Khamis, 19 Mei 2016

AKHIRNYA SIFAT TIKAM BELAKANG SUDAH DIBUKTIKAN OLEH AZMIN ALI

Sudah dijangka peranan Azmin dalam menikam belakang parti Pas dibuktikan pada mesyuarat exco hari ini, katanya Azmin tak peduli, sebabnya nak sangat meletakkan calon PKR di Sg. Besar.

Pas juga tidak berganjak untuk tidak mendengar kata Azmin, malah jawatan exco disandang adun pas juga dalam bahaya kerana ugutan supaya meletak jawatan sekiranya tidak Pas meletak calon.

Nampaknya taktikal politik binatang sudah dipraktikkan oleh Azmin, adakah Pas akan mengalah? adakah Pas akan mengiyakan sahaja?

Bagi penulis, Azmin sudah lupa diri, semasa dia menjadi MB Selangor, siapakah yang membantu sehingga sah Azmin menjadi MB yang baru?

Inilah dia cara politik binatang, walau pun pedih kata Hadi Awang, tidak mengapa, lembu halal, babi itu haram.

KITA LEBIH RELA KERJASAMA DENGAN UMNO DARI KHINZIR DAP-HJ HADI

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berang dengan tindakan PKR memberi amaran kepada exco kerajaan negeri untuk meletakkan jawatan sekiranya PAS bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

The Star melaporkan, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali memaklumkan kepada tiga exco PAS untuk menghantar surat perletakan jawatan sekiranya parti tersebut masih ingin bertanding di Sungai Besar.

Tiga exco tersebut, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Azmin yang memaklumkan perkara tersebut selepas mesyuarat exco kerajaan negeri semalam berkata, PKR akan bertanding di Sungai Besar dan akan meyakinkan pemimpin Pakatan Harapan untuk memberi laluan kepada PAS bertanding di Kuala Kangsar.

Ketiga-tiga ADUN tersebut kemudiannya bertemu Hadi di kediaman Ahli Parlimen Marang itu di Rusila, Terengganu.

Sumber PAS Selangor mendakwa "Presiden kami bertegas dengan pendirian jawatankuasa pusat untuk bertanding pilihan raya kecil tersebut".

Dalam mesyuarat tergempar tersebut, Hadi dilaporkan berkata partinya "lebih rela bersama lembu UMNO daripada bersama khinzir dari DAP".

Hadi turut mengarahkan ketiga-tiga exco berkenaan tidak meletakkan jawatan.

- Malaysian Digest

Selasa, 17 Mei 2016

JOM KITA HAYATI SEJARAH, BAGUS UNTUK PENGATAHUAN!!


Beberapa bahagian kecil Undang-undang Tanah tahun 1956 ini telah dipinda melalui Undang-undang (Pindaan) Kemajuan Tanah tahun 1957 dan melalui Undang-undang (Pindaan) Kemajuan Tanah tahun 1958.

Umumnya maksud undang-undang ini dilaksanakan ialah supaya, kerajaan-kerajaan negeri menyusun rancangan-rancangan kemajuan tanah. Menubuhkan badan-badan atau lembaga-lembaga yang ditugaskan menjalankan rancangan-rancangan itu secara bersendirian atau dengan pertolongan Kerajaan Persekutuan.
Peranan LKTP pula ialah menyalurkan bantuan kewangan bagi rancangan-rancangan yang diluluskan itu dan tidak terkecuali daripada membuat rancangan-rancangan kemajuannya sendiri.

Undang-undang Kemajuan Tanah 1956 telah banyak menyumbang dalam menyokong LKTP memajukan tanah dan penempatan dalam negara sejak negara mencapai kemerdekaan yang hampir seusia dengan penubuhannya.

KERANA MAHATHIR, PKR BAKAL BERPECAH TERUK KALI INI

Anwar Ibrahim memberi peringatan kepada kepimpinan Pkr supaya berhati-hati dengan permainan Mahathir, cara Mahathir ini akan merosakkan segalanya dalam Pakatan katanya lagi.

Surat-surat dari Anwar Ibrahim di dalam penjara sudah tersebar luas, yang menjadi tanda tanya, adakah benar itu surat dari Anwar?

Bagaimana begitu mudah surat tersebut terlepas dari penjara? Agak-agak siapa boleh jawab? Bagaimana pula surat panjang lebar itu diberi kepada orang tertentu, mungkin Wan Azizah, tetapi Rafizi mengesahkannya pula.

Rafizi mengesahkan surat daripada Anwar itu adalah tulen, manakala Samsul Iskandar menganggap surat itu palsu, sengaja diadakan untuk memberi tanggapan buruk kepada deklarasi rakyat diterajui Mahathir dan Pakatan Harapan.

Mungkin Azmin sedang merencanakan situasi dalam Pakatan Harapan yang mereka mampu mengawal Mahathir untuk kekuatan maksimum pakatan itu sendiri untuk menghadapi PRU14 akan datang.

Jadai kesimpulannya, kem Wan Azizah, Nurul Izzah sedang berperang secara halus dengan kartel Azmin Ali. perpecahan Pkr sudah masuk ke bab yang berbeza. Mungkin akan mengalami perpecahan paling maksimum selepas ini.

Ramai dikalangan penkritik menganggap cara Mahathir bersama pembangkang akan merugikan Pakatan itu sendiri. Adakah tanggapan itu benar?

Kita saksikan keruntuha kuasa si tamak haloba Pakatan Harapan serta Mahathir dan pentotoknya.

Kita juga mengarapkan, Mahathir meneruskan kegilaannya dalam cita-citanya supaya Najib berundur dari pentadbiran. Ini kerana, selagi Mahathir meneruskan idea hilang akalnya, maka akan meneruslah kerosakan yang paling total kepada pembangkang, bukannya BN.

Jom makan popcorn



Isnin, 16 Mei 2016

PAN/AMANAH DIJANGKA BERTANDING DI PRK SG BESAR DAN KUALA KANGSAR?

Kalau diikutkan situasi, Amanah bakal terjunam ke lembah beringin sekiranya bertanding di Prk Sg Besar dan Kuala Kangsar.

Menurut sumber, Amanah gusar sekiranya bertanding akan mengalami kekalahan memalukan parti baru ditubuhkan tahun lepas itu.

Manakalah dikalangan pemimpin atasan Amanah, sekiranya tidak bertanding pada Prk ini, ia bakal menunjukkan parti amanah takut berhadapan dengan Pas dan Umno.

Diberi tahu juga, undi solid dari pengundi cina untuk Amanah bakal terjadi kerana, pengundi cina menganggap Amanah ini sebagai pengikut setia Dap atau khadam, manakala Mat Sabu sebagai chep khadam.

Terpulang kepada Pakatan Harapan, sekiranya momentum Prn sangat buruk kepada mereka, jadi Prk ini adalah jawapannya.

Amanah vs Pas vs Umno vs Pkr.

Kita tunggu drama perpecahan orang melayu ini.

Siapa gembira? Cuba teka..

Ahad, 15 Mei 2016

PRK SG BESAR DAN KUALA KANGSAR, LIHATLAH SENDIRI PERANGAI PEMBANGKANG, SAMA SAHAJA GILA KUASANYA!!

Al Fatihah kepada YB Kuala Kangsar dan Sg Besar yang terlibat dalam nahas helikopter di Sarawak tempohari.

Moga roh mereka tergolong dikalangan orang-orang yang beriman.

PAN DAN PAS TIDAK BOLEH DISATUKAN

Bila kerusi dua parlimen kosong, akan diadakan prk pada 18 jun nanti, berkobar-kobar Pas untuk merampas kembali dua kerusi kepunyaan Umno ini.

Bibit-bibit menaji terhadap Umno sudah kembali walaupun selama ini boleh dikatakan gencatan senjata memang lama sudah dilihat di mana-mana.

Puncanya mudah, KUASA, ASAL NAMANYA NAKKAN KUASA APA SAJA BAKAL BERLAKU.

KADANG-KADANG KEPIMPINAN PAS TIDAK BERKATA APA-APA PUN, HANYA MACAI DIA SAHAJA YANG LEBIH MENGAPI-APIKAN SUPAYA UMNO PERLU DITERAJANG SAMPAI LUNYAI.

ITULAH REALITI, DALAM PERPECAHAN PAS, WUJUDNYA PAN, MALAH PAN DIKATAKAN AKAN MELETAKKAN CALON DI KEDUA KERUSI INI, BERTELAGAH LAH MEREKA MENGATAKAN MASING-MASING ADALAH AJEN UMNO.

Umno juga nama naik. Hal Dap dengan skandal mereka, Umno juga mereka jaja. Apalah sikap semberono sudah tertanam dalam jati diri mereka hanyalah untuk melanyak Umno.

Mereka berpecah serta bertelagah, sembang nak mentadbir lebih baik dari Umno. Pigidah.

Pkr, Dap, Pan vs Pas vs Umno

Anda nilaikan drama perpecahan orang melayu ini.