Dap,

LAGI PKR DAN RASUAH, KALI INI MANTAN KETUA AMK KENA CEKUP SPRM KERANA PERAS UGUT TOKEY JUDI!!

Lagi pembongkaran pemimpin Pkr dan rasuah, Zuraida baru nak hilang pening, Azmin baru nak puasa full, Rafizi baru nak bergurau modal baru, terpalit pula tangkapan SPRM terhadap Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang JempoL, Datuk R. Sri Sanjeevan.

Akhirnya bangkai-bangkai gajah yang cuba ditutup dengan daun pisang tidak mampu menghalang baunya dari menusuk ke hidung orang ramai. Bertemulah buku dengan ruas, syok-syok dok bongkar hal orang, fitnah sana sini, parti sendiri hancur lebur dengan rasuah. 

Satu je nak beritahu, time to payback brother.. hahaha..


Pengerusi NGO Mywatch Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Jempol ditahan semasa terima wang.

Datuk R. Sri Sanjeevan dilaporkan telah membuat ugutan terhadap Goh Toh Hon untuk menyiarkan berita kegiatan haram (judi ekor) di dalam facebook miliknya sekiranya pengadu tidak memberi wang pelindungan.

Laporan Polis dibuat oleh Goh Toh Hon di Serdang. Pada tarikh dan masa yang dijanjikan, Goh Toh Hon telah berjumpa Datuk R. Sri Sanjeevan di Tol Nilai dan menyerahkan duit pelindungan sebanyak RM 25,000.

Sejurus pengadu menyerahkan duit dengan meletakkan di atas tempat duduk penumpang belakang sebelah kiri seperti diarahkan oleh Dato Sri Sanjeevan, pihak Polis telah menyerbu dan menahan Datuk Sri Sanjeevan dan merampas duit berkenaan.

Sejumlah RM 16,080 dan 5 buah handphone ditemui dan dirampas semasa pemeriksaan di dalam kereta Toyota Vellfire bernombor pendaftaran QMW 4 di Balai Mantin.

Selain daripada itu, Datuk R. Sri Sanjeevan turut akan dikenakan tindakan atas kesalahan menggaji pemandu peribadi yang telah tamat permit pada 3 Feb 2016. Lelaki tersebut bernama Muthukumar Manivannan, warganegara India.

2 ulasan:

Azmin Ali,

NAMPAKNYA ZURAIDA MAKIN PANAS, PEMBONGKARAN HARTANYA KERANA SABOTAJ DALAMAN PKR SENDIRI?

Satu persatu perkara luar jangkaan terjadi terhadap parti Anwar Ibrahim, kalau Rafizi berbangga membongkarkan apa saja berkenaan pemimpin Umno, macam-macam tuduhan tidak berasas mereka lampirkan, sampai berbangga pembongkaran mereka adalah kerana untuk kesejahteraan rakyat kononnya.

Sudahnya pemimpin Pkr pula mengalami klimaks nikmat merompak apa saja tanpa pengatahuan orang sekeliling, hah sekarang mana nak letak muka?

Setelah Rafizi ingin bergasak dengan Azmin, serta tuduhannya berkenaan rasuah perempuan didalam kepimpinan MB Selangor itu. SPRM pun sudah menjalankan kerjanya, adakah pembongkaran salah laku terhadap pemimpin Pkr ini kerja Rafizi atau perang saudara sudahpun berlaku dalam diam dalam Pkr?

Parti begini nak rakyat percaya? Punggah bro..


AHLI PARLIMEN AMPANG PERLU JAWAB DAKWAAN DAN ISYTIHAR HARTA

Satu Malaysia hari ini telah digegarkan laporan berita di media sosial yang mendakwa Ahli Parlimen Ampang mampu memiliki 9 kenderaan mewah.
Antara senarai kenderaan yang dimiliki Ahli Parlimen Ampang setakat ini seperti yang didakwa adalah:-

1. No kenderaan : WRL 575No enjin : B5254 T2 A027402Model : VOLVO XC90 2.5 TTarikh daftar : 01.07.2008Pemilik : Zuraida Bt KamaruddinKP : 580314 71 5206Harga kenderaan : RM 355,000.00

2. No kenderaan : BLR 9680No enjin : 1129 1331 8818 93Model : Mercedes Benz E240Tarikh daftar : 24.05.2012Pemilik : Zuraida Bt KamaruddinKP : 580314 71 5206RM 133,000.00

3. No kenderaan : WNA 276No enjin : 1KD687 8384Model : Toyota Hilux Double Cab 3.0 ATTarikh daftar : 03.11.2011Pemilik : Zuraida Bt KamaruddinKP : 580314 71 5206Harga kenderaan: RM 107,000.00

4. No kenderaan : WTY 1547No enjin : 2KD650 8915Model : Toyota Hilux Double Cab 2.5 ATTarikh daftar : 31.05.2010Pemilik : Zuraida Bt KamaruddinKP : 580314 71 5206Harga kenderaan: RM 99,000.00

Dan juga beberapa buah kenderaan yang difahamkan milik Ahli Parlimen Ampang tersebut.

Ahli Parlimen Ampang tidak punyai pilihan dan tidak boleh berdolak-dalik. Beliau wajib mengeluarkan satu respon serta-merta yang khusus dan boleh dipercayai mengenai dakwaan yang teramat serius ini.

Ahli Parlimen Ampang juga wajib membuat satu kenyataan bersumpah untuk mengisytiharkan harta dan aset-aset yang beliau miliki.

KEADILAN menggesa agar satu badan siasatan bebas ditubuh secepat mungkin untuk menyiasat dakwaan-dakwaan ini, dan jika perlu akan berusaha mengenalpasti mekanisme untuk membolehkan badan siasatan bebas ini diwujudkan.

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
21 Jun 2016

1 ulasan:

PAKATAN HARAPAN DISANTAU MABUK TODI UNTUK MENAWAN PUTRAJAYA


KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan yang diketuai parti DAP dan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) ibarat sebuah gabungan parti pembangkang yang sedang `mabuk’ untuk mendapatkan kuasa memerintah negara.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, mereka mabuk kuasa kerana terpesona dengan cita-cita mahu menjadi Kerajaan Persekutuan hingga sanggup menyebarkan dakyah bahawa PAS kini menjadi tunggangan UMNO.

“Ketika PAS berpecah dengan DAP, PAS dituduh DAP sebagai tunggangan UMNO. Tuduhan itu mudah dihilangkan kerana PAS tidak pun mengikat sebarang perjanjian dengan UMNO sebagaimana ikatannya dengan DAP semasa dalam Pakatan Rakyat dahulu.

“PAS tunggangan UMNO hanyalah persepsi murahan golongan lemah yang terpelanting akibat disantau mabuk ‘Road To Putrajaya”,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau dipercayai berkata demikian bagi menyindir DAP yang sering memperlekehkan PAS sejak disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang pada tahun lalu.

Segelintir pihak pula berpandangan kenyataan Ketua Pemuda PAS itu ditujukan ke atas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana meminta penjawat memberi sokongan kepada Pakatan Harapan untuk menawan Putrajaya jika mahu mendapat bonus yang banyak setiap tahun.

Mohamed Azmin semalam mengumumkan bonus hari raya sebanyak 1.5 bulan gaji, kenaikan gaji dan penambahan elaun perumahan kepada kira-kira 17,000 kakitangan awam di Selangor ekoran kekalahan teruk Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini.

Pengumuman itu dilihat sebagai satu langkah terdesak Mohamed Azmin untuk menyelamatkan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor selain bertujuan memesongkan perhatian orang ramai daripada kekalahan mengaibkan wakil Pakatan Harapan dalam kedua-dua PRK terbabit.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas berjaya mengulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui misi `Langkah Kajang’

Nik Mohamad Abduh dalam pada itu berkata, adalah haram untuk PAS bersama pihak pembangkang yang menentang kerajaan sehingga lebur segala prinsip perjuangan Islam demi menjatuhkan kerajaan.

Kedahnews.com

7 ulasan:

KERAJAAN PKR SELANGOR AKAN BERGOLAK LAGI LEPAS RAYA INI!!


Selepas berakhirnya Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar semalam, pastinya akan timbul pelbagai persoalan mengenai masa depan PAS didalam kerajaan negeri Selangor. Ini kerana, sepanjang kempen berlangsung, tidak ada seorangpun wakil mahupun Menteri Besar Selangor hadir bagi memberi sokongan atau bantuan kepada PAS di Parlimen Sungai Besar.

Malah, dalam dua majlis berasingan yang dianjurkan oleh PAN dan DAP, Datuk Seri Azmin Ali hadir kedua-dua majlis berkenaan dan menariknya, di kedua-dua majilis ini, Azmin menyatakan sokongan penuh kerajaan negeri dan jentera PKR kepada PAN, bukan PAS yang menjadi sekutunya didalam kerajaan Selangor.

Amat mudah difahami bagaimana reaksi PAS berhubung perkara ini. Ketika kali pertama Azmin mengumumkan bahawa kerajaan negeri dan beliau secara peribadi, menyokong pencalonan PAN berbanding PAS walaupun calon PAS, Dr Abdul Rani Osman hadir pada majlis berkenaan, sumber dalaman PAS pusat dan PAS Selangor nyata kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Azmin ini.

Malah, ketika kali kedua Azmin mengumumkan komitmennya, PAS Selangor sekali lagi mengeluarkan amaran kemungkinan mereka akan keluar dari kerajaan Selangor andai Azmin tidak menjaga sensitiviti mereka. Semalam, selepas kegagalan PAS memenangi kerusi Parlimen Sungai Besar ditambah pula dengan penurunan majoriti, kesabaran PAS kini dilihat sudah sampai kepada kemuncaknya.

Dalam satu reaksi yang ditonjolkan oleh seorang pemimpin PAS Selangor yang ditemui sebentar tadi, beliau jelas menyatakan, PAS berkemungkinan Besar akan mengadakan mesyuarat tergempar peringkat negeri bagi mempertimbangkan kemungkinan untuk keluar dari kerajaan Selangor dan sekaligus membentuk blok pembangkang baru di Selangor bersama-sama ADUN BN dan dua ADUN bebas.

Ini sekaligus membawa 4 orang Exco PAS yang masih berada didalam kerajaan Selangor terpaksa mengemaskan meja masing-masing bagi menuruti kemahuan kepimpinan PAS kali ini. Malah ada dikalangan ahli PAS sendiri telah menyuarakan pandangan supaya mereka keluar dari kerajaan Selangor pimpinan Azmin kerana jelas, Azmin tidak lagi menganggap PAS sebagai sekutu dalam kerajaannya.

8 ulasan: