Sabtu, 1 Oktober 2016

DAP BAKAL MANDULKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN NEGARA KITA? SAKSIKAN VIDEO TERBARU FARIZ HADI



Jangan sangka DAP tidak mampu lakukan perkara yang kita sendiri tidak jangka, ini kerana mereka belum lagi mendapat sepenuhnya kuasa maksimum.

Bayangkan sekiranya dikalangan pemimpin melayu yang bertanding di parti-parti berkiblatkan menjilat DAP seperti PAN dan BERSATU, agak-agak apa akan jadi?

Sudah pasti mereka akan mendapat majariti untuk mengubah perlembagaan bukan, nampak macam mustahil, kita lihat sendiri betapa kemaruknya insan bernama Aziz Bari menjadi balaci Dap.

SIRI MENERJAH PERLEMBAGAAN DAP UNTUK ANDA FIKIRKAN.

Sebelum ini Fariz Hadi Hadi telah membuatkan Aziz Bari tidak senang duduk, malah tidak dapat menjawab pula soalan yang dilontarkan di forum anjuran ngo di Shah Alam baru-baru ini.

Sehingga tersalah kata mengatakan perlembagaan DAP ibarat perlembagaan persatuan penduduk katanya.

Apa kata kita dengar penjelasan Fariz Hadi

#FarizHadi
#LawanDAP

Untuk video boleh klik link dibawah. 

Kenapa KiniTVDAP tak keluarkan part video dimana semasa saya bacakan contoh sumpah YDP Agong merujuk kpd buku perlembagaan negara semasa program diskusi yg kononnya membincang perlembagaan negara? Apa yg mereka takutkan?

SAYA PASTI DAP AKAN MANDULKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN JIKA MEMERINTAH NEGARA!

Sila dgr ulasan saya.

https://www.facebook.com/kerul.samilie/posts/10209378958924997

Atau 

Komen #LawanDAP jika anda bersama saya!






Khamis, 29 September 2016

AZIZ BARI KENA 'CHECK MATE' DENGAN ANAK MUDA BERNAMA FARIZ HADI

MALAM tadi bertempat di 'Ruang' Seksyen 16, Shah Alam telah diadakan satu dialog 'Diskusi Kesetiaan kepada Raja dan Keluhuran Perlembagaan' anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Antara panelis yang dijemput adalah Dr. Aziz Bari (DAP), Hanif Khairi (Peguam Kanan), dan Adnan Seman (Peguam Kanan).
Dialog malam tadi lebih menjurus kepada kuasa eksekutif YDP Agong dalam melantik dan memecat Perdana Menteri atas desakan deklarasi rakyat yang dibuat oleh Tun Mahathir. Panelis menyokong supaya kuasa eksekutif YDP Agong dikembalikan semula selepas diubah oleh Tun M berpuluh tahun dahulu. Namun perkara yang tidak disangka berlaku apabila seorang hadirin yang hadir, Fariz Hadi mengajukan soalan kepada Dr. Aziz Bari berkenaan perlembagaan DAP yang langsung bertentangan dengan perlembagaan negara sedia ada. Akibat tekanan dengan asakan soalan-soalan, Aziz Bari terus membuat kesimpulan bahawa Perlembagaan DAP sama seperti perlembagaan Persatuan Penduduk. Jika DAP berjaya memerintah Malaysia, mereka MUNGKIN akan mengubah isi kandungan perlembagaan parti mereka namun buat setakat ini tidak diubah kerana tiada keperluan yang mendesak. Dalam perlembagaan DAP, mereka tidak mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia yang ini bertentangan dengan perlembagaan rasmi negara. Persoalan ini yang tidak dapat dihurai secara langsung oleh Aziz Bari kerana mungkin cuba untuk mempertahankan partinya bagi memastikan orang Melayu terus menyokong DAP

Sumber JAWA BERNAM

Rabu, 28 September 2016

PAS BANYAK KALI KHIANAT PKR KATA SAIFUDDIN NASUTION


PKR secara terbuka mengakui pernah dikhianati PAS dalam isu pembahagian kerusi, namun parti itu tetap akan mengadakan rundingan bagi menjamin pertandingan satu lawan satu pada Pilihan raya Umum akan datang.
Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution berkata, rundingan tetap akan dijalankan, namun mengakui parti itu 'bersedia' dengan kemungkinan untuk dikhianati oleh PAS sekali lagi.
"Kalau nak capai satu lawan satu PH kena duduk bincang dengan Bersatu (PPBM) dengan PAS. Bukan soal percaya atau tidak (tapi) engangement atau perbincangan mesti kita mulakan.
"Kalau nak fikir pasal pengkhianatan, saya yang paling pedih. Saya wakili PKR mengenai rundingan kerusi pada 1999, 2004, 2008, (dan) 2013 adalah cerita pengkhianatan. Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Putera, Kota Damansara, Sungai Acheh, yang telah dipersetujui hitam putih di atas kertas bukan tepi jalan, tapi dikhianati," katanya sewaktu menjadi panel sembang santai sempena Sambutan Amanah Setahun di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan hadirin bersabit formula satu lawan satu antara Pakatan pembangkang bagi menghadapi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Rata-rata hadirin yang berpeluang mengajukan soalan membangkitkan isu berkenaan bagi mendapatkan kepastian, kerana berpendapat jalan permuafakatan di antara semua parti pembangkang dalam menentang parti pemerintah itu pada PRU14, masih kabur.
Program sembang santai malam tadi, yang turut membariskan bekas Naib Presiden PAS, Husam Musa; Presiden PAN, Mat Sabu, Setiuasaha Organisasi DAPigs dan pemimpin BERSIH2.0 Thomas Fann, menjadi medan untuk menghentam PAS yang didakwa sebagai punca kepada idea satu lawan satu sukar direalisasikan.
Sementara itu, Mat Sabu pula berkata PAN sanggup berdepan dengan saingan lebih daripada dua penjuru pada PRU14 kelak, berbanding 'bekerjasama' dengan parti yang 'menyokong' amalan rasuah.
Ujarnya, prinsip satu lawan satu sememangnya menjadi harapan parti apatah lagi selepas mengikat kerjasama bersama PKR dan DAP menerusi payung Pakatan Harapan, namun ujarnya Amanah tidak akan sesekali menggadaikan prinsip perjuangan demi mencapai matlamat tersebut.

Selasa, 27 September 2016

PERPERANGAN SAUDARA SUDAH BERLAKU DI DALAM PARTI BUNGA

Ahli dan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru 3 minggu didaftarkan dilaporkan mula tidak menyenangi sikap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa suka membuat keputusan bersendirian.

Bercakap kepada FMT, sumber itu berkata ramai ahli menuduh presiden PPBM itu menganggap parti itu milik persendiriannya.

Mereka juga kecewa bekas timbalan perdana menteri itu yang tidak mahu berbincang dengan beberapa pemimpin utama, termasuk bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, di samping sikapnya mengenepikan “orang Mahathir”.

Sumber tersebut berkata kedua-dua Tun Dr Mahathir Mohamad dan Mukhriz semakin tidak berpuas hati dengan cara Muhyiddin yang tidak berbincang dengan mereka sebelum melantik beberapa penjawat parti.

“Muhyiddin mahu mengawal parti itu keseluruhannya,” katanya.

“Beliau mengenepikan semua penyokong Mahathir dalam parti.”

Sebelum ini, ketua sayap wanita PPBM, Anina Saadudin menepis dakwaan parti baharu itu lesu dengan tidak ada kegiataan rancak menambah bilangan ahli, selepas didaftarkan awal bulan ini.

Sumber juga mendakwa Muhyiddin kelihatan masih berfikiran seperti Umno dan belum berubah, malah tidak selesa berdampingan dengan pembangkang, khususnya DAP.

Ia menimbulkan tanda tanya sama ada PPBM di bawah kepimpinannya mampu mengadakan persefahaman dengan parti pembangkang lain menjelang pilihan raya umum ke-14.

Penyokong Dr M kecewa

Rasa tidak senang itu bakal memburukkan keadaan, menurut sumber kepada FMT, dan Muhyiddin juga berdepan serangan daripada pemimpin PPBM lain termasuk mereka yang sebelum ini terlibat dalam Deklarasi Rakyat.

“Pemberontakan besar-besaran bakal meletus dalam PPBM,” dakwanya.

Sumber itu berkata corak kepimpinan Muhyiddin mengganggu perpaduan PPBM dan turut mengecewakan penyokong tegar Dr Mahathir seperti bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Malah, ia berpendapat Khairuddin mungkin akan menyertai PKR atau DAP meneruskan perjuangannya menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Beliau juga berhasrat membebaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berusaha menyatukan kembali Dr Mahathir” bersama Anwar dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Khairuddin juga dikatakan tidak setuju Dr Mahathir, yang merupakan pengerusi PPBM, yang dilihat terlalu bertolak ansur dengan Muhyiddin.


Ahad, 25 September 2016

NAJIB BAGI DEDAK RASANYA KATA PENCACAI BUNGA

WASHINGTON DC – Lucu dan karut… Ia bukan sahaja kelakar malah tidak masuk akal apabila ada individu tertentu boleh memfailkan tuntutan saman konon mewakili rakyat sesebuah negara.

Perkara itu diputuskan sebuah mahkamah Amerika Syarikat (AS) yang menjelaskan belum pernah berlaku dalam sejarah perundangan moden lebih seabad seseorang boleh menyaman bagi pihak seluruh rakyat negaranya sendiri.

Justeru tindakan tuntutan perundangan aneh tersebut yang dilakukan di AS oleh bekas setiausaha politik Tun Dr. Mahathir Mohamad, iaitu Matthias Chang dan mantan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa akhirnya digugur.

Saman tersebut difailkan ke atas sayap pelaburan strategik kerajaan Malaysia, 1MDB selain firma AS iaitu Goldman Sachs serta beberapa individu atau syarikat tertentu antaranya Riza Aziz dan Red Granite pada 11 Ogos lalu.

Isu tuntutan berkenaan kemudian disensasikan pula oleh Peguam Negara dan pihak Jabatan Keadilan AS atau DoJ sebelum dakwaan tidak berasas itu disiarkan secara besar-besaran oleh akhbar berpengaruh, Wall Street Journal.

Malangnya tiada apa-apa yang baharu pun dalam tuntutan itu. Chang dan Husam malah mendakwa mereka boleh menyaman 1MDB dan beberapa suspek konon sebagai hak mereka untuk mewakili keseluruhan rakyat Malaysia.

Walhal sepanjang lebih 100 tahun sejarah kehakiman moden AS, Mahkamah Agung negara itu memutuskan bahawa individu tidak boleh menyaman bagi pihak semua warga AS apatah lagi yang mewakili rakyat sebuah negara luar.

Tindakan mereka berdua dianggap lebih kepada aksi publisiti murah. Ironi tuntutan itu meskipun disiarkan semua media Hollyood dan antarabangsa, plaintif tidak pernah pun memaklumkan defendan mengenai kes berkenaan.

Ini bermakna, secara formal, mereka gagal menyerahkan notis saman perundangan kepada tertuduh. Goldman Sachs dan Red Granite misalnya entiti perniagaan yang mudah ditemui di AS namun langsung tidak tahu apa-apa.

Secara fakta, plaintif tidak berusaha meneruskan tuntutan dan dari segi perundangan, ia dianggap remeh serta sekadar mencari publisiti selain mempengaruhi persepsi sehingga menyebabkan kerosakan reputasi defendan.

Akhirnya Matthias dan Husam ‘gugur’ tuntutan berkenaan lewat Jumaat (awal Sabtu waktu Malaysia) sekali gus semua kisah drama saman itu turut berkubur selain menyerlahkan selama ini ia cuma aksi perhubungan awam.

Red Granite menerusi satu kenyataan susulan penarikan tuntutan itu berkata, pengguguran saman adalah langkah terbaik kerana tidak pernah difailkan pada peringkat awal lagi secara proses yang sewajarnya. – Mynewshub.cc/HAA