Khamis, 14 Julai 2016

Selagi Ada Dap, Selagi Itu Wujud Sentimen Perkauman – Huan


KUALA LUMPUR, 14 Julai – Sesiapa saja pasti akan melakukan bantahan dan meluahkan ketidakpuasan hati mereka sekiranya agama, bangsa atau hak mereka dihina dan dicabuli oleh pihak-pihak yang berniat tidak baik, kata Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan.

Katanya, bukan sekali bahkan sudah berulang kali umat Islam di sini berhadapan dengan provokasi melampau dan biadap dari kepimpinan DAP. “Kali ini perayaan Aidilfitri pula menjadi sasaran pemimpin rasis Nga Kor Ming,” katanya.

 Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan berhubung anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang didakwa memuat naik status dalam akaun Facebook miliknya dengan menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri.

 “Pemimpin Dap ini dilihat sentiasa melakukan provokasi di dalam akaun Facebook miliknya yang kini telah ‘lenyap’ secara tiba-tiba. “Kenapa Dap perlu mewujudkan suasana tegang antara kaum terutama Cina dan Melayu sedangkan kita boleh hidup dalam suasana aman serta saling hormat menghormati antara satu sama lain?”

 Tegas beliau, tentunya tidak adil sekiranya banyak pihak melabelkan orang Melayu dan ahli UMNO yang menentang Nga di hadapan Ibu Pejabat Dap tempoh hari sebagai samseng ekoran tindak balas dari apa yang telah diterbitkan dalam Facebooknya. “Apa pula label yang sesuai untuk kita berikan kepada pemimpin Dap sekiranya mereka berada di dalam situasi yang sama seperti umat Islam cuba menyerahkan memorandum permohonan maaf?

 “Selagi fanatik Kristian seperti Nga Kor Ming terus menghina Islam, selagi itu pastinya orang Melayu dan Islam akan bangkit menentang secara lebih agresif disebabkan corak politik Dap yang jelas ke arah perkauman dan mereka sendiri tidak mampu mengawal tingkah laku luar batasan ahli-ahli serta pemimpin mereka.”

 Bidasnya lagi, mana-mana agama sekalipun jika mereka diancam dan dihina pasti tahap kesabaran ada batasnya. “Jika orang Buddha dan Hindu dihina sedemikian rupa berulang kali secara biadap, penganutnya akan bangun menentang.”

Sehubungan itu, demi kebaikan dan keamanan negara, beliau meminta agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diwujudkan semula bagi membantu meningkatkan penguatkuasaan pihak berkuasa dalam menjaga keselamatan awam terutama terhadap mereka yang sengaja mencetuskan suasana tegang antara kaum.

 “Akta Hasutan yang sedia ada hari ini dilihat mempunyai kelemahannya tersendiri. Banyak kes yang disabit di bawah akta ini tidak dapat diteruskan dan akhirnya ditangguhkan begitu saja. “Kami mohon agar Jabatan Peguam Negara mengkaji semula dan menambahbaik keperluan yang ada untuk Akta Hasutan ini agar ianya dapat mencegah pemimpin rasis DAP daripada bertindak sesuka hati tanpa batasan.” Tambahnya, rakyat boleh hidup dengan aman dan tanpa ada prejudis antara kaum sekiranya DAP tidak lagi wujud di muka bumi ini.

 Pada 6 Julai lalu, akaun Facebook yang bernama Nga Kor Ming telah memuat naik satu status yang bertajuk “Hanya di Malaysia di bawah UMNO, Selamat Hari Raya”, satu karikatur menunjukkan dua budak sedang meminta derma daripada seorang individu. Dalam perbualan dialog yang ditulis dalam karikatur itu, seorang budak telah bercakap “Tahun ni kami tak mintak duit raya.. kami mintak derma..” manakala seorang lagi menjawab “Tak dapat derma, dedak pun ok…” dan karikatur itu diakhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin”.

http://www.umno-online.my/2016/07/14/selagi-ada-dap-selagi-itu-wujud-sentimen-perkauman-huan/

Rabu, 13 Julai 2016

MERAJUK KE ABAM RAFIZI, LAMA TAK DENGAR BERITA!!

Mana pergi Rafizi?

Katanya dia merajuk setelah modal mendajalkan DS Rosmah ketika waktu berkempen PRK Kuala Kangsar dan Sg Besar tidak memberikan hasil nikmat fitnah yang berjaya.

Sudahnya kejayaan besar BN dengan majoriti besar di ke dua PRK tersebut.

Mana Rafizi nak letak muka, ramai pula dalam pakatan harapan membalun dia juga kerana kononnya menikam belakang Wan Azizah kerana menyokong deklarasi rakyat yang diperkenalkan oleh musuh Anwar Ibrahim, Tun Mahathir.

Jadi apakah benar Rafizi merajuk? Atau menunggu idea fitnah yang baru.. siapa tahu.. bukan tak kenal siapa Rafizi kan..




Selasa, 12 Julai 2016

HASUTAN MEMBAWA KEHANCURAN


Pertelingkahan dalam sesebuah keluarga lazimnya disebabkan oleh gejala hasut menghasut di kalangan anggota masyarakat. Situasi yang sama juga berlaku pada sesebuah negara.

Gejala menghasut ini bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan kerana ia mampu merosakkan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Di Malaysia, Akta Hasutan (Akta 15) mula digubal pada 1948 ketika era penjajahan British mengawal dan menentang ancaman komunis. Ancaman komunis menghasilkan darurat dan menghalang tuntutan rakyat mencapai kemerdekaan dari British.

Akta ini dikekalkan dan ditambah baik dari semasa ke semasa terutama setelah berlakunya rusuhan kaum di Singapura (1964) dan Kuala Lumpur (1969).

Walaupun negara sudah merdeka sejak sekian lama, masih ada segelintir rakyat yang tidak memahami erti perpaduan dan keharmonian apabila dengan sengaja mencetuskan pelbagai isu sensitif yang menimbulkan kemarahan masyarakat dan golongan lain.

Menjelang Ramadhan 1434H (Julai 2013), sepasang blogger telah mengundang kemarahan orang ramai apabila memuatnaik sekeping gambar di laman sosial Facebook dengan kapsyen ‘Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh…fragrant, delicious and appetising)’ yang mengandungi logo halal.

Insiden yang mengundang kemarahan orang ramai dengan cara hasutan sebegini berulang lagi sehari sebelum sambutan Eidul Fitri yang laku. Seorang Ahli Parlimen dipercayai memuatnaik status berbaur penghinaan dan memperlekehkan pemberian duit raya di laman sosial Facebook.

Berdasarkan peruntukan undang-undang, Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya jika seseorang itu disabitkan kesalahan oleh mahkamah kerana menghasut.

Selain itu, Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan juga ada menyatakan bahawa seseorang Ahli Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih dari RM2,000.

Akhir November 2014, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah pernah mengesyorkan agar pindaan itu tidak memperuntukkan hukuman denda semata-mata, sebaliknya hukuman penjara lebih berat, tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak melebihi 10 tahun.

Akta Hasutan 1948 ini pernah dilabel sebagai akta lapuk dan tidak relevan. Namun, bagi memelihara keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum, ia dikekalkan dengan cadangan pindaan untuk memasukkan dua peruntukan khas bagi memperkukuh dan menguatkan lagi Akta tersebut.

YAB Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengatakan, kedua-dua peruntukan khas itu bertujuan melindungi kesucian Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.

Timbul juga persoalan, sampai bilakah golongan kecil rakyat Malaysia yang suka menghasut ini dapat mendalami dan memahami maksud sebenar perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk?


Sumber : https://www.facebook.com/friendsofkedaulatan/photos/a.985704631515940.1073741828.852358461517225/1034445286641874/?type=3&notif_t=like&notif_id=1468288186546644

NAK DIVERT ISU GUAN ENG, SUDAHNYA DIA PUN PENING!!


Mungkin Nga Kor Ming nampak cara nak selamatkan Lim Guan Eng adalah dengan sengaja mengusik sensitiviti masyarakat, budaya atau agama umat Islam di Malaysia.

Cara begini mungkin agak keterlaluan, tetapi mampu berjaya kerana bibit kemarahan itu bakal menutup habis isu memeningkan Lim Guan Eng.

Adakah arahan Dap supaya adakan satu divert issue untuk menyelamatkan Lim Guan Eng? Siapa tahu kan, almaklumlah cara itu sahaja Dap pandai.

Nga Kor Ming pada awal syawal dengan sengaja mengaitkan bulan mulia itu sebagai perayaan memberi derma ala umno katanya.

Malah posting mengucapkan Selamat Hari Raya dengan meletakkan bendera Amerika memang sudah nampaka keterlaluannya. Setelah dibalun tanpa belas, malah report polis juga dibuat, Nga Kor Ming padam status konterversi itu.

Ingatkan sudah habis disitu, tetapi dia buat lagi status paling biadab dan kurang ajar, mengaitkan pemberian duit raya ibarat derma atau rasuah, ajaran Umno kata dia.

Sekali lagi nitizen membalun tanpa belas terhadap Nga Kor Ming, tahap kurang ajar yang cukup melampaui batas sebenarnya cara politik kebencian ala Dap ni.

Akibat risau dan nampak dirinya memang bodoh, Kor Ming delete posting itu dan mengatakan ia palsu dan di edit oleh cybertrooper Umno. WTF?

Paling tak boleh terima, ada juga melayu tonggong yang jilat sampai kering kaki Dap ini, malah mengatakan eh, apa yang salahnya Kor Ming kata begitu?

Bodoh juga spisis melayu bhagal dan tolol penjilat air stokin harbi Dap ni.