Datuk Huan Cheng Guan

BILA MAHATHIR NAK MINTA MAAF? DOSANYA KEPADA DS NAJIB BUKAN SEDIKIT

PERMAINAN TUN MAHATHIR AKHIRNYA TERJAWAB, TUDUHAN TIDAK BERASAS UNTUK MEROSAKKAN EKONOMI SEMATA-MATA INGINKAN NAJIB UNDUR, APAKAH SEBENARNYA YANG BERMAIN DIKEPALA ORANG TUA INI?

JIWANYA KACAU, MINDANYA CELARU, ALLAH SEDANG MENGUJI INSAN BERNAMA MAHATHIR, JANGAN INGAT DENGAN UMUR BEGITU SEGALA PERKARA ALLAH AKAN IZINKAN IA BERLAKU?

CUKUP-CUKUPLAH WAHAI MAHATHIR, CARA KOTOR KAMU SEMAKIN TERBONGKAR, MALAH CARA KAMU SUDAH NAMPAK MEROSAKKAN REPUTASI KAMU SEBAGAI BEKAS PERDANA MENTERI PALING LAMA MEMERINTAH.

APA LAGI KAMU MAHU?


PRIME MINISTER’S PRESS SECRETARY STATEMENT ON DONATION CONFIRMATION BY SAUDI ARABIAN FOREIGN MINISTER

15 April 2016

“We note yesterday’s statement by Saudi Arabia’s Foreign Minister, who said that their donation to the Prime Minister was genuine, that nothing was expected in return, that the Attorney General has thoroughly investigated the matter and found no wrongdoing, and that Saudi Arabia considers the matter closed.

“This confirms what the Prime Minister maintained all along, and what multiple lawful authorities concluded after exhaustive investigations: the funds were a donation from Saudi Arabia.

“This also proves that the wild allegations pushed for one year by Tun Mahathir Mohamad and his Anti-Najib Campaign are completely false.

“Tun Mahathir’s lies were motivated by personal interest, not care for Malaysia or the people. It was an attempt to use deception to unseat a democratically-elected government, just to save the political career of Tun Mahathir’s son, Dato' Seri Mukhriz Mahathir.

“Western media who allowed themselves to be used to propagate false politically-motivated allegations should apologise to the Malaysian people.

“And Tun Mahathir should held responsible for the damage he has inflicted on Malaysia’s reputation.”

DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN
PRESS SECRETARY TO THE PRIME MINISTER

sumber

http://datukhuan.blogspot.my/2016/04/pms-press-secretary-statement-on.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/zxQcwS+%28Huan%27s+Thoughts%29

36 ulasan:

Datuk Huan Cheng Guan

LAYANAN BERBEZA SPRM TERHADAP LIM GUAN ENG DIPERSOAL - DATUK HUAN CHENG GUAN


Memang tidak dinafikan, cara SPRM membuatkan persoalan demi persoalan yang bermain difikiran rakyat Pulaup Pinang khususnya, manakan tidak, bila terpalit isu berat kepada Lim Guan Eng tidak nampak kegarangan SPRM dalam menyiasat skandal yang memeningkan Lim Guan Eng itu sendiri.

Malah dikatakan bibit-bibit persoalan tidak telus sudah bermain dikalangan rakyat kerana sebelum ini siasatan 1MDB bukan main cepat tanpa ada rasa was-was. Tetapi isu banglo Lim Guan Eng ini ketika bukt-bukti sudah terbongkar, lesu benar cara SPRM menyiasatnya, mengapa? Persoalan ini yang masih menjadi tanda tanya.


KES GUAN ENG - LAYANAN BERBEZA SPRM DIPERSOALKAN

KUALA LUMPUR 11 April - Parti Cinta Malaysia (PCM) mempersoal ‘layanan’ berbeza yang diberikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berbanding ketika suruhanjaya itu menangani isu melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presidennya, Datuk Huan Cheng Guan berkata, dalam kes penjualan tanah di Taman Mang­gis dan pembelian banglo oleh Guan Eng, gerak kerja SPRM dilihat begitu perlahan tetapi ketika isu dana RM2.6 bilion dilaporkan media antarabangsa, tindakan pantas dengan segera diambil oleh suruhanjaya itu.

Katanya, selepas akhbar The Wall Street Journal melaporkan mengenai RM2.6 bilion pada 3 Julai, pasukan petugas khas segera dibentuk dan serbuan ke atas SRC International, Gandingan Mentari dan Ihsan Perdana dibuat pada hari yang sama, sebelum langkah membekukan enam akaun bank dikuatkuasakan pada 6 Julai.

Bagaimanapun jelasnya, dalam isu Guan Eng, walaupun pendedahan dibuat di Dewan Rakyat pada 17 Mac 2016, SPRM hanya mengeluarkan kenyataan akan membuka kertas siasatan pada 19 Mac dan sehingga kini tidak diketahui sama ada segala dokumen berkaitan penjualan tanah di Taman Manggis serta pembelian banglo itu sudah dirampas atau belum.

“Kalau dalam kes RM2.6 bi­lion melibatkan Perdana Menteri, SPRM cuma mengambil masa tiga hari sahaja untuk menyerbu SRC International, Ihsan Perdana dan Gandingan Menteri sebelum enam akaun bank berkaitan dibekukan, mengapa dalam kes melibatkan Guan Eng ini kemajuan siasatan SPRM dilihat begitu perlahan?

“Jadi kita hendak tahu mengapa? Apakah Guan Eng sudah dipanggil? Jika belum kenapa SPRM berle­ngah. Kalau dalam kes RM2.6 bilion, enam akaun bank dibekukan, bagaimana dengan kes Guan Eng? Mengapa sehingga kini tiada suspek ditahan untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng terpalit dengan kontroversi selepas beliau didedahkan membeli sebuah banglo di Jalan Pinhorn, Jelutong, Pulau Pinang pada harga hanya RM2.8 juta sedangkan nilai pasaran semasa hartanah di kawasan tersebut boleh mencecah sehingga RM5 juta.

Lebih menimbulkan kontroversi apabila pemilik banglo itu, Phang Li Khoon, turut dikaitkan dengan individu dalam sebuah syarikat yang berjaya membeli ta­n­ah di Taman Manggis, yang sebelum ini diperuntukkan bagi pembinaan projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) tetapi kini dirancang pemaju untuk dibina hospital swasta dan hotel.

Dalam perkembangan berkaitan, Cheng Guan mempersoal mengapa Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah SPRM tidak menegur Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua; Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berterusan mempertikaikan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tetapi pantas menolak apabila debat terbuka mahu dibuat dalam isu melibatkan Guan Eng.

“Jika jawatankuasa ini pun tidak mampu bertindak sehingga dilihat bebas, saya fikir lebih baik jawatankuasa ini dibubarkan sahaja,” katanya.

 http://www.utusan.com.my/berita/politik/kes-guan-eng-layanan-berbeza-sprm-dipersoal-1.244665

4 ulasan:

Ezam Mohd Nor,

TAKTIK SENI POLITIK APAKAH YANG BERMAIN DIKEPALANYA?

Pada ketika Umno dilanyak sangat teruk pada tahun 2007-2008, zaman Pak Lah menjadi PM, ketika Anwar Ibrahim sudah nampak taringnya untuk menerajui kerajaan perseketuan pada PRU12 yang lepas, dimana Umno banyak hilang kerusi, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah jatuh ke tangan pembangkang.

Pada ketika itu wave anti Umno sangatlah ligat, sehingga diceruk mana pun orang berkata-kata hanyalah perkara negatif yang melampau.

Gelombang Anwar menjadi kuasa baru ketika itu dapat dirasakan dengan sinis-sinis mulut ke mulut.

Pada ketika pembangkang nampak semakin kuat, Ezam masuk Umno pada tahun 2008.

Katanya untuk menyelamatkan keadaan politik Malaysia, nak lawan cara kotor Anwar Ibrahim yang sangat licik untuk menerajui Malaysia walaupun realitinya pembangkang tidak dapat menawan Putrajaya pada pru12.

Pada ketika itulah kita boleh nampak apakah jalinan halus yang nak dilakukan oleh Mohamad Ezam Mohd Nor ini. Pemimpin atasan Umno pada masa sekarang. Berhati-hatilah dalam mempercayai bekas-bekas pembangkang yang mungkin nak cari makan di dalam kerajaan BN.

Nak tanya, dedak gred A habis dah ke Ezam?

Ezam akan masuk Pkr dalam jangkamasa terdekat?

KUALA LUMPUR – Bekas senator, Mohamad Ezam Mohd Nor dijangka akan menyertai parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat bagi membantu mengukuhkan politik Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti.

Menurut sumber yang dihubungi SuaraTV berkata, Wan Azizah telah mengadakan perjumpaan dan beberapa perbincangan dengan Ezam berhubung perkara itu.

“Apa yang saya boleh katakan ketika ini, kak Wan (Wan Azizah) telahpun mengadakan perbincangan bersama Ezam dan satu pelan sedang dirangka untuk membawanya kembali bersama PKR.

“Setakat ini hasil perbincangan amat positif dan Ezam dikatakan telah bersetuju untuk membantu mengukukuhkan sokongan politik kak Wan di dalam PKR yang semakin merosot, malah Ezam baru-baru ini juga dilihat semakin ‘garang’ menyerang pentadbiran Najib dan itu merupakan sebahagian daripada strategi yang diatur,” katanya sebentar tadi.

Ezam sebelum ini melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Negara yang disandangnya sejak 2010 apabila dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan berkuat kuasa 15 Mac 2014.

Namun sejak 1 April lalu, Ezam tidak lagi berkhidmat dengan Kementerian Kewangan, walaupun kontraknya masih berbaki sehingga tahun depan.

Menurut sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu juga, antara peranan dan tanggungjawab Ezam ialah mewujudkan ‘check dan balance’ di dalam parti yang ketika ini sedang didominasi oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali

“PKR ketika ini sedang dikuasai oleh Azmin dan orang-orangnya dan perkembangan itu dilihat sangat bahaya untuk politik Kak Wan.

“Azmin telah mengunakan kesempatan sebagai Menteri Besar Selangor untuk mengukuhkan kedudukkan politiknya sekaligus menyebabkan pengaruh Kak Wan semakin lemah” katanya lagi.

Bekas Ketua Pemuda PKR itu meninggalkan parti pada tahun 2007 kerana hilang keyakinan terhadap bekas bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan menyertai semula Umno pada tahun 2008.

Selepas tempoh beliau sebagai senator berakhir pada 2014, beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Hisbah Centre For Reform.

Pihak kami masih sedang berusaha untuk menghubungi Ezam bagi mendapatkan maklumbalas berhubung perkara ini. – SuaraTV

8 ulasan:

Najib Razak,

MANUSIA INI SUDAH SEMAKIN GILA

Boleh dikatakan Mahathir sudah ke level nyanyuk yang nyata. Malah tindak tanduknya ketika ini juga boleh diperkatakan sangat terdesak yang melampau.

Setelah plan A hingga Z sudah gagal, plan gila yang terlampau digunakan untuk memuaskan hatinya yang panas berdentum kerana tidak mampu menewaskan Najib Razak dengan cara kotor. Jadi sekarang dia terpaksa gunakan cara busuk untuk menghalalkan cara.

Gabungan dengan Pakatan Harapan dengan mewujudkan jenama "Save Malaysia" juga nampaknya gagal teramat sangat.

Sebelum ini buah modal tuduhan kepada Najib Razak iaitu modal fitnah 1MDB juga gagal. Menghasut ahli Umno menolak Najib juga gagal. Menggunakan si sembab Muhyiddin juga gagal, menggunakan pengaruh anaknya Mukhriz juga gagal yang sangat nyata. Menggunakan balaci si khairuddin juga gagal.

Menggunakan media asing seperti Wall Street Journal dan Sarawak Report juga gagal, juga Facebook radikal kepunyaan penjilat tegarnya iaitu page SSTDMM dan Kelab Che Det juga gagal dengan teruk. Maka boleh dikatakan orang tua itu bakal hanyut dengan propaganda ciptaannya sendiri.

Sayonara Mahathir, kalau ini senjata terakhir untuk anda gunakan menjahanamkan kesemuanya, termasuk negara, memang wajiblah anda ditentang habis-habisan.

#RespectMyPM
#DH
#KekalNajib


14 ulasan:

Zahid Hamidi

BERSATULAH ISLAM DIBUMI BERTUAH INI

Walau apa pun, penulis cukup tersentuh dengan gambar ini.

Wahai umat Islam, kaum ku orang melayu, bersatulah.. menitis air mata melihat gambar ini.

Moga Allah merahmati kita semua.

Demi ukhwah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sempat meluangkan masa menziarahi Murshidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara siang tadi.

Ahmad Zahid turut ditemani isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis.

Menurut Facebook adiknya, Datuk Lokman Hamidi, Ahmad Zahid menitiskan airmata ketika berbual dengan tokoh agama itu.

"Sebenarnya suasana ini persis ayahanda kami Allahyarham Ustaz Radin Hj Ahmad Tarmidzi @ Hamidi ketika menasihatkan anak-anak dengan merujuk kepada kitab ketika melawat beliau di hospital," tulis Lokman di Facebook miliknya sebentar tadi.

3 ulasan: