Tun Mahathir

APAKAH ADA KONSPIRASI TAHAP TERTINGGI YANG BAKAL MERANAPKAN KERAJAAN UMNO?



Kalau dilihat situasi keadaan UMNO yang kononnya dalam keadaan parah akibat tindakan sabotaj mantan PM, Tun Mahathir, mungkin nampak macam ia bakal terjadi.

Tetapi wave mantan dalam merosakkan UMNO baru yang didaftar kannya dahulu akibat konflik pada tahun 1980-an tidak sama dengan cara Anwar Ibrahim merosakkan imejnya ketika era reformasi tahun 1998.

Tetapi mungkin kerana panjang umurnya, egonya, angkuhnya, maka kesimpulan yang boleh diberikan, Tun Mahathir tidak pedulilah apa akan jadi, rosak melayu kerana berpecah, rosak agama kerana berpuak.

Sejak fasa pertama hingga sudah ke fasa keberapa tidak tahu Gerakan Anti Najib tidak berjaya, maka fasa akhir, atau fasa kerosakan total bakal dilakukan oleh Tun untuk memuaskan hatinya yang sudah berjaya mengundurkan Najib.

Melihat caranya, orang-orangnya, saat terdesak itu sudah pasti, biarlah digenggam bara api sehingga jadi abu, Tun sudah nampak, sebelum bateri jantungnya hank, gerakan ini memang kena berjaya.

Bersekongkol dengan Dap sedangkan gerakan awal mengatakan ingin menyelamatkan UMNO, mensabotaj ekonomi negara dengan menjaja satu pelusuk dunia tentang Najib merompak duit, korupsi, malah serangan berulang-ulang dijaja hingga kini.

Betullah kata seorang kawan yang belajar di Mesir, Tun ini ada sikap luar kawalan sekiranya apa saja saranannya tidak diikuti.

Walaupun pentaksub mendewakannya hingga sudah tahap level malaikat, kita kena faham, perjalanan Qada dan Qadar itu Allah tentukan, kalau Allah tidak izinkan, tidaklah, buatlah cara kotor macamana sekalipun, kalau niat itu tidak baik maka Allah akan buka aib seteruk-teruknya. Adakah Tun sudah lupa siapa Tuhannya?

Kita pun sudah tidak pasti, sampai tergamak Gerakan Anti Najib ini menggunakan kuasa luar iaitu Amerika untuk masuk campur urusan kedaulatan negara kita, hanyalah kerana insan bernama Najib.

Terpulang kepada rakyat, kalau tidak melihat contoh di luar negara seperti tanah arab yang dibadai siluman kerosakan oleh bangsanya sendiri, maka benarlah, taktik Dajjal sedang digunakan dengan sangat teratur untuk menghalalkan cara.

Rakyat rosak, ohh itu bukan masalah saya, mungkin itu perungkapan ayat dihati kalangan pentaksub dan musang berbulu ayam yang tugas mereka belum selesai untuk mengapai apa yang dirancang.

Nak rosak ke tidak? Terpulanglah. Anda sahaja bakal menentukannya.

9 ulasan:

Pakatan Harapan,

UMNO GUSAR DENGAN SAMAN SIVIL DOJ?


Tidak perlu faham dengan cara rakus untuk mengatahui perkara sebenar, usah digembar gemburkan perkara yang konon dicipta supaya menjadi panik.

Umno sudah lali dengan cara begitu, malah cara Anwar Ibrahim ketika PRU13 dulu juga boleh dikatakan paling radikal kepada BN dan UMNO sehingga undi popular diagungkan oleh puak pembangkang.

Namun apa yang telah dilakukan oleh puak pemberontak dan pembangkang yang berbangga dengan saman sivil oleh DOJ terhadap 1MDB.

Paling tragis adalah golongan yang hanya berkata, kita perlukan Amerika untuk mengajar Najib erti penyesalah.

Tetapi mereka lupa, keadaan berkenaan tidak akan berlaku kerana UMNO tahu akan `drama’ yang sedang berlaku di dalam dan luar negara.

“UMNO sama sekali tidak akan membiarkan konspirasi dalam dan luar negara menentukan masa depan rakyat walau seberapa ramai ‘Si Kitol’ yang membuka pintu belakang untuk musuh negara menguasai urusan dalam negara kita".

Empat pendirian UMNO berhubung isu DOJ itu:

1- BN/UMNO dan kerajaan memandang serius dakwaan DOJ ini dan sedang menelitinya secara terperinci. Dakwaan bahawa kita memandang remeh isu ini adalah tidak benar.

2- BN/UMNO dan kerajaan berpendirian untuk berkerjasama dengan semua pihak dan auttoriti yang sah agar penyiasatan dapat dijalankan segera dan proses mahkamah berjalan dengan adil dan menurut undang-undang. Proses ini memakan masa dan sebarang sikap prejudis atau spekulasi tidak diperlukan.

3- BN/UMNO dan kerajaan memahami isu ini perlu ditangani penuh berhati-hati menurut proses undang-undang walaupun ada pihak yang bersungguh mahu menjadikan isu ini berlaku mengikut ‘grand design’ mereka yang mempunyai tujuan merebut kuasa dan mencari keuntungan politik.
UMNO tidak akan membiarkan mereka dan sama sekali tidak akan menari mengikut rentak mereka.

4- BN/UMNO mengalu-alukan dan menyokong penuh penegasan kerajaan seperti yang dibuat oleh perdana menteri bahawa kerajaan sangat menjunjung ‘good governance’ dalam segala urusan kerajaan serta memberi jaminan semua yang cuba dituduh berpeluang membersihkan nama mereka menurut undang-undang dan memastikan tiada wang rakyat yang disalahgunakan.

DOJ Amerika Syarikat pada minggu lalu memaklumkan ia akan mengambil alih aset bernilai lebih RM4 bilion milik 1MDB ke­rana didakwa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

4 ulasan:

MENGENALI PUAK PEMBERONTAK PEMBENGIS DAN PEMARAH SERTA KAKI CARUT


Mudah sahaja nak tangkap perangai puak pemberontak iaitu gerakan anti najib, mereka sememangnya kerjanya nak najib undur.

Tetapi cara dark side yang mereka buat nampak macam terdesak dan keterlaluan, siapa tak setuju dengan mereka hah, gasaklah di maki level ke 18.

Bukan setakat dimaki, dihina, dicaci, sampai rasakan mereka ibarat dirasuk oleh jin aprit kerana ingin sangat Najib berundur dengan apa cara sekalipun.

Biarkan apa terjadi pun, lantaklah, dah macam fahaman sesat pun ada, serius.

Untuk memahami dengan lebih lanjut, anda nilaikan komen-komen yang bakal menerjah dalam blog ini, itu kalau mereka nak komenlah.

Pemberontak yang akalnya singkat selalu akan digagalkan oleh kesilapan mereka sendiri, kesilapan paling utama ialah terlampau mendewakan pemimpin jilat hirup merekalah, siapa lagi.. Atuk Tun Madey.

Bertabahlah wahai PM, sesungguhnya mereka-mereka yang gila itu pasti akan sewel bila segala apa serangan semuanya tidak menjadi. hehe..

maroh maroh..

15 ulasan:

AZMIN SEPATUTNYA RISAU KEADAAN KEPIMPINANNYA YANG SUDAH GOYANG


AZMIN ALI TIDAK PERLU 'DOUBLE STANDARD'

1. Merujuk kepada kenyataan media Azmin Ali pada 21 Julai 2016, saya ingin melahirkan rasa kesal dan ingin menggesa supaya Menteri Besar Selangor, Azmin Ali untuk memohon maaf atas kenyataan jijik beliau.

2. Jelas disebut di dalam kenyataan media Peguam Negara (AG) AS, Loretta E. Lynch bahawa prosiding yang diwartakan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) AS merupakan satu saman sivil terhadap sebuah syarikat penerbitan filem berpangkalan di Amerika.

3. Saman sivil bukanlah satu prosiding jenayah dan ia dilakukan atas laporan 'individu' tertentu kepada DoJ tentang kemungkinan berlaku penyelewangan atau penggubahan wang haram berkaitan urus niaga 1MDB dengan beberapa rakan niaganya.

4. Kenyataan media Lynch hanya menamakan empat (4) orang sahaja iaitu Riza Aziz, Jho Low, dan dua orang pegawai tinggi Aabar Investments PJS tanpa menyebut nama Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.

