ANAK PERDANA MENTERI AMBIL BERJUTA WANG RAKYAT UNTUK BERJUDI KATA SYED SADDIQ


Pendebat terhebat katanya, ramai pengikut di alam maya, rasa terlalu hebat sehingga merasakan apa saja telahan dan idea serta pandangan dia dianggap betul.
Itu dia Syed Saddiq, anak muda jambu yang kerjanya memainkan persepsi serta telaan jahat terhadap kepimpinan Najib Razak.
Dalam status Facebooknya - Anak Perdana Menteri telah terbukti menggunakan berjuta wang rakyat untuk berjudi tidak sama sekali disoal oleh pihak polis.
Anak Perdana Menteri berjudi, menggunakan berjuta-juta wang rakyat? Persepsi apa ni Syed Saddiq, permainan anda ni macam kurang cerdik dan agak bodoh.
Siapa anak Perdana Menteri tu?
Katanya lagi - Tetapi, wanita sarat mengandung diserbu oleh 14 anggota Polis kerana menyakiti hati sesetengah pihak.
Apa kaitan kaitkan anak Perdana Menteri dengan isu ini, malah mengatakan bermain judi itu memang berniat jahat.
Tahukan Syed Saddiq mengapa wanita sarat mengandung ini ditahan?
"Menurut satu sumber, pihak PDRM dan juga SKMM kini sedang giat mengesan sekurang-kurangnya 45 lagi individu yang didapati memuat naik gambar dan status yang jelas sama sekali menghina Paduka Sultan Pahang. Menurut sumber ini lagi, pihak SKMM dan PDRM percaya, mereka akan dapat menahan beberapa individu lagi dalam masa terdekat, untuk dirakamkan percakapan mereka berhubung kes ini."
Pihak Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sudah mula bertindak untuk menahan individu-individu biadab ini. Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh MalaysiaKini, pengendali laman sosial Facebook Ratu Naga, Syarul Ema Rena Abu Samah telah menerima “kunjungan” pertama daripada pihak SKMM dan PDRM.
Harap membaca keadaan sebenar, jangan main sedap menuduh dan membuat persepsi jahat. Nanti anda pula masuk dalam sebab memfitnah.
Tak faham tanya.
LIKE PAGE KAKI BAKAR LINE
https://www.facebook.com/814111782053300/photos/a.814156635382148.1073741828.814111782053300/831590190305459/?type=3&theater

4 ulasan:

DOJ

DOJ TARIK SEMULA PERINTAH SEKATAN TERHADAP REZA DAN RED GRANITE


Selama beberapa minggu kebelakangaan ini, ramai pihak samada dari pro Tun Dr Mahathir mahupun pembangkang memainkan isu yang berkaitan tentang pengumuman Jabatan Peguam Negara Amerika yang dalam proses perundangan sivil untuk menyita harta beberapa tertuduh yang ada kaitan dengan 1MDB termasuklah anak tiri Datuk Seri Mohd Najib, Reza Aziz.

Kes ini mendapat liputan meluas di Malaysia kerana kebanyakan mereak yang membenci kerajaan mengaitkan Malaysia Official 1 yang disebut oleh Peguam Negara Amerika, Loretta Elizaberth Lynch adalah Datuk Seri Mohd Najib. Walhal, dalam sidang media yang dilakukan oleh Lynch, langsung tidak menyebut nama Perdana Menteri sebagai individu utama yang disiasat.

Lebih melucukan, mereka sedaya upaya untuk mengaitkan nama Datuk Seri Mohd Najib sebagai idividu berkenaan walaupun berulang kali Lynch menafikannya.

Namun, beberapa hari yang lalu, Presiden Amerika, Barrack Hussien Obama menyelar tindakan Lynch ini dengan menyifatkan tindakan ini terburu-buru tanpa berlandaskan bukti yang nyata. Menurut Obama, siasatan tidak boleh dilakukan hanya bersandarkan kepada laporan akhbar dan “hearsay” sehingga menarik kepentingan negara lain kedalam siasatan sivil berkenaan.

Malah menurut kenyataan yang sama, Obama turut mengulangi kenyataan 1MDB yang tegas menyatakan, syarikat pelaburan milik kerajaan berkenaan tidak mempunyai apa-apa aset di Amerika. Malah, keempat-empat individu yang disebut dalam laporan berkenaan juga tiada kena mengena dengan pihak pengurusan 1MDB seperti didakwa oleh ramai pihak.

Hasilnya hari ini, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat baru sahaja menarik balik perintah sekatan sebelum ini yang dibuat dalam tuntutan mahkamah sivil untuk merampas aset-aset yang dibuat pada 20 Julai terhadap Red Granite Pictures milik anak tiri Najib, Riza Aziz.

Kesimpulannya, isu yang dimainkan oleh segerombolan serigala lapar Tun Mahathir adalah untuk menaikkan semangat moral mereka yang selama ini sudah jatuh teruk akibat kegagalan Gerakan Anti Najib.

Adakah anda melihat perihal ini memperbodohkan diri anda dan orang sekeliling?

Nampaknya puak serigala lapar Tun Mahathir mati akal lagi.

Artikel diubah suai dari PRU14

http://www.pru14.tv/2016/08/02/doj-tarik-semula-tuntutan-mahkamah-sivil-tiada-pendakwaan-dikenakan/

27 ulasan:

Muhyiddin Yassin

MUHYIDDIN ANGGAP PKR SEBAGAI WADAH PERJUANGAN IKHLAS


"Saya ahli Umno totok, semuanya (mesyuarat Majlis Tertinggi Umno) berjalan dengan lancar," kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Itu kata-katanya sebelum di pecat, malah kata-kata hebat terkeluar dari mulutnya ibarat menjaja satu cerita seorang panglima yang sudah lupa hala tujunya menjaga Agamanya, bangsanya serta maruahnya juga.

Kerana matlamat terpendam tidak kesampaian, matlamat awal semasa Gerakan Anti Najib (GAN) dimulakan pada tahun lepas, fikirannya melayang-layang sudah mampu tersenyum kerana perancangan awal supaya Najib berundur pada Mei 2015 tahun lepas.

Tetapi Allah lebih mengatahuinya, setiap perancangan yang berniat tidak baik, menikam belakang dengan cara cukup licik akhirnya terbongkar dan dia sendiri sudah hanyut dibuai angan-angan.
Sekarang sudah terpaksa menghirup sisa-sisa peninggalan parti Anwar Ibrahim untuk memenuhi kehendak memburukkan parti lamanya, UMNO.

Totoknya sudah hilang dihanyut air laut, malah dahulunya mengatakan darahnya ada darah UMNO juga sudah dianggap sebagai cakap penyedap rasa sahaja.

Tahap hipokrit yang cukup menjengkelkan, malah boleh sahaja kita beranggapan yang pemimpin sepertinya sudah tidak relevan membela rakyat, hanya membela perutnya dan kroni-kroninya.

Tan Sri Muhyiddin dan parti pembangkang tersebut akan bersama-sama memulakan siri jelajah seluruh Malaysia bagi menerangkan skandal syarikat pelaburan negara itu kepada rakyat. – Malaysiakini.

Melihat perilaku bekas Timbalan Perdana Menteri ini, terpaksa bekerjasama dengan PKR untuk menerangkan kepada rakyat berkenaan 1MDB yang merompak duit rakyat katanya.

Anwar Ibrahim juga mungkin ketawa sinis didalam penjara, sebabnya dahulu Muhyiddin hebat mengkritik dirinya dalam UMNO, kerana nak melawan Najib dan UMNO, terpaksa tebalkan muka bersama-sama dengan PKR menjaja cerita temberang.

Kasihan pemimpin hanyut begini. Terpulang kepada anda menilaikannya.

LIKE & SHARE ARTIKEL
https://www.facebook.com/814111782053300/photos/a.814156635382148.1073741828.814111782053300/830110270453451/?type=3&theater

0 ulasan:

Dap vs Pkr,

AKHIRNYA PKR BERJAYA MENIDAKKAN "SNAP ELECTION" MENGEJUT, LIM GUAN ENG SUDAH MURUNG!!

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak akan meneruskan rancangannya untuk mengadakan pilihan raya mengejut di negeri itu.

"Ini kerana PKR tidak bersetuju dengan cadangan tersebut," -Malaysiakini

Apakah drama "Snap Election" mengejut sudah melangkaui skrip yang muktamad?
Episod ini maka berakhirlah legasi Lim Guan Eng, malah memungkinkan majoriti pemimpin Dap juga menolak secara terang-terangan Lim Guan Eng. Lim Kit Siang menganggap legasi keluarganya juga bakal berakhir.

PKR sudah menang 1-0 dengan DAP.

SUMBER
https://www.facebook.com/814111782053300/photos/a.814156635382148.1073741828.814111782053300/829647490499729/?type=3&theater


0 ulasan:

[GEMPAR] KETAGIHAN FITNAH PUAK PRO TUN DAN PAGE SUARA RAKYAT TIDAK DAPAT DIBENDUNG

Sekadar bertanya, adakah admin-admin page seperti Saya Sayang Tun Dr Mahathir, Suara Rakyat memang menikmati amalan klimaks berlebihan dengan memfitnah melampaui batas?

Terbaru gambar DS Rosmah yang dijaja sebagai bermanja dengan Sultan Pahang.

MasyAllah, kalau beginilah cara mereka mensensasikan sesuatu, kalaulah negara ini keras undang-undangnya, mereka ini semua akan dicari sampai ke lubang cacing.

Namun di luar sana, masih menganggap peranan fitnah sebagai senjata adalah perkara wajib untuk survival gerak kerja mereka. Malangnya bernama manusia.



Seronok mereka membahan DS Rosmah, memang perangai syaitan beb

Fitnah terjawab dengan mudah sahaja, apakah hukuman patut bagi puak-puak pemberontak dan penyetan pembangkang ini?


10 ulasan: