Jumaat, 18 Mac 2016

LIM GUAN ENG SEMAKIN CELARU, ISU BANGLO SUDAH KE TAHAP MEROSAKKAN REPUTASINYA!!

Persoalan, adakah kali ini Lim Guan Eng bakal terperangkap dengan isu banglo pembeliannya yang meragukan serta banyak persoalannya ketidaktelusan dalam pembelian itu.

Sejak tahun 2009 isu ini sudah dicanang, mungkin tidak cukup bukti, maka isu itu kelam.

Ketika Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Yb Shabudin Yahya membongkarkan isu ini di Parlimen maka terkuarlah segala hal berkaitan banglo ini.

Guan Eng, satu perkataan untuk anda, check mate.

LIM GUAN ENG SELAMAT JIKA...

Berdasarkan Kes Khir Toyo, Lim Guang Eng Wajib Didapati Bersalah Kecuali…

Jika benar laporan media hari ini bahawa Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyifatkan kontrak pembelian banglo beliau yang berharga RM2.8 juta adalah berdasarkan “willing seller, willing buyer” maka beliau sudah pasti bersalah.

Menurut beliau, pembelian banglo yang mencetuskan kontroversi kerana terlalu luar biasa murah daripada harga pasaran itu terpulang kepada kedua-dua belah pihak secara rela hati untuk memutuskan harga yang sesuai atau ‘teman’ yang sesuai.

“Ini adalah transaksi ‘bebas dan rela hati’ antara saya dan penjual berasaskan dasar kesanggupan secara rela hati pembeli dan penjual. Penjual merupakan individu persendirian melalui sub jualan, dan bukan merupakan pemaju perumahan.”

Ada dua perkara penting dalam kenyataan ini yang jelas merupakan pengakuan bersalah Lim Guan Eng. Pertamanya, beliau mengaku membeli rumah di bawah harga pasaran. Keduanya beliau tidak menafikan penjual tersebut merupakan orang yang mempunyai hubungan rasmi dengan beliau.

Dalam Kes Mohamad Khir Toyo lawan Kerajaan Malaysia, beliau didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dengan hukuman maksimum ialah 2 tahun penjara.

Perkara 165 Kanun Keseksaan tidak memerlukan sebarang bukti berlaku unsur rasuah. Ia hanya perlu membuktikan seorang penjawat awam mendapat sesuatu barangan dengan balasan tidak mencukupi dari seseorang yang mempunyai hubungan rasmi.

Tujuan seksyen ini ialah membolehkan Pendakwaraya mendakwa mana-mana penjawat awam yang disyaki mengambil rasuah tetapi tidak dapat dibuktikan unsur rasuah tersebut mengikut Akta Pencegahan Rasuah.

Beban pembuktian melalui Seksyen ini sangat mudah. Apa yang perlu dibuktikan ialah tertuduh telah membeli sesuatu barangan dengan harga yang tidak mencukupi daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan tertutuduh sebagai penjawat awam.

Dalam kes Dr Khir Toyo beliau telah membeli rumah terbengkalai dengan harga RM 3.5 juta mengikut penilaian daripada Penilai Hartanah Rahim and Co daripada Syarikat Ditamas Sdn Bhd.

Namun beliau didapati bersalah kerana Mahkamah berpendapat bahawa beliau mengetahui balasan tersebut tidak mencukupi kerana beliau tahu harga asal rumah tersebut yang dibeli Ditamas ialah RM 6.5 juta.

Walaupun rumah tersebut sudah runtuh dan separuh siap, namun Mahkamah Persekutuan menerima hujahan bahawa tertuduh telah melakukan transaksi pembelian hartanah dengan orang yang mempunyai hubungan rasmi dengan beliau dan balasannya tidak mencukupi.

Orang dalam kes ini, Shamsudin Haryoni, merupakan salah seorang pemilik saham syarikat Ditamas. Shamsuddin juga merupakan salah seorang pemegang saham syarikat Pengarah Urusan Roniaga Sdn Bhd yang mempunyai hubungan rasmi dengan kerajaan negeri Selangor.

Elemen kedua dalam perkara 165 yang perlu dibuktikan ialah hubungan rasmi antara penjawat awam dengan penjual atau pembeli. Mahkamah memutuskan pihak pendakwa tidak perlu membuktikan berlakunya unsur rasuah dalam pertuduhan di bawah Perkara 165, Akta Kanun Keseksaan.

Dalam kes Khir Toyo, salah seorang pemilik syarikat hanya mendapat surat sokong Khir Toyo. Walaupun surat sokongan tersebut telah ditolak oleh PKNS, Mahkamah berpendapat hubungan rasmi itu dan hubungan baik Shamsuddin dan Khir Toyo serta pengetahuan Khir mengenai harga rumah asal tersebut merupakan elemen yang mencukupi bagi mensabitkan kesalahan.

Dalam kes kes Lim Guan Eng hari ini, beliau dengan jelas mengakui mengetahui pembelian hartanah tersebut jauh lebih rendah dari harga pasaran.

Ini bermakna ketika Khir Toyo mendakwa beliau membeli hartanah tersebut mengikut harga pasaran tetapi masih didapati bersalah, mustahil Lim Guang Eng boleh melepaskan diri dari hukuman apabila secara terang-terangan mengakui beliau tahu harga rumah beliau di bawah harga pasaran.

Dalam konteks Lim Guang Eng, hubungan tersebut jelas apabila salah seorang pemilik rumah tersebut juga merupakan pemilik saham sebuah syarikat yang telah diberikan lot tanah untuk pembangunan di Pulau Pinang.

Kes Lim Guan Eng lebih kuat berbanding dengan kes Khir Toyo kerana syarikat terbabit bukan sahaja mendapat tanah dengan harga yang agak meragukan, tetapi juga Kerajaan Negeri dikatakan telah menukar status tanah tersebut dari tujuan untuk pembangunan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada pembangunan komersial.

Oleh kerana keputusan kes Dr Khir Toyo telah sampai ke Mahkamah Persekutuan ia telah menjadi satu “precedent case” yang tidak boleh ditolak oleh Mahkamah yang lebih rendah. Justeru hanya dua kemungkinan untuk Lim Guan Eng terlepas kali ini:

1. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara enggan mendakwa beliau.

2. Mahkamah Persekutuan memutuskan sebaliknya dalam semakan kehakiman kes Dr Mohamad Khir Toyo. Ini sekaligus membuka jalan untuk Mahkamah lebih bawah membuat tafsiran semula di bawah seksyen 165 ini.

#LGErasuah
#Kolam

SPRM JANGAN TIDUR, LIM GUAN ENG SUDAH TIDAK SENANG DUDUK

Isu pembelian banglo oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng sudah ke fasa lebih menarik, kerana isunya bagaimana alasan Lim Guan Eng mengatakan rumah yang dibelinya itu tiada kolam renang.

Maka berpinaulah pentotok Dap kerana ketika dahulu isu bekas MB Selangor, Khir Toyo juga ada kias-kias sama dengan Lim Guan Eng, cuma ketika isu Khir Toyo sepantas kilat SPRM menjalankan siasatan tanpa melambatkannya.

Berpusing-pusing lidah Lim Guan Eng untuk menyelamatkan dirinya ke lembah durjana. Tetapi harus diingat, Dap partinya licik, salah orang lain dia cepat saja bising, salah kepada ahli partinya buat-buat pekak badak.

Nilaikan, bahaskan, bangkit laskar penyokong kerajaan, inilah masanya kita titik cukup-cukup kebangsatan Dap dan sekutunya.

LIM GUAN ENG PERLU DISIASAT

Satu laporan polis dibuat ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana didakwa membeli membeli sebuah rumah - yang sebelum itu disewanya - pada harga yang luar biasa rendah.

Ia ekoran dalam perbahasan di Dewan Rakyat semalam, anggota Parlimen Tasek Gelogor Datuk Shabudin Yahaya mendakwa Lim terlibat dengan rasuah.

Laporan dibuat oleh pengerusi NGO Pemantau Media Sosial Pasukan Semut Malaysia, Zaparudin Abdul Rahim di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini.

“Saya baru sahaja buat satu laporan polis dan mohon pihak polis siasat pendedahan dibuat oleh Datuk Shabudin Yahaya Ahli parlimen Tasek Gelugor yang mendakwa Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang terlibat dalam rasuah.

“Banglo yang terletak di Georgetown itu bernilai RM2.5 juta pada 2008 dan ia sudah menjalani proses ubah suai yang besar.

“Berdasarkan semakan rambang, dan disebut ramai orang, nilai semasa banglo berkenaan adalah sekitar RM6.5 juta. Kemudian banglo tersebut di beli oleh Lim Guan Eng pada harga hanya RM2.8 juta. Berapa juta beza itu? ” katanya kepada pemberita.

Beliau meminta rakyat membuka mata terhadap DAP yang sering memburukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu skandal RM2.6 bilion.

“Saya nak tanya, adakah DAP dan kerajaan negeri Pulau Pinang telus dan bersih dari rasuah?

“Saya harap rakyat buka mata, dan dapat menilai. Inilah wajah sebenar DAP. Setiap hari mereka fitnah kerajaan, fitnah Datuk Seri Najib dan memburukkan perdana menteri dengan isu RM2.6 bilion yang isunya dah selesai pun,” katanya.

Justeru, pihaknya mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap Lim.

“Saya juga mendesak pihak berkuasa seperti SPRM ambil tindakan tegas, bertindak secara adil dan profesional.

“Siasat segala dakwaan terhadap ketua menteri Pulau Pinang ini,” katanya.

Sumber MalaysiaKini

#DH
#LGERasuah

Isnin, 14 Mac 2016

SAYONARA PORTAL MALAYSIAN INSIDER

Setelah sekian lama portal kebanggaan pencacai pembangkang, Malaysian Insider, atau dikenali sebagai Malaysian Inciter. Portal ini boleh dikatakan sangat hits kerana laporan berat sebelah serta laporan tidak betul atau spinning fakta menaikkan rating dikalangan pembaca.

Mungkin pembaca yang kaki bangkang cukup seronok serta ghairah dalam pemberitaan begitu. Tetapi kesilapan besar MI adalah melaporkan berita spin yang nampak sangat mengejar rating, bukan sekali malah berkali-kali laporannya nampak sangat tidak beretiqa.

Jadi eloklah portal itu tutup kedai, nak pulihkan minda masyarakat yang mindanya disaluti negatif bukanlah satu perkara yang mudah.

Selamat tinggal Malaysian Insider

Goodbye readers from near and far, and those reading us in Malaysia despite the government block.

The Edge Media Group has decided to shut down The Malaysian Insider from midnight today, for commercial reasons. Perhaps it is fitting that we go offline at the start of the Ides of March.

I hope we have served you well since our first day of going live on February 25, 2008. And I hope others will continue to serve you in our absence.

We worked as impartial journalists to inform Malaysians and other readers so that they make informed decisions. We worked to make all voices heard in this marketplace of ideas.

But our work in The Malaysian Insider has now come to an end in a Malaysia that more than ever requires more clarity, transparency and information.

All said and done, I want to thank everyone of you in Malaysia, around the world, and those who have been with The Malaysian Insider from day one until now for your support, well wishes and criticism during these fantastic eight years and 18 days of The Malaysian Insider.

I won’t put down my pen, I won’t lay down my camera, I won’t shut up and I won’t be blinkered or turn a deaf ear to what goes on in Malaysia and the world. And I urge all of you to do the same.

And I shall always be the biggest fan of this news portal called The Malaysian Insider.

Goodbye.

The Editor

* Jahabar Sadiq runs The Malaysian Insider until tonight.

Ahad, 13 Mac 2016

KETUA CHALLENGER KAKI CLUBBING? GAMBAR TERSEBAR

Ikon terhebat anak muda, lantang mengkritik PM Najib, dianggap hero selepas Lapiji. Syed Saddiq rupanya kaki clubbing.

Kejadahnya ikon kaki clubbing ini dipuja kerana kelantangannya dalam mengkritik PM, kerajaan tetapi ilmunya sekadar mengejar populariti. Hasil gagal sama sekali.

Gambar Clubbing ketua challenger?

Saya menerima satu kiriman daripada seorang yang tidak ingin dikenali mendedahkan hobi ketua kepada kumpulan Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai seorang yang suka berparti dan berpesta di kelab malam. Sumber saya ini telah mengirimkan sejumlah 100 lebih gambar dari Kelab Malam Palladium yang antaranya menunjukkan Syed Saddiq, seorang pelajar dari Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia sedang berpesta di kelab malam.

Perbuatan Syed Saddiq ini dikesan di sebuah kelab malam bernama Palladium, Manila sewaktu dia mengikuti program debat di sana. Menurut sumber lagi, walaupun perkara ini biasa dilakukan di luar negara, namun, sebenarnya Syed Saddiq selalu berpesta di dalam negara.

Syed Saddiq dikatakan sangat berhati-hati ketika berpesta di kelab malam di dalam negara dan selalu mengelakkan dirinya diambil gambar oleh sesiapa pun. Namun, peristiwa di Filipina dirakamkan kerana dia dikatakan alpa dan berkemungkinan di bawah pengaruh alkohol. (tidak dapat dipastikan).

Saya ingin menyoal kembali pegawai pengiring Syed Saddiq dan Naib Canselor Univerisi ISLAM Antarabangsa sewaktu pasukannya ke luar negara mengikuti program debat ini beberapa soalan:

1. Adakah normal bagi seorang pelajar dari Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia mengikuti program debat untuk berpesta di kelab malam?

2. Adakah mengikuti program berpesta di kelab malam ini mendapat keizinan daripada pihak Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia? 

3. Adakah Universiti ISLAM Antarabangsa tidak melarang sebarang perbuatan sumbang, perkara yang boleh menjurus kepada zina, bersosial, berparti, berpesta dan pelbagai lagi kelakuan yang jelas tidak digalakkan oleh Islam kepada pelajar-pelajarnya?

Ataupun memang pegawai pengiring UIAM ini ikut sekali untuk berpesta di kelab malam Palladium ini?

Tidak dapat disangkal lagi bahawa ketua kepada kumpulan Challenger ini mempunyai sikap dan perangai yang sama seperti Zaid Ibrahim yang satu ketika dahulu juga merupakan kaki arak dan kaki judi. Begitu juga dengan Mirzan Mahathir yang merupakan Non-Executive Director kepada syarikat Petron yang dimiliki oleh San Miguel Corps.

Baca seterusnya..

http://truthvaccine.blogspot.my/2016/03/gambar-ketua-challenger-syed-saddiq.html?m=1