Selasa, 30 Ogos 2016

AZMIN PUN TIADA KUASA MUTLAK, NAK HARAP SIAPA LAGI?

Tahukah anda, PKR perjuangannya katanya untuk rakyat.

Mereka mungkin lupa, yang memberi undi kepada mereka adalah orang Melayu, mereka anggap pengundi Melayu yang menyokong mereka hanyalah balaci untuk mereka terus berkuasa di Selangor.

Walaupun tampuk kuasa kononnya ditunjangi oleh seorang Melayu, tetapi hakikatnya mereka dikeldaikan oleh kiasu DAP.

Sama sahaja dengan PAS, bercakap dia yang lebat, berbangga diri kononnya mereka juga lebih hebat dari UMNO.

Dah dapat kuasa, sampai berpecah dua PAS dan wujudnya PAN. Masih lagi angkuh dan sombong katanya mereka juga mampu membuat perubahan.

Jadi bila keputusan kerajaan negeri memansuhkan diskaun 10% Bumiputra terhadap pangsapuri perkhidmatan, rumah pejabat dan pejabat maya di rumah, tiada langsung suara-suara yang nak nak halang atau membantah.

Nampak bukan siapa berkuasa besar di Selangor?
Nak harap pemimpin Melayu Pakatan Harapan dan Pas menjaga Melayu Islam? Sila penampar muka anda dengan kuat.

SIAPA NAK PEDULI KEBAJIKAN ORANG MELAYU DI SELANGOR?

PKR diterajui pemimpin melayu di Selangor mungkin tidak mampu nak lakukan apa-apa walaupun mereka diberitahu merekalah yang mampu menjaga kebajikan orang Melayu lebih hebat dari UMNO menjaga Melayu.

Rumah murah untuk orang miskin apa cerita?

Nak jaga orang kaya, nak jaga kiasu sahaja, habis orang melayu nak campak mana?

Pas yang ada dalam kerajaan Selangor pun pandai sembang kencang sahaja, terpaksa menikus kerana mereka perlu menjaga kocek sendiri walau di war-warkan mereka juga mampu menjadi parti ke-2 selepas UMNO yang menjaga melayu Islam.

Bilalah orang Melayu nak sedar-sedar agaknya tentang parti pembangkang yang semakin hanyut dikeldaikan DAP.

Syaitan pun kagum bila mereka menipu. DAP gelak sampai meleleh air mata. Tahniah!


Isnin, 29 Ogos 2016

PTPN BAKAL MANSUH


PTPN akan memansuhkan pinjaman kepada pelajar-pelajarnya yang memang niat nak belajar sampai berjaya.
Jadi PTPN akan mansuhkan pinjaman si pelajar tersebut sekiranya keputusan cemerlang.
Mahasewel anggap semua kena bagi percuma, berak, kencing makan semua kena kerajaan tanggung.
Sekiranya mereka nak enjoy, berpeleseran, nak buat maksiat atau apa-apa sahaja kerajaan juga perlu sediakan elaun.
Bila dah habis belajar, walaupun keputusan tidak cemerlang, hanya cukup-cukup makan, pekerjaan juga kerajaan juga perlu sediakan pekerjaan untuk mereka, gaji permulaan disyorkan ialah RM5,000.
Sekiranya mereka nak berli rumah kereta, kerajaan juga perlu sediakan secara percuma.. mereka malas pun duit jalan..
Pendapat anda?
KBL : Pendapat admin, kepala otak kau semua nak free, dah lah malas, nak senang, nak enjoy. Malang mak bapak lahirkan spisis macam ni.

LGBT SAYANG PEMBANGKANG DAN MAHATHIR

Bila Institusi Agama Islam sudah berani disergah oleh NGO pro LGBT, malah mereka-mereka yang berjiwa liberal dan sesat ini seboleh mungkin untuk memperjuangkan hak-hak golongan songsang supaya mendapat hak sama rata di bumi Malaysia ini.

Anda sanggup bila suatu hari nanti golongan sesat LGBT ini mengawan ditempat awam?
Anda nak tegur, mereka kata ni adalah hak privasi mereka.

Jadi mengapa pula pembangkang begitu kuat menyokong golongan Islam Liberal dan LGBT ini?