5. Kenyataan media oleh Azmin Ali dianggap sebagai menjelekkan dan bersifat 'double standard'.
6. Rakan pembangkang Azmin Ali, Lim Guan Eng dari parti DAP secara jelas telah didakwa di mahkamah pada 30 Jun yang lepas atas dua pertuduhan rasuah membabitkan penyalahgunaan kuasa berhubung isu permohonan pengezonan semula status tanah dan pembelian banglo di Jalan Pinhorn.

7. Malahan, tidak ada satupun kenyataan yang Azmin keluarkan untuk menuntut supaya Lim Guan Eng tampil ke hadapan dan mengaku akan kesalahannya seperti mana yang beliau lakukan terhadap Perdana Menteri Malaysia yang telah dipilih melalui sistem demokrasi.

8. Sekiranya Azmin mempunyai sifat mengutamakan keadilan, tidak prejudis, dan ikhlas, sudah tentunya beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan media terhadap Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pada 21 Julai tersebut yang mencadangkan bahawa wujud satu konspirasi untuk menutup skandal yang melibatkan 1MDB.

9. Saya menggesa agar Azmin Ali segera menarik semula Kenyataan Media beliau bertarikh 21 Julai 2016 yang lalu dan memohon maaf dan menyatakan kekesalan beliau secara terbuka kepada YAB Perdana Menteri dengan kadar yang segera.

-Tamat-

Ab Aziz Kaprawi
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
‪#‎BeStrongPM‬ ‪#‎KekalNajib‬

1 ulasan:

Tun Mahathir

GERAKAN ANTI NAJIB YANG TERDESAK


GERAKAN "ANTI NAJIB" MASIH GAGAL

Kehakiman Amerika Syarikat sama seperti modus operandi lobi asing yang pernah digunakan gerakan Bebaskan Bebaskan Anwar (FAC) pada tahun 2000, kata Raja Petra Raja Kamaruddin.

“Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengambil tindakan berdasarkan aduan yang dibuat oleh ANC (Kempen Anti-Najib).

“Saya masih ingat perkara yang sama pernah dilakukan 16 tahun yang lalu pada tahun 2000 (masa itu Kempen Bebaskan Anwar atau FAC).

“Saya pergi ke Washington dan membayar firma lobi Amerika Syarikat untuk membawa isu ‘tahanan politik’ Anwar Ibrahim berdasarkan ‘tuduhan palsu’ dan ‘bukti palsu liwat’ kepada perhatian kerajaan Amerika Syarikat,” katanya dalam artikel terbaharu bertajuk “The US Department of Justice bells and whistles show” hari ini. http://www.malaysia-today.net/the-us-department-of-justice…/

Menurutnya, dengan membayar sejumlah wang tertentu kepada pelobi Amerika Syarikat (AS), mereka boleh menggunakan kepakaran mereka untuk menjayakan niat si pembayar tersebut.
“Inilah cara yang saya lakukan di AS pada masa lepas, di mana anda membayar kepada firma AS sejumlah besar wang dan mereka akan bekerja di koridor kuasa untuk kes anda didengar.

“Pada akhirnya, tidak ada banyak benda yang berlaku (seperti dalam kes Anwar yang saya bawa pada tahun 2000) tetapi anda boleh memastikan bahawa mereka membuat banyak ‘bunyi'(seperti yang kami lakukan pada tahun 2000),” katanya lagi.

Abe ZL pula berpendapat, isu tindakan sivil yang dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB)yang dilakukan hari ini sama seperti isu Scorpène sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

“Isu 1MDB ni jika mengikut perkiraan pandangan peribadi aku, lebih kurang sama seperti isu Scorpene sebelum PRU13 dulu.

“Membuat ‘personal damage factor’ kepada Datuk Seri Najib Razak, dengan harapan untuk menang undi dari netizen. Namun walaupun pembangkang mendapat majoriti undi, kemenangan masih berada di pihak Najib atas izinNYA, kerana difitnah.

“Hingga kini SEPINA untuk dikaitkan dengan Najib Razak masih belum diterima dari Perancis (isu Scorpene).

“Samalah juga dengan kes 1MDB. Permainan persepsi dimainkan dan diulang cerita tanpa fakta,” katanya.

WakeUp Malaya

19 ulasan: