Rabu, 21 September 2016

MEREKA LIGAT DAFTAR UNDI, ORANG KITA GARU PERUT TANYA AKU LAPAR TOLONG BELANJA!!

Dengan kuasa undi sahajalah boleh dilakukan oleh DAP untuk menawan Putrajaya, walaupun dikalangan penganalisa politik mengatakan mustahil bagi DAP untuk menawan Putrajaya dengan keseorangan.
Permasalahan besar yang dialami oleh orang muda berbangsa melayu adalah mereka hanya bercakap berdegar-degar dalam media sosial, tetapi habuk pun tak boleh pakai. Daftar mengundi pun pemalas.
Berbeza dengan anak cina, mereka tahu, dengan kuasa undi sahaja dapat mengajar erti kuasa maksimum supaya Malaysia mereka dapat pegang dan kawal.
Nampak macam mustahil, lihat sahaja Pulau Pinang dan Selangor, siapa yang paling berkuasa membuat keputusan?
Jangan kata mereka tak mampu, bila dah hilang kuasa, tak payah sembang anda dari parti mana, meleleh air mata pun tak berguna kalau kuasa sudah ditangan orang lain.
Dalam facebook hebatnya mengalahkan tentera elit, mengutuk, menghina, mencaci, hamum macam dunia dia yang punya, tetapi hakikat, mangkuk ayun pemalas, daftar mengundi pun tak nak.
Salah siapa agaknya?


TEMASEK RUGI RM73 BILLION, MANA WSJ DAN SARAWAK REPORT?

Masyarakat antarabangsa gempar apabila syarikat pelaburan milik pemerintah Singapura, Temasek Holdings dilaporkan rugi sebanyak S$24 bilion (kira-kira RM72.9 bilion).
Kerugian memalukan itu dilaporkan akhbar tempatan, Straits Times (ST) pada Isnin sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai kelemahan urus tadbir selain campur tangan politik berlebihan terhadap Temasek selama ini.
Ironi, akhbar berpengaruh Amerika Syarikat (AS), Wall Street Journal (WSJ) yang ‘kecoh’ hentam sayap pelaburan strategik kerajaan Malaysia, 1MDB sepanjang tahun lalu, sebaliknya ‘senyap’ macam tiada apa-apa berlaku pula!
Walhal sejak ditubuhkan pada 1974 dan mengawal 10 buah syarikat milik kerajaan (GLC) republik tersebut, jumlah kerugian dicatatkan Temasek itu jauh lebih teruk daripada 1MDB; yang kini mula menunjukkan pemulihan ketara.
ST dalam laporannya itu mendedahkan kerugian dicatatkan menerusi laporan tahun kewangan berakhir atau FY2016 bertarikh 31 Mac lalu daripada hanya S$242 bilion (RM735 bilion) kepada S$266 bilion (RM808 bilion)


Selasa, 20 September 2016

BEBAS ANWAR ATAU NAK SELAMATKAN IMPIAN YANG DAH KANTOI SEBELUM INI?

isu pembebasan Anwar ini akan menjadi satu beban baru, menambahkan lagi beban yang sedia ada pada pihak pembangkang yang akan menjadikan mereka terus tidak sepakat dan berbalah sesama sendiri.
Kehadiran Tun Mahathir dalam keluarga pembangkang nampaknya tidak begitu digemari oleh sebahagian kepimpinan PKR dan PAN. Malah ada pemimpin pembangkang yang sudah mula mendesak agar Tun Mahathir meminta maaf di atas perbuatannya memecat dan menyebabkan beliau di penjara.
Bukan itu sahaja, dikalangan pemimpin pembangkang yang dahulunya lantang mengkritik Mahathir sebagai firaun sudah hulur kepala kepada Mahathir, ini juga akan menimbulkan konflik kepercayaan kepada reformis-reformis awal yang dahulu dibarisan hadapan untuk Anwar Ibrahim.
Kesimpulannya, drama mereka ini sudah nampak kantoinya, malah keluarga Anwar Ibrahim juga tidak merestui sampai bila-bila.