Jumaat, 17 Jun 2016

SELAMAT MENGUNDI ORANG SG BESAR!! #SCS93 #PrkSgBesar #KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB

Esok penentuan adakah BN mampu mempertahankan kerusi parlimen ini? Atau kejutan dari Pan iaitu boneka Dap dalam merealisasikan impian mengalahkan Pas sebagai parti Islam tersohor.

Mengikut apa yang diperkatakan oleh seorang rakan, situasi panas pada saat akhir bukan ditujukan kepada BN, tetapi situasi panas ini dalam jangkaan dimana Pan dan Pas mungkin bertarung sangat hebat pada saat akhir. Mereka mahu menunjukkan siapakah jaguh.

Sekiranya pengundi cina di Sekinchan cerdik, menolak Dap, maka bungkus ikat tepilah Pan. Maka tepuk dahilah Mat Sabu.

Kita tingggu dan lihat keputusannya esok. Undi BN rakyat ke hadapan, undi Pakatan Harapan rakyat tak ke mana.

MAT SABU ANGGAP HADI AWANG SEBAGAI PENGECUT KERANA TIDAK MENYOKONG "DEKLARASI RAKYAT" #SCS93 #PrkSgBesar #KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB


Memang nyata, Mat Sabu sememangnya berdendam dengan Hadi, dalam ceramahnya, pasti tersebut nama Hadi Awang yang didendaminya kerana kekalahan memalukan pemilihan Pas tahun lepas.

Sudahnya wujudnya Pan, tetapi alangkah kelakarnya bila Mat Sabu sudah menganggap Mahathir pula sebagai hero dalam Pakatan Harapan, apa sudah hilang akal kah? Sudah lupakah dia yang Mahathir ketika berkuasa, pembangkang dilayan bagaimana ketika itu. ISA diwujudkan sehingga ramai dikalangan pemimpin pembangkang dipenjara, disoal siasat.



Adakah patut pemimpin yang dianggap MahaZalim sudah boleh dianggap MahaAdil kepada puak Pakatan Harapan? Gila bukan politik separa binatang ini.

Paling kelakar, sudah ada saranan supaya melantik Mahathir sebagai Ketua Umum Pakatan Pembangkang atau istilahnya KETUM.

Makin bercelaru perjuangan Pakatan Harapan. Rosak, punah ranah.

"Ada sesuatu yang tak kena", demikian kata-kata ringkas Mohamad Sabu ketika mempertikaikan tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mahu menyokong Deklarasi Rakyat.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, persoalannya kini kenapa PAS mahu berjuang habis-habisan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi tidak ketika pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu turut mempersoalkan kenapa presiden parti lamanya itu hanya mahu menjadi penasihat Umno dan BN pada waktu ini, walaupun BN mengamalkan dasar yang sama sejak dulu.

“Dia tak mau tandatangan Deklarasi Rakyat sebab dasar (BN) serupa. Kalau dasar serupa, ada Najib atau tak ada, kita kena lawan kerajaan BN.

“Kenapa nak jadi penasihat kepada UMNO?,” soalnya kepada hadirin.

Mat Sabu dalam ceramahnya turut menasihatkan mereka yang hadir, terutama penyokong PAS untuk mengundi Amanah dengan menyatakan undi yang diberikan kepada PAS adalah sia-sia.

NELAYAN DI SEKINCHAN SUDAH PANAS HATI DENGAN DAP, CAKAP SAHAJA HEBAT KATA MEREKA!! #SCS93 #PrkSgBesar #KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB



Apa lagi nak dibanggakan dengan Dap, mereka memang cerdik menghasut sahaja, tetapi bila rakyat dalam keadaan sukar, mereka paling last muncul, malah boleh dikatakan mereka tepuk perut sahaja membiarkan sekiranya rakyat itu ditimpa musibah.

Ini terbukti bila dua nelayan yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia berjaya dibebaskan dengan bantuan Umno dan kerajaan BN dalam menyelesaikan pembebasan mereka.

Paling kurang adab apabila Adun Sekinchan mengatakan itu bukan masalahnya, penyelesaian itu biarlah kerajan pusat yang selesaikan, bukan dirinya.

Nampak bukan kebiadaban Adun ini? Kuasa mereka mahu, minta dibantu mereka ludah kan sahaja. Jadi apa pilihan orang Sungai Besar? Pilihannya mudah sahaja pilihlah Ahli Parlimen baru bernama Budiman. kerana Budiman sahajalah sebagai anak jati Sg Besar yang mampu berkhidmad untuk orang Sg Besar.

Berita lanjut MSTAR

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/06/16/pembangkang-tak-akan-percaya-nelayan-bebas/

Khamis, 16 Jun 2016

PAS PATUT GUSAR TAKTIK AKHIR PAN!! #SCS93 #PrkSgBesar #KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB

Dalam seronok membalun BN, walaupun bulan Ramadhan sudahpun masuk hari ke-11, Pan atau Pas sudah menghalakan senjata politik mereka kepada calon BN yang bertanding.

Adakalanya pengkhususan serangan Pan terutamananya berkisar modal lama, malah boleh diakatakan menggunakan isu GST serta modal serangan peribadi terhadap DS Najib dan DS Rosmah agak memualkan suasana.

Rafizi sudah hilang akal di bulan puasa ini dengan tidak kira dosa atau pahala, membuat isu panas perihal jet yang dinaiki Rosmah juga dianggap melecehkan pihak pembangkang sendiri.

Ini kerana serangan membabi buta itu nampaknya ibarat cara Rafizi melepaskan geram melampaui batas terhadap BN dengan menjadikan Rosmah sebagai target.

Malah menyerang Azmin, menyerang Pas, Rafizi terjemahkan dengan nilai perspektifnya sendiri. Sehingga loya tekak orang Pas bila disebut nama Rafizi. Malah dalam kalangan orang Pkr pun sudah berpatah arang dengan Rafizi. Malang sekali insan bernama Rafizi ini.

Jadi kesimpulannya, madah berhelah Pan terutamannya, bakal menzahirkan hari yang malang untuk parti politik baru setahun jagung itu bakal bungkus dengan bergaya.

Itu kata-kata musuh politiknya, tetapi secret bullet Pan hanyalah dari orang cina.

Harap pengundi tidak silap memilih, pilihlah orang tempatan, itu lebih bagus. Undi BN.. Ingat tu.

Gambar di bawah ketika Mat Sabu membuat onar dengan memberi ceramah di markas Pas. Provokasi nampaknya cara begitu.

ELEMEN SABOTAJ DAN SENI POLITIK PROVOKASI YANG BAKAL DIGUNAKAN PADA HARI-HARI TERAKHIR SEBELUM MENGUNDI 18 JUN INI!! SCS93 #PrkSgBesar #KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB

Sabotaj waktu-waktu akhir sebelum mengundi, pasti berlaku cara yang memungkinkan elemen kebencian terhadap pesaing.

Di Sg Besar nampaknya unsur-unsur sabotaj sudah berlaku sejak minggu lepas. Perihal Dap memasang billboard provokasi, telah pun terjadi kekecohan di lokasi billboard itu di pasang. Sudahnya atas kuasa SPR billboard tu sudah pun diturunkan.

Menjadi persoalan, berbaloikah cara provokasi itu, kata pakatan nak mewujudkan satu era politik bebas dan matang katanya. Tetapi yang dilihat hanyalah cara provikasi dan sabotaj yang biasa dibuat.

Jadi seni-seni politik inilah yang kadang-kadang agak berjaya mempengaruhi pengundi. Adakalanya sudah biasa dengan idea sabotaj, sudahnya merugikan juga kerana pengundi akan melihat pelaku dari parti-parti politik yang bertanding.

Gambar dibawah menunjukkan bendera dan billboard yang sudah disabotaj oleh pihak tertentu.

Pengundi Sungai Besar pasti bijak menilai selepas ini.

 

Rabu, 15 Jun 2016

PAN SUNGAI BESAR SUDAH HILANG SEMANGAT!! #SCS93 #PrkSgBesar #KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB

Keyakinan Pan sudah ke tahap terjunam ke lautan dalam, mana tidaknya dengan harapan bantuan Dap yang paling hebat membantu pan, ceramah tanpa henti, hasut orang cina untuk mengundi Pan.

Tetapi bila hanya Dap bertungkus lumus menarik undi terhadap Pan, penerimaan orang melayu terhadap Pan tetap layu, cukup mendukacitakan. Peranan calon juga agak gagal.

Dap sudah pening, apa lagi strategi nak bagi orang Sungai Besar mengundi Pan.

Sekiranya Pan kalah dan hilang deposit, imej pakatan Harapan akan lebih menjunam ke gaunglah gamaknya.

Jadi apa relevannya mengundi parti pembangkang? Jangan perjudikan nasib anda pengundi Sg Besar.

[GEMPAR] PAN SUNGAI BESAR LUMPUH, PROTES TERHADAP CALON SENDIRI, SOKONG BUDIMAN!! #SCS93 #PrkSgBesar #KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB

Dalam kem Pakatan Harapan menampakkan perpecahan maksimum sebelum hari mengundi pada 18 Jun nanti, nampaknya ayat yang terkeluar dari mulut calon Pan, Ustaz Azhar yang dia akan melawat kawasan dua bulan sekali memang memakan diri.

Memang benar, layakkah calon yang tiada krealibiliti membuat perihal modal yang membodohkan dirinya sendiri? Malah Dap juga yang sejak awal minggu lepas sudah bersungguh-sungguh untuk membantu calon Pan ini. Dap yang terpaksa melakukan taktik radikal dan jahat untuk menyerang parti BN dan Pas dengan meletakkan billboard biadab baru-baru ini.

Tetapi adakah cara itu berbaloi? Nampaknya keterampilan calon Pan dan Pas semacam tidak mampu menandingi popularnya YB Budiman di Sg Besar. Moga BN meraih kemenangan yang bergaya pada 18 Jun nanti.



PAN SUNGAI BESAR LUMPUH, PEMIMPIN SOKONG BARISAN NASIONAL

Timbalan Ketua Parti Amanah Negara (PAN) Sungai Besar mengetuai seramai seramai 32 AJK (Penaja) parti tersebut sebulat suara menolak calon mereka, Azhar Dato' Ab Shukur dan berikrar akan membantu kempen calon Barisan Nasional, YB Budiman Mohd Zohdi di PRK P093 Sungai Besar.

Mohd Sapigni Tulus turut menggariskan beberapa sebab atas tindakan mereka, antaranya pucuk pimpinan tertinggi PAN telah meletakkan calon yang salah, tiada kredibiliti, bersifat Touch N Go, memiliki ciri-ciri bongkak, angkuh, sombong dan tidak bermastautin di Sungai Besar. (tetapi di Pahang)

Menurut Sapigni lagi;
“Jika menang sudah pasti beliau tidak mampu merencana dan melaksanakan apa-apa agenda pembangunan, sosial atau masyarakat kerana hanya berada di Sungai Besar dua kali sebulan untuk menjenguk kawasan."

Azhar Dato' Ab Shukur juga dipercayai merampas kepimpinan PAN Sungai Besar dan menyingkirkan semua pesaing-pesaing politiknya dalam parti dengan cara yang jijik dan kotor.

Sapigni juga menyeru supaya pengundi di Sungai Besar sama ada Melayu, Cina dan India memilih Budiman sebagai galang ganti Azhar kerana hanya Budiman sahaja calon yang sesuai mewakili semua penduduk di Sungai Besar.

Menurut beliau lagi, kesemua AJK (Penaja) tersebut membuat pengakuan sedemikian atas kesedaran diri sendiri, tidak dibayar walau sesen pun untuk menolak Azhar sebagai calon PAN dan bersedia dipecat dari parti.

‪#‎inilahBudiman‬
‪#‎KekalBN‬

Selasa, 14 Jun 2016

KECELARUAN MATLAMAT MENGHALALKAN CARA? #SCS93 #PrkSgBesar #KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB

 

 
Selagi niat dendam tidak terlaksana, disitulah matlamat menghalalkan cara dilakukannya, bila hati sudah kelam, bila jiwa sudah meracau, tidak ada satupun perihal lain yang dia perkatakan, duit, duit, duit, ibarat menjadi hamba duit, ibarat tidak puas dengan kekayaan.
 
Mengatakan orang lain rasuah, tetapi di zaman dia memerintah, rasuah ibarat kawan rapat, menuduh orang mencuri duit, di zaman dia mencuri dan merompak itu sudah biasa dia dan kroni-kroninya.
 
Menuduh peribadi orang tidak baik, sedangkan anak dia sudah hanyut dikawal liberal. Jadi untuk apa meneruskan apa yang tidak mampu dilakukan, Sudah-sudahlah Tun Mahathir. 

Di PRK Sg Besar, diharap pengundi tidak terpesong dengan cara dia yang sanggup bersekongkol dengan pembangkang demi satu matlamat, Najib kena undur. BN kena dikalahkan.

Memahami Gerakan Kempen Anti-Najib dan Percaturan Politik Tun Mahathir
 
■ Ada agenda peribadi yang diperjuangkan oleh Tun Mahathir sehingga beliau nekad untuk menongkah arus dilewat usianya. Bukan kali pertama di dalam sejarah negara kita Tun bertindak melawan kepimpinan Perdana Menteri Malaysia. Dari zaman arwah Tunku Abdul Rahman sehinggalah sekarang zaman DS Najib. Kalau dulu agenda peribadinya sukar dibaca tetapi sekarang tidak lagi, di mana semakin terserlah halatuju perjuangannya yang dilihat lebih peribadi dari agenda memperjuangkan nasib rakyat.

■ Selama 22 tahun Tun sebagai Perdana Menteri isu2 yang diperjuangkan lebih kepada isu 2 dalam 1 dengan membawa bersama kepentingan dirinya dan kroni2nya sambil mensaluti perjuangan tersebut dengan isu2 membela nasib rakyat dan isu2 antarabangsa. Ianya hanyalah lakonan Tun semata2.

■ Rakyat Malaysia dapat melihat dengan jelas kroni2nya seperti TS Ananda Krishnan, TS Vincent Tan, TS Franchis Yoeh, TS Rafidah Aziz, TS Syed Bukhari dan ramai lagi menjadi jutawan malah menjadi billionaire dengan mengaut keuntungan serta kekayaan peribadi yang diluar jangkaan kita. Ini tak terkurang dengan kekayaan yang melimpah ruah anak2nya DSMM, Mokhzani, ipar ruar yang mendapat segala bagai saham2 percuma, perlantikan ke jawatan penting dan kedudukan istimewa melalui projek2 ciptaan Tun serta kroni2 Tun.

■ Perniagaan sumber bekalan tenaga bebas persendirian, pelbagai AP, konsesi2 lebuhraya, ERL dll telah memalitkan masalah kos sara hidup yang semakin meningkat, tarif electric yang tinggi, bebanan tambang rangkaian pengangkutan awam, peningkatan kadar tol konsesi lebuhraya2, masalah2 monopoli perniagaan sistem AP, peningkatan kadar bunga pinjaman bank dll sangat menghantui perasaan rakyat marhein sehingga ke hari ini. Rakyat marhein adalah pengguna tegar yang terpaksa membayar setiap hari demi mengharungi kelangsungan hidup.

■ Persoalan: kenapa tangan Tun Mahathir yang mencincang, bahu DS Najib perlu memikulnya?. Kenapa rakyat perlu menyalahkan DS Najib dengan mendengar hasutan Tun Mahathir?. Kenapa Tun Mahathir tidak memberi peluang dan ruang kepada DS Najib untuk memperbetulkan perjalanan ekonomi negara dan seterusnya membela nasib rakyat marhein?. Atau Adakah bagi Tun membela kroni2nya, membela anak2nya serta kaum kerabatnya adalah lebih utama dari membela nasib rakyat?. Kenapa Tun memanipulasi isu2 tersebut dan cuba menyalahkan perancangan DS Najib untuk membawa Malaysia mengikut acuan beliau?.

■ Sepertimana yang dijangkakan, Tun Mahathir seboleh2nya ingin mempengaruhi pemikiran rakyat dengan permainan isu2 yang sengaja diada2kan. Siapakah yang terpengaruh dengan mainan politik Tun dan berapa ramai yang terpengaruh?.

■ Ada yang terpengaruh tapi Bukan diluar jangkaan dan tidak ramai. Mereka ini hanyalah kumpulan Kempen Anti-Najib (Anti-Najib Campaign) antaranya;

1. Puak2 serpihan dari parti UMNO yang menamakan mereka sebagai team B UMNO.
◇ Golongan ini disertai oleh Persatuan Gabungan Ketua2 Cawangan UMNO Malaysia yang ditunjangi kebanyakannya oleh ahli2 PERKASA.
2. Segelintir Veteran2 UMNO.
3. Ahli2 perniagaan yang merupakan kroni2 Tun Mahathir.
4. Penyokong2 tegar TSMY, DSMM, DSSA dan kumpulan2 yang berkepentingan.
5. Parti2 politik pembangkang seperti DAP dan PAN tetapi tidak PKR dan PAS.

■ Pada ketika dan waktu ini, perjuangan Tun dan gerakan anti-Najib tidak akan ke mana2.

Perjuangan dan pengaruh Tun telah semakin pudar. Di penghujung usia dan penghujung karjaya Tun sebagai orang politik, beliau perlu muhasabah dirinya sendiri dan kalau boleh bertaubat lah dari terus menyusahkan rakyat marhein. Kepada Tun Mahathir, kembalilah ke pangkal jalan. 
 
Sumber KLIK

PAS BUAT DAH PERIHAL KELAKAR SERAM VERSI KE-2!! #SCS93 #PrkSgBesar #KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB


Aduhai sahabat Pas, maaflah, terpaksa tegur juga walaupun nak diikutkan malas nak mentarbi Pas sebenarnya, tetapi gelagat-gelagat Pas yang kadang-kadang tidak belajar dari kesilapan diteruskan, malah menampakkan tidak matang, sedangkan Haji Hadi dan pemimpin atasan Pas menekankan konsep politik matang dan berhemah.

PRN Sarawak sudah membuktikan yang modal GST akan naik itu tidak betul, malah modal dari Dap yang beriya-iya mengatakan kadar GST akan dinaikkan sehingga 10% memang amat kelakar sebenarnya. Takkan Pas guna modal dari Dap kot.


Mana mungkin semudah air liur untuk menaikkan kadar GST sesukahati, ini melimatkan kos operasi yang sangat besar dan bakal membebankan semua, adakah untuk menggunakan modal itu sengaja memperbodohkan pengundi atau nak menanam imej negatif serta krealibiliti calon Pas itu sendiri, Dr Rani? Siapa tahu kan.

Malah promosi lesu terhadap calon juga nampak macam ketara, semalam viral perihal Pas menggunakan modal gula tanpa GST, kononnya harga yang diberikan itu adalah harga tanpa GST, tetapi hakikatnya gula mana ada dikenakan GST.

Kalau nak kata GST itu haram, GST itu tidak betul, semasa GST nak dilaksanakan, paling awal meletakkan signboard yang semua operasi Majlis Perbandaran akan dikenakan cas GST.. Siapa lagi sudah tentu lah Kerajaan Selangor, manfaat GST itu sudah mereka dapat juga. Nanti Pan akan tarbi pula kerana Pas mengambil modal mereka.

Sumber Gambar GAP-N

Isnin, 13 Jun 2016

CARA KEMPEN YANG KELAKAR SERAM!! #SCS93 #PrkSgBesar #KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB

Kadang-kadang cara mengamit undi pengikut Pas memang kita ketahui agak rare sedikit. Dulu masa Pru13 cara dan strategi banyak digunakan elemen keras sedikit seperti isu cukai, peribadi, kebajikan dan isu semasa ketika itu.

Paling diingati adalah replika cincin, bag serta patung rosmah mansur yang agak konterversi ketika itu. Malah ada gunakan kain kapan. Mungkin bagi pengikut itu melucukan. Hakikat itu sangat menjelekkan suasana yang ketika itu memang panas.

Kali ini Pas mungkin jem atau hank idea bagaimana nak upgratekan modal membantu calon parti mereka. Tapi penulis tabik jugalah kerana Pas tidak gunakan lagi cara radikal bila berkempen kalau nak dibandingkan cara mereka dahulu. 

Mungkin kerana perpecahan mereka memungkinkan perihal tersebut. Tetapi modal berkempen kali ini juga fail. Maaf cakap, sepatutnya kaji dan study dulu.

Nilaikan jelah ye. Kesian.

AZMIN MUNGKIN TAKUTKAN RAFIZI, JADI DIA GUSAR AKAN JAWATANNYA BAKAL DICANTAS!! #SCS93 #PrkSgBesar #KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB

Pkr sudah mengalami fasa kemusnahan menyeluruh, memungkinkan peranan Pkr dalam Pakatan Harapan akan dilenyapkan secara total selepas ni.

Bagaimana Azmin boleh membiarkan perihal kebobrokan Pkr begitu sahaja. Tanpa jentera membantu di Sg. Besar. Lesu, lunyai tanpa membantu calon Pan, Ustaz Azhar.

Teka teki mungkin sudah terjawab, atas arahan siapakah yang tidak membenarkan Azmin menunjukkan muka di Sg Besar?

Ramai penyokong mereka juga tertanya, alasan mengatakan Azmin terpaksa melakukan kerja-kerja Kerajaan Negeri itu memang lucu. Sg Besar bukan kawasan Selangor agaknya.

Adakah ini menunjukkan ada unsur sabotaj? Dap seboleh mungkin pukul kiri dan kanan untuk membantu calon Pan.

Tetapi Azmin buat bodoh alang membiarkan hanya Pan dengan jentera bosnya Dap, Pas dengan jenteranya yang macam tidak meriah.

Ataupun Azmin nak memenangkan calon Pas, Dr. Rani tetapi membantu dalam diam dari segi sumber kewangan? Mungkin.

Rafizi sudah mengugut Azmin, perihal skandal rasuah perempuan dipentadbiran Azmin. Sprm sudah merangkakan siasatan. Adakah itu juga sebagai satu alasan kepada Azmin untuk tidak menjunjukkan dirinya di Sg Besar.

Itulah drama kalut Pakatan Harapan, Pas dengan gaya egonya, Pan dengan gaya angkuhnya.

Jangan lupa Undi BN

MENGAPA PILIH BUDIMAN? #SCS93 #PrkSgBesar #KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB

Sudah masuk lapan hari Sg Besar yang sebelum ini biasa-biasa tetapi menjadi luar biasa kerana Pilihanraya kecil yang akan diadakan Sabtu, 18 Jun ini.

Orang Sg Besar pasti ingin memilih yang telus, sekarang mereka perlulah menilai dan memahami perlunya Ahli Parlimen yang bekerja untuk mereka, menyelesaikan masalah mereka.

Jawapannya mudah, hanya Budiman mampu melakukan tugas itu, kerana rekodnya di Dun Sg Panjang membuktikan komitmennya untuk rakyat di sana. Semua tahu. Baik tua, muda, pelajar, semualah, Budiman cukup cepat dan pantas bersama mereka.

Inilah Budiman. Jangan silap percaturan mengundi pembangkang, malah mengundi pembangkang alamatnya tiada apa yang perlu diperkatakan lagi. Hanya kosong dengan janji. 

Ahad, 12 Jun 2016

MAHATHIR JUAL UBAT LAGI UNTUK MEMUDAHKAN CALON PAN MENANG!! #SCS93 #PrkSgBesar

Mahathir hanya pentingkan dirinya, bukan rakyat Kuala Kangsar dan Sungai Besar

1. Mahathir akan menggelarkan sesiapa saja yang tidak mahu bersamanya sebagai pemakan dedak. Terkini, Pas menjadi sasarannya.

2. Mahathir sepatutnya sedar bahawa sejak dulu lagi Pas memang menentangnya kerana sikap autokratik dan pendiriannya yang menolak hukum Allah. Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, misalnya tegas menolak Mahathir sehingga akhir hayatnya.

3. Tidak mungkin Pas boleh menerima Mahathir apabila dia sekali lagi memperlekehkan hukum Islam di Sekinchan dan menganggap ia tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia. Penentangan Pas ini sudah pasti semakin meningkat kerana Mahathir juga telah bersekongkol dengan Dap dan Pan yang merupakan musuh ketat Pas.

4. Mahathir kelihatan terlalu obses dan terdesak untuk menjatuhkan PM sehingga sanggup mengelirukan masyarakat Cina dan bukan Islam dengan memberikan gambaran bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Hj Hadi Awang telah membentangkan hukum Hudud, sedangkan yang ingin dibentangkan oleh Pas adalah cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) untuk memperkasa Mahkamah Syariah dalam aspek hukuman kesalahan jenayah syariah yang tidak melibatkan rakyat bukan Islam.

5. Demi melaksanakan agenda politiknya, Mahathir sama sekali tidak memperdulikan aspek kestabilan politik dan ekonomi negara. Sikap tidak bertanggung jawab ini jelas apabila Mahathir menyatakan bahawa dia hanya mahu Najib dijatuhkan tanpa memikirkan siapa yang akan mengambil alih kepimpinan negara.

6. Tiada sebarang perkara baru dalam kempen Mahathir di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, melainkan sekadar mengitar semula dakwaan yang diakuinya sendiri, tidak bersandarkan bukti, tetapi andaian semata-mata. Tiada cerita tentang bagaimana rakyat Kuala Kangsar dan Sungai Besar dapat dibela dan bagaimana tahap kehidupan mereka dapat dipertingkatkan lagi kerana bagi Mahathir, itu bukan perkara yang penting.

7. Bagi Mahathir, yang penting hanya kehendak dirinya, bukan kehendak rakyat. Sikap mementingkan diri Mahathir ini jelas apabila dia mahu BN kalah di kedua-dua pilihan Raya Kecik (PRK) ini semata-mata untuk membuktikan rakyat menolak Najib. Jika BN kalah maka dia dapat maju selangkah lagi untuk menggulingkan Najib, suatu yang gagal dilakukannya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lepas.

8. Dalam obsesinya, Mahathir lupa bahawa tujuan PRK ini adalah supaya pengundi Kuala Kangsar dan Sungai Besar dapat memilih wakil rakyat yang boleh memberi khidmat terbaik kepada rakyat di kedua-dua kawasan ini. Rakyat di kawasan ini perlukan wakil rakyat yang dapat membela mereka dan sentiasa turun padang memberi khidmat bakti kepada mereka, bukan sesiapa saja, asalkan ia dapat diperalatkan untuk menjatuhkan Najib.

9. Cara pemikiran Mahathir jelas pincang dan songsang kerana bagi Mahathir, kehendak dan keperluan rakyat TIDAK PENTING, sebaliknya yang penting hanyalah agenda dan kehendak POLITIK PERIBADINYA yang sempit.

Sumber Whatsap

AZMIN NAK SABOTAJ CALON PAKATAN HARAPAN? #SCS93 #PrkSgBesar

Menurut kata sinis penyokong pembangkang di Sg Besar, mereka cukup hairan kerana Azmin sebagai MB macam terpaksa menyorokkan muka ketika Dap yang ke hadapan membantu calon Pan.

Bertungkus lumus Dap untuk memenangkan calon Pan, uztaz Azhar, tapi di mana Azmin?

Alasan mengatakan dia terpaksa menguruskan hal negeri, paling lucu, Azmin terpaksa menyorok muka kerana risaukan ancaman jawatan MB yang akan hilang kerana ugutan Rafizi.

Memang nyata dan pasti, keadaan perpecahan pakatan pasti berlarutan. Silap hari bulan ramai ahli pakatan akan protes. Harap begitulah.

#SCS93 #PrkSgBesar #KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB

AZMIN GAGAL TUNJUKKAN MUKA DI SG BESAR, PETANDA APAKAH ITU?

Sudah masuk hari ke-7 calon-calon yang bertanding di Sg Besar membuat daya tarikan masing-masing untuk menarik pengundi mengundi parti yang bertanding, di hari penentu 18 Jun 2016 nanti.

Menjadi persoalan penduduk di Sg Besar, kemana perginya MB Selangor, Azmin Ali masih gagal menunjukkan muka di Sg Besar. Apakah yang terjadi sebenarnya?

Beginilah keadaannya bila pembangkang dalam situasi genting dalam perbalahan sesama mereka. Mungkin juga Azmin perlu melakukan cara 'play safe' kerana silap percaturan akan merosakkan undi untuk Pan dan Pas.

Sudah diketahui, Azmin tidak bersetuju dengan calon dari Pas, malah berbelah bahagi juga dengan calon Pan, kerana isu skandalnya yang akan Rafizi bongkarkan, menjerumus kepada keadaan sangat sukar membuat keputusan.

Apakah rasionalnya sekiranya pembangkang menang di Sg Besar, mereka tidak bersatu hati, bagaimana nak menjaga rakyat.

Reputasi Pakatan Harapan sudah rosak. Silap haribulan akan bertukar jawatan MB lagi nanti.

#scs93 #prksgbesar#PrkSgBesar#KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB



Azmin tersepit dalam memberi komitmen kepada Pas atau Pan

Ketidakhadiran Datuk Seri Azmin Ali selepas hari penamaan calon pilihan raya kecil Sungai besar menunjukkan calon Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak mendapat restu daripada Menteri Besar Selangor itu, kata Khairy Jamaluddin.

Justeru, menteri belia dan sukan itu menyeru pengundi-pengundi Sungai Besar mengundi calon Barisan Nasional kerana Azmin tidak menunjukkan komitmennya dalam PRK di kawasan itu.

"Tuan-tuan ada nampak menteri besar Selangor ada di kawasan Sungai Besar selepas penamaan calon?

"Oleh kerana masalah yang berlaku dalam Pakatan Harapan hari ini di mana calon dan parti bertanding di sini tidak direstui oleh Menteri Besar sendiri.

"Menteri Besar tidak menunjukkan komitmen kepada kawasan Sungai Besar," kata Khairy ketika berucap di Majlis Penyampaian barangan sukan kepada Persatuan Belia di kawasan parlimen itu.

Sebaliknya, Khairy berkata perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri-menteri lain datang ke Sungai Besar menunjukkan komitmen mereka terhadap pilihan raya kecil ini.

"Saya lihat tiap-tiap hari ada seorang menteri datang, saya rasa timbalan perdana menteri hampir setiap hari di Sungai Besar.

"Maka pilihan satu saja kalau kita nak pilih calon yang menunjukkan komitmen dengan kehadiran menteri, kalau kita menang akan terus menyokong rakyat Sungai Besar," katanya.

Sementara itu Khairy secara sinis menjangka Azmin akan hadir di Sungai Besar selepas media melaporkannya kenyataannya.

"Saya rasa selepas media melaporkan ucapan saya hari ini, esok menteri besar Selangor akan datang," kata Khairy.

Khairy juga berkata undi kepada PAS tidak akan memberi keuntungan kepada pengundi di Sungai Besar kerana parti itu bukan lagi sebahagian kerajaan negeri mahupun HARAPAN.

Pilihan raya kecil Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN, PAS dan Parti Amanah Negara.

Calon Amanah Azhar Abdul Shukur mewakili HARAPAN manakala BN diwakili Budiman Mohd Zohdi dan PAS diwakili oleh Abdul Rani Osman.

Azmin sebelum ini tidak hadir ketika AMANAH mengumumkan calon mereka di Sungai Besar.

Bagaimanapun, timbalan presiden PKR itu muncul pada hari penamaan calon dan mengumumkan jentera PKR akan membantu kempen HARAPAN di sana.

NURUL IZZAH ANGGAP PAN PUNYAI HARAPAN TIPIS DI SUNGAI BESAR


Memang sudah dijangkakan, Pan pasti mempunyai masalah untuk mendekati penduduk di Sg Besar kerana label mereka sebagai khadam Dap, mereka hanyalah mengharapkan Dap, hanya Dap mampu memberikan satu paradigma kehebatan kepada mereka.

Jadi anda anggap Pan ini mampu melakukan perubahan? Parti bercita-cita besar tetapi akalnya sanggup diperkudakan oleh Dap.

#scs93 #prksgbesar#PrkSgBesar#KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB

Nurul Izzah akui AMANAH sukar dekati pengundi Sungai Besar

SUNGAI BESAR: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengakui Pakatan Harapan yang diwakili AMANAH menghadapi laluan sukar mendekati pengundi bagi PRK Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini.

Beliau yang ditemui ketika berkempen bagi calon AMANAH di Pasar Awam Sungai Besar di sini hari ini berkata sukar bagi parti baharu seperti AMANAH untuk menembusi pasaran dan jentera Pakatan Harapan perlu bekerja keras untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

“Jadi pada saya, kerana itulah kita kena bertungkus-lumus dan petugas kami pun memakai baju AMANAH untuk memperkenalkan logo calon dan juga kita (Pakatan Harapan) pilih calon tempatan,” katanya.

Nurul Izzah berkata Pakatan Harapan akan lebih sensitif dalam berkempen ketika bulan puasa ini terutama selepas insiden papan iklan bersifat provokatif yang didirikan sekutunya DAP di sekitar pekan Sekinchan.

Pada PRK itu, calon AMANAH Azhar Abdul Shukur selaku pengerusi AMANAH Sungai Besar ditentang calon BN Budiman Mohd Zohdi manakala PAS mempertaruhkan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman.

Kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar dengan 67.16% pengundi Melayu, 30.70% pengundi Cina, 1.92% pengundi India dan 0.22% pengundi kaum lain.
BERNAMA