Sabtu, 23 Julai 2016

MUNGKIN SUDAH MATI AKAL NAK JATUHKAN NAJIB, SUDAHNYA RAMAI PULA MENYIRAP DENGAN PEMBERONTAK, KAH KAH KAH BODOH..



Isu 1MDB

Kepada yang belum faham mohon baca.

Analisis Kisah Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS ke atas 1MDB
1. Pertama, ia bukan saman sivil atau pendakwaan terhadap 1MDB atau Perdana Menteri Najib Razak. Ia adalah saman sivil untuk merampas, mengambil alih dan membekukan aset yang dikatakan dibeli menggunakan dana yang 'dicuri' dari 1MDB.

2. Kedua, kenapa saman sivil ini dibuat? Ia adalah berdasarkan aduan yang dibuat kepada Inisiatif Penemuan Semula Aset Kleptocracy, Jabatan Kehakiman AS. Ia bukan pendakwaan sebaliknya hanya inisiatif untuk memperoleh semula aset yang dikatakan sebagai hasil dari kegiatan haram dan korupsi.

3. Ketiga, siapakah yang didakwa? Tiada seorang pun dari dalam senarai nama di dalam aduan tersebut yang didakwa atas sebarang kesalahan jenayah. Sebaliknya ini adalah inisiatif kerajaan AS untuk membekukan aset-aset yang terbabit. New York Times melaporkan "The people named in the complaint have not been charged with crimes. The defendants in an asset forfeiture case are the properties that the government wants to seize. But an asset complaint does not preclude criminal charges."

4. Keempat, aset apakah yang hendak dibekukan? Antaranya adalah hartanah mewah di New York and California, lukisan Monet dan Van Gogh, serta sebuah jet Bombardier. Semua senarai aset ini adalah berdasarkan aduan yang dibuat kepada Jabatan Kehakiman AS.

5. Kelima, siapakah pemilik aset-aset ini? Sehingga kini tidak disebut siapa pemilik aset-aset ini. Saman ini cuma menamakan Riza Aziz, Jho Low, Mohamed Badawy al-Husseiny, Khadem al-Qubaisi dan seorang lagi yang dinamakan hanya sebagai Malaysian Official 1 sebagai pihak yang terlibat. Nama-nama ini adalah berdasarkan laporan yang dibuat kepada Jabatan Kehakiman AS.

6. Keenam, apakah prosedur untuk rampasan aset ini? Pertama, mahkamah perlu memastikan tiada sebarang pihak lain yang membuat tuntutan terhadap aset ini. Kedua, selepas pemilik aset ini ditentukan, mahkamah perlu memutuskan sama ada wang yang digunakan untuk membeli aset ini benar-benar berpunca dari sumber yang haram. Selepas semua ini dibuktikan, barulah kerajaan AS boleh merampas aset ini.

7. Ketujuh, apakah yang akan dilakukan terhadap aset-aset ini? Jabatan Kehakiman AS akan menjual aset-aset ini dan memulangkan kembali wang yang yang diperolehi dari penjualan aset ini kepada Malaysia.
8. Kelapan, adakah 1MDB terlibat? 1MDB telah membuat kenyataan rasmi bahawa ia bukan pihak yang terlibat dan tidak mempunyai sebarang aset di AS.
Kepada yang dah baca mohon SHARE.
*takkan masih nk bantai dan Uturn lagi utk kali ke berapa ntah

Khamis, 21 Julai 2016

KEPADA PENTAKSUB HARAP BODOH DAN BHAGAL SAMPAI MATI!!

Oleh Raja Petra Kamarudin

Beberapa kenalan menghubungi saya untuk bertanyakan sama ada saya akan memberikan reaksi kepada sidang media Jabatan Keadilan Amerika Syarikat semalam.

Sebenarnya, saya dan isteri kini sedang berada di Poland dan sebentar lagi akan memandu ke Austria, satu perjalanan yang bakal mengambil masa seharian.

Apapun, bagi memuaskan hati anda dan daripada dituduh mengelak untuk membincangkan isu ini, saya akan nukilkan pendapat saya mengenai isu ini namun seringkas yang boleh kerana saya akan berlepas ke Austria sebentar lagi.

Pertama sekali, saya pernah melihat keterujaan yang sama sebelum ini, di mana akhirnya nanti akan pudar dan mati begitu sahaja. Lihat kepada kes yang dikatakan di mahkamah Perancis sebagai contoh.
Bukankah ia sepatutnya adalah satu perbicaraan terbuka melibatkan pembunuhan Altantuya Shaariibbu?
Saya sangat teruja ketika itu hingga saya sendiri pergi ke Paris untuk menghadiri perbicaraannya dan turut disertai editor Free Malaysia Today.

Namun apa yang kami ketahui pada masa itu ialah, kami telah diberikan maklumat yang salah oleh Suaram. Ia bukanlah satu perbicaraan di mahkamah terbuka sebaliknya adalah siasatan tertutup di dalam kamar hakim.

Maka, ia bukan untuk orang awam malah ia bukanlah satu perbicaraan pun.

Dan kami ketahui kemudiannya ia bukanlah mengenai pembunuhan Altantuya sebaliknya sama ada terdapat rakyat Perancis atau syarikat yang terlibat dengan rasuah melibatkan penjualan dua kapal selam kepada Malaysia.

Dan siasatan itu adalah daripada aduan Suaram yang mendakwa mereka memiliki locus standi untuk membuat aduan, di mana di kemudiannya dibuktikan sebagai aduan palsu.

Ia adalah satu anti klimaks dan selepas bertahun lamanya, masih tiada lagi berita mengenai kononnya perbicaraan terhadap satu pembunuhan.

Episod Jabatan Keadilan Amerika Syarikat ini serupa dengan apa yang kami didorong untuk mempercayai mengenai satu perbicaraan di Perancis.

Dan selepas saya menonton video sidang media semalam, nampaknya Jabatan Keadilan lebih kepada mengesyaki daripada fakta yang sudah dibuktikan.
Dalam satu jawapan kepada soalan, mereka berkata siasatan masih lagi berjalan malah beberapa fakta masih tidak dapat disahkan lagi.

Adakah keterujaan di Amerika Syarikat ini akan berakhir seperti apa yang berlaku di Perancis beberapa tahun lalu?

Malah pengadu kepada kes di Perancis itu sudah ditutup dan tidak lagi wujud. Selama beberapa tahun ini, tiada siapa memberitahu kami apa-apa mengenai perbicaraan yang tidak pernah wujud di mahkamah Perancis itu.

Maka, sebelum saya teruja dan bergegas ke Washington, sebagaimana yang saya lakukan ke Paris beberapa tahun lalu, kita lihat dahulu ke mana ini semua akan membawa kita.
Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mengambil tindakan berdasarkan kepada aduan dibuat oleh orang Kempen Anti Najib (Anti Najib Campaign)

Saya masih ingat saya melakukan perkara yang sama 16 tahun lalu iaitu pada 2000 (ketika itu adalah Kempen Bebaskan Anwar atau Free Anwar Campaign - FAC).  Saya pergi ke Washington dan membayar satu firma melobi untuk mengetengahkan penahanan politik Anwar Ibrahim adalah bersandarkan kepada pertuduhan direka dan bukti palsu liwat kepada kerajaan Amerika Syarikat.

Bagaimana ia dilakukan di Amerika Syarikat, di mana saya sendiri sudah lakukan pada masa lalu ialah anda perlu membayar sebuah firma di negara itu sejumlah wang yang banyak dan mereka akan mendapatkan mereka yang berkuasa untuk mendengar kes anda.

Akhirnya nanti, tiada apa akan berlaku (sama seperti kes Anwar yang saya bawa pada tahun 2000) tetapi anda pasti akan mendapat banyak perhatian (sebagaimana apa yang kami perolehi pada tahun 2000).

Saya tidak tahu siapa yang bekerja untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Amerika Syarikat (Anwar menggunakan saya pada tahun 2000). Tetapi siapapun, Najib perlu memecat orang itu segera dan melantik orang lain yang tahu apa kerja mereka.

Jika Najib melantik saya dan memberikan saya satu bajet berjumlah ratusan juta, saya tahu apa yang perlu saya lakukan. Saya pernah lakukan ini untuk Anwar dan ia tidak sampai pun RM1 juta.

Tentu sekali, rakyat Malaysia yang tidak tahu bagaimana sesuatu itu dilakukan di Amerika Syarikat akan teruja secara melampau. Tetapi untuk kami yang tahu bagaimana ia dilakukan, saya memilih untuk bertenang dan meneruskan perjalanan dari Poland ke Austria bersama isteri.
Apapun, kita akan bercerita lagi apabila saya tiba di Austria nanti.

Sumber: http://www.malaysia-today.net/the-us-department-of-justice-bells-and-whistles-show/

TAKTIK SAMA, TUDUH DAHULU, BUKTI KEMUDIAN SAMA SAHAJA STRATEGI MACAM TAHUN LEPAS


U.S. DEPARTMENT OF JUSTICE CIVIL LAWSUITS:
PRIME MINISTER’S PRESS SECRETARY STATEMENT

21 July 2016

Malaysian authorities have led the way in investigations into 1MDB. The company has been the subject of multiple investigations within Malaysia, including by the Malaysian Anti-Corruption Commission, Auditor General and bi-partisan Public Accounts Committee. After comprehensive review, the Attorney General found that that no crime was committed. 1MDB is still the subject of an investigation by the Royal Malaysia Police.

We note the United States Department of Justice’s civil lawsuits brought against various assets. As previously stated, the Malaysian Government will fully cooperate with any lawful investigation of Malaysian companies or citizens in accordance with international protocols.

As the Prime Minister has always maintained, if any wrongdoing is proven, the law will be enforced without exception.

DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN
PRESS SECRETARY TO THE PRIME MINISTER

ps: Bila masa pula kaitannya dengan Najib? Nama Najib ada ke? kita tunggu pembongkaran penipuan ini, sudah lebih ni. Paling win kaitkan 1MDB tetapi aset itu semua bukan 1MDB punya. Tetapi individu yang tertuduh yang punya... kah kah.. babi punya WSJ

Rabu, 20 Julai 2016

KEPALA BANA WSJ NI

LAPORAN TIDAK BERETIKA TERBARU WSJ, MEDIA BARAT DALAM ISU 1MDB

1. WSJ dan rakan sekutunya sekali lagi telah membuat laporan secara tidak beretika untuk menyerang dan memperburuk-burukkan Kerajaan Malaysia.

2. Teknik yang sama dengan teknik pelaporan sebelum ini digunakan, iaitu dengan satu pihak memetik satu sumber yang tidak jelas sebagai sumber berita. Seterusnya, berita ini dipetik oleh rakan sekutunya yang akan mengolah laporan tersebut seolah-olah menerima maklumat dari sumber yang sahih.

3. Tidak pelik apabila WSJ melaporkan berita dengan menggunakan perkataan, "menurut pasukan penyiasat" atau menurut "sumber yang boleh dipercayai" atau menurut "maklumat dalaman" sebagai sumber, kemudian mensensasikannya dengan tajuk-tajuk yang menggemparkan, tetapi kemudiannya menulis bahawa mereka masih belum dapat menghubungi pihak yang terbabit untuk mengesahkan tuduhan yang dibuat.

4. Malangnya berita yang dilaporkan oleh WSJ ini, kemudiannya dipetik oleh agensi-agensi berita lain dengan menggunakan tajuk yang sensasi juga, tetapi tanpa menyebut dalam laporan mereka bahawa WSJ masih belum dapat mengesahkan laporan tersebut.

5. Dalam laporan terbaru, WSJ memetik laporan menggunakan perkataan yang kabur seperti "pihak berkuasa dijangka akan" dan "menurut sumber yang hampir dengan perkara ini". Siapa sahaja boleh menulis fiksyen seperti ini dan menjadikan kerahsiaan pemberi maklumat sebagai alasan untuk mengelak dari tindakan undang-undang.

6. Menggunakan teknik "memetik sumber yang boleh dipercayai" ini, WSJ bukan sahaja boleh mengada-adakan cerita seperti kononnya "pihak berkuasa akan menangkap dan mendakwa Perdana Menteri Malaysia" dan menuduh kononnya wang RM2.6 dikatakan oleh "pasukan penyiasat" datang dari 1MDB, malah boleh meloloskan diri dari tindakan undang-undang dengan mengatakan bahawa bukan mereka yang menuduh dan mendakwa, sebaliknya hanya memetik sumber yang memberi maklumat kepada mereka.