RONNIE LIU MENYERLAHKAN SIKAP SUPER RASIS YANG ADA PADA DIRINYA DAN DAP

DAH NAMA DAP, RASIS DAN KURANG AJAR SUDAH DISATUKAN.

BIADAB DAN BANGSAT PUNYA PERANGAI


2 ulasan:

Dap,

TIDAK KISAH DIPECAT OLEH REGIM GUAN ENG KATA DR LIM MAH HUI


Anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang Dr Lim Mah Hui tidak kisah jika beliau dipecat Ketua Menteri Lim Guan Eng daripada jawatannya kerana menyuarakan pandangan, terutama berkaitan zon warisan.

Pada sidang akhbar Penang Forum di sini Rabu, anggota majlis dilanda kontroversi itu berkata beliau sedar, kedudukannya dalam kerajaan negeri dipertikaikan apabila beliau menghantar sepucuk surat kepada Unesco mengenai bahaya yang dihadapi zon warisan berhubung pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).
 
"Saya bukan hendak bermain politik dan saya berpegang teguh dengan prinsip saya...Saya tahu saya berdepan dengan risiko akan hilang jawatan kerana menyuarakan pendapat saya dan ketua menteri boleh memecat saya jika beliau mahu," katanya.

Mah Hui, yang turut menganggotai Penang Institute, mendakwa ketua eksekutif kumpulan pemikir negeri, merangkap Anggota Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, mendakwa beliau mempunyai agenda tersembunyi apabila terus menyerang kerajaan negeri pimpinan DAP.

"Saya di sini sebagai anggota majlis untuk menyuarakan kebimbangan rakyat Pulau Pinang dan walaupun dipanggil dengan nama yang bersifat menghina, saya percaya kebenaran akan terserlah jua suatu hari nanti," katanya.

Mah Hui menjadi sasaran serangan selepas beliau menghantar sepucuk surat bagi pihak Penang Forum kepada ibu pejabat Unesco di Paris pada 23 Jun untuk memohon penilaian kesan dibuat terhadap pelaksanaan PTMP.

Ada pihak mendakwa beliau tidak mengikut saluran sewajarnya seperti George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) dan Jabatan Warisan Negara untuk menyuarakan kebimbangan kumpulan sivil itu.

Penang Forum menjelaskan bahawa mereka tidak perlu memaklumkan kepada GTWHI atau jabatan itu tentang surat berkenaan kerana laman sesawang GTWHI menyebut bahawa setiap warga yang prihatin boleh menulis secara terus kepada ibu pejabat Unesco sekiranya berpendapat kawasan warisan menghadapi ancaman.

Sebelum ini, GTWHI, melalui Pengurus Besarnya Dr Ang Ming Chee, menyuarakan kekesalannya kerana Penang Forum tidak menunjukkan sikap hormat apabila tidak menyampaikan surat berkenaan kepadanya.
Sumber: mStar

1 ulasan:

Rafizi Ramli

KUWAIT TERLALU KEJAM UNTUK RAKYATNYA KERANA MENAIKKAN HARGA PETROL SEHINGGA 80%


Ambiga, Rafizi dan Marina Chin akan dipanggil utk buat Bersih di Kuwait, Mat Sabu dan Mahfuz Omaq akan diminta tubuh NGO Jerit di sana, untuk pastikan negara ke 4 harga petrol paling murah di dunia itu tidak naikkan harga minyak 1 September 2016.
Perbandingan harga petrol di Kuwait dgn Malaysia.
RON91 naik 40% dari RM0.80 (USD0.20)per liter ke RM1.13 (USD0.28). Malaysia tak guna petrol gred ini.
RON95 naik 60% dari RM1.00 (USD0.25) per liter ke RM1.41 (USD0.35) dibandingkan dgn Malaysia's RM1.75 (USD0.44).
RON98 naik 80% dari RM1.60 (USD0.40) per liter ke RM2.20 (RM0.55) dibandingkan dgn Malaysia RM2.10 (USD0.52) untuk RON97
Malaysia berada di tangga ke 11 negara harga minyak termurah di dunia, sama seperti negara Oman dan lebih murah dari UAE & Nigeria walaupun 3 negara tersebut mengeluarkan minyak berkali ganda lebih banyak dari Malaysia.
Bayangkan apa akan berlaku kepada pembangkang jika kerajaan naikkan harga minyak sehingga 80% spt di Kuwait dan Arab Saudi naikkan 67% pada tahun lepas dari RM0.48 ke RM1.00?
Azman Haj

6 ulasan:

Muhyiddin Yassin

MENGAPA TUDUH DAP ITU RASIS - PRESIDEN PRIBUMI BERSATU


Mengapa perlu menuduh DAP sebagai parti rasis? Apa puncanya sehingga parti DAP yang terang-terang banyak membantu orang melayu sebagai rasis.
“Saya sedia maklum bahawa inilah taktik kotor yang akan digunakan untuk menakut-nakutkan orang Melayu. DAP bakal dijadikan “hantu” yang paling menggerunkan orang Melayu untuk mengalihkan perhatian orang Melayu kata Muhyiddin.
http://www.mynewshub.cc/2016/08/15/muhyiddin-kesal-dap-dituduh-anti-melayu/
Banyak contoh baik dilakukan DAP di Pulau Pinang dalam menjaga kebajikan orang melayu, merobohkan gerai-gerai milik orang melayu, tiada rumah mampu milik untuk rakyat bawahan, projek yang menguntungkan kroni, malah DAP berjaya membuatkan banyak kilang besar menutup operasinya.
Ini membuktikan DAP berjaya dalam pengurusan ekonomi kepada rakyat, terutama orang melayu yang memerlukan kerja.
Masih tidak nampak apa yang DAP lakukan?
Itu sebagai contoh ayat sekiranya Muhyiddin masih berjawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan parti lamanya UMNO.
Masih percaya orang kecewa ini menjaga kebajikan rakyat?

5 ulasan:

MALAYSIA KINI 'SPIN' PULA UCAPAN KETUA BAHAGIAN UMNO SHAH ALAM!!


Hari ini Malaysiakini buktikan yang kerja mereka mmg hanya memutarbelitkan kenyataan.
Berikut adalah ulasan saya tentang Video Ucapan Datuk Azhari Shaari Ketua Umno Bahgian Shah Alam yg semakin viral di media sosial.
"Malaysiakini seperti biasa buat kerja haramnya dan "spin" ucapan Datuk Azhari Shaari Ketua Umno Bahagian Shah Alam pada ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Shah Alam.
Datuk Azhari Shaari telah menyatakan bahawa serangan bertubi-tubi seperti bom atom daripada mantan pemimpin tertinggi Umno telah membuatkan ahli menjadi keliru.
Penulisan Malaysiakini berniat jahat memutarbelit kenyataan Datuk Azhari Shaari dengan menulis "Isu 1MDB menimpa parti seperti bom atom"
Maksud sebenar Datuk Azhari Shaari adalah walaupon isu 1MDB telah dijelaskan sebaik mungkin tetapi rakyat seolah tidak dapat menerima penjelasan tersebut dan lebih buruk mantan pemimpin tinggi turut menghentam Umno bertubi2 dan membuatkan segilintir ahli Umno mempercayai persepsi buruk tersebut dan diburukkan lagi isu tersebut juga dimain dengan tersusun dan terancang oleh pembangkang"
-Fariz Hadi-
Mohon SHARE!

Kita sudah biasa dengan cara 'spin' berita yang sengaja disensasikan oleh portal paling disayangi pembangkang, Malaysiakini, taraf Malaysiakini sudah setaraf lidah biawak WSJ (World Street Journal) dan SR (Sarawak Report).
Cara memberi persepsi buruk kepada pemimpin umno untuk melaga-lagakan memang sudah biasa Malaysiakini lakukan, bukan pemimpin Umno sahaja, tetapi pemimpin Pas juga sudah biasa dengan tempias 'spin' berita asal dari Malaysiaki ini.
Malah dikatakan puak PRIBUMI bukan main seronok membahan berkenaan tajuk dari Malaysiakini ini untuk membahan DS Najib.

1 ulasan: