ayuh kita desak pihak pembangkang menjawab, dari mana datangnya sumber kewangan mereka.

Bila tang BN bukan main mereka desak, apa kata kali ini kita desak mereka.

Jom sign petition, jangan lupa sebarkan.

Mari kita desak Pihak Pembangkang untuk menyatakan sumber dana politik mereka. Ayuh sokong "petition" ini dan mohon sebarkan.

tinyurl.com/gqx3pmh

Jumaat, 11 Mac 2016

PATUTLAH ORANG PANGGIL DIA SEMBAB, SEBAB BLUR SEPANJANG MASA!!

Maaflah TS Muhyiddin, kadang-kadang-kadang perilaku kamu sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri amatlah memalukan, malah, sikap kamu yang kemaruk nak sesuatu membuktikan yang layak kamu dipecat, malah kebodohan kamu juga memungkinkan sekiranya kamu menjadi Perdana Menteri maka jahanamlah institusi, hancurlah organisasi.

Licik kamu ibarat ikan piranna yang pantang nampak habuan.

Fikirkan.. Nilaikan.

Siri Jawapan Stail 'Bengong' Bagi Sebarang Kenyataan Yang Bengong

Siri Kedua: Jawapan 'Bengong' Bagi Kenyataan TSMY 8 Mac 2016.

Kenyataan 1: Mereka nampaknya tidak senang dengan kejayaan Tun Dr Mahathir menghimpunkan tokoh-tokoh BN, Pakatan Harapan, PAS dan masyarakat sivil untuk duduk bersama mendesak Datuk Seri Najib supaya berundur.

Jawapan 1: Bengong! Bukan tak senang TSMY, tapi gila tak boleh masuk akal tengok LKS dgn Tun M duduk semeja. Segala prinsip yang Tun M dan TSMY sendiri laungkan tentang ancaman dan bahaya DAP selama ni boleh di'tong sampah'kan.

Yang lain ade la ampun sikit, tapi tengok Tun M ngan LKS ni terus rasa that's it la Tun M. Cukup-cukuplah. Kalau Deklarasi 'Bengong' dengan LKS ni gagal, nak berpakat ngan sape lak? Zionis? Israel? Amerika? Ish...

Kenyataan 2: Deklarasi Rakyat bukan agenda mana-mana parti politik. Ia terbit daripada kesedaran individu daripada pelbagai latar belakang sosial dan politik yang sedar bahawa kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri sudah tidak wajar lagi memandangkan beliau terpalit dengan pelbagai skandal kewangan yang menjejaskan keyakinan rakyat kepada beliau untuk memimpin Malaysia.

Jawapan 2: Bengong! Kalau yang berhimpun tu semua pemimpin dari parti politik, dah memang agenda politik la! Adooo laaa TSMY oi... Tak nampak seorang pun yang tidak mempunyai agenda politik dalam Rumah Alumni UM hari tu. Semuanya pun ada kepentingan, jangan nak bohong!

Skandal kewangan apa lagi TSMY oi, semua pun dah dijawab. 1MDB? 86 kali dalam mesyuarat MT, lebih 100 kali dalam mesyuarat kabinet dibincangkan dan MK2 jumpa personal dengan TSMY bawak fail bentang selama 40 minit, kenapa TSMY sikit pun tak buka atau sentuh fail tu?

Nanti TSMY disoal di akhirat kenapa tak buka fail tu. TSMY tak takut ke?

Kenyataan 3: Malah imej negara kita juga terjejas teruk di peringkat antarabangsa.

Jawapan 3: Bengong! Disebabkan imej negara TERUK di peringkat antarabangsa, beberapa perkara berikut berlaku:

a. Arab Saudi anugerahkan Prasarana untuk mengendalikan operasi LRT dan keretapi di Mekah.

b. MAHB dijemput untuk membida operasi King Abdulaziz International Airport.

c. Najib Razak dijemput berjumpa Raja Salman, Raja Arab Saudi.

d. Najib Razak PM pertama jejak kaki kat Gaza, Palestin.

e. Najib Razak, pemimpin luar pertama berucap di Great Hall of the People, Beijing, China.

f. Najib Razak beri ucaptama pada US-Asean Summit kat LA.

Banyak lagi la, TSMY google jer semua keluar.

Kenyataan 4: Hakikatnya, Deklarasi Rakyat adalah perjuangan rakyat yang merentasi ideologi politik, kaum dan agama untuk menentang kemungkaran, menyelamatkan Malaysia dan menebus kembali maruah negara.

Jawapan 5: Bengong! Dekat dalam Rumah Alumni tu berapa banyak kemungkaran pernah mereka buat.

a. LKS dengan pencetus 13 Mei, nak roboh kg Melayu kat Penang, deklarasi di Red Rock Hotel, Kalimah Allah, Bible dalam bahasa Melayu dan lain-lain.

b. Azmin Ali dengan cerita pintu gerbang, masalah air, DEIG, jual harta Selangor untuk Melayu kepada kaum lain, cerita ais krim dalam tandas dan lain-lain.

c. Mat Sabu dengan cerita Tabung Memali yang disonglapnya, cerita bilik hotel 112. Mulut macam puaka maki, fitnah sana-sini.

Ni baru 3 orang sahaja yang dipetik. Yang lain tu semua dah tau la apa 'kemungkaran' masing-masing!

Kenyataan 5***: Jika Najib boleh duduk sepentas dengan Presiden PAS Datuk Seri Hj Hadi Awang atas nama kerjasama politik, mengapa pula Tun Mahathir, saya dan Mukhriz tidak boleh duduk semeja dengan tokoh-tokoh di atas untuk menyelamatkan Malaysia? Mengapa perlu digunakan standard yang berbeza untuk kami berbanding Najib?

Jawapan 5***: Paling Bengong! Apa punya pemikiran la TSMY ni nak samakan Najib + Hj Hadi dengan Tun M + LKS?!

Malas la nak cerita mende ni. Budak-budak pun tau beza la!

Najib + Hj Hadi adalah untuk penyatuan orang Melayu. Nak lawan fitnah dan serangan DAP terhadap orang Melayu dan Islam. Nak selamatkan negara ni daripada hancur dipijak dek kaum chauvinis DAP ni.

Tun M + LKS takde niat dalam deklarasi tu pun nak bantu orang Melayu dan Islam. Hanya berniat nak menjatuhkan seorang pemimpin Islam!

Tak sangka TSMY boleh 'secerdik' ini nak buat perbandingan sedemikian. Bengong!

Kenyataan 6: Terbaharu, maklumat berkaitan 1MDB tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi. Kita tahu bahawa skandal 1MDB telah menjadi isu besar yang menarik perhatian rakyat dan masyarakat antarabangsa. Malah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara juga sepatutnya membentangkan hasil siasatan mereka ke atas 1MDB di Dewan Rakyat, iaitu institusi demokrasi tertinggi negara, untuk pengetahuan umum. Adakah kerajaan pimpinan Najib ingin menyorok lebih banyak penyelewengan berhubung skandal 1MDB daripada pengetahuan rakyat? Adakah ini satu tindakan yang demokratik?

Jawapan 6: Bengong! Ni TSMY baca suratkhabar atau portal mana ni? Atas arahan auditor general, laporan PAC 1MDB ini adalah dibawah OSA sehingga dibentangkan di parlimen. Sebab tak mau ada mangkuk yang sebarkan sekerat-sekerat macam kes surat Bank Negara ke Tabung Haji tu.

Berapa ramai yang tutup akaun lepas tu menyesal. TSMY dan isteri pun tutup akaun Tabung Haji gak kan?

TSMY pun dalam parlimen gak, jangan la balik awal macam hari pertama tu! Duduk dan tunggu persidangan dalam tu. Dah tanggung jawab TSMY sebagai ahli parlimen, orang dah undi TSMY lepas tu suka-suka jer keluar dewan balik rumah, tido. TSMY bukan ada jawatan apa-apa pun yang nak disibukkan kat luar tu. Nak kata menteri bukan, Timb Presiden pun bukan. Apasal nak balik awal?!

Kenyataan 7: Mereka juga berkata seorang Perdana Menteri tidak boleh dijatuhkan kecuali menerusi pilihanraya. Di sinilah letaknya kesilapan besar mereka. Jika sebahagian besar rakyat menolak kepimpinan Najib, maka sewajarnyalah Najib berundur sekarang. Jangan tunggu sampai pilihanraya. Jika rakyat menolak Najib dalam pilihanraya bermakna mereka akan menolak BN secara total. Ini akan menyebabkan BN kalah dalam pilihanraya.

Jawapan 7: Bengong! Macam mana nak ukur sebahagian besar rakyat tolak DS Najib? Melalui Pilihanraya la wei. Takpun gunakan kuasa dalam perlembagaan UMNO untuk panggil persidangan khas lepas tu buat undian tak percaya kat Presiden parti. Ada berani ke TSMY?

Ada kaedahnya dan tak perlu nak heret rakyat ke jalanan. Ni masalah Tun M + TSMY + DSMM dengan DS Najib, kamu gi heret rakyat sama, hasut mereka benda yang fitnah, palsu dan bukan-bukan lepas tu nak kata kaedah ni betul. Bengong!

Kenyataan 8: Tujuan Deklarasi Rakyat ialah untuk mendesak Najib supaya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Peletakan jawatan Najib tidak akan menyebabkan kerajaan BN digulingkan. Sebaliknya, ia akan memberi laluan kepada proses tindakan undang-undang diambil terhadapnya dan beliau diadili dengan seadilnya di mahkamah. Seterusnya, reformasi institusi secara total perlu dilaksanakan untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, telus dan amanah.

Jawapan 8: Bengong! TSMY pernah ke buat laporan polis terhadap PM? Pernah ke buat laporan kat SPRM? Yang TSMY buat hanyalah kenyataan media, sidang media sahaja. Kan ada akta Whistleblower tu, gunakan la. Ni dok buat kenyataan media je takde nak buat laporan polis ke apa ke lepas tu kata sistem kehakiman tak telus.

Cakap kerajaan BN tak akan digulingkan, yang bersepah dekat meja tu parti pembangkang DAP, PKR ngan PAN tu nak dok saja tengok BN lagi memerintah? Mereka ni yang nak memerintah TSMY oi!

Kenyataan 9: Desakan supaya Perdana Menteri berundur tanpa menunggu pilihanraya dengan tidak mengubah kerajaan sedia ada bukan perkara baharu sebagaimana yang pernah berlaku di zaman pimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dan terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berundur untuk memberi laluan kepada Najib. Dalam semua keadaan kerajaan BN pada waktu itu tidak terjejas.

Jawapan 9: Bengong! Masa Pak Lah tu MT memainkan peranan untuk mendesak. Bahagian-bahagian UMNO juga mendesak dan bilangan mereka lebih ramai daripada yang TSMY buat ni. Tunku dan Tun Hussein pun melakukan peralihan kuasa bukan sebab yang macam Tun M + LKS buat ni. Tak pernah libatkan pemimpin pembangkang pun!

Kenyataan 10: Cuma yang berbeza ialah latar belakang tuntutan berundur adalah atas sebab politik bukan atas isu skandal yang berkait dengan persoalan moral dan integriti sebagaimana yang berlaku terhadap pimpinan Najib sekarang. Ia bukan lagi isu kepimpinan UMNO, tetapi sudah melimpah menjadi isu negara. Justeru pemimpin dari pelbagai latar belakang politik sanggup mengenepikan perbezaan dan bersatu azam semata-mata untuk menyelamatkan negara. Dengan langkah berani ini, amat tidak wajar kami dianggap menjual maruah dan harga diri, bangsa dan agama.

Jawapan 10: Bengong! Dah pulak dok kata Lim Kit Siang dan DAP bersatu demi menyelamatkan negara. Nak selamatkan daripada apa TSMY?

Nak selamatkan kroni-kroni Tun M yang sebenarnya kan? Francis Yeoh dari YTL dah desak sama Tun M dengan TSMY kan? 1BestariNet la, IPP yang 1MDB beli semua la, dan banyak lagi projek-projek kroni ni sangkut sebab Najib tak luluskan. Itu sebenarnya.

Masa TSMY jadi MB Johor dulu, berapa banyak tanah-tanah strategik di Johor dijual kepada Singapura? Itu semua tempat landing kapal perang Singapura kalau-kalau lah berlaku perperangan dengan Singapura nanti!

Lepas tu sembang harga diri, bangsa dan agama. Kelakar betul!

Kenyataan 11: Selama 40 tahun saya di dalam politik, tidak pernah sedetikpun saya bertindak menggadai prinsip perjuangan saya. Tidak masuk akal tindakan saya menggesa Najib meletakkan jawatan kerana kemungkaran yang terpalit kepadanya, maka saya dikatakan menggadai perjuangan untuk agama, bangsa dan negara. Bukankah menentang kemungkaran itu satu kewajipan dalam Islam? Saya sebagai seorang Muslim, hanya menjalankan kewajipan saya di sisi agama. Saya yakin rakyat, terutamanya orang Melayu, cukup bijak untuk menilai mana yang hak dan mana yang batil.

Di sisi Islam, perjuangan menentang kemungkaran menentukan tahap keimanan seorang Muslim. Saya tidak mahu disoal diakhirat kelak apa yang saya buat untuk menentang kemungkaran ketika saya masih berupaya untuk melakukannya. Saya tahu bahawa ia bukan sesuatu yang mudah dan amat menguji kesabaran. Tetapi saya yakin bahawa Allah s.w.t akan sentiasa bersama-sama orang yang sabar.

Jawapan 11: Bengong! Sekali imbas sahaja di meja bersama Tun M dengan TSMY tu Lim Kit Siang, Azmin Ali dan Mat Sabu dah cukup dah. Orang Melayu bukan sebodoh yang TSMY fikirkan. Selama inipun, Tun M dan TSMY dok mencanangkan DAP ni musuh Islam. Dah terpahat dah pun di kepala orang Melayu yang DAP ni musuh Islam.

Tak rasa ke DAP ni ada muslihat dan mempergunakan sahaja TSMY dan Tun M untuk mendapatkan sokongan orang Melayu?

Sembang 40 tahun dalam politik tak pernah buat dosa. Tengok balik diri sendiri tu TSMY. Apa yang TSMY buat masa jadi MB Johor, masa jadi Menteri Pendidikan, berapa banyak projek yang TSMY bagi kat kroni Tun M, kat Singapura dan lain-lain lagi yang tak menguntungkan negara dan rakyat. Berapa ribu cikgu-cikgu yang komplen dengan TSMY akibat daripada 1BestariNet yang gagal tu!

Kewajipan utama nak hormat Ulil Amri pun TSMY tak buat, nak sembang hal lain. Kalau betul TSMY orang yang sabar, TSMY takkan buat deklarasi bersama-sama musuh Islam, DAP.

Sekian Siri Jawapan 'Bengong" terhadap Kenyataan 'Bengong" TSMY 8 Mac 2016.

#JawapanBengong
#RespectMyPM

Isnin, 7 Mac 2016

PAKATAN HARAPAN KATA TUN MAHATHIR LEMAH

Akhirnya pakatan harapan mengakui, kerana sokongan merekalah membantu Tun Mahathir.  Maknanya Tun Mahathir sudah sedar kelemahannya ketika didalam umno ketika gerakan #UndurNajib ?

Maknanya juga Pakatan Harapan lah yang mampu menyelamatkan Tun Mahathir dan macai dubuknya dari menerima malu yang bertimpa-timpa.

Mahathir pasti mengucapkan syukur kerana dengan sokongan Pakatan Harapan bakal merealisasikan impiannya untuk mendesak Najib Razak undur dan letak jawatan.

Kira drama swasta ini sangat meloyakan... Kahkahkah.. Semua kepala pemimpin pembangkang tarik handbrake.. Kahkahkah..

Eloklah yang ikut pun bodoh, yang rancang pun bodoh bertingkat-tingkat... Kahkahkah...

Ahad, 6 Mac 2016

Mengapa Team Mahathir kalah dalam percaturan #UndurNajib?

Mudah untuk memahami betapa bahlolnya pereka cipta #UndurNajib. Kepalanya anggap Najib mudah diperlakukan ibarat pembuli rakus yang mudah menapau habis wang mangsanya.

Mereka silap, malah kesilapan mereka adalah kerana terlampau rakus bak sang dubuk.

Jadi kesimpulannya, gerakan Mahathir sebenarnya menjahanamkan impian TS Muhyidin untuk menjadi PM serta merosakkan cita-cita politik anaknya Muhriz yang dipanggil boboy bucuk.

Baca dan nilaikan wahai sang pentaksub bahlol.

Mahathir, Muhyiddin Dan ANC “Menari” Ikut Rentak Najib

Dr Mahathir telah menggunakan kad terakhirnya apabila beliau meletakkan jawatan. Beliau fikir peletakan jawatannya akan menyebabkan ‘air pasang’, tetapi bukan itu yang berlaku. Sebaliknya, ‘air pasang’ tersebut yang telah menghanyutkan beliau. Sekarang Dr Mahathir tidak ada kad lagi untuk dimainkan. Oleh itu, beliau terpaksa meminjam kad daripada pihak pembangkang jika mahu terus bermain. Tetapi ada akibatnya. Apabila anda membuat perjanjian dengan syaitan maka jiwa anda milik syaitan. Dan syaitan tersebut adalah dalam bentuk Pakatan Harapan yang dipimpin DAP.

Pepatah mengatakan, jika anda boleh bertindak bodoh dan membuat orang percaya bahawa anda bodoh maka anda sebenarnya sangat bijak, lebih bijak daripada orang-orang yang berfikir yang anda adalah bodoh. Kemudian apabila kamu menentang musuh yang licik, khususnya musuh atau musuh-musuh dalam selimut , maka anda perlu mengambil kesempatan dengan pelbagai helah , ketangkasan, dan kelicikan untuk mendapatkan perkara yang lebih baik daripada mereka.

Pelajar-pelajar Sun Tzu akan memahami perkara ini dengan baik. Orang Melayu tidak memahami Sun Tzu tetapi mereka mempunyai peribahasa mereka sendiri untuk menggambarkan keadaan yang sama. Orang Melayu memanggilnya bodoh – bodoh sepat . Sepat adalah ikan yang bersembunyi dalam sawah padi. Ia akan duduk diam-diam, tanpa bergerak untuk memberi gambaran bahawa ia adalah ikan yang bodoh. Walaupun tangan dekat dengannya, ia masih kekal diam dan tidak bergerak. Namun kemudian, ia akan menyengat tangan anda dan berlalu pergi dengan tersenyum.

Baiklah, saya melebih-lebih di sini. Ikan tidak tersenyum. Tetapi jika mereka boleh, pasti sepat ini akan tersenyum memikirkan bagaimana mudah ia menipu anda untuk menganggap yang ia ikan yang bodoh dan kemudian menyengat anda yang cuba menangkapnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak inilah yang bersikap bodoh – bodoh sepat , manakala mereka yang memburu beliau adalah bodoh  sombong , yang bermaksud dahlah bodoh, sombong pulak .

Setelah 72 jam Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap Najib , Najib sudah tahu siapa yang berada di belakangnya . Ramai menyangka bahawa memandangkan Khairuddin bersekongkol dengan Matthias Chang, dan Matthias pula orang Tun Dr Mahathir Mohamad maka ini bermakna Khairuddin juga sudah tentu merupakan orang Dr Mahathir.

Walaubagaimanapun, 72 jam kemudian, Najib tahu bahawa Khairuddin ketika itu adalah orang Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi Najib tidak bertindak balas terhadap perkara itu. Beliau tetap tenang dan tidak mendedahkan bahawa beliau tahu yang Khairuddin bekerja untuk siapa sebenarnya. Apabila Najib tahu siapa musuh sebenar beliau, dan individu tersebut berpura-pura menyokong beliau, sebenarnya adalah ‘pemegang pisau’, maka ia menjadi lebih mudah untuk beliau merancang strategi dan memasang perangkap.

Najib boleh ‘membunuh’ Muhyiddin sebelum ini, dalam minggu yang sama Muhyiddin membuat langkah beliau. Tetapi Najib tidak mahu berbuat demikian. Najib mahu Muhyiddin terus berfikir bahawa beliau tidak tahu peranan Muhyiddin dalam semua ini dan bahawa beliau adalah penggerak utama. Beliau mahu meredakan Muhyiddin sehingga beliau berpuas hati dan melihat siapa lagi yang akan muncul dan menunjukkan wajah sebenar mereka. Apabila anda menghendap mangsa, anda perlu menetapkan perangkap anda dan bersabar, tidak bergerak atau membuat bunyi. Apabila orang lain menghendap anda dan telah memasang perangkap mereka, dan anda mahu mereka berjalan ke dalam perangkap mereka sendiri, maka anda perlu kekal lebih sabar tanpa bergerak atau membuat bunyi.

Menjadikan pemburu kepada yang diburu dan memastikan bahawa anda tidak perlu menembak pemburu tetapi membuat pemburu yang menembak dirinya sendiri adalah kemahiran yang tidak dimiliki oleh ramai orang . Kemahiran inilah yang dimiliki Najib dan beliau menggunakan kelebihannya sejak tahun lepas lagi.

Menembak pemburu supaya menjadi yang diburu adalah mudah . Ramai orang boleh berbuat demikian. Membuat pemburu masuk ke dalam perangkap sendiri dan mengalami kematian paling menyeksakan adalah apa yang memisahkan antara lelaki dan budak lelaki . Najib telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang lelaki dewasa manakala yang lain masih lagi kanak-kanak lelaki.

Najib menulis skrip tentang bagaimana mereka yang mahu melihat darahnya, sebaliknya akan dapat melihat darah mereka sendiri tertumpah. Untuk berbuat demikian anda bukan sahaja perlu bijak tetapi anda juga perlu bersabar. Ini adalah permainan yang dimainkan Najib , permainan kesabaran. Beliau tidak mahu membunuh musuh-musuh yang menghendapnya. Beliau mahu mereka membunuh diri. Dan memang itulah apa yang mereka lakukan . Mereka membunuh diri seorang demi seorang.

Najib membuat mereka seperti kucing bermain dengan tikus. Beliau memberikan mereka ruang untuk membuat seberapa banyak kesilapan yang mereka kehendaki. Beliau mahu kesilapan ini menjadi kejatuhan mereka. Dan lebih banyak kesilapan yang mereka lakukan, lebih pasti kejatuhan mereka.

Dalam hal itu, Najib adalah lebih bijak daripada Dr Mahathir. Apabila Dr Mahathir mahu meneutralkan Anwar, beliau menyingkirkannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden dan ahli Umno sekaligus. Najib tidak berbuat demikian. Beliau pada mulanya menyingkirkan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian membiarkannya. Apabila Muhyiddin terus dengan perbuatan mengarut beliau, Najib membiarkan parti menyingkirkannya sebagai Timbalan Presiden. Bagaimanapun , Muhyiddin tidak dikeluarkan sebagai ahli.

Memandangkan Muhyiddin terus menolak nasibnya maka beliau akan mengalami peringkat akhir kemusnahannya. Beliau akan melihat dirinya dikeluarkan sebagai ahli juga. Dan ia akan menjadi tiga ‘strike’ dan beliau perlu keluar.

Adakah Najib membunuh Muhyiddin sebagaimana Dr Mahathir membunuh Anwar? Najib hanya mengeluarkan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri, yang merupakan hak mutlak Perdana Menteri. Dan kemudian beliau berhenti di situ. Ini memberikan Muhyiddin gambaran bahawa beliau masih dalam zon selamat kerana Najib tidak berani meneruskan lebih dari itu.

Ia bukanlah Najib tidak berani pergi lebih jauh. Beliau mahu Muhyiddin pergi lebih jauh dan masuk ke dalam perangkap sendiri. Beliau mahu Muhyiddin mati di tangan sendiri. Dan itulah yang Muhyiddin lakukan dan akan terus lakukan .

Dr Mahathir juga salah perkiraan mengenai Najib dan sentimen orang Umno. Beliau berpendapat bahawa selepas satu tahun isu mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion, sokongan terhadap Najib akan berkurangan. Justeru, Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC (Kempen Anti -Najib ) memainkan muslihat (trump card) mereka dalam bulan Julai 2015.

Kemudian Najib membuat langkah beliau selepas enam bulan bermain “bodoh – bodoh sepat”. Beliau melancarkan operasi pembersihan dan semua mereka yang ‘memegang pisau’ dijatuhkan. Ia adalah satu langkah yang Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC fikir tidak berani dilakukan oleh Najib dan walaupun beliau melakukannya, Umno tidak akan menyokongnya.

Namun Najib telah berani membuat langkah itu dan beliau melakukannya pada akhir Julai 2015. Dan Umno tidak bangkit protes. Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC telah salah percaturan dan mereka kalah. Penyingkiran Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah satu peristiwa yang tidak memberikan kesan besar kecuali beberapa “bunyi” yang kurang enak .

Satu ‘strike’.

Kemudian Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC terus dengan serangan mereka. Plot Julai 2015 mereka telah gagal. Maka mereka merancang plot November 2015 – penyingkiran Najib melalui undi tidak percaya di Parlimen. Itu juga gagal. Jadi mereka melancarkan rancangan seterusnya , plot untuk menjatuhkan Najib semasa Perhimpunan Agung Umno pada Disember 2015. Dan gagal juga. Tiga percubaan dan semuanya gagal.

Kemudian Najib membuat ‘strike’ kedua. Dan itu adalah apabila Umno menyingkirkan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah. Tetapi Najib tidak mahu menjadi orang yang melaksanakannya . Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah menyediakan surat peletakan jawatan Mukhriz dan Majlis Diraja Kedah atas perintah DYMM Sultan membuat beliau menandatanganinya.

Jadi Najib tidak memecat Mukhriz. Mukhriz meletak jawatan. Dan beliau meletakkan jawatan dengan titah diraja. Dan itu adalah langkah yang paling bijak lagi yang akan ditulis dalam sejarah dan diingati untuk masa akan datang .
Dua ‘strike’.

Dan kemudian Umno mengeluarkan Muhyiddin sebagai orang nombor dua parti itu. Ya, parti, bukan Najib, yang menyingkirkan Muhyiddin.

Tiga ‘strike’. Dan sebagaimana yang mereka katakan : tiga ‘strike’ dan anda keluar.

Sekarang Muhyiddin mahu membawa kesnya ke Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan mencabar penyingkirannya. Beliau juga mempertimbangkan untuk pergi ke mahkamah . Apabila ini berlaku, semuanya akan berakhir. Mereka yang telah membawa kes mereka kepada ROS atau ke mahkamah semuanya telah melihat kerjaya politik mereka berakhir. G. Palanivel , Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah  adalah antara contoh terbaik.

Anda berpegang kepada kedudukan anda melalui sokongan politik yang nyata. Anda tidak pergi menangis kepada mahkamah atau kepada ROS untuk mendapatkan mereka untuk membantu anda berpegang kepada kedudukan anda. Dan anda tidak cuba mendapatkan sokongan politik,  ahli atau pembangkang untuk membantu memastikan anda berkuasa. Dan ini adalah apa yang Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC cuba lakukan .

Ini seperti kerajaan Afghanistan, Libya atau Iraq yang cuba untuk terus berkuasa dengan sokongan tentera Amerika. Ia tidak akan berjaya kerana tidak mendapat sokongan daripada rakyat sendiri. Dr Mahathir, Muhyiddin dan ANC, bagaimanapun, berfikir bahawa Lim Kit Siang dan Pakatan Harapan pimpinan DAP boleh membantu mereka menggulingkan Najib supaya Dr Mahathir dan proksi beliau boleh merebut kuasa.

Itu bukanlah yang dipanggil sebagai sokongan politik yang nyata. Itu dipanggil sokongan politik tidak ketara. Ketara boleh diukur. Tidak ketara adalah dalam minda. Ia bukan apa yang anda lihat. Ia adalah apa yang anda fikir yang anda lihat. Ia adalah fatamorgana yang hilang apabila anda semakin dekat.

Setakat ini Dr Mahathir, Muhyiddin dan ANC melakukan sebagaimana yang Najib mahu mereka lakukan. Dan saya tidak nampak mengapa ia perlu berubah. Jika mereka terus melakukan apa yang Najib mahu mereka lakukan, Muhyiddin, Shafie Apdal dan Mukhriz akan melihat diri mereka dalam kesusahan. Dan Najib tidak akan berbuat apa-apa kepada mereka. Mereka akan melakukannya untuk diri mereka seperti mana Najib telah merancangnya.

Dr Mahathir telah menggunakan kad terakhirnya apabila beliau meletakkan jawatan. Beliau fikir peletakan jawatannya akan menyebabkan ‘air pasang’, tetapi bukan itu yang berlaku. Sebaliknya, ‘air pasang’ tersebut yang telah menghanyutkan beliau. Sekarang Dr Mahathir tidak ada kad lagi untuk dimainkan. Oleh itu, beliau terpaksa meminjam kad daripada pihak pembangkang jika mahu terus bermain. Tetapi ada akibatnya. Apabila anda membuat perjanjian dengan syaitan maka jiwa anda milik syaitan. Dan syaitan tersebut adalah dalam bentuk Pakatan Harapan yang dipimpin DAP.

#####MalaysiaToday