Jumaat, 25 Mac 2016

GUAN ENG UNDURLAH, KAMU NI ANIAYA ORANG MISKIN

Dap hanyalah parti perompak, menganiaya orang miskin, bersikap rasis, sentiasa melakukan provokasi agama, itulah wajah sebenar Dap.

Tetapi ada juga manusia bernama Melayu terlalu sayangkan Dap.

Dap dah berjaya memecah belahkan orang melayu, maka Dap adalah musuh sebenar orang Melayu.

Laungan undur Guan Eng bergema di Taman Manggis

MOHD ISKANDAR OTHMAN

25 Mac 2016

GEORGETOWN - Laungan undur Guan Eng dan kembalikan hak rakyat Pulau Pinang bergema di bekas tapak Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis Fasa 2 di sini selepas hampir 200 orang berkumpul bagi membantah penjualan tanah berkenaan kepada syarikat swasta.

Perhimpunan aman yang bermula kira-kira jam 2.15 petang itu dianjurkan Pemuda Umno Pulau Pinang dan turut disertai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini.

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Rafizal Abd Rahim berkata, perhimpunan itu dianjurkan bagi memperjuangkan nasib rakyat di negeri ini khususnya yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rumah.

Rafizal berkata, sekiranya kerajaan negeri tidak menjual tanah berkenaan pada tahun 2010 yang lalu, sudah pasti rakyat di negeri sudah boleh menghuni PPR berkenaan yang mampu menempatkan 272 buah keluarga.

Menurutnya, kerajaan negeri bertindak zalim dengan merampas dab menidakan hak 272 keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan tempat berteduh dengan menjual tanah terbabit untuk pulangan kewangan segera kepada kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri berbohong apabila mengatakan tanah berkenaan yang dijual dan digantikan dengan tanah yang lebih besar di Jalan SP Chelliah.

"Projek perumahan di SP Cheliah bukan rumah PPR malah rumah kos rendah pun tiasa dalam projek berkenaan," katanya ketika ditemui media di sini hari ini.

Rafizal berkata, pihaknya menggesa kerajaan negeri agar mengembalikan tanah berkenaan kepada rakyat untuk dibangunkan semula seperti tujuan asal iaitu PPR dan bukannya projek hospital swasta dan hotel mewah yang hanya boleh dimanfaatkan oleh golongan elit.

Beliau berkata, sekiranya tidak dapat berbuat demikan, kerajaan negeri perlu menyediakan 272 unit rumah PPR di dalam projek yang sedang dibangunkan kerajaan negeri di SP Chelliah sebagai ganti kepada Projek PPR Taman Manggis Fasa 2.

"Sekiranya Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak mahu dilabel sebagai orang yang tidak bercakap benar, beliau perlu buktikan dengan mewujudkan 272 unit rumah PPR di SP Chelliah sebagai gantian.

"Beliau seharusnya mengutamakan hak rakyat miskin di negeri ini dan bukannya mendahulukan projek mewah yang tidak memberi apa-apa faedah kepada rakyat," katanya.

Sementara itu, perhimpunan yang berlangsung selama hampir sejam itu berjaya disuraikan polis.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/utara/laungan-undur-guan-eng-bergema-di-taman-manggis-1.501840

POLITIK DI SELANGOR SANGAT UNIK, KEPIMPINAN UMNO SELANGOR PERLU UPGRATE IDEA UNTUK KEMBALIKAN KEPERCAYAAN RAKYAT!!

Realitinya, di Selangor bukan dikalangan mereka menolak BN, Umno, bukan juga Pakatan itu terlalu kuat.

Cuma mereka mengambil peluang diatas kepincangan yang berlaku diatas kepimpinan Umno Selangor yang secara realitinya belum ada sinar ampuh untuk menawan kembali Selangor.

Azmin makin selesa, kepercayaan rakyat masih boleh kembali kepada Umno Selangor sekiranya penyakit kau kau, aku aku diluputkan secepat mungkin.

BERSATULAH, BERCERAI KITA ROBOH... HANCURLAH SEGALANYA NANTI.

PEMUDA UMNO SELANGOR TIDAK BUAT KERJA?

1. Saya memahami perasaan sahabat saya , Sdra Zainuri Ketua Pemuda Selangor dalam respond kenyataan beliau di bawah .

2. Beliau mempunyai hak dan kedudukan untuk memberikan respond tersebut di atas kapasiti beliau sebagai Cheif Pemuda Negeri Selangor.

3. Rata2 juga secara kolektif , saya faham persaan KP2 Bahagian Selangor. Saya sudah berhubung secara peribadi dengan hampir semua dari mereka.

4. Politik Selangor memang unik - secara kesimpulannya , dari keputusan PRU12 & 13 - boleh kita rumuskan bahawa pengundi2 di Selangor ( Read : Urban/Bandar )  lebih sensitif dan peka terhadap isu2 Nasional ( ie : Peperangan Udara ) . Sama juga dengan WP.

5. Strategi peperangan darat ( localised ; setempat ) mungkin tidak berkesan di lebih daripada 85% kawasan di Selangor ( ie : ceramah di surau , kenduri kenara , santai minum teh tarik , sukan kelompok kecil ) 

6. Pendapat saya , sudah tiba masanya Pucuk Pimpinan Nasional dan UMNO Selangor mengatur  perancangan yang sistematik dan bersepadu , dari sekarang , sekiranya mereka ingin merampas Selangor kembali .

7. Untuk rekod - Perdana Menteri YAB DS Najib Razak merupakan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor  ( UMNO ) pada penggal lepas dan kini - ianya disandang oleh YB DS Noh Omar - Ahli Parlimen Tanjung Karang.

8. Saya berpendapat , kurang bersesuaian jika tanggungjawab ( kekalahan )  ini diletakkan 'squarely' atau sepenuhnya ke atas kepala Pemuda UMNO Selangor - yang sememangnya pergerakan mereka terhad dan terbatas .

9. Ini bukan masa untuk mencari kesalahan sesiapa. Ini masa untuk Pemimpin2 di Selangor bersatu supaya kita lebih kuat.

10. Sekiranya pucuk pimpinan nasional sayang kepada Negeri Selangor  - bantuan , bimbingan dan kerjasama yang sepenuhnya perlu diberi.

11. Kerajaan Selangor hari ini juga tidak lari dari cacat cela dan masalah pengurusan , pentadbiran dan kepimpinan.

12. Strategi kena luar-biasa. Kalau macam biasa , lupakan sahaja , kerana demografi pengundi Selangor juga berbeza , kaum , agama , etc . Sifir mudah sahaja 22-5 : 56-12 !

13. Saya pasti Pemuda Selangor memahami perkara ini dan saya pasti Pemuda Selangor  sentiasa bersiap sedia pada bila2 masa untuk turun padang . Darah muda sentiasa membara.

14. Tiada masalah yang tidak boleh di selesaikan - InsyaAllah.

15. Beri kami Peluang . InsyaAllah Pemuda Selangor bersama rakan2 Komponen Pemuda BN Selangor  akan buat yang terbaik dengan bimbingan ayahanda2.

16. Cekalkan Hati  . Kuatkan Semangat dan Teruskan Perjuangan !

17. Hang on Sdra Zainuri & my Selangor  brothers .

18.  Game is not over Yet Folks ! Never Give UP !!!

Ikhlas

Hazali Abu Hassan
EXCO Pemuda UMNO Malaysia
Ahli Pemuda Selangor

Rabu, 23 Mac 2016

UMNO SELANGOR ABAIKAN PEMUDA UMNO SELANGOR?

Realiti kadang sengaja ditutup rapat asalkan yang dapat nama sang ketua serta kepala perang di Umno Selangor.

Tuduhan mengatakan pemuda Umno Selangor tidak membuat kerja  serta membantu untuk merampas Selangor dari pakatan pembangkang amatlah dkesali.

Malah dikalangan mereka memendam perasaan yang selama ini hanyalah bercakap dikalangan ahli dan akar umbi sahaja.

Nak cakap salah, tak cakap tetap salah, apa jadi bila bahtera perang kucar kacir begini?

Tidak wujudkah general yang memahami serta mendalami masalah ini?

Sembang diatas sana nak menang kembali Selangor. Tetapi disetiap unit nampaknya macam gagal.

Salah satu contoh gelombang teguran #SalamTingkat9 yang lepas.

Mamang untuk menegur, apa jadi dengan media cyber Umno Selangor? Tetapi selaku ahli umno, cukuplah gelombang #SalamTingkat9 itu menjentik halus si kepala-kepala syok sendiri di atas tu. Sudah-sudahlah membiarkan parasit membina kekayaan serta kenikmatan negeri kalah.

Moga PM Najib mendalami halus permasalahan di Selangor ini. Sedih, sebab ramai pelakon handal bila berjumpa dengan PM Najib, pijak semut pun tak mati.

Moga ada sinar di hujung terowong.

Pemuda Umno Selangor Bangkit dari simpan dalam hati.

SHAH ALAM - Pemuda Umno Selangor menegaskan sayap-sayap Umno di Selangor bukan tidak menjalankan tugas mereka membantu Umno dan BN bagi merampas kembali Selangor dari tangan Pakatan Harapan.

Malah Ketua Pemudanya, Zainuri Zainal mendakwa beliau dan ahli-ahlinya terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri demi memastikan program-program dapat dijalankan dalam usaha memikat pengundi terutamanya dari kalangan orang muda.

“Nak suruh kita bekerja, tapi minyak tidak berisi, bagaimana nak bergerak? Ini masalah Pemuda Selangor hadapi. Orang tak tahu...sampai ada yang berhutang. Kita tidak ada peruntukan seperti ketua bahagian tapi kita sanggup keluarkan duit poket sendiri buat program.

“Himpunan merah itu, kita keluarkan baju, dapat (duit) dari mana? Ketua Pemuda keluar duit sendiri, beri kepada pemuda-pemuda yang semangat nak pergi. Ada orang tanya tak, Pemuda Selangor dapat peruntukan dari mana?

“Kita memang nak membantu. Asas penubuhan Pemuda pun untuk membantu cawangan dan bahagian tapi dalam masa sama, yang atas (Umno pusat) pun kenalah bantu yang di bawah. Tidaklah boleh harapkan Pemuda sahaja. Kita (Pemuda) tiada peruntukan. Jadi, mereka kena bantu kitalah,” katanya kepada Sinar Online.

#SalamTingkat9
#NoSwimmingPool
#UmnoSelangorBerubah

Selasa, 22 Mac 2016

KALI INI SKANDAL BESAR TERPALIT KEPADA LIM GUAN ENG, TAK BOLEH LARI, KECUALI ADA TANGAN GHAIB MELAKUKAN SESUATU

"save my land"

Memang benar skandal rumah banglo Lim Guan Eng sudah tidak mampu disorok lagi, ketika Najib Razak dituduh pelbagai tohmahan yang direka, malah tuduhan itu hanyalah propaganda untuk mejatuhkan beliau, SPRM pun sudah menjalankan siasatan sehingga tidak ada satu palit kesalahan pun terhadap Najib Razak.

Berbeza dengan skandal Lim Guan Eng, sudah tersebar luas tentang kekantoiannya, tetapi kemanakah Rafizi yang kononnya telus dalam niat membebaskan Malaysia dari korupsi? Terpalit sudah busuknya Dap, Rafizi sepatah haram tak mampu nak berkata apa.

Lagi menghairankan, tidak ada pemimpin Dap yang dapat melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Lim Guan Eng, adakah mereka akan berkata, memang matilah kalau kita bantu.

Jadi kepada rakyat, lihat, nilai, betapa busuk dan kejinya Dap dalam merealisasikan impian mereka merompak hasil orang miskin.

Nak sokong lagi?

KENYATAAN MEDIA UNTUK SEBARAN

SESEKALI fikir bila kita ada niat mahu buat kejahatan, lebih baik kita menjadi pemimpin pembangkang kerana bila kita duduk sebilik dgn bukan muhrim pun tidak dianggap khalwat, melakukan seks haram pun tidak dianggap zina, apatah lagi sekadar rasuah.


Semua kesalahan tidak akan dianggap salah oleh undang-undang dan moral TETAPI perkara yang sama akan jadi terlalu salah dan hina jika kita jadi pemimpin dan penyokong kerajaan.


Sebab itu di dalam kes Mat Sabu, Mustafa Ali dan terbaru Lim Guang Eng,mana ada agensi yang sepatutnya serius dalam melakukan tindakan?


Mana ada pemimpin kerajaan yang mahu menjuarai isu-isu ini sebagaimana Rafizi dan rakan-rakan sewaktu dengannya mendedahkan isu-isu yang melibatkan kerajaan. Lebih malang ketika ada usaha sedang dibuat mendedahkan kejahatan dan salah guna kuasa Lim Guan Eng, ada malaun-malaun yang berusaha menutup dengan mendedahkan pekong sendiri..bodoh dan bangang rupanya puak kerajaan ni.

Cuba bayangkan jika kes Lim Guan Eng ini berlaku kepada MB Perak ataupun MB Pahang, agak-agak apa tindakan pihak berkuasa dan pihak pembangkang? Apakah akan terus ada sidang akhbar daripada SPRM dan kemudiannya berbondong-bondong pemimpin PKR,DAP dan NGO-NGO yang akan buat laporan polis dan SPRM?


Mana menghilangnya semangat Pemuda UMNO?Mana suara Bar Council yang kononnya peka dengan isu ketidak telusan sehingga sanggup buat undi untum memecat Peguam Negara?


Kes salahguna kuasa KM Pulau Pinang ini wajib disiasat hingga ke akar umbi dan tindakan harus diambil melalui peruntukan undang-undang sewajarnya.


Mana-mana pihak tidal boleh berdiam diri dengan menutup sebelah mata bagi menghalalkan segala penyalagunaan kuasa KM Pulau Pinang ini.



Sekian
Rafi Awang Kechik
Presiden
Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia

Isnin, 21 Mac 2016

LIM GUAN ENG MAKIN PENING

Adakalanya strategi politikus pembangkang, Dap terutamanya, bila berlaku skandal yang terpalit, satu babak konterversi terpaksa dilakukan, semuanya adalah untuk putaran khayalan isu besar dapat dilupakan sekejap.

Tetapi, isu banglo Guan Eng, satu babak berat yang cukup memeningkan kepala si kena tuduh, berpinau mata bagaimana nak palitkan isu ini supaya si kena tuduh mampu ketawa walau dalam hati sudah tidak keruan, berdebar jantungnya, perit jiwanya.
 
Bertalu-talu bukti terhadap salah laku Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang yang dahulu digelar khalifah oleh Pas.

Tahniah kepada Datuk Huan Cheng Guan yang berani tampil membongkarkan isu banglo tanpa kolam renang yang menjadi panas serta berterusan menjadi detik paling mengusarkan kepada Lim Guan Eng.

Persoalannya. Bagaimana harga rumah yang memang diikutkan harga pasarannya kalau dijual memang menguntungkan, boleh pula Ketua Menteri itu beli dengan harga kasih sayang. Malah alasan harga rumah jadi begitu adalah kerana tiada kolam renang? Cukup kelakar.

SPRM akan menjalankan siasatan, harap siasatan akan berjalan dengan telus.

#NoSwimmingPool
#DH
#LGErasuah

 

Ahad, 20 Mac 2016

SKANDAL BANGLO LIM GUAN ENG MAKIN PANAS DENGAN PEMBONGKARAN BARU INI!!

NAMPAKNYA MAKIN PANAS BAK LAHAR GUNUNG BERAPI..

SKANDAL BANGLO LIM GUAN ENG... TAK BOLEH NAK PUSINGLAH TOKONG.. MATI LA NAK...















sumber KLIK