Zakir Naik

BILA DISEBUT PENYATUAN, RAMAI DIKALANGAN HATI HITAM PANAS TERBAKAR RENTUNG SAMPAI LEGAM

Bila Zakir Naik menyahut seruan supaya Pas dan Umno bersatu diatas kapasiti kesatuan Ummah, maka ramai dikalangan pentaksub yang berkiblatkan parti, terutama Pas yang dahulunya kerap kali tidak boleh dekat dengan Umno, malah cara kasar dan bengis digunakan untuk melawan Umno, kerana anggapan mereka melawan Umno itu adalah jihad, tetapi itu pemahaman dahulu wahai saudara ku Pas.

Dahulu Pas dipenuhi parasit jahat yang impian mereka ingin kawal segalanya dalam Pas, tetapi usaha mereka juga nampaknya gagal, maka wujudlah Pan atau Amanah selian Mat Sabu, yang dikenali sebagai khadam Dap oleh pengikut Pas.

Umno juga begitu, setelah anasir busuk sudah dinyah keluarkan dari Umno, maka Umno juga bukan seperti yang disangkakan, ketika zaman Mahathir memang tidak dinafikan, nilai Islam hanya lah dianggap tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, tetapi itu dahulu, Perdana Menteri sekarang, Najib Razak caranya berbeza, sangat berbeza, semua boleh menilai walaupun fitnah terhadapnya boleh dikatakan sangat terlampau, tetapi Allah bersama orang yang sabar serta Najib Razak sendiri adalah insan yang bersungguh-sungguh inginkan penyatuan sesama Islam di bumi bertuah ini terlaksana walaupun nampak susah.

Cuma yang nampak, bila penyatuan itu berlaku, bukan diatas kapasiti politik sekalipun, membuatkan musuh terkedu perit kerana umat Islam semakin kuat.


BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH!!

Atas kertas, ini adalah solusi yg terbaik dalam penyatuan ummah.

Realiti, ianya tak semudah yg disangka.

Aku pun kadang2 tak faham mengapa PAS (segelintir) masih memusuhi UMNO.
"Dosa" yg dilakukan oleh Tun Mahathir kepada PAS membawa kebencian hingga ke kepimpinan terkini.
Aku sedar bahawa PAS dalam proses pembersihan parasit di dalam organisasi mereka.
UMNO juga dalam proses pembersihan anai2 yg dikepalai oleh Mahathir.

Pembersihan ini terpaksa di bayar dengan harga yg mahal. Namun ianya berbaloi. Jika BN kalah dalam PRU 14 kelak, sekurang2nya kita tahu kerajaan yg baru akan dianggotai oleh parasit dan anai2.
Adakah anda berfikir bahawa kerajaan yg dikuasai oleh parasit dan anai2 ini adalah kerajaan yg sihat? Aku tak fikir begitu. Jika mereka boleh rosakkan satu organisasi yg utuh. Apatah lagi sebuah kerajaan yg rapuh.
...
Sekarang adalah satu zaman yg mana rakyat boleh menilai dgn baik. Kerajaan yg di panah fitnah bertali arus sudah pasti akan lumpuh. Namun, mahukah kita sebagai rakyat melumpuhkan negara dengan fitnah?
Ianya akan jadi satu kitaran hidup yg baru. Kerajaan yg baru juga akan diserang dgn panah2 fitnah. Soalan yg seterusny, sampai bila?

"Key master" di sini adalah rakyat. Jika rakyat itu bijak menilai dengan tahap kesedaran yg waras, tanpa prajudis, kita akan mempunyai sebuah masyarakat yg utuh.
Pemain2 politik akan sedar. Mereka tak boleh lagi bermain atas dasar persepsi dan agak2. Rakyat mesti bijak. Kelak, yg binasa adalah mereka juga.

Negara berada dalam arus pembangunan yg baik. Keadaan ekonomi pulih insha Allah. Dalam negara menghadapi krisis ekonomi dan di serang oleh parasit2 dan juga anai2, kerajaan masih mampu membawa ekonomi negara kesatu tahap yg lebih baik.

Bagi saya, untuk menilai kekuatan sesebuah kerajaan adalah dengan melihat bagaimana mereka hadapi ketika krisis. Adakah pemimpin mereka melepaskan jawatan dan lari dari masalah? Jika ada pemimpin sebegitu, ianya adalah sebuah kerajaan yg amat lemah.

Berfikir dengan tenang. Jangan jadikan emosi sebagai panduan dalam kita menentukan hala tuju negara. Rasional dalam pemikiran rakyat sangat perlu. Jgn kita sesekali terikut dgn permainan kotor pemain2 politik.
Kita perlu tegas tapi biar dalam keadaan yg berhemah.

- Dr. Aznil Hisham.

20 ulasan:

Azmin Ali

NITIZEN SIMPATI DAN TERKILAN TERHADAP KERAJAAN PAKATAN MENGANIAYA PENIAGA KECIL

Malas nak ulas lebih-lebih, orang melayu ni bila dah terkena barulah nak memikirkan nasib, tak terbela, dah beritahu perangai Pakatan kalau dapat kuasa, minta maaf lah, orang melayu hanya melukut ditepi gantang je.

Sembang deras pun tak guna, kerajaan Selangor dipimpin oleh pemimpin yang hipokrit je. Bercakap dia lah lebih konon nak jaga rakyat, orang Melayu dia hanya bagi 2nd class citizen, faham-faham sudah.

KASIHAN PENIAGA KECIL DI SHAH ALAM, MBSA PERLAKUKAN BEGITU KEPADA ORANG YANG MENCARI REZEKI?

NILAIKAN WAHAI INSAN BERNAMA MELAYU 60%.

5 ulasan:

Najib Razak

PESAKIT DI MALAYSIA DIZALIMI DENGAN TERUK OLEH KERAJAAN PIMPINAN NAJIB

Ini adalah bukti paling sangat mendukacitakan, mana mungkin negara ini mampu lakukan perihal ini.

Adakah kerajaan BN pimpinan DS Najib tidak prihatin?

Anda nilaikan, baru boleh beri komen.

Harap sebarkan.. Ini sangat penting.

16 ulasan:

Lim Guan Eng,

SPRM SUDAH BERI PETANDA, SIASATAN ISU BANGLO LIM GUAN ENG TIDAK BOLEH DIPERCEPATKAN!!

Isu banglo Lim Guan Eng bakal sejuk ibartat ais beku kerana SPRM juga membantu keadaan itu menjadi sejuk, malah akan menjadi cair dan hilang begitu sahaja dengan keadaan yang paling tidak boleh diterima langsung. Ketika banyak dokumen tidak telus terbongkar, terpalit imej buruk Lim Guan Eng itu sendiri dengan tetiba perihal yang sangat menjadi tanya terjadi hari ini.

Bagaimana persepsi orang ramai perihal ini? SPRM dah buang tebiat ke apa, atau Lim Guan Eng anak emas SPRM?

Bila perihal BN, serius SPRM cukup lantang, cepat, telus, tegas serta akan disegerakan siasatan. Tetapi Isu banglo Lim Guan Eng... Akan disisat waktu terdekat. Sudah hampir sebulan, terdekat apanya.

APA BERLAKU SEBENARNYA

TARIKH MENGAMBIL KETERANGAN LIM GUAN ENG BELUM DITENTUKAN LAGI - SPRM
..................................................

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali berkata bahagian operasi SPRM akan menetapkan tarikh dan lokasi untuk mengambil keterangan dari Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng  dalam masa terdekat.

"Bahagian Operasi ada perancangan mereka sendiri bila masa yang sesuai nak ambil keterangan Lim dan mereka akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau ditemui wartawan selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) PBA Holdings Bhd yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Jaseni Maidinsa di Georgetown Isnin.

Guan Eng turut hadir di majlis berkenaan.

Mustafar berkata siasatan berhubung kes itu sedang giat dijalankan.

Beliau berkata keterangan Lim akan diambil untuk melengkapkan siasatan SPRM berhubung pembelian banglonya di Jalan Pinhorn sini tahun lepas.

Terdahulu, Guan Eng yang ditemui wartawn selepas majlis itu berkata beliau belum dihubungi oleh SPRM untuk diambil keterangan.

"Perjumpaan kami hari ini hanya berkenaan dengan CIP dan hal-hal lain kami tidak bincang," katanya.- 18/4/2016

AgendaDaily

6 ulasan:

Lim Guan Eng

LIM GUAN ENG BOLEH SENYUM LEBAR KERANA SPRM ARAHKAN SEMUA TUTUP MULUT ISU SKANDAL BANGLO

Cuma nak nyatakan, apakah yang sedang berlaku?

Bila keadaan semasa berlaku terhadap BN, walau pun nampak bukan besar, SPRM tanpa bercakap banyak tanpa gusar, siasatan pantas sangat pasti dijalankan.

Tetapi, isu skandal banglo Lim Guan Eng serta taman Manggis boleh pula tangguh-tangguh, boleh pula tidak nampak keras terhadap isu ini.

Apa punya double standard, apakah berlaku sebenarnya?

Adakah kerana kerajaan Pulau Pinang ditunjangi oleh Dap? Cuba kerajaan Pulau Pinang sekarang adalah BN, agak-agak apa agaknya kepantasan siasatan itu bakal berlaku. Kita lihat siasatan 1MDB cukup. Laju nya semua boleh nampak.

Menjadi tanda tanya, apakah yang sedang berlaku terhadap badan paling berintegriti itu?
Makin ramai akan mempertikaikan ketelusan SPRM nanti. 

#LGErasuah
#DH
 

2 ulasan:

Nadi Rakyat

SERANGAN ALA OPERATION VALKYRIE VERSI CYBER MEDIA?

Melihat situasi yang agak janggal apabila dikatakan segerombolan cyber media pro bn menyerang entiti batallion yang sama kerana tidak berpuas hati. Malah serangan ke atas orang tertentu, iaitu ketua unit media tertentu menjadi tanda tanya pemain media pro BN yang lain.

Ini kerana isunya "dana" kepala media mungkin.

Masalahnya serangan peribadi yang keterlaluan kepada musuh yang ditujukan untuk terus menjatuhkan reputasi serta maruah orang yang diserang itu.

Pasti ada agenda tertentu perihal ini berlaku.

"Keluarga, Anak Dan Isteri Saya Dimalukan’

KUALA LUMPUR – Presiden Nadi Rakyat, Rafi Awang Kechik mendakwa kecewa apabila dihina dan diaibkan di laman media sosial oleh blogger Parpukari yang dikenali sebagai Mohamad Salim Iskandar.

Rafi ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi berkata, tindakan mengunakan akaun Facebook palsu untuk menghina, mengeji dan mengaibkan diri dan keluarganya itu perlu dihentikan segera.

“Saya turut memaklumkan kepada pihak polis mereka yang bertanggungjawab membuka fake akaun (ID palsu) ini di dalangi oleh orang yang bernama Salim Iskandar atau (dikenali sebagai) Parpukari.

“Semua bukti telah diserahkan kepada pihak polis dan saya harap dia (Salim) akan beri kerjasama apabila dipanggil untuk memberi keterangan nanti (kerana) saya hendak hentikan kegilaan yang dia buat itu” katanya sejurus selepas membuat laporan polis di ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada Ahad.

Rafi turut berkata tahap kesabaran dirinya ada hadnya kerana takut akan mengambil tindakan sendiri sekiranya perkara seperti itu berterusan.

“Saya membuat laporan ini kerana takut mungkin akan mengambil tindakan sendiri kerana ia mungkin lebih daripada itu.

“Sekurang-kurangnya bila saya membuat laporan polis pada hari ini, kita akan bertemu buku dengan ruas” katanya lagi.

Dalam pada itu Rafi turut mendesak pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk segera menjalankan siasatan terhadap semua akaun palsu yang turut digunakan untuk menyerang dan mengaibkan pemimpin negara.

“(Pengerusi) SKMM perlu berfungsi dengan lebih baik kalau tak boleh letak jawatan supaya boleh digantikan dengan orang yang lebih memahami kehendak rakyat yang terbeban dengan ‘fake-fake’ akaun yang digunakan untuk memalukan dan mengaibkan orang ini.

“Pada saya orang yang buat fake akaun ini mengambarkan moral darah dagingnya yang sebenar, kalau boleh saya sifatkan sebagai tak bertamadun yang lahirnya tidak diazan dan diqamatkan” ujarnya pula.

Beliau turut menegaskan akan mengumpulkan data semua mangsa yang telah menjadi akaun palsu ini untuk diserahkan kepada pihak menteri yang bertanggungjawab. – SuaraTV

4 ulasan: