Rabu, 10 Ogos 2016

NEXUS CLINIC ANGGAP PARTI BERSATU BUAT JENAKA MENIRU LOGONYA


Klinik yang menawarkan rawatan astetik dan kecantikan tanpa pembedahan beribupejabat di Kuala Lumpur, Nexus Clinic menganggap perbandingan yang dibuat pengguna laman sosial akan logo mereka dengan yang digunakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai satu jenaka.
Sejak petang semalam, logo digunakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diperkatakan pengguna laman sosial berikutan dikatakan mirip logo perniagaan digunakan Nexus Clinic.
Klinik yang terletak di ibu negara dan sering menjadi tumpuan golongan selebriti tempatan bagi mendapatkan rawatan astetik dan kecantikan tanpa pembedahan.
Ketika ditanya mengenai status logo milik Nexus Clinic itu, jurucakapnya memberitahu pihaknya tidak ada apa-apa kaitan dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu mahupun mana-mana parti politik di negara ini.
"Berkenaan dengan logo yang diumumkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Nexus Clinic ingin menjelaskan kami tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mereka atau mana-mana parti politik di negara ini kerana kami adalah sebuah organisasi persendirian.

PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (PPBM) UNTUK IMPIAN MENYELAMATKAN MALAYSIA DARI NAJIB


Akhirnya nama parti baru ciptaan Mahathir diketahui sudah, namanya sinonim untuk menyelamatkan Malaysia katanya.
Tetapi adakah parti baru ini akan menggugat parti UMNO? Perlu dilihat kekuatan sebenar apabila parti baru ini mampu memenangi lebih 80 kerusi parlimen di pru14 nanti.
Cita-cita Muhyiddin untuk menjadi presiden parti sudah terjawab, dia dengan bangga dinamakan sebagai presiden parti baru itu.
Adakah cita-cita untuk menjadi perdana menteri dari parti baru akan tercapai? Adakah kerjasama dengan pembangkang akan memberi harapan baru terhadap organisasi kekuatan pembangkang itu sendiri.
Diketahui pembangkang sememangnya sedang berpecah belah, mereka tiada mentor utama, mereka tiada pemimpin berkualiti.
Jadi pendangan semua terhadap parti baru ini, layakkah mereka menerajui kepimpinan Malaysia?
Golongan kecewa, pembengis, lupa diri, gila kuasa serta tikam belakang dibenarkan menerajui kepimpinan Malaysia pada suatu hari nanti?
Jangan hilang akal.

Selasa, 9 Ogos 2016

ZURAIDAH SUDAH JANGKA ADA PEMIMPIN ATASAN PKR YANG SABOTAJ DIRINYA


Dalam ucapannya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan wanita cabang PKR Selangor dan Wilayah Persekutuan, Zuraida kesal kerana terdapat anggota kanan parti yang dikenali secara peribadi menyebarkan dakwaan dengan mempersoalkan sumber kekayaan beliau.
"Sifat apa ini? Apa pendirian kita? Setiap kali bila pemimpin kita diserang, kita kena pertahankan," kata Ahli Parlimen Ampang itu dalam menepis dakwaan memiliki sembilan kenderaan mewah.
Siapakah yang dimaksudkan anggota kanan parti? Adakah tuduh menuduh ini akan membibitkan 'civil war' kepada parti PKR secara besar-besaran.
Sebelum ini Azmin Ali sudah berperang secara bayang-bayang dengan Rafizi Ramli. Malah Rafizi sudah membalasnya dengan melaporkan kerosakan yang dibuat Azmin kepada SPRM.
Bibit-bibit kerosakan maksimum melanda PKR. Bila nak jahanam agaknya?

KHAIRUDDIN ANGGAP PARTI BARU AKAN DITOLAK RAKYAT SEKIRANYA MUHYIDDIN MENJADI PRESIDEN


Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengakui beliau hanya mengiktiraf kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad berbanding pemimpin lain di negara ini.
Pengakuan terbuka itu sekaligus memberi penjelasan kepada sikap dinginnya terhadap penubuhan parti baharu yang bakal dipimpin bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Dalam apa jua keadaan, kesetiaan dan pengorbanan saya hanyalah kepada Tun Mahathir dan bukan kepada pemimpin-pemimpin lain.
“Pemimpin-pemimpin lain jangan lagak pandai dan jangan sama sekali kurang ajar dengan Tun Mahathir,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Pada Jumaat lalu Khairuddin menegaskan beliau tidak berminat untuk menyertai parti baharu yang turut diusahakan Dr Mahathir sebaliknya mahu berjuang menentang rasuah atas platform peribadi.
Sebelum itu menerusi posting di Facebook, Muhyiddin yang juga bekas timbalan presiden Umno menyatakan akan menyerahkan permohonan penubuhan parti baharu kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) dijangkakan pada hari ini.
Mengulas mengenai penubuhan parti baharu tersebut, Khairuddin mengingatkan supaya ianya tidak dikawal atau menjadi milik eksklusif sesetengan pemimpin sahaja.
Tegasnya, pandangan semua pihak khususnya Dr Mahathir perlu diberi perhatian sewajarnya.
“Penubuhan sesebuah parti politik mestilah berteraskan kepada pasukan atau konsep konsensus. Ianya tidak boleh hanya dikawal oleh kumpulan kecil tertentu saja.
“Parti politik bukan milik eksklusif seseorang individu tertentu saja tetapi ianya harus menjadi milik kumpulan besar agar semangat sense of belonging’ akan terjalin di kalangan ahli-ahlinya. Kaedah penubuhan parti baharu mestilah betul dari awal,” katanya.
Tambah Khairuddin lagi, parti baharu itu juga seharusnya tidak dibayangi oleh budaya politik Umno walaupun ia bakal diterajui oleh bekas pemimpin tertinggi parti berkenaan.
“Kalau parti baharu dan pemimpinnya hanyalah inheritance serta duplication daripada Umno, maka yakinlah kita juga bakal ditolak oleh rakyat.
“Sifat angkuh pemimpin mesti dibuang secara total dari jati diri pemimpin-pemimpin parti baharu. Kita harus bersih dan kelihatan bersih untuk jadi pemimpin,” katanya

Isnin, 8 Ogos 2016

PARTI KECEWA CIPTAAN MAHATHIR


Tiada siapa sangka bila Mahathir dengan umurnya yang sudah menjangkau 92 tahun, umur begitu bagi atuk atau nenek kita sudah tidak berdaya untuk ke sana ke sini.

Untuk memikirkan hal dunia juga agak sukar untuk kita faham kalau dikalangan ahli keluarga kita berumur begitu mungkin agak mustahil, mungkin orang akan kata dah buang tebiat.

Tetapi tidak bagi Mahathir dan sekutunya, kerana kecewa dengan apa yang dirancang tidak kesampaian, apa yang dikehendaki tidak dicapai, terpaksa melakukan kerosakan terhadap partinya yang dahulunya dia juangkan, parti untuk kelangsungan orang Melayu dan Islam, UMNO.

Tetapi itu dahulu, ketika kroninya tidak diganggu, bila sudah ke semua lubuk duit disekat oleh Perdana Menteri Najib Razak, ini kerana kroni-kroninya punca segala ketidakadilan ekonomi terhadap rakyat Malaysia, ianya berlaku berpuluh tahun sejak Mahathir memerintah.

Relevankan jenis manusia pembengis, gila kuasa dan perosak bangsa dan agamanya dijadikan harapan untuk menyelamatkan Malaysia?

Anda pilih jalan yang mana?

Jangan terjerat dan dinodai oleh golongan kecewa dan memberontak.

Ahad, 7 Ogos 2016

KHAIRUDDIN ANGGAP MUHYIDDIN TIADA AURA SEBAGAI PEMIMPIN HEBAT



Belum apa-apa sudah berani menghentam pemimpin yang Mahathir bakal angkat sebagai Presiden parti baru?

Kalaulah Pakatan Pembangkang berpecah belah,nak harap parti baru Mahathir ini untuk membela apa saja perihal rakyat? Lupakanlah impian itu. Ataupun mereka-mereka ini hanyalah makhluk perosak yang hanya untuk menjadi pelahap bila berkuasa?

Kata Khairuddin - “Saya akui kalau parti baru ini ditubuhkan dan ditadbir oleh Dr Mahathir sebagai presiden, saya akan jadi orang yang pertama memohon untuk menjadi ahli baru.

“Kalau selain daripada Dr Mahathir saya tidak minat, saya tidak perlu parti politik untuk jadikan platform,"

Ada sahabat mengatakan, golongan pembengis, gila kuasa, pendendam serta serigala lapar sahaja yang ikut perjuangan Mahathir sekarang.

Pilihan anda? Jangan lacurkan nasib diri anda dan keluarga dengan golongan perosak terbaru ini.

SUMBER KAKI BAKAR LINE

KEMPEN 'BEBAS ANWAR' YANG SUDAH LAYU KERANA MAHATHIR


Rafizi tetap keseorangan dalam kempen 'Bebas Anwar', pemimpin PKR yang lain sudah hanyut dengan gelombang gila kuasa daripada Mahathir.

Malah mereka sudah tidak sabar-sabar untuk menunggu pelancaran parti baru dari Mahathir, katanya pembangkang akan lebih kuat dengan kewujudan parti baru itu.

PKR pula sudah bersengketa dengan DAP berkenaan idea 'snap election' Pulau Pinang, tuduh menuduh antara ke dua parti itu semakin jelas untuk berpecah.

Nak berkawan balik dengan PAS, Rafizi antara orang yang paling lantang menghentam PAS berkenaan perpecahan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Semasa pelancaran Deklarasi Rakyat oleh Mahathir, Rafizi antara orang yang paling peluk cium dengan idea Mahathir itu.

Setelah tersebar pula surat Anwar Ibrahim dari penjara berkenaan amaran supaya PKR berhati-hati dengan Mahathir, Rafizi sudah mati akal kerana baru nak bersama Mahathir dalam impian menjahanamkan Najib Razak dan UMNO, dicantas pula oleh bosnya dalam penjara.

Satu persatu pembongkarannya tentang Tabung Haji, 1MDB, Felda dan serangan peribadi terhadap Rosmah Mansur tidak pula dilayan oleh rakan-rakan pembangkang yang lain, membiarkan dia keseorangan dalam pentempuran persepsi ciptaannya itu.

Maka dia merajuk, dikatakan juga dia sudah pening untuk menaikkan kembali semangatnya.

Sememangnya cara cover line untuk sentiasa bersama Anwar Ibrahim menampakkan Rafizi tepaksa bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan PKR.

PKR pula makin berpecah belah, laporan rasuah perempuan terhadap kepimpinan Azmin adalah antara penyebab utama perbalahan besar-besaran bakal berlaku antara pro Azmin dan Pro Wan Azizah.

Kita tunggu skrip-skrip ciptaan PKR lagi. Tunggu.

SUMBER KAKI BAKAR LINE