Sabtu, 11 Jun 2016

MAHATHIR AJAK PENGUNDI SG BESAR AJAR NAJIB DAN HADI

Bergembira sampai ke telinga orang Pan bila sembahan puak pro Tun atau dewatarayanya Mahathir yang dah memilih untuk membantu kempen parti Pan.

Dap sudah mampu ketawa besar kerana Mahathir juga berbelah bagi untuk bersama perjuangan Pan dan Dap untuk menawan Sg Besar.

Apa lagi perlu dibicarakan kepada anda semua? Suka atau tidak itu pilihan seorang negarawan yang ingin bersekongkol dengan parti pembangkang. Ibarat memberi talian hayat kepada pembangkang yang lesu serta layu sekarang ini.

#scs93 #prksgbesar#PrkSgBesar#KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB

Mahathir tempelak Najib dan Hadi, anggap Pan parti telus

Pengkhianat bangsa dan agama... apa lagi kalimat sesuai untuk Tun Mahathir Mohamad yang naik ke pentas pembangkang dan menyerang parti yang memberikan kedudukan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun sehingga anak beranak dan keluarganya kaya raya.

Mahathir tahu apa nak jual dalam ceramah pertamanya di sebuah restoran cina di Sekinchan Sungai Besar pagi Sabtu.

Depan 300 hadirin yang rata-ratanya pemimpin DAP dan PAN yang melihat Mahathir sebagai 'viagra' mereka, bekas Perdana Menteri itu menyerang Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekaligus.

Rata-rata hadirin berbangsa Tionghua dan merupakan pengundi tegar DAP.

Ceramah tersebut dibuat dalam DUN Sekinchan yang merupakan kubu DAP zaman berzaman.

Penasihat DAP Lim Kit Siang terus berkepit seperti kembar Mahathir dari beliau sampi hingga balik.

Mahathir sedar suasana canggung tersebut, "Nampak agak ganjil sikit kerana saya berada bersama musuh kuat saya, Lim Kit Siang.

Baca seterusnya

http://www.agendadaily.com/hadapan/22348-mahathir-berkempen-serang-najib-hadi-depan-pengundi-cina.html

Jumaat, 10 Jun 2016

ARAK PERKARA BIASA SAHAJA, BUKAN ISU BESAR



Sampai sekarang tidak dipastikan sebab musabab Pan tidak langsung bersuara perihal isu panas berkaitan meraikan kemenangan dengan arak.

Adakah kerana risau sekiranya bersuara, calon Pan, ustaz Azhar akan terperangkap dengan situasi yang boleh merosakkan tarikan undi cina kepada Pan.

Jadi memang benarlah apa yang diperkatan yang Pan sememangnya parti khadam Dap, dulu Pas, setelah Pas sudah sedar, pengantinya pun pecahan dari Pas juga, ketua atau chief khadam, Mat Sabu membuktikan yang dia mampu mejadi ketua paling setia kepada Dap.

Amat memalukan bila orang melayu sanggup menjadi penchacai kutip bangkai yang diberi tuannya, semuanya kerana janji kuasa. Paling hebat, Dap mengatakan, Pan menang Dap akan lebih kuat, memang level khadam terunggul orang melayu yang menyertai Pan.

Jadi apa relevannya parti pembangkang di Sg Besar?

 #scs93 #prksgbesar #PrkSgBesar #KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB


PAN HANYA KETAWA SINIS CADANGAN NG SUEE LIM

Dap tetap Dap, apa sahaja Dap lakukan walau keterlaluan semuanya kerana nakkan undi Cina, mereka tahu, dengan cara ekstrem dan hasutan sahaja mampu mengekalkan mereka dengan kuasa.

Dap faham hanya dengan cara begitu, sudah pasti menyelamatkan mereka, malah sudah terang lagi bersuluh mereka nak tunjuk kepada orang Melayu Islam, jangan cakap banyak, kuasa kena beri kepada Dap, proksinya Pan.

Dengan kenyataan yang cukup biadab dan tidak hormat langsung sensitiviti orang Islam. Eg Sue Lim kata akan meraikan kemenangan Pan sekiranya memenangi Prk Sg Besar dengan arak.

Tidak dipastikan apa peranan calon Pan, bergelar ustaz. Tapi menjadi kuyyup ketar lutut kepada kiasu Dap.

Apa harapan orang melayu sekiranya Pan yang menang? Apa pula reaksi orang Sg Besar?

Inilah masalah bila kita berpecah, habis kena titik sampai lenjun.

Sedar atau tidak, hanya beri kemenangan kepada YB Budiman berbaloi untuk orang Sg Besar. Mereka tahu peranan YB Budiman.

#scs93 #prksgbesar #PrkSgBesar #KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB

Khamis, 9 Jun 2016

MODAL LAMA BERKUMANDANG KEMBALI


Kadang-kadang pelik juga bila Pas meletakkan Dr Rani menjadi calon PRK Sg Besar, sebabnya sebelum Pas berpecah dua, Dr. Rani macam nampak arahnya ke golongan profesional, mungkin kerana tertubuhnya Pan tidak menguntungkan, Pas menjadi wadah perjuangan sehingga kini.

Nampak gayanya ada juga dikalangan segelintir ahli Pas yang agak gusar sekiranya Dr Rani tidak dapat memberi impak untuk kemenangan di Sg. Besar.

Kadang-kadang kita perlu melihat dari sudut perspektif seni politik, pendapat penulis adalah berkisar tentang musang berbulu ayam yang masih ada didalam Pas. Sebabnya diikutkan Dr Rani memang nampak kiblatnya bertepuk tampar dengan Dap, malah dikatakan tarikan undi cina juga adalah sebab utama Dr Rani menjadi calon.

Ada konterversi sedikit bila Dr. Rani mengatakan sekiranya undi Pas, terjamin pahala, tidak pasti juga kesahihan maklumat kata-kata tersebut di ceramah yang mana. Kalau benar ada Dr. Rani berkata begitu, nampaknya modal lama berkumandang kembali, modal yang sentiasa digunakan Pas pada PRU13 yang lepas.

Kata Dr Rani -
“Kita sebagai orang Islam, bila Tuan Guru Hadi Awang bentang, sekiranya kita mendapat kemenangan, semua kita akan dapat pahala.

Jadi kesimpulannya, Pas berperang dengan keadaan semasa di mana Pan sudah menjadi musuh paling utama, sebabnya cara Pan dalam menyerang Pas ibarat menyerang menggunakan meriam jarak dekat. Sudah tidak peduli kiri dan kanan asalkan matlamat Pan untuk menakluk Sg Besar terlaksana.

Jadi orang Sg. Besar jangan tersalah pilih pula.BN tetap terbaik

#scs93 #prksgbesar #PrkSgBesar #KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB

SAYA AKAN TURUN DUA BULAN SEKALI SAHAJA KALAU MENANG NANTI KATA USTAZ AZHAR CALON PAN


Alangkah kelakar seram bila calon Pan terlepas cakap atau memang sengaja bercakap perkara luar kawalan sehingga ramai menggelengkan kepala, mana tidaknya calon Pan ini yakin dan pasti sekiranya diberi peluang menjadi wakil parlimen di Sg. Besar, dia mampu menjenguk kawasan hanya 2 kali sebulan?

Satu kenyataan berani nak mati kerana perilaku yang sangat lucu bagi calon yang mewakili parti khadam Dap ini. Mungkin makin berpinau mata dan tersedak susu majoriti pemimpin Pakatan Harapan kali ini.

Kata-kata Ustaz Azhar yang lucu begini -

“Saya berjanji dihadapan presiden saya (Mohamad Sabu), di depan YB Tony Pua, YB Nurul Izzah, ketiga-tiga parti ada.. paling kurang saya akan bersama tuan-tuan puan-puan, paling kurang dua bulan sekali.

Apa lagi nak diperkatakan? Beginikah pengundi Sg Besar banggakan? Bagaimana nak jaga kawasan kalau hanya 2 bulan sekali sahaja mampu menjenguk kawasan, ini bukan ciri-ciri wakil rakyat yang diimpikan orang Sg Besar.

Jadi apakah rasionalnya parti khadam Dap ini?

#scs93 #prksgbesar #PrkSgBesar #KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB

Rabu, 8 Jun 2016

PERANGKAP JAHAT SUPAYA ORANG MELAYU BERGASAK, ITULAH STRATEGI DAP DI SG BESAR

Isu panas berdentum berkaitan billboard provokasi yang dipasang di sekinchan mengundang pertelagahan antara orang melayu yang berlainan parti.

Dap memang cekap dalam membuat impak batu api yang melampau sejak dahulu lagi.
Mungkin berniat untuk menarik undi orang cina sekitar sekinchan supaya mengundi parti Pan.

Ronnie Liu secara angkuh menempelak segerombolan penyokong BN yang teremosi dengan billboard tersebut, akan saman siapa sahaja yang berani turunkan billboard yang dipasang pagi Rabu itu.

Jadi sahlah Dap sudah mula menggunakan "secret bullet' untuk merosakkan keharmonian PRK kali ini.
Mujurlah atas arahan PDRM, billboard tersebut berjaya diturunkan. 

Percayalah lah kawan-kawan, akan ada taktik keterlaluan untuk sengaja perbalahan sesama Melayu Islam dibatu apikan oleh Dap.

Bersiap siagalah semua. Mungkin sabotaj, risalah, vandalisme akan dilakukan selepas ini.

#scs93 #prksgbesar #PrkSgBesar #KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB

DAP TERPAKSA GUNA TAKTIK RADIKAL DAN EKTRIMIS DI SUNGAI BESAR?



Melihat sepanduk yang agak keterlaluan di pasang di Sg Besar hari ini, memungkinkan satu perkara yang Dap terpaksa gunakan. Guna cara kotor untuk menang apa saja perperangan.

Cara biasa takkan jalan untuk kenakan Pas atau BN, sesuatu perlu dilakukan, malah dengan naikkan billboard kecil sengaja mengaitkan Najib dan Haji Hadi dengan rasuah, malah tuduhan perihal 42 billion hilang yang sudah dijawab oleh 1MDB, mengaitkan usul hudud, sangat keterlaluan.

Malah menjentik isu perkauman juga menampakkan taktik radikal dan jumud idea yang terpaksa digunakan oleh Dap. adakah Pan tersenyum lebar dengan idea ini dimasa umat Islam berpuasa di bulan ramadhan?

Bagi penulis, dalam perperangan kotor, antara ia berjaya atau tidak terpulang dengan keadaan peluru keji itu dilempar, sekiranya bulan ramadhan dengan bangga gila parti Dap dan Pan menyerang keterlaluan begini, boleh nampak Dap sedang terdesak untuk memenangkan khadam mereka, Pan.

Biar mereka menanam kebencian, taktik begitu selalunya gagal secara total bila umat Islam sedang berpuasa. Malah mungkin dikalangan penyokong Pan juga terkejut dengan idea ini, mungkin.

Falsafah perang cina pernah berbicara, "usah gusar dengan kekuatan musuh, tetapi gusarkan kelemahan kita yang biasa dilakukan"

#scs93 #prksgbesar #PrkSgBesar #KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB

CERAMAH PAN MENGAMIT RIBUAN ORANG MALAM TADI!!

 gambar hiasan

Ramai tertanya, bolehkah Pan ni membuktikan sesuatu kepada pengundi yang mereka ini hebat? Di kalangan penyokong pembangkang merasakan kehadiran Pan ini hanyalah sebagai gantian kepada Pas sahaja, kerana sebelum ini Pas dalam Pakatan Rakyat membuktikan mereka paling banyak membantu dalam merealisasikan undi popular ketika pru13 lalu.

Mana tidaknya di mana sahaja ceramah anjuran Pas ketika itu mengumpulkan ribuan orang, malah Dap menggunakan kesempatan itu untuk menarik undi melayu kepada Pakatan Rakyat.

Sampai ada amoi seksi sanggup pakai baju berlogo Pas, pegang bendera Pas sampai ramai menganggap Pas sudah berjaya menarik pengundi cina secara total.

Tetapi itu dahulu, ketika Dap dan Pas berkawan rapat, peluk cium, sekarang kalau sebut nama Pas, Dap tersedak, sebut nama Dap, Pas tersembur.

Sekarang sudah ada Pakatan Harapan, parti Amanah atau Pan menggantikan Pas, katanya Pan mampu menandingi Pas, sehingga keyakinan itu terbawa-bawa ke dalam mimpi, sudahnya Pan sudah dianggap balaci kepada Dap paling hadapan.

Ceramah Pan malam tadi di Sekinchan, turut bersama, YB Eg Suee Lim, YB Nurul Izzah juga ada kelihatan. Permasalahan kepada Dap, kerana ceramah itu agak lesu dengan kehadiran yang minimum.

Jadi apakah benar Pakatan Harapan mempunyai harapan di Sg Besar?

Kita tunggu dan lihat nanti di hari mengundi.

#scs93 #prksgbesar #PrkSgBesar #KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB






Selasa, 7 Jun 2016

LIM KIT SIANG TIDAK YAKIN DENGAN KEMAMPUAN PARTI AMANAH

Agak mengejutkan bila Lim Kit Siang secara semberono mengecilkan kemampuan Parti Amanah yang dikatakan lebih hebat dari Pas.

Mungkin kerana sudah jelek dengan ayat-ayat manis yang sentiasa digunakan pemimpin Amanah yang mengatakan parti itu mampu melumpuhkan Pas dalam masa beberapa bulan sahaja.

Dalam memahami kemelut perang saudara antara Amanah dan Pas. Pertelagahan itu menunjukkan wajah sebenar sekiranya mereka diberi kuasa, mereka mampu bergasak sama sendiri sahaja tanpa bersatu dalam satu unit.

Pas sudah tentu akan berjuang habis-habisan melanyak Amanah, mungkin nak membalun Umno modalnya tidak sama macam era Pru13 dulu.

Asal ada modal nikmat menghentam pru13 lalu, tanpa rasa was-was mereka gunakan dengan hati yang terkesima. Itu Pas dahulu, zaman asal boleh, janji menang. Sekarang Pas terpaksa berperang sesama sendiri dari membiarkan Amanah mengawal selia akar umbi ahli Pas.

Dikatakan juga cara Amanah menghijack lokasi bendera Pas dipasang agak mengeruhkan lagi suasana di Sg. Besar. Mana tidaknya di mana ada bendera Pas disitulah dipasangnya bendera Amanah.

Jadi memang agak senak otak bagi Dap kerana aura YB Budiman bukan calang-calang di Sg Besar, malah Lim Kit Siang juga pening melihat gelagat calon Pan di Sg Besar, betul atau tidak tidak dapat dipastikan lagi.
Ayat mudah nak faham, orang luar tidak sama sekali akan berkhidmat dengan baik untuk orang Sg Besar.

Jadi mana lebih Bagus?

BN atau Amanah atau Pas?

#scs93 #prksgbesar #PrkSgBesar #KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB
  
 

WAKIL PAS DAN PAN PEDULI ATAU TIDAK AGAKNYA NASIB RAKYAT SG BESAR?



Kalau nak diceritakan perangai dan sikap sesetengah wakil atau yang sudah bergelar YB dikalangan parti pembangkang, sikap sambil lewa terhadap nasib rakyat dah lama diketahui, mereka hanya pandai berbicara perihal membantu, menolong atau bersikap hero rakyat, itu adalah taktik biasa ketika nakkan kuasa.

Tetapi bila diberi kuasa, usah berbicara lagi perihal nasib rakyat, yang nak diceritakan ini adalah belum lagi diberi mandat, baru menjadi calon, sudahnya buat-buat lupa, atau pihak mereka anggap ini perihal remeh.

Pertanyaan, ke mana perginya calon Pas dan Pan?

Kejadian kebakaran di kawasan Kampung Sg Limau malam tadi, YB Budiman, calon parlimen Sg Besar paling pantas menghulurkan bantuan bersama Tan Sri Noh Omar, ini gunanya orang tempatan, mereka lebih tahu apa yang berlaku di kawasan mereka.

Situasi begini dan ketika rakyat memerlukan, memang semua tahu, BN memang paling pantas dalam menghulurkan bantuan, bukan nak angkuh, tetapi hakikat.

Masalah pembangkang, mereka pandai dan cerdik bercerita kehebatan, menyedapkan halwa telinga, memberi keyakinan, tetapi bila sudah mendapat kuasa, berapa peratus sahaja yang betul-betul memberi khidmat untuk rakyat? Boleh kira dengan jari YB dan Adun mereka di Selangor ini yang betul-betul bekerja.

#scs93 #prksgbesar#PrkSgBesar#KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB 

Isnin, 6 Jun 2016

AZMIN GUSAR REPUTASI BURUKNYA AKAN MEROSAKKAN IMEJ PAS?

Dilema Azmin, kalau lebih-lebih dengan Pas, Dap berbunyi garang, Rafizi terjegil matanya ibarat memberi amaran kepada Azmin supaya jangan nak mengelabah berbaik sangat dengan Pas.

Azmin juga dipersimpangan kerisauan kerana skandal besarnya di Selangor akan merosakkan reputasi Pakatan Harapan serta Pas. Jadi arahan supaya duduk diam jangan lebih-lebih terpaksa Azmin lakukan.

Jadi apakah Rafizi akan lakukan ugutan mental kepada Azmin supaya mendengar kata-kata parti sedangkan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor wajib membantu parti sekutunya Pas.

"Ditelan mati emak, diluah mati bapak"


"Bagaimana nak jumpa pengundi kalau macam ni."

Rasuah dan perempuan resahkan PKR? Mungkin itu yang sedang berlegar-legar difikiran pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila kerajaannya di Selangor terpalit dengan isu rasuah dan
perempuan.

Sedia maklum, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sebelum ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dalam kerajaan
Selangor.

Semalam, merupakan hari penamaan calon di PRK Sungai Besar. Pihak yang kelihatan paling terkesan dengan tuduhan Rafizi ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dilihat hadir ke pusat penamaan calon di Dewan Seri Bernam menyokong calon parti Amanah.. Pada masa itulah wartawan baru dapat melihat kelibat Azmin kerana dikatakan lesap menghilangkan diri.

Selain isu rasuah dan perempuan, PKR juga semakin serabut dan huru-hara apabila 'bercakaran' dengan parti PAS. Ia bukan cakaran ayam atau kucing tetapi percakaran serigala yang mampu
membawa maut!

Daripada Parti Rakyat, diubah kepada Pakatan Harapan. Dengan pantas, tanpa ragu-ragu PAS ditendang keluar. Namun tetap memerlukan mereka ketika dalam Dewan Undangan Negeri
(DUN).

Macam mana hendak berjumpa denga para pengundi kalau macam ni? Amanah rakan politik, begitu juga dengan DAP. Sementara PAS masih diperlukan lagi di DUN.

#scs93 #prksgbesar#PrkSgBesar#KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB 

CALON PAN YAKIN DAN PASTI UNDI SOLID PENGUNDI CINA KEPADA MEREKA

Belum apa-apa sudah hanyut dilamun mimpi, belum apa-apa sudah terlalu yakin bahawasanya parti Amanah sudah mampu menawan Sg Besar.

Calon Amanah, Ustaz Azhar memberi ceramah di Skinchan malam tadi selepas menyelesaikan solat tarawih, agaknya kerana terlampau teruja dengan pengundi cina, maka keyakinan tehap tertinggi sudah terpahat dijiwa mengatakan Amanah mampu memenangi dengan undi popular pada PRK Sg Besar nanti.

Mengikut pengiraan, 50% sahaja mengatakan pengundi cina percaya dengan Amanah, juga harapan sukar juga untuk pengundi cina memberi undi kepada Pas.



Ketika Pas juga masih tercari-cari keyakinan, malah menyahut saranan akar umbi dengan maksimum, mengatakan mereka juga mampu mengambil hati pengundi cina walaupun sudah tidak berkawan rapat dengan Dap.

Ura-ura mengatakan Pas nampak goyang ketika Amanah sudah mengerakkan jenteranya di Sungai Besar juga menunjukkan tidak mungkin Amanah dan Pas itu mampu bersatu. Malah dirisaukan bergasak bila bertemu depan-depan.

Adakah dengan satu undi kepada pembangkang, kepercayaan orang Sungai Besar boleh diberi dengan janji bertelagah sesama mereka?

#scs93 #prksgbesar#PrkSgBesar#KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB

PARTI AMANAH YAKIN SAPU BERSIH DENGAN MAJORITI MUDAH DI SUNGAI BESAR?

Mengikut kiraan matematik, Pan parti selian Mat Sabu mampu memberi saingan sengit kepada Pas dan BN.
Tetapi keyakinan Pan ibarat terlalu hebat dengan pasti dan sahih undi orang melayu pasti memihak kepada mereka disebabkan menjadi sekutu rapat Dap yang menolak Hudud.

Walaupun di anggap chep khadam Dap, Mat Sabu tidak peduli perihal itu kerana mood orang Melayu sudah berbeza, dengan isu berbangkit di palit BN, ketidakjujuran Pas, malah sikap Pas yang terlampau ekstrim akan mengusarkan pengundi cina. 

Ini akan menguntungkan Pan dan menaikkan rating Pan sebagai parti yang lebih hebat dari Umno serta Pas.
Walaupun Pan parti baru cara berkesan dalam memberitahu parti ini adalah khadam Dap, pasti menyahut lebih ramai orang Melayu menjadi ahli dan mengundi Pan pada PRK Sg. Besar pada 18 Jun 2016 nanti.

Pas tidak relevan? Umno pun tak relevan? 

Hanya jauhari mengenal manikam.

#scs93 #prksgbesar#PrkSgBesar#KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB

 
 
 

Ahad, 5 Jun 2016

AZMIN SUDAH MENILAI, PAN PERLU DIBANTU SEBAIK MUNGKIN UNTUK KEMENANGAN MUTLAK PRK SG BESAR

Azmin dipersimpangan delima, ingin ke sana salah ke sini juga salah, maka satu jawapan perlu diberikan juga, akhirnya dia tetap turun membantu Pan.

Tetapi strategi azmin ini mudah nak faham, berbaik dengan Pan, tapi dalam diam membantu juga Pas.

Dia pasti tidak mahu spikulasi berkenaan pentadbirannya yang korup dan rasuah terpalit.

Pasti juga kaitan itu tidak mahu dikaitkan dengan Pas. Sedangkan Pas yang menjadi penyelamat untuk jawatan MB yang disandang Azmin sekarang.

Azmin pening kerana serangan Rafizi terhadapnya juga memungkinkan jawatan MB yang disandangnya dalam bahaya.

PRK Sg Besar juga membuktikan, Pakatan Harapan dan Pas tidak mampu bersatu hati. Malah mereka bertelagah sehingga ada yang mengejek sama sendiri pada penamaan calon pagi tadi. Katanya Taressa kok kena 'boo' dengan penyokong Pas ketika berjalan di laluan penyokong Pas, sehingga unit Amal Pas membantu memberi laluan keluar kepadanya.

Jadi kepada pengundi Sg. Besar, relevan lagikah parti pembangkang?

#scs93 #prksgbesar#PrkSgBesar#KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB

REALITI PRK SUNGAI BESAR, PAN DAN PAS INGIN MENUNJUKKAN SIAPA YANG PALING KUAT!!

Dari segi konteks perperangan politik, Umno dan Pas sejak dahulu lagi agak sukar berbaik walaupun sekadar kesaksamaan ukhwah.

Realitinya masing-masing mengikut prinsip perjuangan parti masing-masing.

Dahulunya tuduhan terhadap Umno ini hanya melayu, melayu, tidak Islamik sudah tidak relevan lagi untuk modal Pas. Ingat lagi kata-kata Ustaz Mcd, Azhar Idruz, Umno hanya perjuangkan agama Melayu, tidak Islam, perli-perli yang pedih hanya ditujukan kepada Umno. Ibarat Umno parti tidak mendapat rahmat.

Ketika Pas berpecah dan wujudnya Pan (Amanah). Pan pula menyerang Pas dengan nada keterlaluan, ibarat musuh yang tidak mampu dekat. Pan menaji sehingga menganggap Pas sebagai balaci Umno, perosak Pakatan, tidak menghormati Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang.

Alangkah malangnya parti Pan yang dianggap baru menjadi balaci sepenuh masa kepada Dap. Malah presidennya Mat Sabu sudah dianggap khadam suci untuk Dap.

Pertembungan 3 penjuru antara BN vs Pas vs Pan sudah dianggap impian Dap melaksanakan perpecahan maksimum kepada orang Melayu terutamannya.

Pan sudah terlalu yakin untuk menjadi parti baru pertama menang parlimen di Sg Besar.

Pas pula menganggap mampu menjinakkan BN dengan keyakinan merampas kerusi milik BN itu.

Tetapi harus diingat, aura YB Budiman bukannya dilabel biasa-biasa, tetapi aura YB Budiman sudah terpatri disanubari orang Sg Besar.

Kita tunggu dan lihat, diharap kemenangan untuk BN, kerana BN sahaja yang relevan.

#scs93 #prksgbesar#PrkSgBesar#KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB