MUNGKIN INI STRATEGI PAKATAN HARAPAN UNTUK BERIMIGINASI MENAKLUK PUTRAJAYA PADA PRU14 AKAN DATANG

Adakah ini hanya taktik-taktik biasa digunakan untuk momentum seterusnya bagi pakatan harapan? PRU bakal datang tidak lama lagi, bibit strategi licik past berlaku.

Jangan kita terus leka dan terhibur dengan drama-drama lakonan mereka, yang pasti Dap sedang berimiginasi menawan Putrajaya.

Pkr juga sedang mencari talian hayat supaya Pas kembali bersatu bersama-sama Pkr. Amanah atau Pan tengah mengelamun supaya mereka lebih kuat dari Pas.

Di harap drama politiking cara pembangkang ini akan berterusan. Tahniah, rakyat teruja tau.

Kah kah kah..


Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak nyata mengejutkan pakatan pembangkang, terutama DAP daripada tidur yang lena.

Mula sedar kempen memfitnah dan menanam tebu di tepi bibir tidak ‘dibeli’ rakyat Sarawak, pelbagai alasan mula dicipta dan be­lang masing-masing mula kelihatan apabila saling menuding jari menya­lahkan sesama sendiri berikutan kekalahan memalukan itu.

Tidak mahu mengakui kesalahan sendiri, DAP menyalahkan sekutunya dengan mendakwa mereka tidak menghormati perjanjian yang ditandatangi oleh Pakatan Harapan untuk tidak bertembung sesama sendiri di mana-mana kawasan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang dilihat seperti tidak dapat menerima hakikat bahawa pengundi Cina Sarawak sudah beralih arah dengan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN), menjadikan persempadanan semula kawasan pilihan raya sebagai punca kekalahan.

Katanya, salah satu punca ke­ka­lahan memalukan pakatan pembangkang pada PRN-11 adalah disebabkan pertembungan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di beberapa kawasan.

“Sentimen pengundi akan jadi lebih baik bagi komponen pembangkang sekiranya tiada pertempuran antara DAP dan PKR sejak mula,” katanya pada sidang akhbar di pejabat DAP Sarawak di Kuching hari ini, yang dipetik dari beberapa blog berita pembangkang.

Akibat pertembungan antara DAP dan PKR itu, DAP kehilangan lima daripada 12 kawasan yang dikuasai mereka sebelum ini dan le­bih memalukan itu merupakan jumlah tertinggi pakatan pembangkang kalah mengikut rekod.

Kegagalan DAP dan PKR mencapai kata sepakat sehingga bertembung sesama sendiri di enam kawasan ternyata menguntungkan BN apabila mereka kalah di kese­mua kerusi tersebut.

Sebagai parti baharu yang mendakwa semakin mendapat sambutan rakyat, PAN yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya juga tersungkur apabila kalah di kesemua 13 kerusi yang ditan­dingi.

Dalam hal itu, Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng pula menggunakan alasan dangkal apabila menyalahkan populariti Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem selain politik wang sebagai faktor kemenangan BN.

Beliau mendakwa punca kehi­la­ngan lima kerusi DAP di Sarawak adalah kerana populariti Adenan mengaburi tindakannya menyekat kemasukan pemimpin pembangkang ke Sarawak.

“Populariti peribadi Adenan mengatasi segala tindakannya yang tidak disenangi seperti menyekat kemasukan pemimpin pembangkang ke Sarawak. Kewujudan politik wang juga mengganggu prestasi kami,” katanya.

Katanya, parti akan menjalankan bedah siasat dan menunggu laporan dari DAP Sarawak atas kekalahan itu, termasuk kegagalan mereka untuk membawa sebarang kemajuan di kerusi Dayak di luar bandar.

Menyedari PAN gagal menarik pengundi, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang semakin terdesak membuat pusingan U apabila mengajak Pas untuk kembali bersama DAP dan PKR sebagai satu pasukan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

“PAN dan Pas harus terus mara bersama PKR dan DAP. Kekalahan teruk pada PRN-11 jelas menunjukkan rakyat negeri itu menolak pertelingkahan sesama mereka,” katanya.

Tidak cukup saling menuding jari sesama mereka, walaupun agak pelik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang, Bersih pula menyalahkan peningkatan kadar peratusan keluar mengundi yang dikatakan naik ‘mendadak’ pada petang hari berkenaan.

Utusan

2 ulasan:

Dap

ANTARA "TROLL" TERHADAP DAP AKIBAT KEKALAHAN MEMALUKAN DI PRN SARAWAK

Angkuh, sombong dan bongkak adalah sikap biasa yang ada kepada parti pembangkang.
Dap akhirnya tertelan buah nenas kerana keangkuhan mereka sendiri.

Yang tuli jiwanya sahaja ikut Dap ini. Hakikat si angkuh sombong, kenalah buku dengan ruas.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

0 ulasan:

Dap vs Pkr,

DAP TERKULAI LAYU DI SARAWAK AKIBAT STRATEGI RADIKAL TERHADAP NAJIB

Politik kebencian yang selalu digunakan oleh pembangkang akhirnya memakan diri.

Cara radikal serta keterlaluan yang digunakan untuk memberi imej buruk terhadap Najib juga gagal.

Politik kebencian ada hadnya, sekiranya ianya berulang-ulang serta sangat keterlaluan pasti memakan diri. Itu terjadi kepada parti paling berlagak serta angkuh iaitu Dap. Jadi kesimpulannya, tidak mengundang keuntungan sekiranya menggunakan modal politik seperti RM2.6 billion, 1MDB serta Rosmah untuk menyerang krealibiliti Najib Razak.

Mungkin macai jibrauk suntel keregek (bahasa carut terbaru) menganggap Sarawak dan Semenanjung jauh beza politiknya.

Kita tunggu dan lihat. Apa benar jangkaan mereka? Perlu di ingat, cara politik fitnah sudah tidak relevan. Bila sudah overkill menyerang pasti akan memakan diri.

Sayonara Pakatan.

*JASA UPDATE*
08.05.2016

_EDISI KHAS_

PROPAGANDA DAP "UNDI ADENAN = UNDI NAJIB" MAKAN DIRI.

Mohd Puad Zarkashi

DAP akan mencari berbagai alasan kenapa jumlah kerusi mereka merosot jauh daripada 12 kerusi di PRN 10 kepada 7 di PRN ke 11.

Paling ketara, DAP percaya Najib adalah liabiliti kepada BN. Di mana mana roundabout akan terdapat billboard, banting dan poster yg tertulis perkataan "Undi Adenan = Undi Najib". Rupanya rakyat Sarawak sudah muak dengan cara kempen yang tidak beradasarkan kepada polisi, dasar dan komitmen. Satu lagi, slogan lapuk DAP "Ubah" juga tidak laku. DAP dan pembangkang seolah olah kehabisan modal kempen.

Isu kononnya GST akan dinaikkan 10 peratus kalau BN menang besar memang menggusarkan BN di peringkat  awal. Tetapi isu itu termasuk isu 1MDB dan RM2.6 Bilion dianggap "Dry" kepada rakyat Sarawak.

Ternyata "Politik Jaminan" lebih penting kepada rakyat Sarawak. Kejayaan TS Adenan melaksanakan 51 touch points dalam tempoh 2  tahun menyakinkan rakyat Sarawak iaitu Adenan boleh menjamin masa depan yang lebih baik kepada Sarawak.

Hubungan yang erat antara Adenan dan Najib juga mendapat endorsement daripada rakyat Sarawak. Ia juga satu bentuk "Jaminan". Kekerapan Najib datang ke Sarawak di samping penglibatan sepenuh masa beliau sepanjang kempen meyakinkan rakyat Sarawak bahawa Najib memang perihatin dan komited untuk membangunkan Sarawak.

Di PRN ke 10, SUPP hampir dipukul maut. DAP mendapat 12 kerusi. Ada yang buat kesimpulan, ia signal berlakunya tsunami Cina di PRU ke 13 yang mengakibatkan MCA dan GERAKAN hampir dipukul maut juga. Kini apakah sejarah akan berulang dalam PRU ke 14 nanti?

Apakah pengundi Cina di Semenanjung juga akan membuat pertimbangan sama seperti di Sarawak iaitu lebih terjamin jika sekiranya MCA dan Gerakan diberi mandat selesa untuk berkongsi kuasa dalam kerajaan pusat BN?

Kalau "Jaminan" yang menjadi harapan mereka. Maka kerajaan BN boleh memberikan jaminan tersebut. Apabila DAP dan PKR bertembung sesama sendiri di 6 kawasan, itu bermakna Pakatan Harapan tidak boleh memberi jaminan kepada sebuah kerajaan yang adil dan bermesyuarah.

Politik "Simpati" juga gagal mempengaruhi trend pengundi Sarawak kali ini. Walaupun DAP cuba mengeksploitasi keluarga mangsa culik asal Sibu oleh kumpulan lanun daripada Filipina, tetapi DAP tetap kehilangan kerusi Dudong dalam Bahagian Sibu. Di saat akhir ada yang meramalkan Dr Sim Presiden SUPP juga tidak akan berjaya untuk menawan Batu Kawah kerana dikatakan calon DAP Christina Liew mengalami keguguran anak. Ia menimbulkan rasa simpati kepada pengundi. Tetapi akhirnya Dr Sim menang dengan majoriti di luar dugaan iaitu 2085 undi.

Maka apakah pengundi sudah mula bosan dengan politik persepsi yang menjadi senjata penting kepada pembangkang di PRU ke 13 yang lalu?

5 ulasan:

Dap vs Pkr

TAHNIAH RAKYAT SARAWAK, KERANA SEDAR PEMBANGKANG HANYALAH PEROSAK KEADAAN SAHAJA!! BN SUDAH MENANG BESAR

PKR DAN DAP SUDAH MAKIN BERPECAH, MAKA HASILNYA KERUSI REBUTAN MEREKA MEMBUKTIKAN KECELAKAAN KETARA KEPADA GABUNGAN PAKATAN HARAPAN.

MAKA TERBUKTILAH, MODAL-MODAL MENDAJAL NAJIB RAZAK SEPERTI RM2.6 BILLION. GST, 1MDB TIDAK BERKESAN, KERANA MODAL-MODAL ITU MEMANG SENGAJA DIPANAS TERIKKAN SUPAYA FITNAH DAPAT DIGUNAKAN SERTA DIULANG-ULANG.

KESIMPULANNYA, PEMBANGKANG GAGAL SAMA SEKALI. YANG PENTING MEROSAKKAN IMEJ DAP SUDAH TERLAKSANA.

PALING KELAKAR SERAM, KERUSI PAN, HILANG DEPOSIT, MALAH ADA DIANTARA UNDI UNTUK PAN HANYALAH SEJUMLAH 200 KE BAWAH SAHAJA DI DUN MEREKA BERTANDING, TANDANYA PAN AKAN KENA MAKI HAMUN DENGAN DAP.

NEXT PRU14, AYUH LASKAR-LASKAR TEMPUR BARISAN NASIONAL, KITA LANYAK MEREKA SEHINGGA SESAK NAFAS DAN TERKULAI.




0 ulasan: